Anda di halaman 1dari 12

Hujah Ahlussunnah Waljama`ah ke atas mereka yang menyelewengkan Kisah Israk Mi`raj Segala pujian bagi Allah tuhan

sekalian alam, Dia yang telah menciptakan bumi, langit, Kursi, Arasy, tempat,masa dan semua makhluk, Dia wujud sebelum kewujudan makhluk, Dia bersifat azali lagi abadi dan Dia wujud tanpa bertempat dan tanpa berhajat kepada makhluk.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad juga buat keluarga baginda, para sahabat dan sekalian para pengikut mereka hingga akhir zaman. Sebagai umat Islam yang sebenar,kita wajib beriman dengan perkara luar biasa atau ajaib yang secara adatnya tidak diterima oleh akal. Perkara ini berlaku kerana diberikan oleh Allahkepada para rasul `alayhimussalam yang diistilahkan sebagai mukjizat. Mukjizat tersebut diberikan oleh Allah kepada para rasul bagi membuktikan kebenaran dakwaan mereka bahawa mereka merupakan utusan Allah yang sebenar kepada umat manusia. Perkara luar biasa atau ajaib ini bukanlah cerita dongeng dahulu kala yang tidak berasas seperti yang dilemparkan oleh golongan Orientalis ataupun sebagaimana yang ditonjolkan dalam cerita-cerita kartun. Perkara mukjizat ini merupakan perkara usul atau asas dalam Islam yang mesti diimani mengikut disiplin ilmu Islam itu sendiri. Inilah antara keyakinan atau akidah yang membezakan antara umat Islam dengan umat yang lain. Keimanan atau kepercayaan dalam ajaran Islam bukan hanya beriman dengan perkara yang zahir,bahkan perlu kepada beriman dengan perkara yang ghaib. Seseorang itu masih tidak dianggap sebagai muslim jika tidak beriman dengan perkara ghaib seperti syurga, neraka, malaikat, dosa dan pahala.

Antara mukjizat agung yang diberikan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam ialah peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun ke-lima sebelum hijrah.Peristiwa ini melangkau jangkaan pemikiran manusia. Ini kerana Rasulullah diperjalankan oleh Allah pada waktu malam dalam tempoh yang singkat bermula dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin (israk),seterusnya dibawa melihat keajaiban dan keanehan ciptaan Allah yang berada di alam yang tinggi (malakut al-a`la) iaitu di langit dalam masa sebahagian malam sahaja (mikraj). Peristiwa ini berlaku pada diri Rasulullah untuk menunjukkan kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepada baginda yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain.Bukanlah suatu perkara yang besar, susah atau aneh bagi Allah tuhan alam semesta untuk melakukan sedemikian kerana Dialah tuhan yang telah menjadikan segala kewujudan ini dari tiada kepada ada. Berkaitan peristiwa Israk dan Mikraj ini, umat Islam banyak mengambil berita-berita atau cerita-cerita yang tidak berasas atau tidak bersumberkan dari sumber yang sahih lagi boleh dipercayai. Berikutan dari itulah, maka banyak kisah yang diriwayatkan berkaitan Israk dan Mikraj ini adalah pembohongan semata-mata. Amat mendukacitakan kita sekiranya cerita atau kisah palsu berkaitan mukjizat yang agung ini dilontarkan dari mulut-mulut khatib di atas mimbar, penceramah-penceramah di masjid atau diajar dalam majlis-majlis ilmu turun temurun. Oleh yang demikian, di bawah ini dimuatkan sebahagian cerita-cerita palsu dan sesat tersebut supaya kita dapat menghindari dan menjauhinya dari mempercayainya.

PERTAMA: Sesetengah orang percaya bahawa Mikraj merupakan satu peristiwa yang menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sampai kesuatu tempat di atas langit yang ke tujuh dan di situlah Allah berada. Kepercayaan atau iktikad yang mengatakan Allah berada di atas langit -samada yang dimaksudkan langit itu secara umum atau dikhususkan kepada Kursi atau Arasy - sebenarnya sesat lagi KUFUR di sisi Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Ini kerana kepercayaan sedemikian menisbahkan atau menyifatkan Allah berada pada sudut, arah, ruang atau tempat. Sedangkan akidah dan kepercayaan umatIslam yang sebenarnya ialah bahawa Allah jualah yang menciptakan segala-galanya yang ada termasuk tempat, ruang, arah atau sudut. Allah telah pun ada atau wujud sebelum itu lagi tanpa memerlukan arah, sudut mahupun tempat. Inilah yang dikatakan bahawa kewujudan Allah itu azali; iaitu kewujudan Allah tidak dijadikan oleh sesiapapun kerana Dia adalah Tuhan. Tempat, arah danlain-lain merupakan antara makhluk yang diciptakan oleh Allah. Inilah yang dikatakan bahawa kewujudan makhluk itu tidak azali; iaitu asal makhluk itu tidak ada, kemudian ada kerana dijadikan oleh Allah. Oleh itu, maka mustahil bahawa Allah itu perlu atau berhajat kepada makhluk ciptaan-Nya sendiri sedangkan Allah telahpun wujud azali tanpa ada selain-Nya termasuk sudut, arah dan tempat. Al-Imam al-Qushayri meriwayatkan bahawa al-Imam al-Syafi`e rahimahullah berkata: " ".

Maksudnya:Kamu ketahuilah bahawa Allah azza wajalla tidak ada tempat bagi-Nya.

Al-Imam al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Imam Ahlis Sunnah al-Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari berkata: " ".

Maksudnya:Sesungguhnya Allah Taala tidak ada tempat baginya. Al-Imam Abu Mansur al-Baghdadi pula menyebutkan dalam kitab beliau al-Farq Bayn al-Firaq: " ".

Maksudnya:Dan mereka (iaitu Ahlis Sunnah) telah berijmak bahawa Dia (iaitu Allah) tidak diliputi oleh tempat dan tidak berlaku peredaran masa ke atas-Nya. Inilah ijma` Ahlis Sunnah yang menunjukkan bahawa Allah wujud tanpa bertempat, sama ada di atas atau di bawah, kiri atau kanan, depan atau belakang kerana kesemua arah tersebut adalah ciptaan Allah yang asalnya tidakada kemudian ada kerana dijadikan oleh Allah. Begitu jugalah masa, tidak kira sebelum atau selepas, semalam, hari ini atau esok, pagi atau petang, siang ataumalam. Barang sesiapa beriktikad berlainan dari apa yang disebutkan ini, maka mereka itulah yang digelar sebagai golongan Al-Mushabbihah iaitu golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk ciptaan-Nya sendiri. Golongan Al-Mushabbihah tersebut dihukumkan sebagai kafir oleh ulama Islam. Antara mereka ialah Al-Imam Abu Ja`far al-Tahawi; iaitu beliau berkata dalam kitab beliau al-Akidah al-Tahawiyyah: " ".

Maksudnya: Dan barangsiapa mensifatkan Allah dengan salah satu daripada sifat-sifat manusia, maka sesungguhnya dia telah kafir. Antara sifat bagi makhluk ialah kewujudannya yang memerlukan tempat. Perkara ini amat jelas bagi kita. Walaupun demikian, amatlah mendukacitakan kita kerana ada sebilangan orang yang menyandarkan diri mereka sebagai tok guru atau ahli ilmu mengelirukan orang ramai dalam permasalahan peristiwa Mikraj ini dengan mengatakan bahawa Rasulullah telah sampai ke suatu tempat yang merupakan markaz atau tempat Allah berada semoga Allah melindungi kita semua daripada kekufuran ini - . Pandangan atau ucapan sebegini hukumnya jelas kufur kerana menyifatkan Allah dengan satu sifat yang sama dengan makhluk. Pegangan seumpama ini disandarkan kepada sebahagian kandungan kitab murahan yang sudah tersebar yang di dalamnya tidak mengandungi akidah tanzih, iaitu akidah Ahlis Sunnah yang menyucikan Allah dari sebarang persamaan dengan makhluk-Nya. Contoh kitab tersebut ialah kitab Mi`raj Ibn`Abbas yang dinisbahkan secara dusta kepada Ibnu Abbas. Perkara sebegini dan seumpamanya wajib diberi peringatan kepada umat Islam. Penjelasan sebenar berkenaan perkara ini ialah Rasulullah telah sampai ke tempat yang dikehendaki oleh Allah, selepas sampai di Sidratul Muntaha dan di situlah baginda mendapat perintah Allah mengenai kefarduansolat. Begitu jugalah berkenaan Rasulullah berulang alik memohon agar waktu solat tersebut dikurangkan dari tempat Nabi Musa. Ini bukan bererti Nabi Muhammad berulang alik dari tempat Nabi Musa ke tempat Allah berada, bahkan sebenarnya

berulang alik ke tempat asal yang baginda mendengar Kalam Allah yang azali tanpa suara, huruf dan bahasa, Allah menciptakan kekuatan pada hati Rasulullah sehingga baginda faham bahawa ini adalah wahyu daripada Allahmengenai kefarduan solat sehingga tuntutan lima puluh waktu solat seharis emalam dikurangkan kepada lima waktu sehari semalam. Inilah pegangan kita uma tIslam kerana Allah wujud tanpa bertempat. KEDUA: Sesetengah orang ada yang mengatakan bahawa peristiwa Mikraj berlaku dengan ruh sahaja tanpa beserta jasad.Pandangan di atas jelas bercanggah dengan apa yang tersebut melalui hadis-hadis yang sahih. Di dalam al-Quran terkandung satu ayat yang amat hampir kepada penjelasan yang berkaitan peristiwa Mikraj iaitu firman Allah taala: " . . ".

Maksudnya: Demi sesungguhnya dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) buat kali yang kedua di Sidratul Muntaha. Di situlah terletaknya syurga Ma'wa, (Surah al-Najm: ayat 13 15). Ayat tersebut menjelaskan kepada kita bahawa Nabi Muhammad telah melihat Malaikat Jibril dalam rupa bentuknya yang asal; yang mempunyai enam ratus sayap pada malam Mikraj di langit yang ketujuh dalam keadaan sedar dengan ruh danjasad. Antara hadis sahih yang menyebutkan berkenaan peristiwa Mikraj ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam kitab beliau Sahih Muslim bahawa Rasulullah telah berkata: " : : : : ".

Maksudnya: Kemudian kami dibawa naik kelangit, maka dipohon pintu langit dibuka oleh Jibril, lalu ditanya: Siapakahkamu? (Jibril) berkata: (Aku) Jibril. Ditanya: Siapakah bersamamu? (Jibril)berkata: Muhammad. Melalui jawapan Jibril tersebut, Jibril tidakpun berkata: bersamaku ruh Muhammad!! Di akhir hadis itu Rasulullah menceritakan: " ".

Maksudnya: Laluku turun kepada Musa. Ketika itu Nabi Musa berada di langit yang keenam. Rasulullah tidakpun berkata: Ruhku turun kepada Musa alaihissalam. Oleh itu, apakah asas yang digunakan oleh golongan ini bagi menegakkan pandangan mereka bahawa Rasulullah di-Mikraj-kan dengan ruh sahaja?! Di manakah mukjizatnya peristiwa Mikraj ini bagi Rasulullah jika berlaku dengan ruh sahaja?! KETIGA: Sesetengah orang yang jahil mengatakan Rasulullah berdiri di atas seketul batu dan batu tersebut terapung bersama baginda ketika berlakunya peristiwa Mikraj. Batu tersebut pula sekarang ini berada di dalam Kubah Batu ( ) berhampiran dengan Masjid al-Aqsa di

Palestin. Diceritakan bahawa batu tersebut terapung apabila Rasul berkata: Tetaplah ditempatmu. Maka batu tersebut pada sangkaan mereka sehingga sekarang berada dalam keadaan terapung. Kisah ini sama sekali tidak benar kerana hakikatnya batu itu tidak terapung dan keadaan ini dapat dilihat di Kubah Batu.

KEEMPAT: Sesetengah orang mengatakan Allah menjadikan Rasulullah dapat mendengar suaraSayyidina Abu Bakar di langit ketika Mikraj agar baginda merasa tenteram dari ketakutan. Perkara ini tidak berasas sama sekali. KELIMA: Sesetengah golongan mengatakan peristiwa Mikraj merupakan perjalanan dalam tidur ( ).

Pandangan ini batil yang merupakan antara permainan Iblis dan tenteranya. Jika demikianlah, maka di manakah mukjizat bagi baginda seperti sangkaan mereka?! KEENAM: Tersebut dalam kitab yang dinamakan Mi`raj Ibn `Abbas yang disandar secara dusta kepada Ibn `Abbas bahawa ada malaikat yang sebahagian dirinyaterdiri dari api dan sebahagian lagi dari salji. Api tidak mencairkan salji dan salji tidak pula memadamkan api, dia mempunyai seribu kepala, bagi setiap kepala sejuta wajah, bagi setiap wajah sejuta lidah yang sentiasa bertasbih kepada Allah dengan sejuta bahasa. Cerita ini karut kesemuanya. Kitab yang dinisbahkan kepada Ibnu `Abbas ini adalah tidak benar sama sekalidan penuh dengan akidah-akidah serta cerita-cerita yang kufur. Antara yang jelas menyalahi akidah Ahlis Sunnah ialah cerita bahawa Nabi menghampiri Allah sehingga hampir sangat seperti lengkungan dua hujung busur panah bahkan lebih hampir daripada itu. Cerita tersebut menisbahkan Allah mempunyai jarak seperti makhlukNya. Di dalam kitab itu juga ada akidah yang menisbahkan anggota badan kepada Allah Kita berlindung dengan Allah daripada kekufuran mereka ini -seperti kata-kata mereka: " ".

Maksudnya: Maka Allah subhanahu wataala meletakkan tangan-Nya diantara dua bahuku, maka aku dapat merasai kesejukan hujung jari jemari tangan-Nya. Kata-kata ini menisbahkan anggota badan seperti manusia yang jelas kufur seperti yang diijmakkan oleh ulama Ahlis Sunnah. KETUJUH: Apa yang diriwayatkan dari Saiyidatuna `Aishah radiyallahu`anha bahawa beliau berkata: " ".

Maksudnya: Aku tidaklah kehilangan jasad Rasulullah, tetapi baginda di-israk-kan dengan ruhnya. Hadis tersebut tidak sabit. Matan dan sanad hadis ini telah dihukumkan sebagai dha`if oleh Al-Qadi `Iyad dalam kitab beliau al-Syifa, dan hadis ini juga diputuskan oleh al-Hafiz Ibn Dahyah sebagai maudu` (hadispalsu). Perkara yang jelas bahawa hadis ini tidak thabit dari `Aishah kerana Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam belum lagi bersama beliau sebagai suami isteri melainkan selepas hijrah. Apatah lagi bahawa Rasulullah diisrakkan sebelum baginda bertunang dengan `Aishah. Demikian jugalah yang dikatakan bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: " ". ,

Maksudnya:Jibril membawa buah safarjalah dari Syurga kepadaku, lalu aku memakannya pada malam aku diisrakkan, kemudian Khadijah mula mengandungkan Fatimah. Apabila aku berasa rindu terhadap bauan Syurga maka aku menghidu tengkuk Fatimah. Az-Zahabi berkata bahawa perkara yang diriwayatkan ini suatu pendustaan yang nyata yang dilakukan oleh Muslim ibn `Isa al-Saffar. Ini kerana Fatimah telahpun dilahirkan sebelum kenabian Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, lebih-lebih lagi peristiwa Israk berlaku dua tahun sebelum hijrah. Demikian juga yang dikatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani rahimahullah. KELAPAN: Antara perkara dusta dan tidak sahih ialah apa yang diriwayatkan bahawa apabila Rasulullah dan Jibril sampai di suatu tempat selepas Sidratul Muntaha, lalu Jibril berkata: " ".

Maksudnya: Disinilah si kekasih berpisahdengan kekasihnya, sekiranya aku maju lagi nescayaaku terbakar. KESEMBILAN: Sesetengah penceramah ketika mengingati peristiwa Israk dan Mikraj mereka membawa suatu cerita dusta dalam ceramah mereka bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda kepada Allah: berfirman: .selanjutnya hingga akhirnya. . Kemudian Allah taala . Lalu Nabi bersabda:

Ini satu pendustaan yang tiada asas baginya. Dalil yang membuktikan bahawa perkara di atas tidak sahih ialah hadis yang telah diriwayatkan olehal-Imam al-Bayhaqi; bahawa sebelum solat difardukan sebahagian para sahabat pernah menyebut suatu lafaz tashhahud di dalam solat mereka, iaitu: , .Kemudian , bermaksud:

Rasulullah sallahu`alaihi wasallam bersabda kepada mereka:

"Sesunguhnya Allah itu adalah as-Salam". Lalu baginda sallahu`alaihi wasallam mengajar mereka supaya mereka menyebut: .

KESEPULUH: Antara perkara yang amat bahaya dan sangat tercela dalam perkara yang berkaitan dengan peristiwa Israk dan Mikraj ialah perkara yang disebut oleh Dr. MuhammadHusayn Haykal dalam karyanya Hayat Muhammad, halaman 189, cetakan kedua;iaitu dia berkata: "Maka dalam peristiwa Israk dan Mikraj dalam kehidupan rohani Muhammad ada suatu makna yang tinggi yang sehabis-habis tinggi, suatu makna yang lebih agung daripada makna yang mereka gambarkan. Dan makna yang sebahagiannya terkadang dikeruhkan dengan khayalan ahli kalam merupakan suatu bahagian yang bukan sedikit. Ketika Israk maka kesatuan bagi kewujudan ini telah bersatu di dalam roh yang kuat ini berkeadaan sampai ke kemuncak kesempurnaan kesatuan. Di hadapan benak Muhammad dan rohnya tidak ada suatupun hijab masa atau tempat atau hijab-hijab yang lain pada saat yang boleh menjadikan hukum kita di dalam kehidupan secara nisbi yang terbatas dengan batasan-batasan keupayaan kita yang dapat dicerap yang ditadbir dan berakal. Pada ketika ini setiap batasan tersebut saling bercantum dihadapan pandangan Muhammad, dan seluruh alam berhimpun di dalam rohnya, lalu dia mendapati hakikat dirinya meliputi dari keazaliannya hingga keabadiannya".

Maka perkataan ini sama sekali tidak ada asasnya dan bertentangan dengan aqidah ahli sunnah waljama`ah. Bersyukurlah kita kepadaAllah kerana dengan limpah rahmatnya kita menjadi umat yang terbaik berbanding umat-umat yang lain. Keistimewaan ini tidaklah didapati sekadar sematamata kerana kita berada atau tergolong dalam umat Nabi Muhammad, tetapi keistimewaan tersebut mestilah didapati melalui keimanan dengan Allah dengan kepercayaan yang sahih, seterusnya melakukan serta menyuruh kepada kebaikan dan menghindari serta mencegah dari perkara yang keji lagi tercela di dalam agama, serta kita menjadi insan yang beriman, berilmu dan beramal. Mudah-mudahan perkara palsuyang berlaku atau digembar gemburkan berkaitan peristiwa bersejarah ini dapat kita hapuskan dengan rasa tanggungjawab sebagai individu muslim yang mencintai agamanya

Anda mungkin juga menyukai