Anda di halaman 1dari 2

. Tukarkan setiap ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Ahli kaji cuaca meramalkan hujan lebat pada petang nanti. (ii) Pemilik Restoran Anjung Warisan mempelbagaikan menu masakan yang istimewa supaya pelanggannya tidak berasa jemu. (iii) Beliau merasmikan majlis sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan. 2. Tukarkan setiap ayat biasa di bawah kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Amirah melonjak kegembiraan sebaik-baik sahaja menerima keputusan peperiksaannya. (ii) Baju-baju sekolah itu sudah kamu basuh? (iii) Mereka sedang bersandar pada sebatang pokok. 3. Tuliskan dialog di bawah dalam bentuk karangan biasa menggunakan cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya. Nazirah : Saya curigalah, jangan-jangan Aishah yang mencuri duit awak. Faizah : Ah, tak mungkinlah. Bukankah Aishah anak orang berada? Setiap permintaan Aishah, pasti ayahnya akan menurutinya. Nazirah : Awak jangan terlalu mempercayai seseorang dengan melihat latar belakangnya kerana perangai manusia tidak sama. Faizah : Lupakan saja hal itu, Nazirah. Lagipun duit yang hilang itu hanya RM10. 4. Sambungkan ayatayat pendek di bawah menjadi tiga ayat sahaja dengan memelihara susunan dan maksud asalnya. Penyu mempunyai kitaran hayat yang sama. Penyu betina akan mengawan dengan penyu jantan di laut sebelum naik ke pantai untuk bertelur. Penyu betina akan n aik ke pantai pada waktu malam. Telur yang dihasilkan akan ditinggalkan begitu sahaja. Telur itu akan menetas dalam tempoh dua bulan bergantung pada jenis penyu dan suhu pengeraman. Anak-anak penyu yang baru menetas akan terus menuju ke laut. Anakanak penyu akan kembali ke pantai semula apabila dewasa kelak. 5. Tulis petikan dialog di bawah semula dalam bentuk laporan. Tahniah, Sofea! Keputusan peperiksaan SPM awak sangat cemerlang, ucap Badrul. Terima kasih, Badrul. Kejayaan saya ini berkat doa awak juga, kata Sofea. Saya hanya berdoa tetapi awak yang berusaha dengan gigih. Sudah pasti kejayaan menjadi milik awak. Bagaimanakah keputusan peperiksaan awak? tanya Sofea. Saya dah berusaha sedaya upaya, cuma rezeki tiada, luah Badrul dengan nada kecewa. Tidak mengapa, Badrul. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya, pujukSofea. 6. Tukarkan ayat-ayat di bawah ini kepada ayat-ayat songsang.

(i) Emak Waheeda sakit tenat di hospital. (ii) Para remaja hari ini bakal pemimpin masa hadapan. (iii) Pelajar-pelajar baru itu sedang mengikuti minggu suai kenal. 7. Tukarkan setiap ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Guru disiplin menahan pelajar itu selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah. (ii) Ibu bapa sewajarnya mengawal anak-anak supaya mereka tidak bergaul dengan budak-budak nakal. (iii) Ayah menghadiahi abang sebuah komputer kerana berjaya memperoleh 10A dalam peperiksaan SPM. 8. Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada laras bahasa Melayu moden tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Ada kadar sesaat, maka kelihatan seorang perempuan tua bongkok belakangnya. (ii) Jika raja Melaka hendakkan aku, maka syaratnya serahkan darah raja semangkuk. (iii) Tiada jua didengar oleh anak kera, sedia kala pergi ia bermain-main dengan anak saudagar itu. 9. Tukarkan setiap ayat biasa di bawah kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Keropok lekor popular di negeri Kelantan dan Terengganu. (ii) Pemuda itu mundar-mandir di hadapan rumahnya. (iii) Anak pensyarah itu sudah tentu pandai.

10. Pisahkan ayat dalam petikan di bawah kepada enam ayat sahaja dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya. Taraf hidup masyarakat di kampung terus meningkat dan setanding dengan masyarakat di bandar. Keadaan ini menimbulkan pelbagai penyakit sosial yang berpunca daripada pengaruh media massa. Penyakit sosial sukar diubati kerana tidak mempunyai rawatan khusus untuk mengubatinya.