Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN BAHASA MELAYU KONTEKTUAL Kelas Tarikh Kuliah Nama Pensyarah Tajuk : : : : PPISMP MATEMATIK 3 September 2012 Kalthom

Binti Samiain Analisis kesilapan ejaan

Secara individu, anda dikehendaki membentulkan frasa/ ayat yang diberi. Semakan akan dibuat pada kuliah seterusnya. Latihan : 1 Penggunaan kata ganti nama diri pertama (kami dan kita) * Kami bererti saya dengan dia. (orang yang diajak bercakap tidak disertakan). * Kita bererti anda dengan saya / anda dengan kami. (orang yang diajak bercakap disertakan).

1. Kami yakin dapat mendaki gunung itu, kata Rosni kepada Rajinah.

2. Kita ke rumah awak esok, kata Rosni kepada Rajinah. Latihan : 2 Penggunaan kata ganti nama diri ketiga (beliau, mereka, ia,nya) *Kata beliau tidak wajar ditujukan kepada orang yang tidak dihormati, kanak-kanak dan binatang.

1.

Abu dihukum penjara dua tahun. Dia melakukan pecah amanah.

2. Harimau garang itu ditangkap. harimau dihantar ke zoo Melaka.

Latihan : 3 Kata ganti nama mereka tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda. 1. Lembu-lembu itu ditambat. Lembu-lembu akan disembelih.

2. Novel-novel itu tebal. ia itu dibaca oleh Ali.

3. Mereka sedang menjalani latihan sebagai angkasawan

Latihan : 4 Kata ganti nama ia dan nya tidak boleh digabungkan. (ia digunakan ketika bercakap tentang rakan sebaya / orang biasa) (-nya merupakan singkatan bagi kata ganti nama dia) 1. Kambing itu mati kerana ia dilanggar lori.

2. Penghidap kanser segera berubat, jika tidak ia boleh membawa maut.

Latihan : 5 Kata ganti nama dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda. 1. Kereta mewah itu mahal. Kereta itu diimport dari Jepun.

2. Ayam itu sakit. Ayam tersebut perlu dirawat.

Latihan : 6 Penggunaan kata bilangan tentu (satu, dua dan seterusnya) dan kata bilangan pecahan (setengah, suku) Kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan. 1. Dua setengah meter

2. Dua suku jam

Latihan : 7 Penggunaan kata bilangan tak tentu (para, semua) Kata para tidak boleh diulang. Kata nama yang mengikuti kata bilangan tak tentu tidak perlu diulang.

1. Para penduduk perlu bekerjasama.

2. pekerja-pekerja tidak dibenarkan bercuti esok.

Latihan : 8 Penggunaan kata bilangan (setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai, kedua-dua) * Tidak boleh disingkatkan. 1. Sesetengah orang

2. Tiap-Tiap murid

3. Berbagai-bagai warna

4. Kedua-dua mempelai

Latihan : 9 * Ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan. 1. Para guru

2. Seluruh kampung

3. Segala binatang

4. Setiap murid

Latihan : 10 * Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. 1. Beberapa usul

2. Kedua-dua sifat

3. Setiap sumbangan

4. Semua pendapat

5. Segala cadangan

Latihan : 11 Penggunaan kata sendi nama dari dan daripada Kata sendi nama dari digunakan untuk menunjukkan tempat dan waktu. Kata sendi nama daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan menunjukkan keanggotaan. 1. Mustafa datang dari Sabah

2. Saya menunggu Ali dari pukul dua

3. Farah terima surat dari Sarawak

4. Tayar itu diperbuat daripada getah asli

5. Abu lebih pandai daripada abangnya

Latihan : 12 Penggunaan kata sendi nama ke dan kepada Kata sendi nama ke digunakan untuk menunjukkan tempat, masa, dan benda konkrit. Kata sendi nama kepada digunakan untuk benda bernyawa. 1. Wang itu diberikan kepada Rahmah

2. Ibu pergi ke pasar setiap hari

3. Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa

Latihan : 13 Penggunaan kata sendi nama dengan dan pada * Kata sendi nama dengan digunakan untuk membawa maksud bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat. * Kata sendi nama pada digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. 1. Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan

2. Buku cerita itu ada pada Suzie

Latihan : 14 Semua kata kerja transitif (kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan men1. menBuang sampah

2. menGoreng ikan Kata kerja transitif yang berapitan men.. ..kan dan men.. ..i berbagai - bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati. 1. Lokman memberikan Hamidah sekumtum bunga

2. Suria mengambilkan segelas air untuk saya

3. Sultan mengurniakan wakil rakyat bintang kebesaran

4. Hakim menjatuhi pesalah itu sebulan penjara

5. Najis lembu mengotorkan jalan utama di kampong itu

6. Ibu menasihati adik agar rajin belajar

Latihan : 15 Frasa Adjektif 1. Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat; dalam ayat. 2. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling. 3. Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat. 4. Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguatt idak diperlukan 1. Nani mendapat markah yang terbaik di dalam kelas.

2. Noralah pemain yang terhandal.

3. Itulah gunung yang tertinggi di dunia.

Anda mungkin juga menyukai