Anda di halaman 1dari 4

Jahiliyyah Bukan Islam dan Islam Bukan Jahiliyah Pada umumnya pengertian jahiliyyah yang beredar difikiran masyarakat

adalah keadaan orangorang Arab sebelum Islam dimana mereka bodoh terhadap Tuhan, Rasul dan syariat-syariatNya serta mereka mengamalkan semangat asobiyah.Namun masyarakat jahiliyyah tidak hanya merujuk pada masyarakat bodoh dalam pengertian tiadanya pengetahuan dan peradaban melainkan pada nilai-nilai yang jauh daripada fitrah dan ajaran Islam. Jahiliyyah tidak hanya khusus pada saat itu, tidak hanya khusus pada zaman tertentu dan tidak pula pada kaum tertentu Hadirnya baginda Rasulullah ke dunia membawa rahmat kepada seluruh alam meliputi manusia,tumbuh-tumbuhan,haiwan bahkan kaum jin juga.Deen yang disampaikan dan diajarkan kepada umat akhir zaman membawa kita keluar daripada keadaan zulumat (kegelapan) kepada nur .Nur inilah yang kemudianya menjadi pelita menyinari hati-hati kita dan membawa kita keluar daripada jahiliyyah. Mukmin yang melihat sesuatu dengan mata hati akan ternampak jelas kepada mereka walaupun sekian banyak pilihan yang ditawarkan dalam kehidupan ini, ianya tetap kembali kepada dua pilihan iaitu al-haq dan al batil.Tidak ada jalan pertengahan dan tidak mungkin bersama dua jalan yang berbeza.Minyak dan air kalau dicampurkan dan digaulkan didalam sebuah bekas, tetap tidak akan bercampur. Minyak akan berada dilapisan atas sementara air pula dibawah.Ketumpatannya berbeza dan menyebabkan ada garis pemisah antara keduanya.Begitulah juga ketaatan kepada Allah membawa ke syurga dan sebaliknya kemaksiatan membawa ke neraka.

Keutamaan Ahli Badar Jamaah kita adalah kumpulan manusia. Bukan kumpulan malaikat yang tidak pernah berdosa dan tiidak ada manusia yang sempurna, selain Rasulullah saw. Kesalahan sangat mungkin dilakukan oleh anggota jamaah, bahkan tidak menutup kemungkinan dilakukan oleh para pimpinannya Dijelaskan didalam Tafsir Ibnu Katsir sebleum peristiwa Fathu Mekah seorang sahabat Hatib Abi Baltah menghantar surat kepada kaum kerabatnya diMekah mengenai strategi Rasulullah.Ketika Rasulullah S.A.W bersama kaum muslimin bersiap sedia menjelang Fathu Mekah. Hatib bin Abi Baltaah telah mengutus surat kepada penduduk Mekah untuk memberitahu mereka tentang hal itu. Dia menyatakan kepada mereka Sesungguhnya Muhammad ingin memerangi kamu, maka hati-hatilah kamu sekalian. Surat itu dikirim melalui seorang wanita yang sedang dalam perjalanan ke Mekah bernama Zhainah.

Lalu Allah S.W.T menurunkan wahyu kepada Rasulullah S.A.W menerangkan hal pembocoran rahsia tersebut. Rasululullah S.A.W segera memanggil Saidina Ali , Zubair Bin Awwam dan Miqdad dengan sabdanya Segera kamu sekalian berangkat ke sebuah tempat Raudhah Khak, kerana di sana ada Zhainah (wanita musafir) yang membawa surat, maka ambillah darinya kemudian bawa surat itu ke mari. Selepas itu kami segera pergi, sehingga beberapa ketika sampai ke Raudhah kami pun memjumpai wanita tersebut. Kami berkata kepadanya Keluarlanlah surat itu. Ia menjawab Surat apa, saya tak bawa apa-apa surat pun. Kami berkata Betul kamu tidak membawa apaapa surat! Kamu mahu berikan surat itu atau kami tanggalkan pakaianmu. Akhirnya dalam ketakutan, dia pun mengeluarkan surat itu dari sanggulnya. Kami pun terus mengambil surat tersebut dan segera pulang ke Madinah dan menyerah surat itu kepada Rasulullah S.A.W. Tenyata surat itu berbunyi, Dari Hatib bin Abi Abi Baltaah, ditujukan kepada sekelompok manusia dari orang-orang musyrik di Mekahdan seterusnya. Antara isi kandungannya memberitahu mereka tentang sebahagian dari rahsia Nabi S.A.W. Lalu Rasulullah S.A.W memanggil Hatib dan berkata Wahai Hatib! Apa yang telah kamu lakukan ni? Hatib menjawab Wahai Rasulullah S.A.W! Janganlah Engkau tergesa-gesa menuduhku. Sesungguhnya aku seorang yang sangat rapat hubungan dengan Quraisy, dan bukankah aku termasuk orang yang terbaik di antara mereka, dan di antara orang yang bersamamu dari orang-orang Muhajirin, mereka mempunyai kaum kerabat dan mereka ingin menjaga keluarga dan harta mereka. Maka aku adalah seorang yang ingin memelihara kerabatku. Aku tidak melakukan hal ini kerana kafir atau murtad dari agama Islam. Lalu Umar al Khatab mencelah dengan berkata wahai Rasulullah S.A.W! Izinkan aku memenggal leher si munafik ini. Rasulullah S.A.W menjawab dengan sabdanya Wahai Umar, sesungguhnya dia terlibat dengan peperangan Badar. Apa yang kamu ketahui hai Umar? Mudah-mudahan Allah mengetahui ahli Badar. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda Wahai ahli Badar! Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya aku telah memaafkan kalian. Maka turunlah firman Allah S.W.T yang bermaksud Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh mu menjadi teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita Muhammad) kerana alasan rasa kasih sayang, pada hal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu. Mereka mengusir Rasul dan kamu kerana beriman kepada Allah, Rabbmu, jika kamu benar-benar keluar berjihad di jalan-Ku dan mencari keredhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian) kamu memberitahu secara rahsia berita Muhammad kepada mereka, kerana kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan, dan barang

siapa di antara kamu yang melakukannya maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus. (Al Mumtahanah; ayat1.)

Tajarrud Peristiwa Hathib ini menggambarkan dengan jelas bahawa hakikat fitrah manusia itu amat mencintai kaum kerabat.Justeru kita perlu berhati-hati dalam hal kecintaan ini kerana Allah lebih layak untuk kita cintai atas segala sesuatu.Maka kecintaan kita terhadap sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah harus dijauhi. Namun Islam tetap teguh atas prinsipnya.Kita boleh bertoleransi dengan orang bukan Islam tetapi bukan dalam hal aqidah. Toleransi dalam Islam tetap berpegang pada akidah dan tentunya, dengan memegang prinsip lakum dinukum waliyadiin, (bagimu agamamu, bagiku agamaku.Begitu juga kita tidak mengambil jahilliyah sebagai sahabat malah kita adalah para jundi yang harus memerangi jhiliyyah sehingga kar umbinya. Menurut Sayyid Quthb dalam bukunya Malim Fi At Thariq "Islam tidak berkepentingan untuk bermain-mata dan berdamai dengan berbagai pandangan jahiliyah yang ada di muka bumi ini. Tidak juga untuk berdamai-damai dengan situasi jahiliyah yang dibela di mana pun. Tidak dulu, tidak kini, dan juga di masa yang akan datang. Jahiliyah adalah jahiliyah. Jahiliyah merupakan penyimpangan dari prinsip penghambaan kepada Allah semata. Jahiliyah merupakan penyelewengan dari sosok kehidupan Ilahiah, dimana aturan, hukum, undang-undang, adat tradisi, nilai-nilai, standar nilai semuanya diambil dari sumber selain ajaran Allah. Sebaliknya Islam adalah Islam, dan fungsinya ialah mengeluarkan manusia dari kejahiliyahan kepada keislaman." Jika orang ramai sekarang ini tak pernah malu untuk menyebarkan jahiliyyah mereka, kenapa kita perlu malu untuk menyebarkan amar ma'ruf dan nahi mungkar? Kita ikut usrah, daurah dan pelbagai aktiviti agama.Tetapi kita masih selalu merasa kosong, masih selalu gundah dijalan ini, masih ragu apa perlunya dakwah dan apa perlunya dakwah dan tarbiyah terhadap diri sendiri dan orang lain. Kita masih lagi ragu dan tidak yakin,kenapa? Barang kali kerana kita masih terumbang-ambing, dan terlalu banyak karat-karat jahiliyyah di dalam diri. Jahiliyyah itulah yang selalu menghambat kita untuk tetap terus istiqamah di jalan dakwah ini. Jahiliyyah itulah yang selalu membuatkan kita ragu-ragu, dan memilih untuk hidup menjaga diri sendiri lebih bagus daripada menyibukkan diri dengan urusan ummah.

Sebab itu dalam Arkanul Bai'ah,Al Imam As-Syahid Al Banna menegaskan tajarrud. Tajarrud adalah suatu yang bersih dan murni daripada bercampur aduk dengan perkaraperkara yang lain.Menurut beliau yang tajarrud yang dikehendaki ilah akita membebaskan fikrah Islam yang kita pegang dripada sebarang fikrah-fikrah yang asing. Dengan itu barulah perjuangan ini akan sentiasa terjaga keasliannya tanpa bercampur aduk dengan ideologi-ideologi asing.Sehingga para aktivis dakwah yang berjalan diatas jalan ini tidak ada lagi keraguan dihati mereka bahwa jalan yang mereka tempuhi ini merupakan penyelamat dunia dan akhirat