Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-11 (SESI PAGI)

Hari : Isnin Tarikh : 11 Mac 2013 Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi. Guru-guru bertugas: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. En. Tarmiji bin Sabali Pn. Rohizatul Ikmal Pn. Nor Azura bt Mohamad Asir Pn. Rosmaria bt Idris Pn. Nor Syifa Pn. Nor Siah Pn Syikin Pn Siti Rabiah

LAPORAN 1.0 Nyanyian, bacaan doa dan ikrar 1.1 Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. 1.2 Bacaan doa oleh adik Mohamad Amin ( 6 Tiung ). 1.3 Ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan jalanraya oleh Pn Nor Azura bt Mohamad Asir 2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn. Rosmawati bt Desa) 2.1 Pelajar diingatkan mengenai pemakain stokin iaitu di atas buku lali. Tidak dibenarkan memakai stokin bawah buku lali. 2.2 Sepanjang minggu lepas ramai murid yang muntah-muntah iaitu antara

7 hingga 8 orang. 2.3 Murid hendaklah menyediakan buku nota lawad untuk mencatat tentang maklumat yang baru dan perkataan lawad. 2.4 Murid tidak dibenarkan berlegar-legar di pondok. 3.0 Laporan Guru Bertugas Mingguan (Pn Nor Azura bt Mohamad Asir) 3.1 Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini. 3.2 Tema: Sayangi Harta Benda Sekolah
3.3 Murid dinasihatkan menggunakannya dengan cara yang betul, menyayanginya, bersihkan selepas digunakan dan menjaga kebersihan. 3.4 Perbuatan yang patut dijauhi ialah menconteng, mengotorkan, merosakkan dan membazir. 4.0 Perkataan LAWAD 4.1. BM- Dermaga 4.2. BI Under (di bawah) 4.3. BA- Sulahfatun (kura-kura)

5.0 Keceriaan kelas bagi minggu ke sebelas, Tahun 4 - 1. Exora 2. Wira 3. Iswara Tahun 5 - 1. Balau 2. Seraya 3. Almon Tahun 6 - 1. Helang 2. Tiung 3. Merak 6.0 Penyampaian sijil untuk pertandingan tenis dan sijil kepada murid yang menyertai program kesedaran air.dan sungai.

7.0 Ucapan Guru Disiplin (En. Shahrizal bin Yaam) 7.1 Beliau mengingatkan supaya murid tidak meninggalkan buku di dalam meja contohnya kelas 6 Bangau. Kesan nya akan berlaku kehilangan dan murid tidak dapat belajar. 7.2 Pada minggu ini akan diadakan pemeriksaan mengejut iaitu spot check. Pastikan murid melengkapkan pakaian dan kemasan diri. Aspek yang akan disemak ialah rambut, lencana, tanda nama, kuku dan barang perhiasan. 7.3 Murid diingatkan mengenai keselamatan diri sewaktu pulang dari sekolah. Khususnya murid yang menaiki van- murid berebut-rebut untuk segera menaiki van untuk mendapat tempat duduk. Amalan ini tidak harus dilakukan kerana ia membahayakan keselamatan diri. Murid hendaklah memandang kiri

dan kanan jalanraya sebelum melintas. Murid juga diingatkan menunggu kenderaan berhenti dahulu barulah menaiki bas atau van tersebut. 7.4 Apabila bunyi loceng selepas rehat, murid-murid diingatkan untuk terus beratur ke dewan. Jangan lagi berlegar-legar sesuka hati.

Puan Siti Habsah bersama pemenang pertandingan Tenis

Encik Fuadi bersama murid yang menyertai program kesedaran air dan sungai.

Guru disiplin mengingatkan kembali mengenai peraturan dan disiplin yang mesti pelajar ikuti

Anda mungkin juga menyukai