Anda di halaman 1dari 53

HALAMAN PENGAKUAN

TARIKH SERAHAN: 1 September 2012

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: .. : Norasikin binti Iznan : 28 Julai 2012

TAJUK REKA BENTUK PAKAIAN PROJEK SOSIAL SIMPLE AND FUN DI PANTAI

PENGHARGAAN Syukur kehadrat llahi, dengan rahmat dan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan Reka Bentuk Pakaian ( RBT 3106 ) di semester ke tiga ini disamping menimba ilmuNya yang amat luas. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah, Dr Sarimah binti Abd Razak dan rakan-rakan seperjuangan RBT 3 yang bersama-sama membantu dan menyumbangkan idea dengan saya semasa menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan kepada ahli keluarga saya yang turut memberikan nasihat dan bimbingan tanpa jemu. Terima kasih, semoga Allah jua yang membalas jasa kalian.

Norasikin Iznan

ii

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN PENGENALAN REKA CIPTA STAIL PAKAIAN ILUSTRASI TEKNIKAL STAIL PAKAIAN LAKARAN STAIL PAKAIAN BAHAN DAN ALATAN UKURAN BADAN LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT POLA PAKAIAN PENGIRAAN KOS PENILAIAN HASIL KERJA BLAUS YANG SIAP RUMUSAN REFLEKSI LAMPIRAN BIBLIOGRAFI BORANG KOLABORASI 10 CONTOH JAHITAN TUGASAN / KALENDER SEMESTER 3 45 46 i ii 1 2 3 5 6 8 11 37 38 39 41 42 43 44

PENGENALAN Di zaman era globalisasi teknologi yang pesat ini, kebanyakan orang lebih suka membeli pakaian yang sudah siap daripada menjahit. Bagi mereka, menjahit sesuatu pakaian banyak mengambil masa. Jahit menjahit sebenarnya adalah satu seni yang banyak manafaatnya dan mudah dipelajari oleh pelbagai golongan. Justeru itu, bagi mendokumentasikan satu projek amali menjahit dalam bidang Reka Bentuk Pakaian (RBT 3106) maka terhasil sehelai blaus yang dijahit bertemakan Projek sosial simple and fun di Pantai berserta folio tugasan. Blaus ini menggunakan fabrik asli iaitu benang kapas. Fabrik kapas ini sesuai dengan iklim panas dan mempunyai ciri-ciri seperti menyerap kelembapan, teguh, tahan lasak dan harganya juga murah. Pemilihan stail blaus ini ialah ia mempunyai kolar lurus, lengan pendek, belah kelepet yang sama lebar dengan butang dan lubang butang sebagai kancingnya. Di samping itu, proses yang terlibat dalam penghasilan blaus ini juga boleh dipelajari oleh semua pelajar dengan mudah. Oleh itu, diharap penerangan daripada folio ini, di samping bahan-bahan lampiran dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Stail blaus yang dihasilkan ini dipengaruhi oleh reka bentuk pakaian seperti warna, corak, tekstur, garis lengan, kolar dan fungsi blaus tersebut. Warna pemilihan blaus ini adalah warna lembut iaitu biru muda. Warna lembut sesuai untuk orang yang kurus kerana warna ini menampakkan pemakainya kelihatan gempal.

Corak blaus ini berbunga kecil. Corak kecil akan menampakkan seseorang yang gempal itu akan kelihatan lebih kurus dan langsing.

Tekstur fabrik blaus ini adalah daripada fabrik tenun biasa. Fabrik kapas yang sederhana halus dan lembut ini sesuai untuk semua bentuk badan.

Garis lengan yang digunakan pada blaus ini adalah lengan padanan rata iaitu garis lengan yang dicantum. Lengan padanan rata sesuai untuk orang yang rendah dan gempal supaya kelihatan kurus dan kecil.

Kolar yang dipadankan pada blaus ini adalah kolar lurus. Kolar lurus ini sesuai untuk orang yang bertubuh gempal dan tinggi agar pemakainya kelihatan kurus.

Fungsi blaus ini merupakan pakaian kasual. Blaus ini lasak, selesa dipakai dan ringkas.Amat sesuai dipakai ketika bersiar-siar dan berehat di tepi pantai.

BAHAN DAN ALATAN

Bahan

Fabrik Kapas Benang Butang Kertas pola Kertas karbon kain

Alatan-Alatan Kecil Gunting kertas Gunting kain Gunting lubang butang Pita ukur Jarum peniti Jarum jahit Jarum mesin Penetas jahitan Roda surih 6

Alat-Alat Menekan Seterika Elektrik Bod seterika dan alas Kain pelembap

Alat-Alat besar Mesin jahit tepi Mesin jahit elektrik

UKURAN BADAN Langkah-langkah mengambil ukuran badan adalah seperti berikut : Ukuran badan diambil dengan bantuan seorang rakan untuk memastikan pita ukur tidak kendur di bahagian yang sukar dilihat seperti labuh baju. Gunakan pita ukur yang tegap dan jelas nombornya ntuk mendapatkan ukuran yang tepat. Mulakan bahagian yang melintang diikuti dengan bahagian menegak. Ambil ukuran di sebelah kanan, perlu berpakaian ringkas dan memakai pakaian asas yang sama sendatnya. Tandakan ukuran pnggang dengan mengikat pita atau tali dan ukuran hendaklah tidak terlalu ketat atau terlalu longgar. Rekodkan ukuran yang diambil.

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. Leher Dada Pinggang Punggung Bahu Bidang dada

Bahagian Badan

Ukuran ( cm ) 30 68 60 76 32 28 29 31 22 21 50 16 5.5

Bidang belakang Labuh tengah belakang Labuh lengan Lebar lengan di kelepet Labuh blaus Jarak pinggang ke punggung Lebar kolar

10

LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT

1. Mendraf dan Mengubahsuai Pola Blaus.

Pola yang diperlukan adalah pola bahagian badan hadapan, pola bahagian badan belakang, pola lengan padanan rata dan pola kolar lurus. Draf pola tersebut pada kertas pola dan semua pola perlu ditambah basi kelim sebanyak 1.5 cm. ( Rujuk pola pakaian yang telah dilakar )

Tanda pola

Ira lurus

Tanda Imbangan

Garisan Pemadan

Tanda Lipatan

11

Huruf-huruf Ringkas Pada Pola Cm S.L S.D G.P G.T.H Sentimeter Sebelah Luar Sebelah Dalam Garisan Pemadan Garisan Tengah Hadapan. (satu garisan di pertengahan pada sehelai pakaian iaitu pada hadapan skirt atau baju) G.T.B Garisan Tengah Belakang (satu garisan ini menentukan kedudukan pertengahan pada sehelai pakaian, pada belakang skirt atau baju)

12

2. Memilih Bahan Jahitan Dan Hiasan Bahan jahitan yang digunakan untuk membuat blaus ini adalah fabrik kapas corak bunga sebanyak 1.5 meter, benang jelujur, benang jahit dan 5 biji butang.

3.

Menyediakan Fabrik Kenalpasti sebelah luar

dan sebelah dalam fabrik, melipat dua fabrik ikut ira lurus, menekan fabrik dengan seterika untuk mendapatkan permukaan yang licin dan rata. Kemudian fabrik dibentangkan di atas permukaan meja yang besar dan luas.

13

4. Menyusun Atur Pola Di Atas Fabrik Patuhi arahan tanda pola yang ada pada pola. Tanda ira pada pola hendaklah selari dengan ira fabrik. Manakala pola yang mempunyai tanda lipatan diletakkan pada lipatan fabrik.Susun dan atur kepingan pola yang besar dahulu kemudian yang kecil. Sematkan pola pada fabrik dengan jarum peniti.

5. Menggunting Fabrik Gunakan gunting fabrik yang tajam. Gunting kepingan yang besar dahulu, diikuti dengan kepingan yang kecil. Letakkan tangan di atas pola apabila menggunting fabrik. Gunting fabrik mengikut garisan gunting. Gunting dengan gerakan sekata. Elakkan mengangkat fabrik ketika menggunting fabrik. Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola.

14

6. Memindahkan Tanda Pola Ke Fabrik Dengan menggunakan roda surih dan kertas karbon kain, pindahkan tanda pola ke fabrik mengikut garisan pemadan yang dilakar

7.

Jahit Kemas Tepi

Semua kepingan fabrik dijahit kemas tepi.

15

8. Menjahit Blaus

Jahit kelim di bahu dengan kelim belah kangkung Menjahit kelim rusuk dengan kelim belah kangkung

A) Proses menjahit Kelim Belah Kangkung


Langkah 1

Rajah 8.1 Proses menjahit kelim belah kangkung

Jahit tepi semua kepingan fabrik tersebut. Temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan. Semat dengan peniti dan jelujur . Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan pemadan.

16

Rajah 8.2 Proses menjahit kelim belah kangkung

Langkah 2
- Cabut benang jelujur . - Susup benang jahit mesin yang lebih . - Sekiranya tepi kelim tidak dikemaskan dengan jahit mesin tepi ia boleh dikemaskan dengan jahit insang pari atau jahit mesin. - Buka kelim dan tekan dengan seterika di sepanjang kelim di sebelah dalam dan luar kelim .

Rajah 8.3 Proses menjahit kelim belah kangkung

17

B) Menyediakan kolar lurus, mencantum dan mengemas kolar. Langkah-langkah menjahit kolar lurus i. Menyediakan Kolar Lurus Langkah 1 - Temukan SL kolar dengan memadankan garis pemadan dan garis leher kolar. - Semat, jelujur dan jahit mesin hujung kolar dari tepi berlipat hingga ke garis leher. - Buka jelujur - Gunting basi kelim hingga tinggal 6mm dan gunting serong basi kelim di penjuru.

Rajah 9.1 Proses menjahit kolar lurus

18

Langkah 2 - Balikkan kolar ke SL fabrik dan seterika. - Jelujur di sekeliling tepi kolar - Jelujur tegak di tengah-tengah kolar.

Rajah 9.2 Proses menjahit kolar lurus

ii. Menyediakan Badan Pakaian Langkah 1 - Lipat tepi lapik badan ke sebelah dalam fabrik. - Jelujur dan mesin .

Rajah 9.3 Proses menyediakan badan pakaia

19

Langkah 2 - Lipat lapik badan pada garis lipatan ke sebelah luar pakaian. - Jelujur dan jahit mesin pada garis leher dari garis lipatan ke garis tengah hadapan. Buka jelujur. - Snip dari sudut basi leher hingga ke garis leher dan gunting basi leher di sudut hingga tinggal 6mm.

Rajah 9.4 Proses menyediakan badan pakaian Langkah 3 - Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian.

Rajah 9.5 Proses menyediakan badan pakaian

20

- Padankan garis leher lapik badan ke garis leher badan hadapan. - Sembat hujung lapik ke kelim bahu pakaian.

Rajah 9.6 Proses menyediakan badan pakaian Mencantum dan mengemas kolar lurus iii. Menjahit Kolar ke Pakaian Langkah 1 - Letakkan kolar bawah ke sebelah luar pakaian dengan memadankan hujung kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah belakang kolar ke garis tengah belakang pakaian dan garis leher kolar ke garis leher pakaian. Jelujur kedua-dua lapis kolar dari garis tengah hadapan hingga ke kelim bahu. - Snip kolar atas yang terletak di kelim bahu hingga ke garis leher - Jelujur hanya kolar bawah ke bahagian belakang pakaian.

21

Rajah 9.7 Proses menjahit kolar ke pakaian Langkah 2 - Balikkan lapik badan ke sebelah luar pakaian mengikut garis lipatan. - Jelujur garis leher lapik badan ke garis leher pakaian. - Jahit mesin di atas garis leher. - Buka jelujur. - Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm. - Snip basi penjahit 6mm 1.3mm jarak.

Rajah 9.8 Proses menjahit kolar ke pakaian

22

Langkah 3 - Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian dan tarik kolar keluar dari pakaian dan seterika. - Tepi kolar atas yang bebas dilipat mengikut garis leher ke sebelah dalam fabrik. - Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm. - Letakkan tepi yang berlipat ini ke atas garis leher badan belakang dan di atas jahitan mesin. Jelujur. - Sembat dengan mengambil tiap-tiap mata jahit mesin. - Sembat hujung lapik badan ke kelim bahu.

Rajah 9.9 Proses menjahit kolar ke pakaian

23

C) Menyedia dan mencantum lengan blaus Langkah-langkah Menjahit Lengan Padanan Rata Langkah 1 Sediakan lengan dan bahagian badan pakaian.

Rajah 10.1 Proses menjahit lengan blaus Langkah 2 - Jahit dua garisan longgar di kepala lengan dengan jarak 2 mm ke atas garisan pemadan atau baris pertama 3 mm di atas gp dan jahitan mesin

longgar yang ke dua 3 mm di bawah gp. Jahitan longgar.

24

Rajah 10.2 Proses menjahit lengan blaus

Tanda imbang - Temukan garisan pemadan lengan SL fabrik berhadapan dan semat - Jahit dengan jahitan mesin di garisan pamadan lengan - Cabutkan jelujur dan tekan buka kelim - Kemaskan hujung lengan dengan kelepat - Jahit sembat susup atau mesin pada kelepet lengan.

Rajah 10.3 Proses menjahit lengan blaus

25

Langkah 3 Proses mencatumkan lengan ke lubang lengan - Tarik benang jahitan kasar di kedua-dua barisan jahitan untuk menyeratakan ukuran lengan dengan lubang lengan. - Lekat lengan kanan ke lubang lengan kanan dengan SL bertemu.

Rajah 10.4 Proses menjahit lengan blaus

Langkah 4 - Temukan garis pemadan, kelim lengan ke kelim rusuk badan, notch lengan hadapan ke notch lubang lengan badan hadapan, garis atas lengan ke kelim bahu badan dan notch lengan belakang ke notch lubang lengan badan belakang. - Dengan peniti menegak ke lubang lengan, semat lengan ke lubang lengan dengan memadankan kedua-dua garis pemadannya. - Jejulur pada garis pemadan - Jahit mesin lengan ke lubang lengan pada garis pemadan dari SD lengan. - Permulaan dan penghabisan jahit mesin kelim di lengan hendaklah bertindih atas.

26

Rajah 10.5 Proses menjahit lengan blaus

Jahit dengan jahitan mesin di GP lubang lengan. Mata jahitan mesin yang akhir menindih mata jahitan mesin yang awal 3 hingga 4 cm. Untuk mengukuhkan kelim, tekan dan seterika kelim dari SD supaya rata.

Rajah 10.6 Proses menjahit lengan blaus

27

D) Menyedia dan menetapkan kelepet lurus Proses menjahit kelepet lurus Langkah 1 Tandakan kedudukan kelepet

Rajah 11.1 Proses menjahit kelepet lurus

Langkah 2 Lipat lipatan pertama ke sebelah dalam selebar 6 mm

Rajah 11.2 Proses menjahit kelepet lurus

28

Langkah 3 - Lipat lipatan kedua di garisan kelepet - Cabut peniti selebar 2 6 1/2 cm.

Rajah 11.3 Proses menjahit kelepet lurus - semat dan jelujur - Menetapkan kelepet pada pakaian Memetapkan kelepet pada pakaian dengan jahit silang pangkah

Rajah 11.4 Proses menjahit kelepet lurus

29

Proses menjahit penjuru Jahit tindih i.Penjuru jahit tindih Langkah1 - Lipat dan tekan supaya mendapat - Buka penjuru yang telah ditekan kesan garisan kelepet dan gunting bahagian X 6 mm Langkah 2 - Tandakan dengan peniti dari lipatan atas dan 6 mm dari peniti.

Rajah 11.5 Proses menjahit penjuru


- lipat semula kelepet dan jahit jelujur jahit lilit ubi - Kemas kelepet dengan jahit sembat susup - Jahit sembat halus - Jahit lilit ubi

Rajah 11.6 Proses menjahit penjuru

30

D) Menjahit lubang butang dan butang Langkah-langkah menjahit lubang butang Langkah 1 - Menanda kedudukan lubang butang dengan peniti tepi belah dan GTH

Rajah 12.1 Proses menjahit lubang butang Langkah 2 - Ukuran lubang butang - Ukuran garispusat butang+ 3mm(1/8 inci ) - Semat dan jelunjurkan lebar lubang butang dengan jelunjur halus pada kedua-dua belah lubang butang

Rajah 12.2 Proses menjahit lubang butang

31

Langkah 3 - Gunting lubang butang mengikut urat benang - .Lubang butang boleh digunting dengan : - Sepasang gunting kecil yang tajam

Rajah 12.3 Proses menjahit lubang butang Langkah 4 - Mulakan menjahit dari hujung segiempat dengan menyusupkan jarum di antara 2 lapisan kain. - Masukkan jarum di hujung lubang dan keluarkan dari sebelah dalam kain garisan jelunjur halus.Jarum hendaklah tegak dan menghala ke penjahit.

Rajah 12.4 Proses menjahit lubang butang

- Tarikkan kedua-dua benang dari mata jarum ke kiri dan lilitkan ke bawah jarum. - Tarik benang ke atas sehingga simpul terjadi. Langkah 5 - Jahit lubang butang di sepanjan tepi lubang hingga ke hujung bulat. - Pada hujung yang bulat , jahitkan 7 atau 9 mata jahitan lilit kemas.

Rajah 12.5 Proses menjahit lubang butang Langkah 6 - Pusingkan kain supaya sebelah lubang yang belum dijahit terletak berdekatan dengan penjahit. - Jahit lubang butang pada sebelah ini hingga ke hujung segiempat.

Rajah 12.6 Proses menjahit lubang butang

Langkah 7 - Apabila lubang butang yang terakhir sudah dijahit di hujung segiempat ,masukkan jarum ke kaki jahitan pertama dan keluar pada kaki jahitan yang akhir.

33

- Jahit 2 atau 3 jahit lilit kemas di tempat yang sama di hujung segiempat

Rajah 12.7 Proses menjahit lubang butang

Langkah 8 - Jahit sebaris jahitan lubang butang pada hujung segiempat. - Susupkan jarum di antara lapisan kain dan gunting benang di sebelah dalam baju.

Rajah 12.8 Proses menjahit lubang butang

34

Mulakan dengan jahit kia pada tempat butang - Terus menjahitkan butang pada fabrik melalui lubang butang sebanyak 3 atau 4 kali. - Sudahkan di sebelah dalam dengan jahit ulat-ulat. - Ukuran lubang butang untuk butang bertangkai = lebar butang bertangkai + 6mm.

Rajah 12.9 Proses menjahit butang bertangkai

35

E) Menekan dengan seterika Setelah selesai proses menjahit blaus, blaus hendaklah ditekan dengan seterika mengikut laras suhu kepanasan yang sesuai. Tekan bahagian badan dahulu diikuti dengan bahagian lengan dan kolar. Sesudah selesai ditekan gantung blaus untuk dianginkan seketika.

36

POLA PAKAIAN BLAUS

37

PENGIRAAN KOS MENJAHIT BLAUS A) Kos Bahan

Bil

Bahan

Kuantiti

Kos Seunit (RM)

Kos (RM)

1.

Fabrik kapas bercorak

1.5 meter

3.00

4.50

2.

Benang jahit

I buku

0.80

0.80

3.

Butang

5 biji

0.10

0.50

Jumlah

5.80

B) Kos Upah Kos upah = 1 orang x 4 jam x RM3.00 = RM12.00

C) Kos Sampingan Elektrik = RM0.60

Jahit Kemas = RM1.50 Air = RM0.30 RM2.40

D) Kos Projek Kos Bahan + Kos Upah + Kos Sampingan RM5.80 + RM12.00 + RM2.40

Jumlah = RM20.20

38

PENILAIAN HASIL KERJA

Tajuk Tugasan : Blaus Arahan i. Tandakan ( /) pada ruang trampil atau tidak trampil ii. Dikategorikan trampil apabila telah menguasai semua kriteria yang dinyatakan. iii. Hendaklah melakukan semua kriteria yang belum dapat dikuasai sehingga trampil.

Bil 1

Proses Dan Kriteria Yang Diuji Kelim Bahu & rusuk - Kelim Belah Kangkung Lebar kedua-dua basi kelim sama Kelim rata dan terbuka Tegangan mata jahitan sesuai Tidak beralur di S.L

Trampil

Tak Trampil

Catatan

Belah - Belah Kelepet Sama Lebar Garis lipatan belah rata Lebar belah sama keseluruhannya Ditetapkan Belah sama panjang

Garis leher - Kolar Lurus Permukaan kolar rata Terletak rata dan kemas di garis leher Bahagian kiri dan kanan kolar seimbang Kolar sama lebar Lapisan bawah kolar tidak kelihatan di tepi kolar Cantuman kelim kolar tidak beralur

39

Lengan Lengan Padanan Rata GTL bertemu garis bahu Kelim lengan bertemu kelim rusuk Lengan tergantung dengan elok Basi kelim lubang lengan dikemaskan Cantuman lengan tidak berkedut Hujung lengan dikemaskan Kedua-dua hujung lengan sama panjang

Penyudah Tepi - Kelepet Lebar sama keseluruhan Terletak rata Ditetapkan dengan kemas

Kancing - Butang Bertangkai Dijahit bersetentang Dijahit kukuh Kedudukan betul

Rupa Am Pilihan fabrik sesuai dengan stail pakaian Pilihan warna dan corak sesuai dengan stail pakaian Ditekan rata Bersih Boleh dipakai Kreativiti :.. :.. : Trampil / Tak Trampil :.. :...

Nama Kelas Keputusan Disahkan oleh ( Penilai ) Tarikh

40

BLAUS YANG SIAP

41

REFLEKSI Ketika menerima tugasan ini, saya berasa ia adalah satu tugasan mencabar kerana saya kurang mahir menjahit blaus. yang

Saya hanya mempunyai

sedikit kemahiran menjahit asas tangan dan mesin sahaja. Walaubagaimana pun, untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang jahit menjahit ini , saya banyak mendapat tunjukajar dan membuat perbincangan bersama pensyarah, Dr Serimah dan rakan dari kelas RBT3. Selain itu saya juga merujuk sumber daripada internet dan bahan-bahan bacaan yang berkaitan untuk melakukan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Penerangan ringkas daripada pensyarah pada interaksi 1, 2 dan 3 juga saya aplikasikan dalam tugasan ini. Jika terdapat masalah ketika menjalankan tugasan ini, saya juga tidak malu untuk bertanya rakan-rakan guru Kemahiran Hidup yang lain di sekolah. Saya juga melakukan satu contoh jahitan blaus sebagai latihan awal,

sebelum kelas amali jahitan dijalankan. Banyak kelemahan yang dapat saya perbaiki ketika menyiapkan tugasan sebenar menjahit blaus ini. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai kemahiran menjahit dan maklumat yang sangat berguna. Daripada pengalaman menjahit blaus dan pelbagai maklumat yang telah saya kumpulkan dalam portfolio, akhirnya saya berjaya melaksanakan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Pengetahuan ilmu berkaitan Reka Bentuk Pakaian yang saya peroleh di semester ketiga ini, akan saya gunakan apabila ditugaskan untuk mengajar murid-murid dalam bidang jahitan di sekolah. Akhir kata,

pengetahuan dan kaedah baru dan lama yang digabungjalinkan ini akan saya aplikasikan sepanjang perkhidmatan saya di dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar . Sekian. Norasikin binti Iznan RBT 3 IPKTI 2011/2014

43

LAMPIRAN

10 CONTOH JAHITAN

Kelim 1. Kelim Betawi Belah 2. Belah Berzip Kancing 3. Butang Berlubang Dua 4. Butang Katup 5. Cangkuk Dan Mata / Cangkuk Dan Palang Penghilang Gelembung 6. Kedut Lepas 7. Lisu Beriring 8. Lisu Bertentang 9. Lisu Pemadan Penyudah Tepi 10. Kun

44

BIBLIOGRAFI

Sarimah binti Abd Razak, Zahrah binti Isa. Ekonomi Rumahtangga Tingkatan 5.KBSM. Blue T Communication Sdn Bhd.Selangor. Mohamed Jalal Ahmad.Asas Merangka Pola Pakaian. (1987). Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Robaayah Hj Abd Wahab, Susan Manikam.(1978).Panduan Sains Rumahtangga.

Modul Reka Bentuk Dan Teknologi. PPG,Bahagian Pendidikan Guru.

Edisi Percubaan Modul Pembelajaran Rekaan Dan Jahitan Pakaian. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
Asra Shamsudin, Betty Lim, Foziah Buang (1999).Ekonomi Rumahtangga Fokus Jingga SPM. Pelangi. Kuala Lumpur.

Azmawati binti abdul Aziz, Zaitun Zakian binti Mohd Noor dan Lamah binti Abdul Ghani (2002). Pengurusan Pakaian Tingkatan 4, Bahan Sumber Pengajaran: Sdn Bhd. Kuala lumpur Edu Sysrem

Noor Habibah Hassan bt Othman, Faudziah binti Md Din dan Zahrah binti Esa (2002).Pengajian Pakaian Tingkatan 5. Edu System Sdn Bhd . Kuala Lumpur.

Mariam Abu Bakar (2004) Panduan Membuat Pakaian, Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah Teknik menjahit. Kuala Lumpur.

Zaitun Zakiah binti Noor, Norzaini binti Abdul Ghani dan Nawawi bin Mohd Jan (2006). KBSM Membuat Pakaian Tingkatan 4 dan 5. Dewan Bajhasa dan Pustaka.

45

Lampiran A Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus Nama Mata Pelajaran Pensyarah Pembimbing : Norasikin binti Iznan Semester :3

: Reka Bentuk Pakaian ( RBT 3106 ) : Dr Sarimah binti Abd Razak

Tarikh

Perkara yang dibincangkan

Catatan

T/Tangan

Menerima soalan tugasan 23.6.2012 daripada pensyarah. Tugasan yang perlu dibuat - Blaus Simple and Fun di pantai dan blaus. - Folio jahitan - 10 contoh jahitan

* Penerangan dan perincian tugasan daripada pensyarah Dr Sarimah

* Tugasan folio blaus dan blaus termasuk 10 contoh jahitan perlu dihantar pada 2.9.2012. Norasikin

4.7.2012

Memahami kehendak tugasan dan perbincangan dengan pensyarah dan rakan RBT 3.

* Membuat perbincangan secara sms dan online tugasan folio dan blaus. Norasikin Dr Sarimah

Mislina

*Menyusun 28.7.2012 Mencari maklumat dari internet, sumber bahan bacaan dan maklumat tambahan daripada rakan guru di sekolah. Melakukan jahitan blaus contoh untuk uji diri. *Memperincikan tugasan folio blaus * Menjahit blaus contoh. *Mengedit dan melaksanakan tugasan folio yang dirancang dengan lengkap. Roslawati Norasikin maklumat folio blaus

29.7.2012 Amali menjahit blaus di IPKTI pukul 8 3 petang.

* Menjahit blaus mengikut proses yang ditetapkan. Melaksanakan tugasan dan semakan telah dilakukan bersama pensyarah. * Tugasan menjahit blaus telah dapat disempurnakan 90% Marlia Norasikin Dr Sarimah

11.8.2012 Mendapat tugasan menjahit 10 contoh jahitan.

* Jahitan 10 contoh seperti yang dikehendaki adalah dari tajuk kelim, Dr Sarimah

belah, kancing, penghilang gelembung dan penyudah tepi.

13 hingga 30.8.2012

Menyiapkan tugasan.

Menyiapkan tugasan menjahit blaus, 10 contoh jahitan dan melengkapkan folio. Norasikin

1.9.2012 Menghantar tugasan RBT 3106

Tugasan Folio, Folio Blaus dan 10 contoh jahitan dihantar.

Dr Sarimah

Norasikin