Anda di halaman 1dari 4

Disediakan oleh: ABD RAZAK BIN MD DADI Soalan 6: Teori Perkembangan Moral Kohlberg 1958 i.

Kesesuaian penggunaan teori ini. ii. Pendekatan untuk meningkatkan moral dalam kalangan pelajar.

Cadangan Jawapan i. Kesesuaian penggunaan teori ini. - Pada pendapat saya teori Perkembangan Moral Kohlberg sesuai digunakan. Hal ini kerana: Teori ini menjelaskan tentang perkembangan Moral individu secara berperingkat dan hal ini selari dengan perkembagan pelajar dari peringkat rendah menengah dan tinggi. Pada tahap 1 ( Perkembangan Moral Pra Konvensional ) iaitu murid-murid pada peringkat umur 4 10 tahun akan melakukan tingkahlaku moral berdasarkan orientasi kepatuhan dan hukuman. Di peringkat sekolah rendah murid-murid melakukan tingkahlaku yang bermoral berdasarkan arahan guru-guru dan orang dewasa. Mereka berbuat demikian kerana mereka takut dihukum. Murid-murid beranggapan bahawa mereka telah melakukan perkara yang betul apabila mereka tidak dihukum malah diberikan ganjaran. Oleh itu, pada peringkat ini guru-guru memainkan peranan yang penting untuk memberitahu murid-murid tentang perkara yang sepatutnya dilakukan dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang. Pada tahap 2 ( Perkembangan Moral Konvensional ) iaitu murid-murid pada peringkat umur 10 13 tahun. Pada tahap ini murid-murid sudah dapat menerima norma-norma yang diterima pakai oleh masyarakat. Pada peringkat ini murid-murid yang telah dapat menerima norma masyarakat akan melakukan perkara-perkara yang diterima oleh peraturan sekolah.

Mereka mematuhi peraturan kerana meraka ingin dilihat sebagai pelajar yang bermoral dan mempunyai budi pekerti yang tinggi supaya meraka dapat diterima oleh orang lain.

Hal ini kerana mereka sudah mula membina hubungan dengan orang lain ( interpersonal ) sama ada dengan guru-guru mahupun rakan-rakan. Oleh itu, guru-guru perlu memahami situasi ini dengan membina hubungan yang baik dengan para pelajar di samping memberikan peneguhan kepada pelajar agar terus melakukan tingkah laku yang bermoral dan meninggalkan tingkah laku yang tidak bermoral.

Pada tahap 3 ( Perkembangan Moral pasca Konvensional ) iaitu murid-murid telah berada para peringkat remaja dan awal dewasa iaitu 13 tahun ke atas. Pada peringkat ini, murid-murid melakukan tingkahlaku moral berlandaskan peraturan yang telah ditetapkan dan diterima tanpa syarat. Perkembangan moral pelajar pada peringkat ini agak tinggi iaitu mementingkan etika dan prinsip sejagat. Menurut Kohlberg individu pada tahap ini melihat tingkahlaku yang bermoral mengatasi segala-galanya walaupun terpaksa melanggar peraturan. Hal ini berlaku di sekolah, sebagai contoh pelajar sanggup melanggar peraturan pemakaian baju unit beruniform dan sanggup dihukum kerana memahami keadaan kekurangan ibu bapa mereka yang tidak mampu menyediakan kelangkapan baju unit beruniform.

Oleh itu, guru-guru perlu menyedari situasi yang dijelaskan oleh teori ini dengan membuat siasatan untuk menggenal pasti punca sebenar sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh pelajar sebelum hukuman dijalankan.

ii. Pendekatan untuk meningkatkan moral dalam kalangan pelajar. - Beberapa pendekatan boleh dilakukan untuk meningkatkan moral dalam kalangan pelajar: 1. Membentuk perlakuan moral pelajar melalui pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang selaras dengan perkembangan Moral Kognitif berasaskan teori Perkembangan Moral Kohlberg. - Pengajaran mata pelajaran ini dapat membantu membina kebolehan pelajar membuat pertimbangan secara logik dan bermoral. - Mata pelajaran ini perlu diajar kepada murid memandangkan banyak gejara negatif dan tidak bermoral berlaku pada hari ini. - Selain itu, penerapan moral kepada para pelajar penting dalam membentuk pemikiran pelajar yang rasional seterusnya memudahkan proses pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. 2. Dalam mengajarkan mata pelajaran ini, guru-guru perlu kreatif dengan menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dan berpusatkan murid. - Guru-guru boleh menggunakan teknik perbincangan dan sumbang saran yang menyebabkan murid mengeluarkan idea dan menjadi keratif. Dalam memberikan tajuk guru-guru boleh menggunakan kaedah penyelesaian konflik dalam pengajaran. - Sebagai contoh banyak isu dan permasalahan moral berlaku dalam masyarakat. Oleh itu pelajar diminta untuk membincangkan isu dan memberikan idea untuk mengatasinya. - Dengan aktiviti ini, secara tidak langsung pelajar akan berbincang untuk menyelesaikan masalah secara sihat. 3. Nilai-nilai Murni diajarkan dan diterapkan merentasi kurikulum.

- Nilai-nilai murni wajib diterapkan kepada para pelajar melalui semua mata pelajaran yang diajar di sekolah. - Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri para pelajar secara langsung atau tidak langsung dalam mata pelajaran yang diajar. - Sebagai contoh guru Bahasa Melayu boleh menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa mengajar karangan bertajuk Menghormati Orang yang lebih Tua.

Guru Geografi boleh menerapkan nilai bersyukur semasa mengajar tajuk tumbuhan semulajadi dan sebagainya.

4. Murid-murid perlu didedahkan dengan konsep ketuhanan dan asas-asas keagamaan seperti yang telah diteangkan dalam Teori Perkemabangan Rohani yang dipelopori oleh Iman Al Ghazali. - Ibu bapa dan guru-guru perlu memberikan penekanan kepada perkembangan rohani individu dari aspek akal fikiran, pengawalan nafsu, pembangunan jiwa dan roh individu. - Kanak-kanak harus dididik dengan asas-asas keagamaan berlandaskan Al Quran dan Hadis. - Kanak-kanak perlu diajar tentang keburukan dan kesan yang akan diterima apabila mereka melakukan perkara yang jahat, malas dan tidak berbudi bahasa. - Konsep ketuhanan seperti kebesaran tuhan, nilai-nilai murni dan adab sopan perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak sejak kecil. - Konsep dosa dan pahala juga perlu dijelaskan kepada kanak-kanak supaya mereka faham dan melakukan perkara yang baik serta meninggalkan perkara yang dilarang.

Anda mungkin juga menyukai