Anda di halaman 1dari 14

PERWUJUDAN SISTEM KEBANGSAAN

PENYATA RAZAK
Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein (Menteri Pelajaran) menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan. Mengkaji semula dasar pendidikan negara. Mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan. dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Menekankan dua perkara : 1. Perpaduan kaum 2. Penghasilan tenaga kerja

Tujuan utama:
Menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan mengembangkan sistem pendidikan. Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa tanah melayu Merapatkan jurang perbezaan antara kaum di tanah melayu.

Mewujudkan satu sistem pengurusan yang lebih cekap dan berkesan. Menyediakan kemudahan pelajar yang mencukupi. Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan progresif.

1) Wujudkan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) -sistem pendidikan menengah : Sekolah Menengah Rendah (SMR)- 3 tahun Sekolah Menengah Atas (SMA)- 2 tahun dan Pra Universiti- 2 tahun.
*sekolah menengah terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama. Murid perlu lulus peperiksaan memasuki sekolah menengah bagi memasuki sekolah menengah.

CADANGAN (8):

2) Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah. 3) Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama. 4) Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. 5) Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. 6) Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.

7) Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan. Guru- guru yang mengajar di peringkat sekolah rendah harus mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun. 8) Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. 9) Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

Laporan Razak ditentang oleh orang Melayu kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. Orang Cina menentang kerana sesetengah cadangan dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa Cina.

Kanak-kanak masih pergi ke sekolah yang berlainan menurut bahasa ibundanya. Sekolah Kebangsaan tidak begitu popular dalam kalangan murid-murid bukan Melayu.
Hakikat bahawa kanak-kanak belajar di sekolah-sekolah yang berlainan tidak menjamin mereka mempunyai pandangan kebangsaan yang sama seperti yang diharapkan. Ini menyebabkan timbulnya Laporan Rahman Talib (1960), yang menjadi asas Akta Pendidikan 1961.

KENAPA PENYATA RAZAK 1956 DIPINDA ???

Sebagai satu usaha untuk memupuk perpaduan di antara di antara 3 kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India untuk berpaksikan kepada 1 sistem pendidikan yang sama.

LAPORAN RAHMAN TALIB 1960

Diketuai oleh Abdul Rahman Talib yang menjadi Menteri Pelajaran pada 1960.
Merupakan perubahan dan pindaan daripada Penyata Razak 1956. Lebih tertumpu kepada pelajaran dan pendidikan yang mula dijalankan di sekolah-sekolah seluruh Tanah Melayu. *penekanan terhadap pendidikan teknik & vokasional. *penekanan terhadap pendidikan moral & keagamaan. Lebih dikenali pada masa itu, sebagai zaman pengemaskiniansistem pendidikan negara. Penyelarasan sistem peperiksaan yang sama di peringkat rendah, menengah atau atas. *peperiksaan hanya menggunakan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris sahaja. Tertumpu kepada kurikulum & pendidikan asas. *3M (Membaca, Menulis, Mengira).

PENYATA RAZAK -Penekanan kepada penyelarasan sistem sekolah dan bahasa pengantar. *cadangan sekolah rendah ditukar menjadi sekolah kebangsaan. *penubuhan 1 jenis sekolah yang terbuka untuk semua kaum.

LAPORAN RAHMAN TALIB -Penekanan kepada pelajaran dan pendidikan yang mula dijalankan. *penekanan terhadap pendidikan teknik & vokasional *penekanan terhadap pendidikan moral & keagamaan

-Tertumpu kepada pengukuhan sistem pendidikan kebangsaan -Sistem peperiksaan yang sama di peringkat rendah,menengah di Tanah Melayu. atau atas. *peperiksaan hanya menggunakan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris sahaja. -Tertumpu kepada bahasa pengantar yang digunakan di -Tertumpu kepada kurikulum & pendidikan asas. sekolah-sekolah. *3M (Membaca,Menulis,Mengira). *Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. *Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) menggunakan bahasa ibunda masing-masing iaitu Inggeris, Cina & Tamil.

KEPENTINGAN PENYATA RAZAK 1956 & LAPORAN RAHMAN TALIB 1960


Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Semua sekolah di seluruh Tanah Melayu menggunakan sukatan pembelajaran yang sama sekaligus memudahkan penyelarasan pengurusan setiap sekolah. Mengeratkan perpaduan di antara kaum khususnya kaum Melayu, India dan Cina sebagai 1 rumpun bangsa di gagasan Tanah Melayu. Titik permulaan ke arah pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Mempercepat dan melancarkan proses penukaran bahasa pengantar. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah sama ada di peringkat rendah ataupun menengah.

Menghasilkan tenaga kerja yang mahir pada masa hadapan melalui pendidikan teknik dan vokasional di sekolah-sekolah seluruh Tanah Melayu. Melahirkan pelajar yang menyedari tentang kepentingan pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan rohani.

Anda mungkin juga menyukai