Anda di halaman 1dari 6

Teknik Dan Strategi Pengucapan Awam Yang Berkesan Semasa Menyampaikan Ceramah

Yang Pertama - Pengucap haruslah biasakan diri dengan ruang atau tempat berhujah

Para pengucap adalah digalakkan datang awal ke tempat ceramah supaya dapat membuat persiapan rapi dan tidak kelihatan kelam-kabut Cuba berlegar-legar di kawasan tempat ceramah untuk membiasakan diri dengan suasana di situ
Mulakan ucapan dengan nada yang jelas, kuat dan meyakinkan untuk mengetahui intonasi dan kelantangan suara yang telah dilontarkan

Yang Kedua - Kenal pasti para audiens dengan memulakan salam dan sulamkan ucapan awal dengan jenaka yang bersesuaian Jalinkan komunikasi dengan audiens dengan interaksi mata

Bermula di bahagian tengah audiens dan kemudian di penjuru kanan serta kiri di samping melemparkan senyuman

Yang Ketiga - Pengucap haruslah dalam keadaan yang bersantai


Bagi mengelakkan tekanan, para pengucap tidak perlu menghafal seluruh isi kandungan teks Pastikan juga pengucap tidak berucap seperti menabur peluru

Nada suara pengucap perlu ada variasi dan jangan mendatar


Para pengucap mestilah memahami isu yang ingin disampaikan. Sentiasa fokus kepada isu yang ingin dikupas Digalakkan mendapatkan data, statistik, maklumat dan contoh yang sesuai supaya dapat menguasai bidang yang diceramahkan

Yang Terakhir - Berani mencuba memberi ceramah di samping menguasai ilmu yang disampaikan dan pelajari teknik ceramah dengan menghadiri ceramah orang lain Kumpulkan pengalaman tersebut dan beranikan diri untuk memberikan ceramah di khalayak ramai

SEKIAN, TERIMA KASIH