Anda di halaman 1dari 4

SI ANAK BERUANG YANG BERTANGGUNGJAWAB Terima kasih pengerusi majlis.

Assalamualaikum, selamat pagi dan salam Satu Malaysia saya ucapkan kepada tuan guru besar, guru-guru serta rakan-rakan semua. Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan rakanrakan semua satu cerita yang bertajuk SI ANAK BERUANG YANG BERTANGGUNGJAWAB Si Anak beruang tinggal bersama bapanya di sebuah rumah kecil. Ibunya sudah lama meninggal dunia akibat kemalangan. Kini dia menjaga bapanya yang sudah tua dan sakit. Setiap malam dia menunggu

bapanya tidur. Kemudian barulah dia masuk tidur. Penyakit bapanya semakin tenat. Si Anak Beruang tidak tidur siang dan malam kerana menjaga bapanya. Keadaan ini membuatkan Si Anak Beruang berasa sangat letih. Malam itu dia tidur dengan lenanya. Pada waktu tengah malam, bapanya berasa sangat haus. Dia cuba bangun walaupun sakit. Dia berjalan ke dapur untuk mengambil secawan air. Langkahnya terhuyunghayang. Tanpa disengaja dia tersepak lilin. Api menyambar lantai dapur dan terus merebak ke seluruh rumah.

Si Anak Beruang terjaga daripada mimpinya. Dia terbau asap. Dia terus meluru ke bilik bapanya dan ternampak bilik itu terbakar. Tanpa memikirkan keselamatan dirinya, Si Anak Beruang meredah api dan mendukung bapanya keluar dari rumah. Sebahagian daripada badannya turut terbakar. Jiran-jiran segera dating membantu setelah menyedari rumah Si Anak Beruang terbakar. Mereka menyimbah beberapa baldi air untuk memedamkan api. Jiran-jiran yang baik hati itu telah menyelamatkan rumah beruang daripada mesnah terbakar.

Jiran-jirannya Nampak Si Anak Beruang meredah api sambil mendukung bapanya keluar dari rumah mereka yang terbakar. Mereka berkata kepada bapa Si Anak Beruang, Kamu bertuah sekali kerana memiliki anak yang bertanggungjawab dan berani. Kawan-kawan, daripada cerita ini dapatlah kita ambil satu nilai murni yang harus dijadikan teladan untuk kita semua iaitu walau bagaimana sukar keadaan itu, kita mesti cuba sebaik mungkin menjalankan tanggungjawab kepada ibu bapa kita. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai