Anda di halaman 1dari 27

Tamadun Islam dan Asia TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU DAN PERANAN TEORITEORI TERSEBUT DALAM PEMBINAAN

TAMADUN MALAYSIA Ahli Kumpulan :


Zunurain Zulkefli Haliza Hara Dyana Donald

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU Terdapat tiga teori kedatangan Islam di T.M iaitu
kedatangan Islam dari India, China dan Arab. Teori-teori ini banyak dikemukakan oleh sejarawansejarawan seperti Pijnappel, Snouck Hugronje, B.Harisson, Thomas Arnold, Morquette, R.O Winstedt, S.Q. Fatimi, Syed Muhammad Nuqaib al-Attas, HAMKA dan sebagainya.

Teori-teori mereka ini sama ada berasaskan pada jumpaan sumber sejarah atau rasionalisme sejarawan itu sendiri dalam menyusun kepelbagaian sangkaan sehingga lahir teori-teori kedatangan Islam di Tanah Melayu.

Di Tanah Melayu terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa agama Islam itu dibawa secara langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Sebagai contohnya Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telahpun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al- Yamani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman. Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama Tashih telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi.S.M.

ISLAM DATANG DARI TANAH ARAB

Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya. Hubungan perdagangan antara Tanah Melayu dengan Tanah Arab telah terjalin sejak sebelum kelahiran Islam dan ia berterusan selepas kelahirannya. Penyebaran Islam di Tanah Arab begitu meluas dan termasuklah di Yaman yang mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting.
Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.

Contoh Barang Dagangan

Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje berpendapat, bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Mereka juga berpendapat ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga di Tanah Melayu. Hujah mereka adalah berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie.

ISLAM DATANG DARI INDIA

B.Harrison berpendapat, masyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan.
Menerusi hubungan dua hala itu, penduduk Nusantara berminat dengan Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India. Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut.

Walau bagaimanapun, sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagai buktinya.
Ada teori yang menjelaskan bahawa Islam datang dari India. Terdapat dua wilayah di India dipercayai sebagai tempat asal yang membawa Islam ke Tanah Melayu. Pertama, Gujerat dan Malabar. Kedua, Bengal Coromandel. Menurut Pijnappel, kedatangan Islam di T.M dilakukan oleh para pedagang Islam berbangsa Arab yang bermukim di Gujerat dan Malabar. Sangkaan ini bertitik-tolak kerana banyaknya nama kedua-dua wilayah ini dalam sejarah awal T.M.

Pandangan ini telah disokong oleh Snouck Hugrunje dan Harry Hazzard memandangkan aktiviti perdagangan oleh para pedagang Islam di T.M sama ada sebagai orang tengah atau pedagang premier yang membawa barang dagangan dari wilayah tersebut merentasi Nusantara untuk pergi ke China dan sebagainya.
Teori kedatangan Islam dari Gujerat dan Malabar ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan batu nisan di Pasai (1428 M) dan di Gerisik (1419 M) oleh Morquette. Bentuk fizikal kedua-dua batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan di Gujerat. Kebenaran ini dapat disimpulkan oleh sejarawan iaitu Islam sampai ke T.M pada awal kurun ke-15M.

Contoh Batu Nisan

Batu Nisan Sultan Malikul Salleh

Menurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para pendakwah Islam.

ISLAM DATANG DARI CHIN A

Terdapat beberapa teori yang turut menyokong kedatangan Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9Masihi. Pendapat ini terbukti hasil penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu.

Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunuh. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang.
Dalam masa yang sama, catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagangpedagang Islam dari China pada awal 977.

Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat melalui hubungan perdagangan antara orang-orang Arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum kedatangan agama Islam lagi.
Mereka membawa barang-barang dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara China dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporan orang-orang China Islam, bahawa orang Arab Islam telah pun datang ke negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsung dari Dinasti Pang (627-650M).

Selain itu, Marco Polo dalam Suma Oriental mencatatkan bahawa beliau pernah berhenti singgah di Perlak pada kurun ke-13 M dalam perlayarannya ke China.
Dalam catatan beliau, realiti masyarakat di Perlak sudah berbudaya dengan budaya muslim. Pendirian oleh Marco Polo ini turut disokong oleh sejarawan lain, P.E. De Josselin De Jong.

Hujah Josselin De Jong bertitik-tolak pada jumpaan batu nisan di wilayah jiran Perlak iaitu Pasai.

Pada fizikalnya sumber artifak tersebut terukir nama sultan Malik al-Salih, iaitu nama Sultan Pasai. Pada batu nisan tersebut juga terdapat tarikh meninggal Malik al-Salih iaitu pada 1297 M.
Secara logiknya,kedatangan Islam ke Tanah Melayu pasti lebih awal dari tarikh tersebut. Asas jumpaan batu nisan ini dilengkapkan dengan catatan sejarah di China sendiri berhubung hubungan diplomatik China-Pasai. Menurut Josselin De Jong, pada kurun ke-13M telah berlaku hubungan diplomatik tersebut dapat dilihat apabila pengutusan dua diplomat Pasai iaitu Hasan dan Sulaiman ke negara China tersebut.

Peristiwa bersejarah tersebut berlaku pada 1282 M. Selain itu, ada sejarawan lain yang mengemukakan teori kedatangan Islam dari China iaitu, Gardener dan Emmanuael.
Menurut 2 sejarawan tersebut, Islam sampai ke China dari jalan darat oleh para pedagang Arab lembah Arabia sendiri sejak zaman Khalifah Uthman al-Affan lagi. Realiti ini mengalami tahap pertapakan dan perkembangan sejak zaman Bani Umayyah dan Abasiyyah apabila bilangan pedagang-pedagang Arab yang berhijrah ke China dalam angka yang besar.

Dalam catatan sejarah China, seawal kurun ke8 M, sudah wujud penempatan masyarakat peranakan Arab di Canton. Kewujudan masyarakat Arab tersebut bukan sahaja dapat dilihat pada wujudnya penempatan tetap, malah pada kewujudan Jabatan Kira-Kira yang oleh para pedagang Arab itu sendiri.

Contoh Barang Dagangan Orang Arab

PERANAN TEORI-TEORI TERSEBUT DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Agama dan Jati Diri


1. Tamadun Melayu dan Tamadun Malaysia Struktur penting tamadun malaysia ialah Islam dan adat Melayu Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (PPM) Islam ialah agama bagi Persekutuan Malaysia [ Perkara 3(1)]

2. Pembentukan jati diri Melayu Islam Islam menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu Jati diri Melayu Islam yang baik ialah berakhlak mulia, berbudi bahasa, beragama Islam Proses pembentukan jati diri ialah melalui kepimpinan, pendidikan, kesedaran dan tanggungjawab

Politik dan Perundangan


Kedudukan orang Melayu dan bumiputera dalam PPM dan Undang-Undang Adat

Peranan pejuang kebangsaan Melayu-Islam dalam kemerdekaan


Dipelopori oleh oleh golongan cerdik pandai Melayu yang menerima pendidikan di Universiti al-Azhar dan menyalurkan idea melalui penerbitan akhbar Al-Imam di Singapura Penubuhan MU memberi ruang kesedaran kepada orang Melayu menentang penjajah. Semangat kebangsaan Melayu yang berasaskan Islam merupakan instrumen terpenting dan telah berjaya.

Peranan Institusi Islam di Malaysia


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Badan pelaksana pembangunan Islam di Malaysia ialah Lembaga Tabung Haji (LTH) dan agensi simpanan, pelaburan, dan perdagangan.

Ekonomi dan Institusi Kewangan


Pelaksanaan sistem ekonomi Islam seperti a) Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) b) Institusi Kewangan: - Bank Islam - Takaful

Pendidikan
Kedudukan bahasa Melayu dalam PPM Menjadi lingua franca penyebaran Islam Menjadi bahasa kebangsaan Malaysia (perkara 152 PPM) Akta Pendidikan (1961) menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara

Kesenian
Seni dalam masyarakat Melayu dipengaruhi oleh keindahan alam dan nilai keagamaan Contoh bagi keindahan alam ialah flora dan fauna dan cakerawala Contoh bagi nilai keagamaan pula ialah seni khat, lagu nasyid dan nyanyian puji-pujian

Kesimpulan
Tuntasnya, ketiga-tiga teori kedatangan Islam ke Alam Melayu ini sukar untuk disangkal kerana setiap teori ini dapat memberikan bukti-bukti konkrit yang dapat menunjukkan kewujudan Islam di Tanah Melayu. Disamping itu, teori ini turut memberi sumbangan penting dan memainkan peranan dalam pembinaan tamadun di Malaysia sehinggalah ke hari ini.