Anda di halaman 1dari 11

Berdasarkan pemahaman tentang konsep penilaian, buat huraian secara kritis berkaitan dengan amalan pentaksiran bahasa melayu

sekolah rendah dinegara kita Pendahuluan Penilaian dan Pentaksiran untuk semua mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu sangat penting di Negara kita dan menjadi satu amalan kerana ia dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan ia dijalankan bukan hanya semata-mata untuk tujuan ujian dan peperiksaan sahaja tetapi juga merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah rendah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.

Konsep Pentaksiran Untuk menghuraikan amalan pentaksiran bahasa Melayu sekolah rendah di Malaysia, kita harus memahami konsep pentaksiran dan penilaian itu sendiri. Pentaksiran boleh kita tafsirkan sebagai satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Proses yang dimaksudkan di sini ialah satu langkah, tindakan atau operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat pula adalah satu bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman pula adalah satu proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar manakala produk pula adalah pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Dari sudut konteks pendidikan, pentaksiran boleh dijeleskan sebagai satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Dan pentaksiran haruslah dilihat sebagai proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran, aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran, aktiviti yang dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

Konsep Penilaian Penilaian pula adalah merupakan satu proses untuk mengumpul segala maklumat dan kemudian memprosesnya, selepas itu kita membuat analisis semua ini dijalankan selepas sesuatu peperiksaan dan pentaksiran dijalankan untuk tindakan selanjutnya. Prosedurnya ialah pertama membuat persediaan ujian iaitu pentadbiran ujian dengan memilih lokasi dan masa ujian tersebut, 1

selepas ujian, pemeriksaan keatas ujian dilakukan dan kemudian proses pengukuran dilakukan untuk tindakan selanjutnya. Penilaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah akan membolehkan seorang guru mengetahui keupayaan, kemahiran, atau pengetahuan asas sedia ada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Dari ujian tersebut , guru dapat merancang dan merencana pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut juga dapat memberikan gambaran kepada guru tentang keupayaan pelajar mereka secara individu yang sebenarnya, sebelum guru memulakan sesuatu pengajaran, ia juga menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan .

Di samping itu penilaian juga dapat membandingkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa melayu dengan rakan-rakan sekelas atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah sama. Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu tajuk dengan tajuk yang lain bagi melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu tajuk tersebut. Maklumat ini digunakan untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya. Kepentingan lain ialah mengenal pasti pelajar yang tinggi dan amat lemah keupayaannya bagi menentukan kerja-kerja pemulihan dan pengayaan. Membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pembelajaran pelajar agar dapat menentukan arah dan jenis pendidikan pelajar bagi menyalurkan mereka ke jurusan-jurusan tertentu seperti jurusan sains, sastera dan teknikal. Di samping itu ia membolehkan guru menilai bahan, teknik, dan kaedah pengajaran mereka sebagai asas meningkatkan pengajaran mereka. manakala pelajar pula mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera pula memperbaikinya.

Objektif Penilaian di Sekolah Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa, mengetahui keberkesanan pengajaran, merancang dan mengubah suai pengajaran, menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta, penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuh dan diperkayakan. melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam

penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.

Konsep Pengujian Ujian merupakan suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku individu atau pelajar, bahan ukur yang digunakan ialah soalan yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, tujuan pengujian ialah mengesan kemajuan serta pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap suatu bidang pelajaran. ujian dijalankan dengan cara yang sistematik. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran. Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat,. ujian tersebut dikenali sebagai ujian pra atau pretest. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis. Ujian ini dilakukan untuk mengetahui kemajuan yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar dan sejauh mana pemahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran guru.

Ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa Melayu. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah pasti keputusan pelajar ini tidak tepat dan tidak memuaskan.

Rajah 1: Pengertian dan konsep

Rajah2: Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Berdasarkan kepada rajah di atas, menunjukkan ketiga-tiga konsep mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif sesuatu penghakiman produk pengajaran dan pembelajaran membabitkan ketiga-tiga aspek di atas.

Jenis Penilaian untuk bahasa Melayu Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif, ujian kefasihan, ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa pengajaran dan pembelajaran atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.

Ujian Formatif Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.

Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif Menentukan tajuk pengajaran, menentukan aspek dan tahap penguasaan, menghubungkan elemen dengan tajuk dan membina soalan ujian serta mencadangkan tindakan susulan

Ujian Sumatif Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu pelajaran. Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada pelajaran itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM., dijalankan secara menyeluruh iaitu pada akhir satu peringkat pembelajaran dengan skop pengajaran dan pembelajaran yang luas , melibatkan kesemua kemahirandan aspek dalam kemahiran bahasa melayu.

Ujian bakat dalam pentaksiran bahasa melayu Bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa seperti bahasa Melayu dan sebagainya. Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat. . Ujian Kefasihan Ujian Kefasihan bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Ujian Kemajuan Setiap ujian kemajuan yang digunakan di dalam kelas adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja. Berasaskan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar ia bertujuan mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajar tentang sesuatu tajuk tertentu. ujian 5

kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas. untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai perkara perkara yang diajar tentang satu tajuk tertentu. Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap pelajar dan juga kemajuannya secara keseluruhan.

Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian Melalui Pemerhatian Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

Jenis Pemerhatian Bergantung kepada tujuan dan aspek yang hendak dinilai. Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan. Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended. Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Strategi Pemerhatian Ianya berterusan dan mengikut keperluan yang dirancang. Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru. Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran. Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan Perlu diingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar sebab penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan,dan sikap bias serta prasangka penilai.

Kaedah Penilaian bahasa Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran. Ia merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya 6

terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas. Cara pelaksanaan ialah pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan. Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.

Penilaian Melalui Soal Jawab Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

Cara Pelaksanaan Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

Penilaian Melalui Portfolio Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. ciri-ciri portfolio berbentuk dokumentasi, berstruktur yang memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang berkualiti proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan

mendokumentasikan pemikiran secara kreatif dan kritis serta pemilihan maklumat dari peringkat awal hingga akhir. kaedah ini menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak. kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik portfolio yang bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-soalan.

Penilaian Melalui Projek Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek 7

bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.

Tujuan pembelajaran Projek Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek ia bertujuan menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah. Ciri-ciri penilaian projek ialah ia mempunyai pelbagai reka bentuk seperti lisan, visual dan kinestetik. Jangka masanya juga panjang ia menunjukkan peranan sebenar dalam situasi

sebenar serta pelajar boleh membina penyelesaian secara alternative, seterusntya ia tidak ada satu jawapan yang benar dan pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan, disamping itu tugasan juga boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu, hal ini akan memberi peluang kepada guru menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain. Pelajar akan melaksana dan menghasilkan sesuatu serta pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

Jenis-jenis penilaian Projek Jenisnya adalah seperti latihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis, extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model. Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi. Tugasan prestasi drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

Amalan Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah di Malaysia Seperti yang dinyatakan diawal tadi, pentaksiran di negara kita ialah Ialah satu proses

mengumpul dan menafsirkan maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran dan tujuan umum ialah untuk membantu meningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran, hasil pentaksiran berguna untuk guru dengan cara hasil pentaksiran membantu guru di untuk mengesan keberkesanan pengajaran, memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada murid, mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur, merancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan pengayaan, mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikuasai murid, merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan 8

perkembangan dan pertumbuhan murid, mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa dan mengenalpasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan potensi murid yang boleh diperkukuhkan.

Hasil pentaksiran juga berguna untuk murid, satu aspek penting dalam memastikan keberkesanan pentaksiran untuk membantu pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan maklumat pentaksiran oleh guru untuk memberi respon atau maklum balas yang sesuai dan berguna kepada murid. maklum balas guru yang merujuk kepada pernyataan standard dan kriteria yang jelas boleh disampaikan dalam bentuk pujian, teguran dan nasihat. selain

pengakuan guru sama ada hasil kerja murid itu boleh dikatakan baik, perlu dibaiki, ada kemajuan atau sebagainya, murid perlu diberitahu kenapa kerja atau prestasi mereka dinilai sedemikian. murid juga perlu diberitahu apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menambah baik prestasi mereka.

Maklum balas yang berkesan ialah apabila guru memberi maklum balas yang tepat tentang kekuatan, kesilapan, apa yang perlu diperbaiki, bagaimana untuk memperbaiki dan bagaimana untuk membuat lebih baik. maklum balas yang diberikan dalam bentuk maklumat yang memberi makna bukan dalam bentuk gred semata-mata, boleh membantu murid lebih memahami tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. keadaan inilah yang memberi motivasi kepada murid untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa akan datang. maklum balas yang segera, konstruktif dan tidak menggerunkan juga membuat mereka lebih teruja untuk dinilai semula untuk mengetahui perkembangan mereka seterusnya.

Kesimpulan Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang dengan melakukan beberapa perkara iaitu tahu tujuan mentaksir, tahu apakah konstruk yang ditaksir, rujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajara, rujuk kepada Standard Prestasi teras dan kriteria berkaitan, tentukan instrumen aktiviti atau strategi yang akan digunakan, tentukan bila hendak mentaksir, tentukan tempoh pemerhatian. Perlu diingat bahawa ujian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. apabila melaksanakan ujian, guru mestilah

mengenal pasti samaada soalan tersebut memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran, guru menyediakan item ujian dan kemudian memberikannya kepada para pelajar bertujuan menilai perkembangan pelajar selepas sesuatu kemahiran diajar. dan ianya adalah satu proses yang sistematik dari awal hingga akhir . Kewujudan langkah-langkah yang sistematik ini 9

boleh membentuk satu set ujian yang berkualiti dan dipercayai. Beberapa kaedah menganalisis soalan dan ujian semuanya adalah bertujuan untuk memastikan soalan dan ujian tersebut sesuai digunakan dalam peperiksaan atau ujian. Analisis soalan dibuat untuk menilai kesesuaian soalan tersebut, terutama dari segi aras kesukaran dan kuasa diskriminasinya, Semua ini perlu dibuat untuk menilai sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur apa yang hendak diukur.

10

Rujukan

1.

Ng See Ngean.(1982). Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2. Sulaiman Ngah Razali.(2001). Pedagogi Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. 3. Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng dan Ismail Abu Bakar.(1986). Pengukuran dan

Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinmann Asia.

11