Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

0.0 ISI KANDUNGAN…………………………………………..1

1.0 KATARAK…………………………………………………….2

1.1 SIMPTOMS KATARAK…………………………..3

1.2 PUNCA-PUNCA KATARAK……………………..4

1.3 JENIS-JENIS KATARAK………………………….5

2.0 APHAKIA……………………………………………………..6

2.1 RAWATAN UNTUK APHAKIA………………….7

2.1.1 KACA MATA………………………………….7

2.1.2 KANTA SENTUH…………………………….8

2.1.3 KANTA INTRAOKULAR………………….9

3.0 PSEUDOAPHAKIA………………………………………….11

4.0 PERBEZAAN ANTARA PHAKIC,APHAKIA DAN

PSEUDOAPHAKIA………………………………………….12

5.0 KONKLUSI…………………………………………………….13

6.0 RUJUKAN………………………………………………………14

7.0 LAMPIRAN……………………………………………………15

1
1.0 KATARAK

Katarak merupakan salah satu masalah pada mata amat biasa berlaku dalam kalangan

rakyat Malaysia. Apabila membincangkan tentang masalah ini, terdapat banyak definisi

tentang penyakit ini. Menurut sumber-sumber rujukan saya, katarak adalah satu masalah mata

yang melibatkan kanta kristalin pada mata seseorang itu tidak lagi menjadi lut sinar yang boleh

menyebabkan gangguan pada penglihatan.

Kanta kristalin normal

Kanta kristalin pada katarak

Gambarajah 1.10 menunjukkan perbezaan antara kanta kristalin normal dan katarak

Katarak dikatakan berlaku kerana adanya pertumbuhan protein pada kanta kristalin yang

menyebabkan ianya kelihatan kabur ataupun tidak lagi lutsinar. Perkara ini menyebabkan

cahaya tidak dapat melalui kanta kristalin seperti normal. Perkara ini menyebabkan pesakit

katarak tidak dapat melihat objek sekeliling dengan terang lagi dan sesetengah pesakit mungkin

mengalami kehilangan daya penglihatan. Keadaan ini menyebabkan pesakit biasanya akan

mengalami penglihatan yang amat kabur dan kadangkala mereka juga akan mengalami masalah

besar apabila berada di kawasan mempunyai banyak pencahayaan kerana mereka cukup sensitif

terhadap silau.

2
1.10 SIMPTOM KATARAK

Simptom atau tanda-tanda yang dialami oleh pesakit adalah dirasai perlahan-lahan

dan bukannya timbul secara sekali gus. Antara simptomnya adalah:

 Penglihatan kabur, berganda, berkabus, berasap dan sebagainya.

 Menjadi rabun jauh secara tiba-tiba

 Merasai perbezaan apabila melihat warna terutamanya warna kuning

 Gangguan apabila memandu di waktu malam kerana pancaran lampu kereta

hadapan yang berlawanan arus.

 Masalah dengan silau.

 Penglihatan berganda.

 Peningkatan secara tiba-tiba apabila melihat objek yang dekat.

Penglihatan normal Penglihatan pada pesakit katarak

Gambarajah 1.20 menunjukkan perubahan ketara objek yang dilihat oleh seseorang yang normal

dan bagi seseorang penghidap katarak.

3
1.20 PUNCA-PUNCA KATARAK

Punca bagi masalah ini masih tidak dapat diketahui secara khusus lagi. Tetapi

penyakit memang diakui berkait rapat dengan faktor seperti berikut :

 Peningkatan umur

 Terdedah secara berlebihan pada sinaran radiasi seperti sinaran

ultralembayung (UV)

 Penghidap diabetes

 Penyalit lain pada mata seperti glaukoma,uveitis dan penanggalan retina.

 Penggunaan ubat steroid yang terlalu lama

 Rawatan radiasi ataupun X-ray yang terlalu kerap pada bahagian kepala

 Sejarah keluarga ataupun genetik

 Virektomi pada mata dan kederaan pada mata

Gambarajah 1.30 menunjukkan pertumbuhan protein yang membawa kepada katarak.

4
1.30 JENIS-JENIS KATARAK

Terdapat beberapa jenis subpenyakit bagi masalah ini iaitu:

Jenis-jenis katarak

Katarak pada nuklear kanta kristalin

Katarak selepas katarak

Katarak kortikol

Katarak matang

Katarak posterior kanta kristalin

Katarak pada usia lanjut

Katarak pada sublkapsul kanta kristalin

Katarak keturunan atau sejak lahir

Katarak sekunder

Katarak traumatik

Gambarajah 1.40 menunjukkan jebis-jenis ataupun klasifikasi bagi masalah katarak

5
2.0 APHAKIA

Aphakia adalah merujuk kepada ketidak hadiran kanta kristalin dalam mata akibat

daripada pembuangan secara pembedahan, lubang akibat luka, dan keadaan abnormalan sejak

kelahiran. Keadaan ini menyebabkan mata kehilangan keupayaan untuk berakomodasi,

hiperopia dan mempunyai kamar anterior yang dalam. Antara masalah yang mungkin dihadapi

oleh pesakit ini adalah risiko mengalami penanggalan retina ataupun vitreous dan juga

glaukoma. Kebanyakkan pesakit mempunyai kebolehan untuk melihat cahaya ultralembayung

yang berada di sekeliling kerana pada individu yang normal cahaya ultralembayung ini adalah

diserap oleh kanta kristalin. Keadaan ini akan menyebabkan pesakit aphakia mengalami

masalah dalam persepsi warna.

Cahaya ultralembayung

Gambarajah 2.10 menunjukkan cahaya ultralembayung yang diserap oleh kanta kristalin.

Gambarajah 2.20 menunjukkan pesakit mengalami masalah dalam persepsi warna.

6
2.10 RAWATAN UNTUK APHAKIA

RAWATAN UNTUK PESAKIT APHAKIA

GLASSES
KACA MATA

CONTACT LENSES
KANTA SENTUH

IMPLANT OF ARTIFICIAL LENS


KANTA MATA PALSU

Gambarajah 2.30 menunjukkan jenis rawatan kepada pesakit aphakia ini.

Rawatan yang biasa digunakan adalah bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi

dan peringkat umur dan juga termasuk faktor kosmetik.

1.1.1 Kaca mata

Kaca mata yang digunakan adalah menggunakan kanta tebal. Biasanya kaca

mata dank anta sentuh diberi kepada pesakit yang menghadapi aphakia tetapi tidak

pernah menjalani pembedahan. Tetapi bagi pesakit yang memakai kaca mata ini adalah

bagi mereka yang mempunyai aphakia pada kedua-dua belah matanya atau lebih

dikenali sebagai bilateral aphakia.

Kaca mata yang dipaki ini mesti digunakan atas dua sebab iaitu kanta tebal ini

dapat berfungsi sebagai salah satu anggota badan yang bagi menggantikan kanta mata

yang telah tiada. Kedua, kanta ini mesti dipakai atas faktor kesihatan. Ini kerana kanta

ini digunakan untuk memfokuskan nimej yang dihasilkan mata yang mempunyai

amblyopia.

7
1.1.2 Kanta sentuh

Kanta sentuh yang digunakan oleh pesakit aphakia ini biasanya adalah kanta

yang mempunyai kuasa kanta positif yang tiggi dan sangat tinggi ketebalan tengah

secara relatifnya adalah tinggi.

Kanta sentuh untuk pesakit aphakia adalah pelbagai. Antaranya kanta sentuh

jenis lembut nahupun kanta sentu yang telap udara (RGP). Tetapi bagi pesakit ini,

biasanya optometri akan mengesyorkan pesakit untuk menggunakan kanta sentuh telap

udara kerana lebih banyak oksigen yang akan masuk ke dalam mata berbanding kanta

sentuh yang lembut.

Namun bagi kanta sentuh telap udara ini, satu proses masa adaptasi adalah lama.

Ini menyebabkan kanta ini adalah sangat tidak sesuai kepada pesakit terutamanya yang

peringkat umur kanak-kanak. Mereka biasanya lebih mudah untuk dipakaikan dengan

kanta sentuh lembut. Bagi kanta sentuh pediatrik ini, para ibu bapa dan penjaga

haruslah di beri perhatian terutamanya penjagaan tentang mata anak-anak dan mereka

seharusnya diajar tentang cara mengendalikan kanata sentuh ini dengan betul. Ini amat

penting untuk mengelakkan sebarang jangkitan pada mata kanak-kanak aphakia

daripada kanta sentuh yang tercemar.

Gambarajah 2.40 menunjukkan kanta sentuh lembut yang digunakan oleh aphakia

8
1.1.3 Kanta intraokular

Kanta intraokular merupakan alternative lain bagi mengatasi masalah

penglihatan dalam kalangan pesakit aphakia ini. Kanta intraocular atau lebih dikenali sebagai

kanta IOL ini adalah merupakan kanta palsu yang dimasukkan ke dalam mata seseorang pesakit

itu untuk meggantukan kanta kristalin yang sedia ada yang telah dikeluarkan akibat penyakit

seperti katarak. Ada beberapa jenis kanta intraokular ini termasuklah:

Jenis kanta intraokular

Kanta Monofokal

Kanta multifokal

Kanta visual akomodasi terhad

Biasanya kanta ini akan diberi mengikut keperluan pesakit samada mengikut imur dan

sebagainya. Contohnya bagi pesakit yang ingin melihat objek yang jauh maka mereka akan

diberikan dengan kanta monofokal. Bagi pesakit yang mempunyai penglihatan pada focus yang

berlainan iaitu melihat objek jauh dan jarak membaca maka kanta multifokal akan disyorkan.

Manakala bagi pesakit yang mempunyai ketidakbolehan untuk berakomodasi dengan jarak

penglihatan yang terhad, maka kanta visual akomodasi terhad akan dicadangkan oleh

optometri.

Gambarajah 2.50 menunjukkan kanta intraocular yang akan dimasukkan ke dalam mata

9
Terdapat beberapa risiko bagi pesakit yang memakai kanta jenis ini termasuklah:

 Jangkitan pada mata dan terdapat inflamasi

 Kanta palsu ini akan menjadi longgar dan berpusing

 Kejadian halo pada waktu malam

Gambarajah 2.60 menunjukkan kanta intraocular yang telah berubah lokasi sebenar.

Tetapi bagi pesakit aphakia memang disyorkan untuk memakai kanta ini sebagai

rawatan utama kerana ini penting untuk membantu seseorang pesakit itu untuk melihat

kembali.

Gambarajah 2.70 menunjukkan mata yang mengalami katarak dan kanta kristalin telah

dikeluarkan.

10
3.0 PSEUDOPHAKIA

Pseudoaphakia adalah keadaan di mana kanta kristalin yang asal telah dimasukkan

dengan kanta sintetik seperti kanta pseudoaphakic IOL yang digunakan selepas pembedahan

kataarak. Ada sesetengah pseudoaphakica juga mengalami sekatan pada pupillarinya. Ini

semestinya membawa kepada inflamasi yang berlebihan,dan terus akan menyebabkan sekatan

pada jaringan trebecular. Ini akan membawa kepada peningkatan peluang untuk mendapatkan

glaucoma.

11
Gambarajah 3.10 menunjukkan mata seorang pesakit yang telah dimasukkan kanta intraocular

selepas pembedahan katarak.

Gambarajah 3.20 menunjukkan kanta IOL pada pesakit pseudoaphakia

4.0 PERBEZAAN ANTARA PHAKIC, APHAKIA DAN PSEUDOAPHAKIA

Terdapat banyak perbezaan antara pesakit seperti nama berikut iaitu dapat dilihat dalam

jadual di bawah:

Nama Definisi
Phakic Ketidakhadiran kanta kristalin secara semulajadi
Aphakia Ketidakhadiran kanta kristalin secara semulajadi, samaada sebab

12
semulajadi atau sebkan dikeluarkan atas sebab-sebab tertentu.
Pseudoaphakia Pseudoaphakia adalah keadaan di mana kanta kristalin yang asal telah

dimasukkan dengan kanta sintetik seperti kanta pseudoaphakic IOL yang

digunakan selepas pembedahan katarak.

5.0 KONKLUSI

13
Phakic merupakan ketidakhadiran kanta kristalin secara semulajadi. Aphakia pula

merupakan ketidakhadiran kanta kristalin secara semulajadi, samaada sebab semulajadi atau

sebkan dikeluarkan atas sebab-sebab tertentu. Pseudoaphakia adalah keadaan di mana kanta

kristalin yang asal telah dimasukkan dengan kanta sintetik seperti kanta pseudoaphakic IOL

yang digunakan selepas pembedahan katarak.

Dan setiap masalah diatas ini adalah dapat diatasi dengan pelbagi cara temasuklah kaca

mata, kanta sentuh dank anta kristalin palsu bagi menggantikan kanta kristalin asli yang telah

dikeluarkan dari pesakit katarak. Hargailah anugerah mata yang dikurniakan.

6.0 RUJUKAN

6.1 INTERNET
6.1.1 http://www.aapos.org/displaycommon.cfm
6.1.2 http://emedicine.medscape.com/article

14
6.1.3 http://www.webmd.com/eye-health/cataracts
6.1.4 http://www.webmd.com/eye-health/cataracts/cataracts-what-happens
6.1.5 http://emedicine.medscape.com/article
6.1.6 http://en.wikipedia.org/wiki/Intraocular_lens
6.1.7 http://bjo.bmj.com/cgi/content/abstract/90/9/1103

6.2 BUKU
6.2.1 Jack J Kanski; Brads Bowling. Ophthalmology in focus. Elsevier
Churchill Livingstone, 2005.
6.2.2 Theodore Grosvenor; Primary Care Optometry. Butterworth Heinemann
Elsevier, 5th edition

6.3 JURNAL
6.3.1 Contact Lenses in the Correction Of Childhood Aphakia Zeynep Özbek,
M.D., I˙smet Durak, M.D., and Tülin A. Berk, M.D.
6.3.2 Glaucoma, Aphakic And Pseudophakic, Robert H Graham, MD, Feb 11,
2009
6.3.3 Management of Pediatric Aphakia with Silsoft Contact Lenses Nancy
MacDougall - BSc OD

15
16

Anda mungkin juga menyukai