Anda di halaman 1dari 1

MODEL KAJIAN TINDAKAN

TERUSKAN KE GELUNGAN SETERUSNYA (JIKA PERLU) Guru membuat renungan atau refleksi terhadap kajian yang telah dilakukan, sama ada berjaya atau tidak. Laporan juga ditulis di peringkat ini. Perihal dokumentasi ini, perlu ditekankan sikit. Sebenarnya ramai guru membuat kajian dalam bilik darjah. Malah hampir setiap hari. Bagaimanapun, yang kurangnya dokumentasi. Jadi ilmu itu tidak disebarkan.Sekiranya program tindakan tersebut berjaya, maka bolehlah disebarkan kepada guruguru lain. Hal ini penting agar guru lain yang menghadapi masalah yang sama akan dapat menyelesaikan masalah pembelajaran tersebut dengan menggunakan kaedah yang sama. Jika tidak berjaya, perlu dirancang semula. Dalam hal ini, teknik tindakan yang berbeza boleh difikirkan. Penggunaan teknik yang berbeza bagi masalah yang sama ini akan membawa kepada konsep Gegelung Kedua dalam kajian tindakan.

GELUNG 2

Muhasabah/merefleksi diri bagi melihat kekuatan dan kelemahan p&p diri sendiri

MEREFLEK

TINJAUAN AWAL - Pengumpulan awal data bagi

mengesahkan isu/masalah sebenar - Pada peringkat ini merupakan satu peringkat yang sangat penting kerana pada peringkat inilah permasalahan utama pembelajaran dikenalpasti (mengenal pasti fokus masalah yang menjadi keperihatinan)

MEMERHATI
Mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan
Pada peringkat ini, pemerhatian boleh dilakukan oleh guru sendiri yang juga sebagai penyelidik. Guru juga boleh meminta bantuan daripada guru lain untuk membuat pemerhatian semasa sesi pengajaran guru. Kalau mahu lebih terbuka, guru juga boleh meminta bantuan salah seorang murid untuk dalam kelas berkenaan untuk membuat pemerhatian. Semuanya mesti menggunakan borang senarai semak atau seumpamanya Penilaian dalam pelbagai teknik juga boleh dilakukan pada peringkat ini. Penilaian mesti dilakukan untuk menilai keberkesanan program. Gunakan borang walaupun temubual sahaja.

GELUNG 1

MERANCANG
merancang tindakan/ intervensi/ bagi mengatasi masalah yang difokuskan.

BERTINDAK
Melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus

Setelah masalah dikenalpasti, barulah program tindakan yang bersesuaian dirancang. Program yang juga merupakan rawatan kepada masalah pembelajaran ini boleh diambil daripada program orang lain atau ciptaan sendiri. Biasanya inovasi p&p akan lahir di sini sekiranya guru mencipta sendiri sesi rawatan tersebut

Ini merupakan peringkat pelaksanaan program tindakan atau rawatan. Sesi rawatan atau tindakan ini mungkin melibatkan beberapa masa p&p biasa. Dalam waktu pembelajaran atau di luar waktu pembelajaran. Oleh kerana masalah pelajar itu masalah biasa dalam kelas maka sesi tindakan yang diintegrasikan dengan waktu p&p biasa juga baik. Mudah sahaja. Masalah itu akan tetap mengganggu kalau tidak diselesaikan

Anda mungkin juga menyukai