Anda di halaman 1dari 12

ETIKA BERPAKAIAN

Cara berpakaian melambangkan keperibadian pegawai dan staf serta nilai-nilai dan etika kerja yang murni. Oleh itu, cara berpakaian dan pakaian yang bersih, kemas dan bersesuaian adalah ditekankan untuk dijadikan amalan kepada pegawai dan staf. Peraturan-peraturan berikut mengenai pakaian semasa bertugas di Pejabat hendaklah dipatuhi:

Pakaian Lelaki: Bagi Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Lounge Suite atau Bush jacket; Seluar panjang dengan baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher; Pakaian baju melayu lengkap dengan bersamping dan bersongkok warna gelap.

Amalan yang tidak dibenarkan dalam waktu bekerja: Memakai jeans atau seluar pendek. Memakai selipar, kasut getah dan kasut sukan. Memakai baju melayu dengan kain pelikat. Memakai ketayap atau memakai serban. Walau bagaimanapun penggunaan songkok baldu bewarna hitam adalah dibenarkan. Memakai pakaian yang menjolok mata. Mewarnakan rambut.

FESYEN PAKAIAN ALTERNATIF PEGAWAI LELAKI


Fesyen pakaian alternatif bagi pegawai lelaki adalah seperti berikut:

Bil. 1. a) b) c) d) 2.

Fesyen Baju kemeja berlengan panjang:berkolar baju Melayu cekak musang berbutang tiga, berkolar baju Melayu cekak musang berbutang lima, berkolar Nehru berbutang terselidung, berkolar mandarin berbutang tiga.

Syarat Berseluar panjang. Lengan baju jangan dilipat. Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam (tuck in).

Nehru suit:a) b) berbutang hadapan berbutang terselindung

Diperbuat dari jenis kain dan warna yang sesuai.

*Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006

Pakaian Wanita:

Pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan dipakai selari dengan amalan akhlak yang mulia. Pakaian yang dibenarkan adalah seperti berikut: Baju kurung Baju kebaya labuh dan longgar Kemeja berlengan panjang dan berskirt labuh Sari yang tidak mendedahkan bahagia badan Sut Punjabi lengkap berselendang Kasut bertutup

CONTOH PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN

Pakaian yang tidak dibenarkan dalam waktu bekerja: Berpakaian yang memberi sangkaan ianya seolah-olah hendak menghadiri pesta ataupun ke tempat perkelahan Memakai pakaian yang menjolok mata Memakai jeans atau slacks Memakai seluar pendek Pakaian yang menutup muka Memakai kasut sukan dan selipar Mewarnakan rambut Sut Memakai seluar slacks bagi kakitangan wanita.

PAKAIAN PADA HARI KHAMIS DAN MAJLIS RASMI


Pegawai-pegawai awam yang tidak berpakaian seragam diwajibkan memakai baju batik lengan panjang berkolar/cekak musang buatan Malaysia pada setiap Khamis dan juga semasa menghadiri majlis-majlis rasmi yang tidak mensyaratkan pemakaian jenis pakaian tertentu.

Amalan yang tidak dibenarkan dalam waktu bekerja: Memakai jeans atau seluar pendek. Memakai selipar, kasut getah dan kasut sukan. Memakai baju melayu dengan kain pelikat. Memakai ketayap atau memakai serban. Walau bagaimanapun penggunaan songkok baldu bewarna hitam adalah dibenarkan. Memakai pakaian yang menjolok mata. Mewarnakan rambut.

FESYEN PAKAIAN BATIK MALAYSIA ALTERNATIF BAGI PEGAWAI LELAKI

Bil 1. Baju kemeja

Fesyen batik Malaysia

Syarat berlengan Berseluar panjang. Lengan baju jangan lipat. Sekiranya dengan kot, batik baju dalam melayu (tuck in)

panjang:berbutang tiga, berbutang lima, c) berkolar Nehru butang terlindung, d) berkolar Mandarin berbutang tiga. *

a) berkolar Baju Melayu cekak Musang dipadankan

b) berkolar Baju Melayu cekak Musang hendaklah dimasukkan ke

Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006

PAKAIAN SERAGAM ( LELAKI & PEREMPUAN )

Pegawai awam yang dibekalkan dengan pakaian seragam, wajib memakainya semasa bekerja.

ETIKA PAKAIAN PELAWAT JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA


A. Semua pelawat Jabatan Latihan Khidmat Negara hendaklah berpakaian sopan. B. Etika pakaian pelawat Jabatan adalah seperti berikut : C. Bagi pelawat lelaki : Tidak dibenarkan memakai selipar / sandal. Tidak dibenarkan memakai baju tanpa lengan. Tidak dibenarkan memakai seluar pendek (seluar pendek termasuk keluar di atas paras lutut dan Bermuda Pants). Tidak dibenarkan memakai baju tidak berkolar.

PAKAIAN YANG DIBENARKAN

PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN

KASUT YANG DIBENARKAN

KASUT YANG TIDAK DIBENARKAN

D. Bagi pelawat perempuan : Tidak dibenarkan memakai selipar / sandal. Tidak dibenarkan memakai baju tanpa lengan. Tidak dibenarkan memakai skirt pendek / seluar di atas paras lutut. Tidak dibenarkan memakai baju / seluar yang menjolok mata.

PAKAIAN YANG DIBENARKAN

PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN

SANDLE & SELIPAR YANG DIBENARKAN

SANDLE & SELIPAR YANG TIDAK DIBENARKAN

Anda mungkin juga menyukai