Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUP KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT DAERAH LANGKAWI DI DEWAN SEMERBAK SMK KEDAWANG

4 APRIL 2013

BIL 1.0 2.0

MASA 12.0012.30 tgh

CUE

TEKS PARA HADIRIN MENGAMBIL TEMPAT

TINDAKAN

MAKLUMAN AWAL

1. Para hadirin sekalian. Sila penuhkan kerusi di barisan hadapan terlebih dahulu. Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing. Majlis memohon kerjasama daripada hadirin sekalian agar dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis. Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih. 2. hadirin diminta berdiri semasa pengumuman ketibaan YB dibuat.

PENGACARA MAJLIS

3.0

1.00

UCAPAN PENGUMUMAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Paduka Hj Abu Bakar bin Taib, Ahli Parlimen Langkawi NYANYIAN LAGU NEGARAKU

PENGACARA MAJLIS

4.0

UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

PENGACARA MAJLIS

Yang Berhormat Dato Paduka Hj Abu Bakar bin Taib, Ahli Parlimen Langkawi Yang Berusaha Tuan Hj Marzuki bin Hj Daud, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi Yang Berusaha Puan Hjh Norini bt Wan Awang, Tuan Pengetua SMK Kedawang merangkap pengerusi jawatankuasa Karnival Pendidikan Islam peringkat Daerah Langkawi Yang Berusaha ___________________________________________________________________ Tuan Pengerusi jemaah hakim Karnival Pendidikan Islam peringkat daerah Langkawi Yang Berusaha Encik Mahmud bin Hassan Pegawai Khas Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi

PENGACARA MAJLIS

Guru-guru Pengiring Para Peserta seterusnya Tuan-tuan & Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pendidikan Islam peringkat Daerah Langkawi 2013M bersamaan 1434H . AhlanWa Sahlan Waa Marhaba bikum
PENGACARA MAJLIS

Sedari pagi hinggalah sebentar tadi kita telah berkampung di sini, pelbagai acara telah dipertandingkan dalam Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Langkawi 2013M Semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat sesuai dengan tema sambutan pada tahun ini iaitu AL-QURAN PENJANA WASATIYYAH UMMAH. 5.0 Hadirin yang dimuliakan, Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, marilah kita menadah tangan, bertafakkur sejenak, mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al-fadhil Ustaz ____________________________________________________________________________________ dari SK ____________________________________. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

PENGACARA MAJLIS Ustaz ______________

6.0 Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz ____________________________________________ di atas bacaan doa itu tadi. 7.0
UCAPAN PENGERUSI JEMAAH HAKIM ________________ ________________ ________________ ________________ Pengerusi Jemaah Hakim

Hadirin yang dihormati sekelian, Mari kita bersama- sama mendengar ulasan jemaah hakim mengenai pertandingan yang telah dijalankan. Untuk itu, majlis mempersilakan ___________________________________________________________ Pengerusi Jemaah Hakim untuk menyampaikan Ulasan Penghakiman Pertandingan.

Dipersilakan.
PENGACARA MAJLIS

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha __________________________________________ di atas ulasan yang disampaikan itu tadi. Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Marzuki bin Haji Daud, Tn Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. 8.0
UCAPAN PERAMIAN

Tn PPDL

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn Hj Marzuki di atas ucapan itu tadi. Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Dato Paduka Hj Abu Bakar bin Taib, Ahli parlimen Langkawi untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Langkawi 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

9.0

PENYAMPAIAN CENDERAMATA HAKIM

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato Paduka atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada Jemaah Hakim Pertandingan dan penyerahan sijil penyertaan kepada sekolah- sekolah yang mengambil bahagian dalam Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Lnagkawi 2013. Untuk menyempurnakan majlis ini, dijemput Yg Berusaha Tn Hj Marzuki bin Hj Daud mengiringi Yg Berhormat Dato Paduka Hj Abu Bakar bin Taib tampil ke pentas untuk menyampaikan cenderamata , sijil penghargaan dan hadiah-hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Bagi penyampaian cenderamata kepada Jemaah Hakim, dijemput _________________________________________________________________________________________________ Pengerusi Jemaah Hakim Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Langkawi 2013 untuk mewakili barisan jemaah hakim yang lain untuk menerima cenderamata sebagai tanda terima kasih.

PENGACARA MAJLIS

10.0

PENYAMPAIAN CENDERAMATA HAKIM

Hadirin sekalian, Bagi menghargai penyertaan sekolah-sekolah dalam Karnival Pendidikan Islam tahun ini,majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada setiap setiap sekolah yang mengambil bahagian. Untuk itu dipersilakan wakil bagi setiap sekolah untuk menerima sijil penghargaan. Kita mulai dengan ;

PENGACARA MAJLIS

11.0

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PERASMI

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Langkawi 2013M dan terima kasih kepada Yg Berhormat Dato Paduka Hj Abu Bakar bin Taib kerana sudi menyampaikan cenderamata dan hadiah kepada para pemenang. Sebagai penghargaan pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tn PPDL , Tn Hj Marzuki bin Hj Daud untuk menyampaikan cenderamata kepada Yg Berhormat Dato Paduka Hj Abu Bakar bin Taib sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan. Dipersilakan.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Tn Hj Marzuki bin Haji Daud dan terima kasih juga kepada Yg Berhormat Dato Paduka Hj Abu Bakar bin Taib kerana sudi menyampaikan cenderamata dan hadiah sebentar tadi.

12.0

PENUTUP

Terima kasih diucapkan. Bunga melur bunga kenanga Cantik disusun penyeri anjung Al-Quran bagaikan intan permata Al-Quran dijunjung umat disanjung Alhamdulillah.. Dengan penyampaian cenderamata sebentar tadi maka Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Langkawi 2013M pada kali ini sampai ke penghujungnya. Sekalung penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan kepada Yg Berhormat Dato Paduka Hj Abu Bakar bin Taib kerana sudi hadir ke majlis pada hari ini.

Terima kasih juga kepada semua dif-dif jemputan, guru-guru, para peserta yang mengambil bahagian, Jawatankuasa Pengelola dan seluruh pihak yang telah menjayakan Majlis pada hari ini. 12.1 Seterusnya.dijemput Yang Berhormat Dato Paduka Hj Abu Bakar bin Taib dengan diiringi oleh Yg Berusaha Tn Hj Marzuki bin Hj Daud dan dif-dif jemputan ke jamuan makan tengahari di __________________________________. Bagi yang akan memulakan perjalanan pulang sebentar lagi,
Wa ilal liqa maasalamah
PENGACARA MAJLIS

Selamat pulang ke destinasi masing-masing. Semoga tiba dengan selamat. Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca Surah Al-Asr. Sekian. WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.B.T
,

PENGUMUMAN

Disediakan oleh: Pn Nor Hanani binti Saaid SK Langkawi

Anda mungkin juga menyukai