Anda di halaman 1dari 8

TAJUK KAJIAN

Meningkatkan kemahiran

PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran matematik telah mengalami perubahan ketara bukan sahaja melibatkan perubahan sukatan bahkan dari segi pendekatannya.Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang disemak semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2000 telah memberi penekanan terhadap aspek pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah dalam usaha untuk mewujudkan pembelajaran berkesan dan penguasaan pemahaman konsep matematik di kalangan murid. Murid perlu dibawa keluar dari kepompong pemikiran yang sempit terhadap matematik kepada bentuk yang lebih praktikal dan analitik yang memerlukan pemahaman konsep. Dalam usaha ke arah itu, murid perlu dikaji bukan sekadar tentang cara mereka belajar dan menjawab soalan bahkan perlu mendalami cara mereka berfikir serta berinteraksi dalam memahami sesuatu konsep matematik. Seperti kata Wood (1988), Satu-satunya cara untuk mengelakkan dari terbentuknya salah faham konsep adalah melalui perbincangan dan interaksi. Suatu masalah yang dikongsi dalam perbincangan matematik, boleh menyelesaikan suatu masalah.Menurut Biggs (1990), perbezaan ini berlaku kerana proses pembelajaran melibatkan teknik yang kompleks, strategi dan pendekatan yang mana di arah oleh nilai dan sikap yang relevan. Elemen-elemen yang terdapat dalam proses belajar merangkumi motif, matlamat, sumber, kekangan, maklumat kemaskini, kebolehan, strategi pemantauan dan finalising. Kesemua elemen ini memaparkan satu jaringan kerja yang kompleks yang mana ia akan membawa kepada pendekatan pembelajaran .Dalam konteks ini, Biggs mengusulkan tiga jenis pendekatan yang dapat dirujuk sebagai pendekatan permukaan, pendekatan dalaman dan pendekatan mencapai. Pendekatan permukaan adalah dari motivasi luaran dan pendekatan ini menggalakkan murid belajar secara mekanikal melebihi belajar untuk pemahaman. Pendekatan dalaman digunakan apabila seseorang murid adalah dimotivasikan secara dalaman dan gemar menggunakan strategi untuk memaksimumkan pemahaman. Pendekatan mencapai pula didorong oleh motif untuk mencapai kejayaan dan penggalakan penggunaan strategi yang dapat meningkatkan kemahiran belajar yang efektif (Maznah et all, 1998).

4.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah dan menengah bahawa matematik adalah mata pelajaran yang susah. Tambahan pula, ada yang berkata bahawa matematik adalah mata pelajaran yang membosankan. Mengapakah keadaan demikian terjadi? Salah satu faktanya adalah salah faham tentang cara-cara bagaimana murid-murid di sekolah rendah dan menengah mempelajari matematik. Sebagai contoh, pada masa dahulu apabila mengajar operasi darab di sekolah rendah, guru cuma menulis sifir darab pada papan tulis dan murid menyalinnya kedalam buku latihan. Kemudian, murid-murid menghafaznya dan meluahkan semuanya tanpa berfikir langsung apabila disoal oleh guru. Selain itu, mereka juga diberi banyak latihan kira-mengira dalam topik berkenaan. Akibatnya, murid-murid memang mahir dalam kira-mengira operasi darab tetapi tidak mengerti apa yang dilakukannya. Oleh sebab matematik merupakan mata pelajaran yang bertimbun dan memerlukan kefahaman pada pelajaran yang diajar dahulu sebelum mempelajari topik baru dimulakan, pembelajaran matematik akan bertambah susah kepada murid-murid apabila umur mereka meningkat sehingga kehilangan minat terhadap mata pelajaran itu, akibat kurang faham pada peringkat awal. Sebagai seorang guru matematik yang berkesan dan pendidik matematik yang pakar, maka wajar bagi kita mengetahui perkembangan kognitif murid-murid dan caracara bagaimana mereka memahami konsep matematik supaya pengajaran kita lebih berkesan. Dengan mengetahui perkembangan kognitif kanak-kanak, pendidik-pendidik matematik dapat

memperbaiki kurikulum matematik lagi dengan memasukkan topic-topik matematik yang sesuai dengan kebolehan kognitif dan psikologi murid dalam mata pelajaran matematik.

5.0 PENYATAAN MASALAH

Di Malaysia, kajian yang dibuat oleh Jemaah Nazir Institusi Pendidikan (JNIP) mengenai pengajaran dan penguasaan fakta asas Matematik di kalangan 3569 orang murid Tahun 3 sekolah-sekolah kebangsaan di 128 sekolah di seluruh negara pada tahun 1994 menunjukkan bahawa pada keseluruhannya prestasi murid menjawab secara spontan bagi semua operasi belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu 70 % ke atas daripada jumlah bilangan soalan (JNIP,

1996). Keadaan ini telah mendorong kepada keperluan untuk membentuk suatu strategi penilaian dan pemulihan yang dapat mengatasi masalah akademik yang dialami oleh murid.Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan kemahiran matematik perlu dikenalpasti bidang kelemahan mereka seawal yang mungkin. Dengan membuat diagnostik pada peringkat awal, program-program pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan sebelum mereka melangkah ke tahap matematik yang lebih tinggi lagi. Program pemulihan ini harus dimulakan apabila kelemahan-kelemahan asas dikenalpasti agar pembelajaran Matematik dapat bermula daripada kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah itu. Jika murid-murid mengalami masalah pembelajaran dalam Matematik tidak dibantu dan tidak diberi bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi mereka dikhuatiri akan menghadapi kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya, murid-murid ini akan kehilangan motivasi untuk belajar Matematik dan seterusnya membenci dan melupakan mata pelajaran ini. Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan murid-murid bermasalah dalam menjawab soalan Matematik terutama sekali bahagian penyelesaian masalah. Ini kerana kebanyakan dari mereka lemah dalam penyusunan ayat terutama sekali apabila mata pelajaran Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Baretta-Lorton (1997) juga menegaskan bahawa keadaan ini berlaku kerana penyelesaian masalah bercerita memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu juga, ia memerlukan kefahaman teks dan arahan serta proses mengira. Sekiranya murid-murid dapat mengatasi masalah tersebut, lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah bercerita disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan data atau langkah mengira. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan minat murid darjah 4 terhadap mata pelajaran Matematik KBSR. Pemerhatian tingkah laku murid menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran Matematik kelihatan tidak menyeronokkan, mengharapkan semua jawapan dari persoalan aktiviti diberi oleh guru. Guru dan murid menjalani proses pengajaran dan pembelajaran seperti dalam keadaan terkongkong dengan teks. Perancangan kajian tindakan difokuskan bagi meningkatkan minat murid kepada mata pelajaran Matematik dengan menjalankan aktiviti Kad Interaktif Bernombor.

6.0 OBJEKTIF KAJIAN 6.1 Objektif Umum Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar darjah 4 terhadap mata pelajaran Matematik.

6.2 Objektif Khusus

i. Penggunaan Kad Interaktif dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran Matematik dengan lebih berkesan. ii. Murid dapat memahami dan meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman asas mata pelajaran Matematik melalui Kad Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. iii. Murid dapat menggunakan Kad Interaktif untuk menyelesaikan kemahiran-kemahiran asas Matematik seperti tambah, tolak, bahagi dan darab. iv. Guru dapat menggunakan Kad Interaktif sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

6.3 Soalan Kajian i. Adakah penggunaan Kad Interaktif dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran Matematik dengan lebih berkesan? ii. Adakah dengan menggunakan Kad Interaktif murid dapat meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman asas mata pelajaran Matematik? iii. Adakah Kad Interaktif dapat digunakan oleh murid untuk menyelesaikan kemahirankemahiran asas Matematik seperti tambah, tolak, bahagi dan darab? iv. Adakah guru dapat menggunakan Kad Interaktif sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik yang berkesan?

7.0 Definisi Konsep

7.1 Murid Murid merujuk kepada 27 orang murid Darjah 4 Venus, Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan yang telah dijadikan sampel untuk kajian tindakan ini.

7.2 Guru Matematik Merujuk kepada guru Matematik kelas tersebut yang akan menggunakan kaedah Kad Interaktif Bernombor sebagai bahan & cara di dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran (P & P)

7.3 Guru Kelas Merujuk kepada guru kelas Darjah 4 Venus yang menyokong tindakan guru Matematik dalam meningkatkan kemahiran asas penguasaan Matematik khususnya operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

7.4 Matematik Carl Friedrich Gauss merujuk Matematik sebagai "ratu kepada sains (ilmu pengetahuan)". Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

7.5 Kad Interaktif

Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi. Kad Interaktif merupakan kepingan kad-kad manila kecil yang didepannya dilekatkan gambar untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan (Gambarajah 1).

8.0 METODOLOGI KAJIAN Terdapat beberapa kaedah yang akan digunakan bagi memastikan kajian ini dapat dijalankan dengan sempurna. 8.1 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, beberapa kaedah akan digunakan dalam pengumpulan data seperti: Tinjauan Masalah a) Salah satu kaedah yang akan digunakan untuk mengenalpasti murid lemah dan tahap penguasaan asas matematik di kalangan mereka ini ialah melalui kaedah tinjauan. Kaedah ini sangat membantu penyelidik untuk fokus kepada kumpulan murid-murid lemah dan mengenalpasti sikap dan mencari punca pelajar-pelajar tersebut gagal menguasai asas matematik dengan baik. Samaada tinjauan dibuat sendiri oleh penyelidik ataupun ia boleh dilakukan oleh guru-guru sekolah yang mengajar di kelas tersebut.

b) Sesi Temubual Dalam kajian ini, kaedah temubual akan dijalankan untuk mengumpul maklumat secara terus daripada kumpulan sasar. Temubual dijalankan secara tidak formal. Hasil maklumat daripada temubual akan dijadikan panduan asas bagi merangka kaedah intrumetasi bagi kajianini. Pada kebiasaanya, temubual boleh dilakukan samaada terus kepada kumpulan sasaran yang ingin dikaji atau terhadap faktor-faktor persekitaran seperti guru yang mengajar, ibu bapa atau rakanrakan.

c) Pemerhatian Pemerhatian akan dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung untuk mengenalpasti tahap sebenar penguasaan asas Matematik di kalangan pelajar-pelajar darjah 4. Selain itu, kaedah ini akan dapat memberi gambaran tentang keberkenasan kaedah pengajaran oleh guru di dalam kelas. Samaada minat terhadap mata pelajaran Matematik tadi adalah kerana faktor guru atau factor-faktor lain.

d) Ujian Pra dan Pasca Ujian Pra dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dalam penguasaan asas Matematik. Ini secara tidak langsung akan dapat membantu penyelidik menilai tahap penguasaan asas Matematik sebenar di kalangan murid-murid yang lemah. Ujian Pasca pula dijalankan untuk menguji tahap keberkesanan kaedah ini untuk kumpulan sasaran.

e) Soal Selidik

Set Dokotomus digunakan dalam soal selidik bagi mendapatkan persetujuan responden terhadap pernyataan minat responden terhadap aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor dengan menggunakan skala pengukur Ya dan Tidak. Borang soal selidik akan disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid mengenai minat mereka terhadap mata pelajaran Matematik sebelum dan selepas aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor dijalankan.

f) Bahan-bahan dokumentasi

Dokumen-dokumen ini boleh membekalkan maklumat yang berkaitan dengan isu atau masalah yang diselidiki. Ia merupakan bahan yang penting untuk memahami tujuan, rasioal dan sejarah sesuatu program atau sesuatu dasar. Contoh bahan-bahan dokumentasi seperti kerja murid, jadual kedatangan sekolah, rekod keputusan peperiksaan, rekod latarbelakang murid, kertas peperiksaan murid dan bab-bab dalam buku teks yang yang dikaji.

8.2 Kumpulan Sasaran Berdasarkan kepada refleksi dan penyataan masalah di atas, didapati bahawa murid lemah dalam mata pelajaran Matematik disebabkan oleh kegagalan menguasai kemahiran asas Matematik. Kemahiran asas Matematik adalah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Penguasaan kemahiran asas matematik adalah penting agar murid boleh menguasai kemahiran-kemahiran lain dalam matematik dan menyelesaikan masalah matematik seperti pecahan, perpuluhan dan gandaan nombor. Oleh itu, kajian ini berfokuskan kepada kemahiran asas dalam matapelajaran Matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Sasaran kajian adalah 27 orang murid Darjah 4 Venus di Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang yang telah dikenalpasti mengalami masalah tahap penguasaan asas Matematik yang lemah.

9.0 KESIGNIFIKANAN KAJIAN Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran.Bagi pendapat pengkaji kaedah pengajaran guru Matematik tersebut

boleh diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam kelas namun kehilangan minat terhadap sesuatu mata pelajaran amat merbahaya pada diri seorang murid khususnya dan sekolah amnya. Kami yakin jika kami dapat membantu meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap mata pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada.Selain daripada itu, guru Matematik kelas tersebut dapat pula meneruskan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) menggunakan pelbagai pendekatan di dalam kelas dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid Darjah 4 Venus dalam mata pelajaran Matematik. Jelaslah di sini bahawa kajian ini amat penting dari sudut pembelajaran kerana ianya memberikan peluang kepada murid untuk lebih memahami dan meminati mata pelajaran ini. Apabila murid dapat menguasai asas matematik ini, maka teknik ini dapat membantu murid untuk menguasai ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi guru pula, kaedah ini dapat membantu dalam proses pengajaran kerana kaedah ini memberi peluang untuk murid berinteraksi antara satu sama lain. Lantaran itu, kaedah ini dapat menarik perhatian murid ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai