Anda di halaman 1dari 23

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

SYARAHAN

Definisi Syarahan
Syarahan merupakan aktiviti berkomunikasi
secara sehala, iaitu menjelaskan perkaraperkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan.
(Bahasa Melayu Komunikasi 2, AB Rahim Selamat, Longman Malaysia Sdn. Bhd. 1997)

Syarahan merupakan satu bentuk pengucapan yang disampaikan secara individu kepada orang ramai dalam sesuatu majilis untuk menghuraikan sesuatu topik.
(Masteri Karangan Bahasa Melayu Syarahan,
Naidatal Zamrizam Abu, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2005)

Syarahan ialah pengucapan yang memberi ucapan salam dan menyebut nama-mana tetamu hadir yang dijemput khas (mengikut urutan betul berdasarkan statusnya ) serta tujukan juga salam kepada pihak-pihak lain atau orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan.

Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek penting tentang tajuk tersebut.

Memberitahu audien tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa yang menarik hati

Tujuan Syarahan

Memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu perkara

Mempengaruhi audien supaya memberi poerhatian yang serius terhadap sesuatu isu yang penting.

Ciri-ciri Penyampaian syarahan yang baik


Kelancaran

Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikan syarahan Pengaliran idea secara berterusan tanpa terlalu kerap merujuk kepada nota. Kawalan masa Elakkan daripada melakukan gangguan wancana seperti eh, em atau ya. Menyampaikan pidato mengikut tempo yang sederhana.

Nada & Intonasi


Pastikan suara sedap didengar dan menarik. Gunakan nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian. Gunakan nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati.

Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk. Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi pendengar. Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi.

Kecekapan Berbahasa
Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis. Aras bahasa bersesuaian dengan audien. Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam syarahan seperti pantun,bahasa kiasan dan peribahasa.

Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi. Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien. Penggunaan bahasa yang bertatsusila dan beradab.

Binaan sesuatu teks syarahan


1. Pembuka kata
. Penghargaan kepada para hadirin dan pihakpihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan yang berkenaan.

2. Menarik minat dan membina keyakinan pendengar


. Permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini.

3. Isi atau amanat


. Bahagian terpenting dan perlu diberikan penekanan yang sewajarnya.

4. Penutup isi
. Kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam syarahan.

5. Penutup syarahan
. Permidato harus merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan.

Ringkas dan Tepat

Kemahira n Memulak an Pidato Strateg i Membu at Syarah an Penyusun an Fakta

Pemiliha n Ayat

Pertaut an

Pemiliha n Kata Kemahira n Melahirka nPendap at

Koheren

Kemahiran Melakukan Syarahan

Peringkat persediaan

Peringkat permulaan ucapan

Peringkat Persediaan
a)Mengetahui tujuan syarahan, iaitu sama ada hendak memberi penerangan, menyampai maklumat, memberi inspirasi atau memujuk para pendengar. b)Mengumpul maklumat yang sesuai mengikut tujuan majlis dan jenis audien.

c) Menyusun maklumat & mengelomppokkannya kepada tiga kategori iaitu: - Fakta yang wajib disampaikan. - Fakta yang harus dimasukkan untuk memantapkan syarahan. - Fakta yang bolah dimasukkan jika perlu atau masa mengizinkan. d) Menganggarkan jangka masa yang diperlukan untuk menyampai syarahan yang berkenaan.

Peringkat Permulaan Ucapan


Menyampai salam mengikut kesesuaian majlis. Menyampaikan kata alu-aluan kepada pengerusi majlis,dif-dif kehormat, jemputan khas, pihak penganjur, dan para hadiri mengikut susunan protokol. Menyatakan tajuk pidato/syarahan dan memperkenalkan tajuk keseluruhan dengan mengetengahkan beberapa idea utama.

Kemahiran Melahirkan Pendapat

Syarahan yang berkesan harus mengandungi idea atau pendapat yang jelas dan disesuaikan pula dengan aras kefahaman audien.

Pemilihan Kata
Menggunakan perkataan yang tepat. Mengelakkan pengulangan perkataan-perkataan secara sewenang-wenangnya kerana ini membosankan, Menggunakan perkataan yang lebih konkrit dan spesifik untuk membawa konotasi yang sesuai dengan maksud yang disampaikan.

Pertautan
Hujah yang mengandungi unsur pertautan memperlihatkan idea-idea utama didukung dengan bukti, contoh, dan fakta sokongan.

Ringkas dan Tepat


Hujah atau mesej harus diolah dengan jelas tanpa diulang-ulang kecuai untuk penegasan diperingkat rumusan dan kesimpulan.

Koheren
Syarahan yang baik harus bersifat koheren, iaitu setiap hujah atau fakta mempunyai pertalian antara satu dengan lain.

Jenis-jenis Syarahan
Rencana Perbincangan Perbahasan

Alat Bantu dalam Syarahan


Pakaian Mikrofon

Anda mungkin juga menyukai