Anda di halaman 1dari 4

elemen 2 sebelum hasil kajian ... TAJUK KAJIAN Sistem ekonomi tradisional di Malaysia penanaman pisang/penternakan itik.

SENARAI KANDUNGAN ( buatkan bahagian muka surat di bahagian kanannya ) Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Perkara Tajuk Kajian Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian 5.1. maklumat asas 5.2. latar belakang 5.3 sumbangan / pengaruh kepada keluarga atau masyarakat 5.4.prospek 6. 7. 8. PENGHARGAAN Rumusan Lampiran Rujukan

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi kerana dengan izinnya, kerja kursus sejarah saya dapat disiapkan pada waktu yang tepat. Dalam menyiapkan folio kerja kursus ini, saya telah dibantu dari pelbagai pihak. Setelah itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan Tarmidah Bt Mastuti selaku Pengetua SMK Felcra Bukit Kepong kerana telah membenarkan saya membuat kerja kursus ini. Tidak ketinggalan juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu salleh bin abdul hamid dan rokiah binti kasman kerana telah memberi dorongan terhadap saya bagi menyiapkan tugasan ini.

Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu Razak bin Johar selaku penyelia kerja kursus saya yang banyak membantu, membimbing dan juga pemudah cara saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan di kelas 3 rahman iaitu nur amira binti khamis, rozana binti nordin dan toh sin min yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menghasilkan folio ini. Sekian, terima kasih.

OBJEKTIF 1. 2.

KAJIAN

mengkaji dan meneliti latar belakang sistem ekonomi tradisonal di Malaysia. Mengkaji dan menyelidik perihal pengeluaran hasil berasaskan pertanian , penternakan di negara kita. 3. Meneliti kaedah , cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur dan langkah bagi menghasilkan kajian bercorak tempatan 4. Menentukan faedah tanaman tradisional /penternakan di negara ini daripada segi ekonomi dan sosial. 5. Menentukan jangkaan masa depan dan permasalahan pertanian tradisional /penternakan di negara kita. Catatan kaitkan dengan tajuk awak kalau tukang jahit ( sistem ekonomi tradisional berasaskan perkhidmatan ) ternakan ( ikan/ lembu/ ayam/ ayam kampong dll )

KAEDAH KAJIAN

Terdapat 4 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2013 . Maklumat adalah seperti di bawah. 1. 2. 3. 4. Kaedah kajian membaca buku ilmiah. Saya merujuk beberapa buku ilmiah di perpustakaan sekolah bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan berkaitan dengan tajuk ( xx ) kajian kerja kursus saya Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi mengetahui perkara berkaitan dengan tajuk kajian.kaedah kajian ini agak mudah kerana ianya dapat dilakukan pada bila-bila masa dan mempunyai banyak sumber yang diperlukan. Kaedah Melawat Tempat Kajian saya praktikkan bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan hurian kajian kerja kursus ini.Saya telah melawat tempat kajian saya iaitu di xxxx ( alamat tempat kita kaji tu ) Kaedah seterusnya ialah dengan merujuk tajuk kajian pada akhbar dan majalah .

HASIL KAJIAN Sambung yang saya dah beri contoh

Isnin, 1 April 2013


kerja kursus sejarah 2013 - contoh esei elemen 3

TUGASAN 2 ( elemen 3 ) Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah. Soalan: Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda. Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik kerana sejarah Malaysia banyak dikaitkan dengan faktor penjajahan yang mencorakkan sistem ekonominya. Sistem ekonomi sebelum kedatangan penjajah Inggeris ialah sistem ekonomi tradisional. Kedatangan Inggeris banyak berdasarkan faktor mencari keuntungan ekonomi untuk negara dibawa dan memakmurkan negara mereka. Sistem ekonomi semasa penjajahan Inggeris ialah dengan memperkenalkan penanaman tanaman baru bagi menggantikan tanaman tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kedatangan kaum imigran yang bekerja di ladang getah lombong telah menyebabkan kegiatan ekonomi terbahagi kepada dua iaitu bercorak tradisional dan bersifat komersial. Kegiatan eknomi tradisonal seperti penanaman gambir, kelapa, padi, menangkap ikan dan sebagainya terus memberi sumbangan walau dalam masa yang sama arus ekonomi bersifat moden mula dilaksanakan. Dengan sistem eknomi yang dilaksanakan oleh Inggeris maka lahirlah masyarakat berbilang kaum di negara kita pada masa itu. Masyarakat dan

rakyat negara ini pada masa tersebut dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan masing-masing menyumbang tenaga ke arah memakmurkan ekonomi negara ini dan saling berganding bahu membangunkan negara dalam bidang ekonomi. Menjelang akhir abad ke 20 , negara kita telah dilanda dengan kemelesetan ekonomi. Ini menyebabkan harga komoditi atau hasil bahan mentah negara kita seperti minyak sawit, getah dan bijih timah terpaksa menerima bahang dan percaturan sistem ekonomi dunia tetapi rakyat negara ini masih tabah menghadapi cabaran dan dugaan .Ianya ialah hasil daripada semangat juang yang tinggi rakyat negara ini terhadap usaha memajukan diri dan di pihak kerajaan pula ianya disebabkan oleh komitmen membantu rakyat negara ini daripada cengkaman kemiskinan dan kemunduran. Warisan sejarah yang membentuk persekitaran ekonomi pada masa kini telah cuba diubah oleh pihak kerajaan dan kepimpinan negara ini. Kita memiliki kepimpinan yang peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara dan sedia membangunkan ekonomi tradisonal kepada ekonomi yang bersifat komersial melalui pendekatan dan pembaharuan . Hasil kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, FELDA, FELCRA , MARDI , Jabatan Perikanan, Pertanian, Jabatan Haiwan dan Penternakan dan beberapa kementerian sedia bergabung tenaga bagi memakmurkan ekonomi negara ini dan demi kesejahteraan rakyatnya. Tegasnya pelbagai program, insentif dan inisiatif dilakukan bagi menjana dan membantu para petani,pekebun , nelayan dan penternak di negara ini bagi memakmurkan ekonomi mereka. Natijahnya melalui pendekatan ini , kita dapat meningkatkan pendapatan petani dan menggalakkan kerjaya dalam bidang ini yang menjanjikan pulangan yang menguntungkan. Kesimpulannya kita wajar bersyukur sebagai warganegara negara ini kerana kegiatan ekonomi negara ini berada di landasan yang betul dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini dan menjanjikan hasil yang berpanjangan jika terlibat dalam bidang pertanian.

Anda mungkin juga menyukai