Anda di halaman 1dari 11

PANTANG-LARANG MASYARAKAT MELAYU

Disediakan oleh:Aini Munirah Alias Munirah Ahmad Sabri Nabilla Yusof

Umum
Jangan bersiul di dalam rumah. Jangan menyanyi di dapur. Anak dara tak boleh duduk/makan di atas tangga. Jangan potong kuku waktu malam, nanti kalau mak ayah meninggal tak sempat jumpa. Jangan masuk dan keluar rumah pintu yang

sama. Jangan buka payung di dalam rumah. Jangan meniarap sambil mengangkat kaki ke atas.

Jangan langkah orang/buku semasa berjalan. Kalau terseliuh leher selepas bangun tidur,

pukul belakang dengan bantal yang sama. Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan. Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul. Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang. Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta

Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis. Jangan makan beralih tempat makan....nanti kawin banyak kali. Waktu Maghrib jangan main kat luar rumah, main nyorok-nyorok nanti kena sorok dek hantu bebek. Jangan main payung didalam rumah nanti terbakar rumah. Jangan memberi pinjam barangan tertentu selepas waktu maghrib. Kalau berasa nak kencing diluar pada kawasan rumah kena minta kebenaranya dahulu seperti kata amalanya.."tok anak cucu nak tumpang kencing "

Sebelum perkahwinan
Bakal pengantin dilarang keluar rumah . Jangan keluar dengan pasangan selama 40

hari sebelum diijabkabul. Bakal pengantin dilarang melakukan kerja berat Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.

Elakkan makan ulam yang berbau busuk

seperti petai dan jering. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

Masa mengandung
Dilarang untuk mengumpat dan mencaci. Dilarang untuk memaku, menggali lubang,

dan memahat. Dilarang memukul binatang. Dilarang keluar rumah pada waktu petang @senja. Dilarang duduk di anak tangga Dilarang melihat gerhana bulan @matahari

Suami dilarang meniup sebarang bunyi-bunyian. Suami dilarang menyembelih, memburu dan

memukul binatang. Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap. Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
*Semua pantang-larang ini untuk menjaga keselamatan bayi dan dikandung.

Selepas bersalin
Tidak boleh buat kerja berat Tidak boleh makan makanan sejuk seperti

timun,nangka, dll. Tidak boleh makan telur.

Pantang-larang masih relevankah pada zaman sekarang? Bincangkan.

Kesimpulan
Pantang larang yang dicipta pada zaman

dahulu mempunyai rationalnya yang tersendiri. Umumnya bertujuan bagi memberi teladan dan mengajar anak-anak muda khususnya pada zaman dahulu supaya mereka sentiasa mengikut tunjuk ajar orang tua kerana mereka lebih berpengalaman tentang kehidupan.