Anda di halaman 1dari 11

Latihan Tatabahasa (tahun 5) soalan daripada buku teks Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan, iaitu

A, B dan C atau empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih ayat yang betul. 1. I Saya berasal daripada Kajang, Awak pula? II Ayah akan bermesyuarat di Johor Bahru pada minggu depan. III Oleh sebab hari hujan, adik tidak dapat bermain di luar. IV Setengah kanak-kanak sangat takut untuk mendapatkan rawatan pergigian. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV 2. I Pelbagai juadah disediakan di majlis berbuka itu. II Sebahagian daripada peserta kursus itu berbangsa Cina. III Sila serahkan buku ini ke Cikgu Musalmah dengan segera. IV Semua guru-guru diwajibkan memakai pakaian batik pada setiap awal bulan. A I dan II sahaja B I, III dan IV sahaja C I, II, dan IV sahaja D I, II, III dan IV 3. I Aduh, luka di kakiku berdarah semula! II Eh, buku-buku ini bukan kepunyaan saya! III Cis, awak hendak ke mana tergesa-gesa ini? IV Wah, banyak sungguh simpanan awak di dalam bank! A I dan II sahaja B I, II dan III sahaja C I, II, dan IV sahaja D I, II, III dan IV 4. I Buatlah mana-mana yang kamu suka asalkan tidak mengganggu saya. II Ayah mengirimkan sejambak bunga kepada ibu melalui pembantu pejabatnya. III Surat yang berkajang-kajang itu ditulis oleh kakak kepada tunangannya di luar negara. IV Restoran Seri Anjung menyediakan berbagai-bagai juadah untuk dinikmati oleh para pengunjung. A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C II, III, dan IV sahaja D I, II, III dan IV 5. I Murali lebih tinggi daripada adik-beradiknya yang lain. II Ibu sangat rindu akan abang yang berada di luar negara. III Daripada kamu asyik bermain lebih baik mengulang kaji pelajaran.

IV Saya dan abang tiba di sekolah lebih awal daripada murid-murid yang lain. A I, III dan IV sahaja B I, II dan III sahaja C I, II, dan IV sahaja D I, II, III dan IV

6. Berapakah harga robot ini? ______nya canggih dan berteknologi tinggi, Tanya Adam kepada lelaki itu. A Buat B Buatan C Pembuat D Pembuatan 7. Pelbagai jenis kereta solar telah ______ sempena Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2005. A bertanding B ditandingi C menandingi D dipertandingkan 8. Ada ______ yang mengatakan bahawa Aidil Hakim akan mengetuai perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti. A ura-ura B usul-usul C desas-desus 9. Pakaian pengemis yang diberkas oleh pegawai Majlis Perbandaran Jitra itu_______ . A corat-coret B kusut-masai C compang-camping 10. Sambutan Malam Kemerdekaan yang diadakan di sekolah saya berlangsung dalam suasana ______ . A huru-hara B hingar-bingar C gilang-gemilang D terang-benderang 11. Peserta perbarisan yang pengsan itu ______ dengan tandu. A dipapah B diusung C dikendong 12. Amirul ______ ke hadapan apabila namanya disebut oleh pengacara majlis. A muncul B terpa

C terbit

D tampil

13. Majlis diteruskan dengan ______ Encik Sofian naik ke pentas untuk menyampaikan ucapan, kata pengacara majlis. A mengajak B menampilkan C mengundang D mempersilakan 14. Penunggang motosikal yang ______ di bawah kereta itu telah disahkan meninggal dunia. A terkepit B tersungkur C terselit D terperosok 15. Sikap tolong-menolong yang ______ oleh penduduk kampung mendapat pujian daripada wakil rakyat. A pertunjukan B penunjukan C ditunjukkan D menunjukkan 16. Proses ______ produk berasaskan bahan mentah itu mengambil masa selama A keluaran B pengeluaran C mengeluari D dikeluarkan 17. Walaupun hidup Pak Itam dan Mak Kiah ibarat ______ , namun, mereka tidak pernah mengharapkan bantuan orang lain. A jauh bau bunga, dekat bau tahi B enggang sama enggang, pipit sama pipit C kais pagi makan pagi, kais petang makan petang D berat mata memandang, berat lagi bahu memikul 18. Janganlah kamu bimbang sekiranya kamu tidak bersalah, bak kata pepatah______ , pujuk Rima kepada Raimi. A kalah jadi arang, menang jadi abu B biar putih tulang, jangan putih mata C berani kerana benar, takut kerana salah 19. Hati-hati apabila berkata-kata supaya tidak menyusahkan diri sendiri, bak kata pepatah ______ , kata ibu. A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan B di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung C ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis D kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

20. Ayah selalu menasihati abang supaya tidak bergaul dengan budak-budak nakal di kampung ini. Malangnya, abang menerima teguran itu sekadar ______. A masuk telinga kanan, keluar telinga kiri B diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat C buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali D banyak udang banyak garam,banyak orang banyak ragam 21. Ibu ______ dulang minuman ke ruang tamu lalu mempersilakan tetamunya minum. A menatang B menjinjing C memegang 22. Kami dapat menyaksikan demonstrasi ______ tikar mengkuang semasa melawat ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur. A menekat B menenun C menganyam D menyusun 23. Pilih ayat yang betul. I. Hai! Apa khabar! II. Wah, pergi engkau dari sini! III. Syabas, kamu berjaya akhirnya! IV. Amboi, cantiknya pakaian kamu ini! A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 24. Pilih ayat yang betul. I. Aduh, senaknya perutku ini! II. Eh, mengapa kamu tidak masuk! III. Aduhai, malang sungguh nasib Pak Kaduk! IV. Wah, pandainya sahabat kamu berbahasa Tamil! A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 25. Walaupun Pak Harun penat menguruskan kolam ternakan ikannya, dia tidak ______ mengeluh. A harus B mahu C pernah D hendak 26. Usahanya yang tidak mengenal erti jemu selama ini ______ membuahkan hasil yang lumayan. A telah B dapat

C pernah

D hendak

27. Pekerja-pekerja di ladang ternakan rusa itu ______ bekerja walaupun hari telah beransur senja. A telah B belum C sudah D masih 28. Saya bercita-cita ______ melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Pertanian di Universiti Putra Malaysia. A telah B pernah C hendak D sedang 29. Bardin cuba ______ untuk keluar dari hutan setelah tersesat. A mati kutu B mati akal C cari jalan D jalan tengah 30. Ayah selalu menasihati kami agar tidak ______ apabila telah berjaya kelak. A lupa diri B patah hati C busuk hati D patah kandar 31. Kita janganlah mengikut ______ supaya tidak menyesal pada kemudian hari. A darah raja B darah muda C darah manis 32. Tuan Haji Zainal itu seorang hartawan yang ______. Beliau selalu menghulurkan bantuan. A keras hati B berat hati C panas hati D murah hati 33. Puan Roslin ______ kerana selalu membantu orang lain. Suaminya pula lebih dikenali sebagai ______ kerana sikap kedekutnya. A isi hati isi perut B baik hati tangkai jering C hati batu batu loncatan D ringan tangan tangkai jering 34. Biasanya, orang yang ______ akan disenangi oleh sesiapa pun, manakala orang yang ______ akan dibenci. A iri hati senang hati B baik hati hidung tinggi

C berat tulang ... ringan tulang

D mulut murai kera sumbang

35. Walaupun hidup ______ , Mak Cik Eton tidak pernah menyusahkan sesiapa. A makan suap B sebatang kara C sehelai sepinggang D setahun jagung 36. Hamid dan Lim rakan karib. Mereka ______ kerana tidak pernah berenggang. A bagai kertas dengan dakwat B bagai tikus membaiki labu C bagai isi dengan kuku 37. Apabila kita membeli sesuatu barangan, pastikan terdapat tanda harga dan______ barangan yang dibeli daripada pihak penjual. A dijamin B terjamin C jaminan D penjamin 38. Kita perlu berbelanja secara ______ dan tidak mengikut perasaan. A berada B berkurangan C berpandangan D berjimat cermat 39. Kita hendaklah merancang setiap pembelian terlebih dahulu supaya tidak berlakunya ______. A pembazir B dibazirkan C pembaziran D membazirkan 40. Peniaga ______ mempromosi barangan mereka untuk menarik perhatian pengguna. A bersaing B bertanding C berkeinginan D berharapan 41. Sebagai pengguna yang bijak, kita mestilah berjimat cermat semasa berbelanja. ______ yang melebihi pendapatan akan memudaratkan pengguna. A Belanjaan B Belanjawan C Perbelanjaan 42. Saya ingin sentiasa sihat dan cergas . ___ __ __ , saya perlu bersenam dan mengamalkan pemakanan seimbang. A Oleh sebab itu B Di samping itu C Namun begitu D Semenjak itu 43. Penyakit demam denggi telah menjadi wabak utama di negara kita. _______ , orang

ramai masih kurang kesedaran tentang bahaya penyakit ini. A Tambahan pula B Lebih-lebih lagi C Namun demikian D Dalam pada itu 44. Pencapaian sukan di Malaysia semakin meningkat. _______ , pihak kerajaan sangat menitikberatkan kebajikan para atletnya. A Semenjak itu B Tambahan pula C Bagaimanapun D Sungguhpun demikian 45. Amalan bersukan akan menjadikan badan kita sihat. _______ , bersukan juga dapat mengisi masa lapang dan mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. A Selain itu B Bagaimanapun C Lantaran itu 46. Kerja untuk membaik pulih kompleks sukan itu sedang dijalankan. _______ , kos pembiayaannya yang besar telah merumitkan keadaan. A Dengan itu B Selanjutnya C Tambahan lagi D Walau bagaimanapun 47. Gejala sosial semakin berleluasa di negara kita. _______ , didikan agama kepada anak-anak mestilah diterapkan sejak kecil. A Oleh itu B Sebaliknya C Tambahan pula D Walaupun demikian 48. Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Pusat Dagangan Dunia Putra. _______ , saya akan ke sana sempena Pameran Buku Antarabangsa. A Akhirnya B Justeru C Walaupun begitu 49. ______ kaum menyertai gotong-royong yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Desa Harmoni. A Segala B Pelbagai C Seluruh 50 Sikap prihatin _ __ __ _ masyarakat telah berjaya menumakan kegiatan pembuangan sisa toksik di kampung tersebut.

A segala C segelintir

B separuh D masing-masing

51. ______ kamu buang tin-tin minuman itu di merata-rata tempat, lebih baik kamu bawa ke pusat kitar semula kampung kita ini, nasihat Mak Lijah kepada anaknya. A Dari B Pada C Daripada 52. Kempen kesedaran ______ kebersihan dan pencemaran alam sedang giat dijalankan di seluruh negara. A akan B terhadap C tentang 53. Sejak ______ pagi tadi ______ sekarang, mereka membersihkan kawasan balairaya itu. A pada ke B dari pada C ke sehingga D dari hingga 54. ______ penduduk kampung diminta membawa peralatan gotong-royong ______. A Setiap seluruh B Seluruh sekalian C Semua masing-masing D Beberapa masingmasing 55. Ceramah itu telah disampaikan ______ seorang doktor ______ Hospital Selayang. A oleh dari B kepada di C oleh daripada D dari daripada 56. ______ pandangan pegawai daerah, ceramah itu sangat sesuai ______ penduduk kampung. A Pada dengan B Bagi terhadap C Pada untuk D Untuk kepada 57. ______ tunjukkan saya jalan yang paling dekat untuk ke Masjid Negara, pinta pelancong itu kepada Amir. A Sila B Mari C Jangan D Tolong 58. ______ letak kotak itu di atas meja. Letakkannya di lantai, kata ayah kepada Shamsul. A Sila B Jangan

C Tolong 59. ______ kumpulkan buku terpakai yang telah kamu bawa di sini, pinta Cikgu Aziz kepada murid-muridnya. A Sila B Minta C Harap D Jemput 60. Kami akan mengadakan Majlis Jamuan Perpaduan di balai raya. ______lah beramai-ramai ke majlis ini, kata Azizah kepada kawan-kawannya. A Sila B Harap C Tolong 61. Kami menunjukkan arah yang betul ______ pelancong asing tersebut. A pada B kepada C daripada 62. Haikal menyampaikan pesanan ______ ayahnya ______ Jawatankuasa Persatuan Penduduk Desa Harmoni. A dari pada B oleh dengan C dari kepada D daripada kepada 63. Ayah membeli sebuah beg bimbit yang diperbuat ______ kulit. A daripada B dengan C pada 64. Kelas 5 Mawar memenangi Pertandingan Kelas Ceria kerana muridmuridnya ______ menghias dan membersihkan kelas mereka. A rajin B cekap C cepat 65. Cikgu berharap agar kamu menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab.Pastikan kelas kita sentiasa ______ , kata Cikgu Zalina kepada kami. A suci B bersih C indah 66. Persekitaran sekolah yang indah dapat memberikan keselesaan dan ketenangan ______ belajar. A biarpun B sementara C semasa

67. Kawa san yang i n d a h d a n b er sih di sekol ah tidak akan wujud __ __ __ kita bersama-sama menjaganya. A bahkan B padahal C sedangkan D melainkan 68. _____ yang mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan itu, kata Amir kepada kawan-kawannya sambil menunjuk ke arah Saiful. A Dia B Anda C Kami D Mereka 69. Bapa Fah mi, Encik Harun ialah pensyarah di Univers iti Putra Ma laysia. ______ seorang yang berdedikasi dan sangat dihormati oleh pelajarnya. A Dia B Kita C Beliau D Mereka 70. Nenek berharap agar ______ sentiasa menghormati orang yang lebih tua, pesan Puan Mariam kepada cucu-cucunya. A kita B anda C kamu 71. Abang melayari internet untuk mencari maklumat bagi meny iapka n kerja yang diberikan oleh guru ______. A dia B nya C beliau D mereka 72. Fahmi akan menyertai Kem Motivasi Jati Diri. Awal -awal lagi _ __ ___ telah menyediakan peralatan untuk dibawa bersama-sama. A dia B saya C kita D kami 73. Ampun tuanku, _ _____ datang mengadap, kata Hang Tuah kepada Sultan Melaka. A hamba B patik C beta

74. Semasa menyanyikan lagu kebangsaan, ______ hendaklah berdiri tegak, kata ketua pengawas kepada murid-murid. A kami B mereka C kita

Anda mungkin juga menyukai