Anda di halaman 1dari 1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM PEMASANGAN LITAR SELEKTRIK DALAM TOPIK ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK MATA PELAJARAN KEMAHIRAN

HIDUP TAHUN 4 MENGGUNAKAN KAEDAH CANTUMAN BERGAMBAR

MOHD FAHMI BIN JAHURI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU NOVEMBER 2012

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran pemasangan litar elektrik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Murid yang terlibat adalah lapan orang murid tahun 4 Brilliant Sekolah Kebangsaan Senai, Johor. Pemerhatian awal telah dilaksanakan dengan menggunakan borang rekod pemerhatian dan borang senarai semak bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid semasa sesi amali pemasangan litar elektrik. Berdasarkan analisis terhadap pemerhatian awal, murid didapati tidak dapat melakukan pemasangan komponen pada litar elektrik dengan memuaskan. Bagi meningkatkan kemahiran murid dalam pemasangan litar elektrik ini, kaedah cantuman bergambar yang lebih difahami dan diminati oleh murid sekolah rendah telah digunakan. Setiap orang responden diajar dengan menggunakan kaedah cantuman bergambar sebelum diberi litar elektrik yang sebenar untuk dipasang. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa kaedah ini membantu murid memperoleh keyakinan semasa memasang litar dan juga dapat memahamkan murid tentang konsep pemasangan litar.

Anda mungkin juga menyukai