Anda di halaman 1dari 11

TAJUK 8 : PENILAIAN DALAM PEMULIHAN 8.1 Kaedah Penilaian 8.1.1 Penilaian program 8.1.2 Penilaian pencapaian 8.1.

1 Penilaian Program Dilakukan setiap hari dan merupakan sebahagian daripada perancangan pengajaran harian. 8.1.2 Penilaian Pencapaian Mengukur penerimaan dan penglahiran bahasa murid. Komponen yang diuji meliputi aspek semantik, fonologi, sintaksis dan pragmatik. Miller (1987), mencadangkan sebab-sebab perlunya penilaian ini: 1. 2. 3. 4. 5. Mengenal pasti masalah penguasaan bahasa kanak-kanak Mengenal pasti tahap perkembangan bahasa kanak-kanak Merancang objektif pengajaran Memantau kemajuan murid Menilai program pemulihan bahasa.

Aktiviti Penilaian Selepas proses pemulihan, guru perlu melaksanakan dua cara: 1. Melihat aktiviti pembelajaran. Guru perlu melihat interaksi murid iaitu respons murid dalam setiap sesi pembelajaran. 2. Memeriksa kerja latihan murid seperti kertas ujian, lembaran kerja, buku-buku latihan dan hasil kerja tangan. Penilaian Lisan Dilakukan dengan cara memerhatikan murid bersoal jawab secara lisan, perbincangan, temu bual, perbualan, lakonan dan kuiz. Ujian kertas pensel Merupakan penilaian secara formal. Dilakukan untuk mengesan tahap pemahaman murid dalam kemahiran. Guru perlu menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang pelbagai aras. Soalan boleh dalam bentuk objektif, subjektif.

Untuk menilai murid dalam masa yang singkat guru boleh menggunakan soalan berbentuk congak iaitu murid menjawab segera secara lisan dengan pantas. 8.2 Penyimpanan Rekod

Maklumat pencapaian murid sangat penting untuk digunakan bagi menentukan kejayaan atau kegagalan program-program dan untuk tindakan susulan. Oleh itu rekod ini perlulah disimpan di tempat yang selamat. Rekod ini boleh jadi dalam bentuk fail yang disimpankan dalam kotak. 8.3 Tindakan Susulan Merupakan peringkat akhir dalam pemulihan iaitu selepas penilaian. Berdasarkan keputusan dan rumusan penilaian, guru mengkelaskan murid mengikut pencapaian mereka. Antara tindakan yang dijalankan guru adalah: 1. Menempatkan murid yang berjaya dalam kumpulan biasa untuk mengikuti pelajaran di kelas biasa. Guru perlulah memberikan motivasi, sokongan, pengukuhan dan pengayaan kepada murid ini. Mereka juga perlu diberikan perhatian yang lebih agar dapat membina keyakinan diri. Murid yang tidak berpencapaian memuaskan diberikan peluang untuk mengikuti program pemulihan. Untuk ini guru hendaklah: i. merujuk senarai semak dan rekod prestasi bagi mengkaji sedalam-dalamnya masalah murid ii. meneliti punca kelemahan

2.

iii. merancang semula program, menggandakan usaha-usaha dan sedia berubah ke arah yang lebih baik iv..menambahkan tumpuan dan masa pada tugas pemulihan v. bagi kes berat perlulah diberikan pemulihan khas atau merujuk kepada pakar perubatan

Aktiviti/latihan 1. Apakah aspek-aspek penting yang perlu diberikan perhatian dalam perancangan program pemulihan? 2. Jika sebahagian besar daripada murid di kelas anda masih tidak boleh membaca dengan lancar apakah tindakan yang akan anda lakukan? 3. Cuba rancangkan satu aktiviti yang sesuai dan menarik minat murid anda untuk mengatasi masalah berikut: i. ii. membaca merangkak-rangkak menulis dengan tulisan tangan yang bercampur antara huruf besar dan huruf kecil

TAJUK 9: PENDIDIKAN PENGAYAAN 9.1 Konsep Satu program yang dirancangkan untuk semua murid dalam kelas tanpa mengambil kira kebolehan sama ada cerdas, sederhana atau lambat. Program ini mengandungi aktiviti tambahan kepada aktiviti pembelajaran yang asas. Melalui program ini murid berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti bernilai tinggi untuk meluaskan pengalaman pembelajaran, meningkatkan minat dan kreativiti mereka, serta memupuk disiplin kendiri dan kualiti kepimpinan di kalangan mereka. Prestasi murid dalam bilik darjah ditentukan oleh perbezaan individu. Murid yang diberikan aktiviti pengayaan adalah mereka yang telah mencapai sesuatu tahap masteri. 9.2.1 Objektif Objektif pendidikan pengayaan adalah untuk membolehkan murid: Mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar tetapi sesuai dengan kebolehan mereka Mempertingkatkan minat, bakat dan perkembangan kendiri Menggunakan masa lapang sesuai dengan minat dan bakat masingmasing Memupuk nilai kepimpinan Memperluaskan skop pembacaan melalui pelbagai sumber Meningkatkan kreativiti dan kemahiran berfikir Menggalakkan pembelajaran kendiri Memperluaskan pengalaman dan ilmu 9.2.2 Prinsip Aktiviti pengayaan perlu: Berbentuk aktiviti pembelajaran kendiri dengan arahan yang jelas Menarik, mencabar dan pelbagai mengikut kebolehan, minat dan bakat murid

Berbentuk program harian atau projek yang mengambil masa satu hingga dua minggu Mengandungi aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran belajar murid Menggunakan pelbagai jenis bahan sama ada dibuat sendiri atau dibeli. 9.3 Perbezaan Pendidikan Pengayaan dan Kreativiti Pengayaan 1. Untuk perkembangan bahasa yang meliputi aspek pertuturan, kefahaman, bacaan dan tulisan ke tahap yang lebih tinggi 2. Untuk peningkatan kecekapan berbahasa ke arah perkembangan Intelek 3. Untuk pengukuhan tatabahasa Kreativiti 1. Menjana usaha bagi menerbitkan perkara baharu. Contoh melalui pelbagai strategi dan nilai tambah dapat menjamin pengajaran yang menyeronokkan 2. Meningkatkan mutu pengajaran 3. Menurut Piaget kreativiti bersifat semulajadi dan tidak diajar, sebaliknya perlu disediakan keadaan dan suasana yang sesuai 4. Bilik darjah kreatif mengikut Barry (2002) perlu merangkumi enam aspek: i. ii. iii. Individu peranan individu yang komited dan mempunyai visi Persekitaran kondusif Organisasi memerlukan strategi yang sesuai bagi mencapai matlamat yang dirangka. Sediakan sumber dan ganjaran. Berikan peluang dan penghargaan supaya murid dapat menghasilkan bahan yang bermutu. Contoh terbitkan karya atau hasil murid dalam majalah sekolah Rangkaian murid perlu memiliki tahap persefahaman dan perasaan supaya dapat berkongsi dengan murid lain dalam pembelajaran. Mereka boleh saling membantu melalui pengajaran secara koperatif atau kolaboratif

iv.

v.

vi.

Keseimbangan dalam kurikulum dan kreativiti. Perlu diterjemah melalui kurikulum bahawa tidak hanya menekankan pemikiran kritis tetapi juga kreatif. Murid perlu diberi peluang menunjukkan kematangan dalam menghasilkan sesuatu yang menarik terutamanya kemahiran bahasa Pembangunan guru perlu memberikan galakan dengan mengambil kira potensi murid di samping keinginan untuk belajar dan meluaskan pencapaian

5. Kreativiti dalam pengajaran bahasa. Yahaya Othman (2005) mencadangkan dua teknik: i. Peta minda sesuai untuk kemahiran mencatat nota secara sistematik, penulisan, pemerolehan maklumat, penyelesaian masalah, ringkasan teks dan lain-lain lagi Sumbang saran sesuai untuk menyenaraikan idea dan melahirkan idea secara bebas

ii.

TAJUK 10: PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN 10.1 Strategi Pelaksanaan

Mengikut KBSR dan KBSM aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara: 1. Untuk semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan 2. Menjalankan aktiviti bersama masa dengan kumpulan yang menjalankan aktiviti pemulihan 3. Aktiviti pengayaan untuk semua kumpulan pelbagai kebolehan Oleh kerana strategi pelaksanaan aktiviti pengayaan berkait rapat dengan aktiviti kumpulan guru-guru disarankan agar mengikut garis panduan berikut: 1. Pembahagian kumpulan mengikut kebolehan seharusnya berdasarkan kebolehan pembelajaran dan daya penyerapan murid. 2. Sebelum memulakan aktiviti, berikan arahan yang jelas, ringkas dan tegas kepada kumpulan masing-masing bagi mengelakkan kekeliruan dan menjamin kelancaran aktiviti. 3. Terangkan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi kerana kelancaran aktiviti adalah bergantung kepada kepatuhan murid kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. 4. Lantik ketua-ketua kumpulan bagi membantu guru mengawal disiplin, mengedar dan mengutip bahan pembelajaran serta memberikan arahan. 5. Sediakan aktiviti tambahan untuk murid yang menyempurnakan kerja mereka lebih awal. 6. Walaupun lebih masa diperuntukkan kepada kumpulan lambat, kumpulan lain juga patut diberikan layanan yang sewajarnya. 7. Bagi aktiviti pelbagai kebolehan secara pusingan guru hendaklah beredar dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk memberikan bimbingan. 8. Selepas aktiviti kumpulan guru hendaklah menilai hasil kerja setiap kumpulan dan berbincang dengan murid secara kelas supaya semua murid boleh mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh setiap kumpulan.

9. Penilaian aktiviti pembelajaran murid pada setiap masa hendaklah diadakan supaya pertukaran antara murid berdasarkan pencapaian dan prestasi dapat dibuat dari semasa ke semasa. 10. Pastikan murid tidak sombong atau merendah diri kerana diletakkan dalam kumpulan tertentu. 10.2 Pengelolaan Aktiviti Pengayaan 1. Aktiviti pengayaan melalui kumpulan mengikut kebolehan merupakan aktiviti pengayaan mendatar. Murid akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu; cerdas, sederhana dan lambat. Setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti pengayaan mengikut kemahiran yang sama, tetapi dengan kadar kesukaran yang berlainan. Murid dalam kumpulan cerdas akan menjalankan aktiviti yang lebih kompleks dan mencabar daripada murid kumpulan sederhana, manakala kumpulan sederhana pula lebih sukar daripada kumpulan lambat. 2. Bagi aktiviti pengayaan kumpulan cerdas dan sederhana, semasa kumpulan lambat menjalankan aktiviiti pemulihan, guru boleh menyediakan aktiviti pengayaan dengan petua atau petunjuk yang jelas supaya murid kumpulan cerdas dan sederhana juga boleh menjalankan aktiviti pengayaan secara sendiri tanpa tunjuk ajar daripada guru. Guru boleh menumpukan masa pada kumpulan pemulihan. 3. Bagi kumpulan pelbagai kebolehan, murid-muridnya terdiri daripada pelbagai kebolehan dan kecenderungan. Murid yang cerdas akan dilatih untuk membantu atau membimbing murid yang lembap menjalankan aktiviti pengayaan. Dengan ini murid murid cerdas dapat menambah pengalaman memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing. Selain itu, cara ini juga sesuai untuk pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa yang sama, terutama dalam keadaan kekurangan alat bantu mengajar. Aktiviti/latihan 1. Rancangkan satu pengajaran dan pembelajaran yang menggambarkan murid-murid yang cerdas membantu murid-murid yang lemah menguasai sesuatu kemahiran. 2. Apakah kebaikan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran cara ini?

TAJUK 11: PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN 11.1 Pengukuhan Aktiviti yang dijalankan untuk mengekalkan penguasaan murid terhadap pembelajaran, meningkatkan pencapaian, membaiki diisiplin dan meningkatkan keyakinan diri. Boleh dilaksanakan dalam keadaan berikut: 1. Secara lisan Memuji murid dengan kata-kata baik, bagus, bijak, cuba lagi, tepat, teruskan dll 2. Gerak-geri dan isyarat Tanda setuju angguk, senyum Tepuk bahu 3. Menggunakan jawapan murid Mengulang dan mengaitkan jawapan murid dengan pembelajaran 4. Memberi ganjaran Dalam bentuk hadiah, sijil, penghargaan 5. Pengulangan (lisan dan bertulis) Untuk mendapatkan yang betul dan murid dapat mengingat 6. Latihan lisan dan bertulis 11.2 Pelaksanaan aktiviti pengayaan Boleh dilaksanakan dalam keadaan berikut: 1. Masa yang ditetapkan pada setiap hari. Guru memilih masa tertentu dalam mana-mana mata pelajaran. 2. Selepas melaksanakan aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran bagi memperkukuhkan kemahiran yang telah dipelajari. 3. Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sejumlah kemahiran, iaitu murid yang menguasai kemahiran diajar lebih awal daripada rakan yang lain

4. Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran, seiring dengan program pemulihan yang diberikan kepada kumpulan murid yang lambat menguasai kemahiran yang diajar atau menggunakan murid yang telah menguasai kemahiran sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Aktiviti-aktiviti pengayaan Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah: 1. Bacaan tambahan Kad bacaan mengikut tajuk dan tema Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak Majalah pengetahuan pelajar Surat khabar/ keratan akhbar/ sisipan akhbar Risalah/ brosor

2. Kerja projek Lawatan Melapor peristiwa Menulis cerita Membina zoo mini sekolah Mengumpul setem, gambar, keratan akhbar dan buku skrap Mengadakan pameran bilik darjah Minggu bahasa dengan aktiviti kuiz dan teka silang kata

3. Permainan dan rekreasi Teka silang kata Teka benda Teka-teki Mencari jalan keluar Menyambung titik Mencari tajuk bagi sesuatu gambar/cerita Mencari benda tersembunyi Meneka bunyi Dam Catur Shahiba Bingo

Ular dan tangga Jigsaw puzzle Bermain bentuk geometri Rubic cube

Aktiviti/ latihan 1. Memadankan gambar dengan perkataan yang diberi 2. Melengkapkan teka silang kata 3. Mengisi tempat kosong dengan perkataan 4. Menulis cerita berdasarkan idea-idea yang diberi 5. Jumlahkan harga barang berdasarkan senarai harga yang diberi 6. Membandingkan berat objek yang diberi

Rujukan Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS Publications & Distributors Azman Wan Chik (pnysn.). (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Koh Boh Boon. (1981). Pengajaran Pemulihan dalam Bahasa Malaysia . Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai