Anda di halaman 1dari 2

Ujian kemajuan ini bertujuan untuk mengukur dan menilai, setakat manakah pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau

perkara-perkara yang diajarkan di bawah satu-satu tajuk tertentu. Ujian itu berasaskan kepada rancangan pelajaran yang telah diikuti oleh pelajar. Jadi ujian itu bukan saja penting untuk menilai kemajuan pelajar dalam pelajarannya, tetapi juga tugas-tugas guru itu sendiri dalam mengajar murid-muridnya. Hasil daripada ujian kemajuan ini membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap orang pelajarnya dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.

Satu ujian kemajuan yang tinggi mutunya dapat mengerakkan motivasi pelajar ke arah pencapaian yang lebih tinggi dengan cara yang lebih positif. Jadi ujian ini merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mengukuhkan pembelajaran dan aspek-aspek tertentu yang telah dipelajari. Biasanya satu ujian kemajuan harus menghasilkan markat pencapaian yang tinggi dan ini akan mendorong pelajar untuk berusaha lagi

Anda mungkin juga menyukai