Anda di halaman 1dari 4

Hati ini penuh dengan rasa sayang, rindu, Itulah, kadang2 bila terlalu banyak yang ingin dinyatakan,

Lidah seolah2 kelu untuk bertoleransi, Seolah-olah merajuk untuk menuturkan perasaan.

Terima kasih atas segalanya, yang telah kau beri, amat kuhargai lirik-lirik lagu terima kasih Imneeta bermain di mp3 Katrina. Tak sedar yang segaris senyuman terukir di bibirnya, mungkin sedang menghayati lagu ataupun terasa seolah-olah terkena atas batang hidungnya. Kat, Kat, dah berjuta kali aku panggil kau, karang aku hantuk pala kat dinding tuh, padan muka selamba Jiji melontarkan ayat yang dia sudah tahu pasti tak menangkap sikit pon di hati sahabat baiknya itu. ye. Asal? malas Katrina menjawab datar. Kau dah siap belum tugasan Encik Iskandar? sambil menjungkit sedikit bahunya, Jiji mengangkat kening seolah-olah memberi arahan kepada Katrina untuk memberi jawapan kepadanya. Namun hanya gelengan yang dibalas Katrina menandakan yang dia masih belum siap.

RASA seperti ada yang tak kena dengan suasana rumahnya, walaupun riak wajah gembira masih melonjak-lonjak dalam hati maklumlah cuti hujung semester ini pasti dihargai sebaiknya. Mak tak sedar yang pipinya sudah panas dengan linangan air mata. Entah kenapa terasa sebak di dada mungkin terpandang gambar arwah abahnya di atas meja kaca sudut kanan ruang tamu rumahnya. Dah besar pon anak mak. Tidak ada kata yang dapat

menggambarkan rasa rindu pada anak tunggalnya itu. Mak.. ada apa ramai orang kat rumah kita neh mak, aiii takkan buat kenduri besar besaran anak mak neh balik kut.. bibir mengukir senyuman tapi dalam hati, dia tahu ibunya sedang menyembunyikan sesuatu. Tiba-tiba sekujur tubuh sasa datang menghadap Katrina dan ibunya, Mak cik, daun pandan neh mak pesan suruh hantar ke rumah mak cik kacak, tapi kaku dalam berbicara. Katrina sudah mula menghakimi riak jejaka tersebut. Inilah bakal tunang kamu Kat, mak dah terima pinangan keluarga Pak long kamu, untuk satukan kamu dengan Hakimi

U STOLE MY HEART, and I your willing victim lagu kegemarannya, dipasang kuat melalui ruang-ruang headphone Katrina. Lamunannya tadi sudah menghilang dalam kabus tulisan menyiapkan tugasan Encik Iskandar. Apahal kau neh Kat, ke situ kau ingatkan Hakimi. kenangan beb, kenangan ENOUGH Katrina sentap dengan mon olog dirinya sendiri. Laju jemari halusnya berlari di atas papan kekunci, seolah-olah memahami yang tarikh hantar tugasan sudah boleh dibau , sudah terlalu hampir. Haa itulah masa aku suruh kau siapkan, kau kata aku neh macam mak nenek, bising la .. apa la.. Kebiasaan Jiji, bila melihat rakan sebiliknya Kat terkial-kial menaip baris-baris ayat dalam tugasan yang entah betul entah ke tidak. Tapi itu sudah kebiasaan Katrina, kalau dia siap lebih awal daripada Jiji itu bukan Katrina la namanya, itu mungkin Arina Katrina. Tubuhnya disandarkan ke belakang, diraup wajahnya lalu diteguk air milo kotak yang dari tadi hanya kaku tidak disentuhnya. Penat, Katrina terasa sedikt penat. Sebenarnya, bukan tugasan yang memenatkannya, tetapi keadaan sekeliling. Keadaan yang terlalu memaksa, keadaan yang sering melukakan, keadaan yang dibiarkan rahsia, yang dibina tembok besar antara dia dan mereka, dibiarkan apa yang dia rasa hanya dia dan Yang Maha Kuasa sahaja. Cammon, Kat.. dah lama, dah lama rasanya telinga sendiri tak mendengar selesai solat Isya Kat menarik perlahan tafsir al-Quran yang diletak sebelah bingkai gambar ayah dan ibunya di penjuru katil. Kat mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.. surah al-Mulk dibaca dari awal hingga ke akhir.

BERAPA KALI MAK NAK CAKAP? Berapa kali Arina Katrina? tidak pernah Puan Som meninggikan suara dengan anak tunggalnya, tetapi kali ini, dia terpaksa. Mak .. Kat tak mintak banyak mak, Kat mintak tolong faham keadaan Kat Pinta Katrina lembut. Walaupun dia tahu, keputusan ibunya tidak ada sesiapa yang boleh pesongkan. Hati mana yang tidak luluh, apabila mendengar diri akan ditunangkan dengan sepupu sendiri yang sudah dianggap seperti abang. Cinta? Arghh Apa masih wujud cinta yang jujur dalam dunia facebook, twitter se begini? Katrina, dengan Cinta mungkin dua perkataan yang boleh dijadikan sebagai perkataan yang berlawanan dalam kategori bahasa. Kali pertama melihat kakak sulungnya terkorban demi

cinta, membuatkan dia mengikat janji dengan hati sendiri, tidak akan dibukakan pintu hati untuk mana-mana lelaki. Kalau bukan kerana cinta dia mungkin masih punya kakak dan bukan dianggap anak tunggal sehingga kini. SELIMUT BERCORAK Garfield ditariknya sehingga ke dada. Cuba memejam mata, cuba melenyapkan segala kenangan yang pernah ada, cuba melupakan siapa yang pernah hadir. Kat maafkan mereka, sebelum kau tidur itulah rutinnya, Katrina seringkali berpesan dengan diri sendiri maafkan orang lain sebelum melelapkan mata, mana tahu ini tidur yang terakhir katanya.

Kat , cuti neh kau datang rumah aku nak tak. Dah lama kau tak datang rumah aku kan. Mak aku pon dah rindu dengan kau, boleh la Kat

Anda mungkin juga menyukai