Anda di halaman 1dari 60

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU 3102

TAMADUN JEPUN
DISEDIAKAN OLEH : ONG ZHI TING WONG LEH YING TEOH MEE YING UNIT : PJK SJKC AMBILAN JAN 2013 NAMA PENSYARAH : EN. MOHD ARMY

Jepun atau Nihon/Nippon ( ) dalam bahasa jepun juga dikenali sebagai Tanah Matahari Terbit.

Negara Jepun terletak di Asia Timur dan terdiri daripada 4 buah pulau utama iaitu, Honshu, Shikoku, Kyushu dan Hokkaido. Ibu negara Jepun ialah Tokyo.

Peta Jepun

Latar Belakang Tamadun Jepun


Penyelidik Arkeologi menunjukkan bahawa manusia telah hidup di pulau-pulau Jepun seawal Zaman Paleolitik Awal lagi. Pada zaman ais, Jepun tercantum dalam benua Asia dari Sakhalin di utara dan Kyushu di selatan; memudahkan penghijrahan manusia, haiwan dan tumbuhan ke kepulauan Jepun dari kawasan yang kini adalah negara China dan Korea. Menyusul zaman ais terakhir pada sekitar 12,000SM, ekosistem Kepulauan Jepun yang kaya menggalakkan pembangunan manusia yang mengeluarkan tembikar terawal yang diketahui semasa zaman Jomon( , Jmon-jidai).

Zaman Pra Sejarah


Budaya Jomon timbul sekitar 11,000SM dengan berakhirnya zaman ais. Gaya hidup mereka berputik dari cara mesolitik ke neolitik. Jomon membawa maksud corak tali. Masyarakat tersebut mencipta barangan daripada tanah liat dan membuat corak seperti tali pada permukaanpermukaan barang-barang tersebut. Permulaan era Yayoi ( , yayoi jidai) di sekitar 300 SM ditandakan dengan kedatangan teknologi baru seperti penanaman padi dan sistem pengairan yang dibawa oleh pendatang dari Korea,

Barangan Tembikar pada Zaman Jomon.

Era Klasik
Menurut mitos Jepun, negara tersebut diasaskan pada kurun ke 7 SM oleh Maharaja Jimmu( , Jinmu-tenn). Pada kurun ke-5 dan 6, tulisan Cina dan agama Buddha diperkenalkan ke Jepun dari Korea dan China. Maharaja-maharaja Jepun merupakan ketua pada nama sahaja. Kuasa sebenar terletak pada para bangsawan, pemangku raja dan shogun (gabenor tentera). Permulaan zaman Nara( , Nara jidai) pada kurun ke 8 ditandakan dengan penubuhan sebuah pemerintah yang kuat yang berpusat di bandar Heijokyo (kini Nara). Pusat tersebut kemudiannya berpindah ke Heiankyo (kini Kyoto), dan di sini lahir sebuah budaya klasik Jepun yang dikenali sebagai Heian ( , Heian jidai).

Kanji (tulisan Cina)

Era zaman pertengahan


Zaman pertengahan era Jepun telah digubal oleh pejuang yang dikenali sebagai 'samurai'. Pada 1185, general Minamoto no Yoritomo( ) adalah orang pertama untuk memecahkan tradisi memerintah sehaluan dengan Maharaja di Kyoto, memegang kuasa di Kamakura(di selatan Yokohama masa kini). Meskipun era shogun Kamakura kelihatan stabil, Jepun kemudiannya berpecah menjadi negeri-negeri yang saling berperang lalu menderita dalam Zaman Sengoku ( , sengoku jidai).

Pada abad ke-16, pedagang dan mubaligh Eropah tiba di Jepun buat julung kalinya, lalu memulakan zaman Nanban(orang gasar selatan) yang melihatkan pertukaran perdagangan dan budaya yang aktif antara Jepun dan rantau Barat. Pada masa yang sama, Oda Nobunaga ( ), Toyotomi Hideyoshi( ), dan Tokugawa Ieyasu ( ), mengenakan kawalan yang makin kuat terhadap neger-negeri berperang di Jepun. Akhirnya, Tokugawa menyatukan semula Jepun dengan menewaskan musuhnya di Pertempuran Sekigahara pada tahun 1600, memindahkan ibu negara ke Edo ( ) (sekarangTokyo) lalu menubuhkan era shogun Tokugawa.

Oda Nobunaga

Tokugawa Ieyasu

Toyotomi Hideyoshi dan istana yang beliau pegang pada Zaman Sengoku Jidai

Pemerintah-pemerintah Tokugawa yang sangsi dengan pengaruh mubaligh Katolik mengharamkan segala perhubungan dengan orang Eropah kecuali bagi perhubungan yang amat terbatas dengan saudagar Belanda di Pulau Dejima. Zaman pengasingan ini bertahan selama dua setengah abad, ketika mengalami perpaduan politik yang halus dikenali sebagai zaman Edo ( , Edo-jidai), dianggap sebagai kemuncak budaya zaman pertengahan Jepun.

Zaman moden.
Pada1854, Komodor tentera laut Amerika SyarikatMatthew Perrymemaksa pembukaan Jepun ke kuasa Barat denganKonvensyen Kanagawa. Ramai wira samurai memberontak, melihat apa yang dianggap oleh mereka kelemahan Shogun, dan pemberontakan ini meluas menjadiPerang Boshin1867-68. Shogun terpaksa meletak jawatan, danRestorasi Meijimemulangkan kuasa ketua negara ke maharaja.

Berbagai-bagai idea institusi Barat mula digunakan semasaera Meiji, termasuk kerajaan moden, sistem perundangan dan tentera. Reformasi-reformasi ini mengubahkanEmpayar Jepun menjadi kuasa besar yang mengalahkan negaraChinadi dalamPerang China-Jepundan Rusiadi dalam Perang Rusia-Jepun. Dari 1910, Jepun mengawalTaiwan, setengah pulau Sakhalin, dan Korea. Awal abad ke-2o, melihat tempoh singkat demokrasi Taisho ditenggelami oleh kebangkitan peluasan Jepun, mendorong kepada penjajahan Manchuria dan Perang Sino-Jepun(1937)

Pada tahun 1941, Jepun menyerang pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbor, mendorong kedua-dua negara ke kancah Perang Dunia II. Setelah kempen yang panjang di Lautan Pacifik, Jepun kehilangan jajahan yang diperolehi awalnya, dan Amerika Syarikat hampir ke jarak untuk memulakan pengeboman strategik ke atas Tokyo, Osaka, dan bandar-bandar lain. Jepun menyerah selepas pengeboman bom atam bandar Hiroshima dan Nagasaki pada 1945, kehilangan keseluruhan koloninya di Asia dan Pasifik.

pengeboman bom atam bandar Hiroshima dan Nagasaki

Dalam tamadun Jepun terdapat lapan zaman seperti di bawah.

Zaman Yayoi (300SM-300 M) Zaman Nara (710-749 M) Zaman Heian (794-1185 M) Zaman Kamakura (1142-1333 M) Zaman Keshogunan Ashikaga Zaman Sengoku Jidai (1460-1573 M) Zaman Keshogunan Tokugawa (1603-03 M) Zaman Meiji

Zaman

Nilai Etika dan Masyarakat


a) Jepun merupakan sebuah negara yang homogeneous iaitu satu bangsa yang tidak mempunyai perbezaan ras, agama, bahasa dan bangsa. b) Masyarakatnya mempunyai sikap menjunjung tinggi kepada budaya ilmu serta mempunyai sikap ingin tahu yang kuat terhadap maklumat. c) Masyarakatnya mempunyai sikap positif pada budaya bekerja. d) Masyarakatnya mempunyai sifat ingin bersaing yang kuat dalam diri mereka. e) Masyarakat Jepun sering membuat keputusan secara bersama dan bekerjasama serta tidak mengutamakan kepentingan individu. f) Masyarakatnya terkenal dengan sifat kesenian yang tinggi di dalam menjalani urusan kehidupan seharian.

Sistem Pendidikan Jepun Sebelum Perang Dunia Kedua


Pemimpin Meiji sedar bahawa pelajaran penting untuk menjadi kuasa ekonomi dan militari termoden. Hal ini dilakukan dengan penyerapan teknologi pengetahuan dari negara-negara tersebut. Maharaja Meiji menyedari bahawa pentingnya mencari ilmu, terutamanya untuk menjadikan kuasa ekonomi dan militari termoden. Menjelang bulan Jun 1968, Meiji memberikan kebebasan kepentingan mencari ilmu pengetahuan khususnya dari barat.

Pelajaran juga dianggap sebagai kunci kunci untuk membina sebuah negara yang kukuh. Beratus-ratus penuntut dihantar ke luar negeri untuk mempelajari sains, pentadbiran dan teknik perindustrian Barat. Pakar-pakar teknologi Barat telah digaji untuk mengajar pelbagai kemahiran kepada rakyat Jepun. Setiap daerah mempunyai sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 buah sekolah rendah. Kanakkanak yang berusia enam tahun ke atas wajib menerima pelajaran sehingga 16 bulan.

Maharaja Temmu juga telah mengarahkan penulisan dua buah buku iaitu Kojiki dan Nihonshoki. Zaman Nara juga dikatakan mempunyai kesusasteraan yang hebat dengan penulisan sebuah buku bertajuk Genji Manogatari yang telah ditulis oleh seorang wanita bernama Murasaki Shikibu. Pada zaman Heian, keluarga Fujiwara terkenal dengan peranannya yang memperkenalkan adat memuliakan pelajaran dan ilmu serta cintakan kesenian dalam masyarakat Jepun. Antara subjek-subjek yang diajar di terrakoya ialah ajaran confucius, buku-buku klasik Cina, seni lukis, ukiyo-e, puisi, sastera, kabuki, No, Kyogen dan sebagainya.

Pendidikan Tamadun Jepun Relevan kepada Malaysia


Dasar Pandan g ke Timur

Sains dan Teknolo gi

Sikap Cintaka n Ilmu

a)

Dasar Pandang Ke Timur Masyarakat Malaysia perlu mengubah sikap dan melakukan anjakan paradigma agar transformasi merealisasikan Wawasan 2020 dengan berkiblatkan Jepun akan berjaya. b) Sains dan Teknologi Menguasai sains dan teknologi sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Jepun - penyelidikan dan pembangunan (R&D) merupakan tunjang kekuatan. c) Sikap Cintakan Ilmu Masyarakat tamadun Jepun - membawa kepada semangat ingin tahu, pendidikan sepanjang hayat dan kecemerlangan berterusan.

Masyarakat Malaysia perlu berazam untuk setanding dengan kuasa-kuasa besar lain seperti kuasa Barat seperti yang dilakukan oleh tamadun Jepun. Di Malaysia, pada dahulunya hanya golongan yang berkemampuan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan dan mereka yang tidak berkemampuan akan tercicir begitu sahaja Sistem pembelajaran yang menumpukan murid penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid tidak keciciran dalam pengajian yang berlangsung

Rumusan
Kejayaan sistem pendidikan Jepun dibuktikan melalui hasil kajian yang telah dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menunjukkan kadar celik huruf di Jepun ialah 99%! Diharapkan dengan asimilasi budaya Jepun ini, cita-cita Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan demi melakukan tranformasi ke arah sebuah negara Islam yang maju dan sebuah peradaban ketamadunan Malaysia yang maju dan disanjung oleh masyarakat sekeliling.

Tokoh- tokoh Tamadun Jepun

Tokugawa Ieyasu
Lahir di Okazaki (31 Januari 1543) Meninggal di Shizuoka (1 Jun 1616) Nama asal Matsudaira Takechiyo Dibesarkan dalam keluarga peperangan Merupakan daimyo dan shogun (Jeneral) di Jepun Memerintah dari tahun 1600(resminya 1603) hingga turun takhta pada tahun 1605

Pada tahun 24 Mac 1603, ieyasu digelar sebagai Shogun dan mentadbir dengan menggunakan sistem Tokugawa Shogunate. Dikuatkankuasa di Jepun selama 200 tahun sebelum kebangkitan Meiji. Telah menyatukan semua negeri-negeri kecil. Pemerintahan masih bercorak feudal namun terdapat 3 tahap pentadbiran: Tairo ( majlis penasihat agung), Roju ( majlis Tertua)dan Hyojosho ( majlis kehakiman) Pemerintahanya dijalankan dengan cara diktator militer yang kejam.

Mengamalkan dasar pintu tertutup (Perdagangan hanya diizinkan dengan kapal yang datang dari Tiongkok/Belanda sahaja) Samurai yang mendapat hak keistimewaan yang lebih dari rakyat biasa.

Zaman Kegemilangan
Politik Membentuk Kerajaan Bakufu Satu sistem Samurai berpusat telah dibentuk untuk mengawal kegiatan tuan tanah Kod panduan tatatertib telah diperkenalkan Jentera pentadbiran terdiri daripada: Majlis penasihat Agung Majlis Tertua Majlis Kehakiman Mengamalkan pemerintahan pemencilan dari dunia luar

Ekonomi Perkembangan ekonomi sangat pesat berasaskan pertanian Aktiviti perniagaan dan perdagangan juga turut dijalankan Cukai tanah merupakan sumber pendapatan bagi Bakufu

Sosial Agama- Confusionisme- membenarkan pemerintah yang mutlak Menggalakkan perkembangan pelajaran dan kebudayaan Maharaja tempat yang paling tinggi, maha agung Golongan rakyat terbahagi kepada 4 kelas: Samurai Petani Petukang Pedagang

Zaman Kejatuhan
Politik Membuat helah supaya maharaja tidak campur tangan Adakan peraturan yang keras- menghukum Kelemahan sistem pentadbiran Shogun Ekonomi Sikap Shogun yang boros- kepada aktiviti kesenianhidup cara mewah Daimyo- rasuah- mengurangkan gaji samuraiberhutang kepada saudagar Golongan petani- dibebankan dengan cukai

Sosial Golongan saudagar telah bangkit dan kukuh ekonominya Daimyo dan Shogun telah menjalankan pakatan untuk menentang Tokugawa Kemasukan buku dari barat- membuka mata masyarakat Jepun

Kesimpulan
Kesyogunan Tokugawa berjaya mempertahankan kuasa-kuasa setengah abad sebelum digulingkan pada 1867, maka berakhirlah sejarah feudalisme di Jepun. Memberi peluang dalam era modenisasi Jepun dalam era Meiji.

Maharaja Meiji

Maharaja Meiji (3 November 1852- 30 July 1912) ialah Maharaja Jepun yang ke-122 mengikut susunan pewarisan takhta tradisional, memerintah sejak 3Februari 1867 sehinggalah hari kemangkatan baginda. Nama diri baginda adalah Mutsuhito. Maharaja Meiji dilahirkan oleh salah seorang gundik diraja iaitu Nakayama Yoshiko bersama Maharaja Komei. Semasa keputeraan baginda pada 1852, Jepun sebuah negara yang terpencil, belum berindustri dan mengamalkan sistem feudal yang didominasi oleh Syogun Tokugawa dan daimyo (tuan tanah) yang memerintah lebih 250 kawasan terpencar di negara.

Pada 11 November 1860, baginda secara rasminya telah disytiharkan sebagai PuteraRaja dan dikurniakan nama diri Mutsuhito. Pada 2 September 1867, baginda telahmengahwini Masako (kemudiannya Haruko). Oleh sebab pemerintah ketika zaman Meiji(Pemerintahan Kesedaran), baginda kini dikenali sebagai Maharaja Meiji.

Maharaja Meiji adalah simbol kepimpinan dalam era Pemulihan Meiji di mana pemerintahan Syogun Tokugawa digulingkan oleh tentera diraja ketika Peperangan Boshin. Maharaja Meiji menunjukkan kekuasaan politiknya yang lebih lama berbanding dengan pemerintah sebelumnya kerana dia adalah monarki Jepun yang pertama yang masih di atas takhta selepas 50 tahun semenjak pelepasan takhta oleh Maharaja Ogimachi pada tahun 1586. Selepas kemangkatan baginda, Jepun telah mengalami perubahan dari segi politik, sosial dan industri dan kemudiannya menjadi salah satu kuasa besar di peringkat antarabangsa.

Sumbangan dan Peranan Maharaja Meiji


Maharaja Meiji merupakan pemerintah Jepun selepas kejatuhan era kesyogunan Tokugawa. Di bawah pemerintahan Maharaja Meiji, Jepun telah mengalami perubahan atau evolusi yang besar dalam sejarah negara itu sendiri. Banyak perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan oleh beliau sebagai ketua masyarakat Jepun, antara langkah yang paling signifikan ialah dengan memindahkan ibu negara Jepun pada masa itu, Kyoto ke Edo. Kemudiannya, pada tahun 1868, Edo telah ditukarkan kepada Tokyo.

Penghapusan Sistem Feudal


Seterusnya era pemerintahan Meiji juga menyaksikan pengahapusan sistem feudal lama yang dipraktikkan dalam sistem pemerintahan Jepun sebelumnya. Oligarki Meiji telah mempengaruhi golongan- golongan daimyo ataupun tuan tanah supaya menyerahkan tanah secara sukarela kepada maharaja yang mana membawa kepada penghapusan semua tanah feudal pada 29 Ogos 1871. Sistem hierarki sosial yang diamalkan dahulu juga dihapuskan, dan golongan samurai juga telah kehilangan hak istimewa dan hak mereka menggunakan pedang di tempattempat awam.

Pemodenan Sistem Angkatan Tentera dan Laut


Selain melaksanakan evolusi dalam sistem pemerintahan Jepun, beliau juga telah memodenkan angkatan tentera darat dan juga tentera laut. Sesuai dengan doktrin sebuah negara kaya dan tentera yang kuat, bercontohkan negara dari barat, kerajaan Jepun yang dipimpin oleh Meiji telah memperkenalkan sistem ketenteraan moden yang terdiri dari rakyat biasa( helmin ) yang mana berusia 20 tahun ke atas.

Pendidikan
Aspek pendidikan juga tidak dilupakan dalam melaksanakan evolusi dalam memperbaharui negara Jepun dan Maharaja Meiji sendiri sedar pendidikan merupakan asas terpenting dalam usaha untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi dan militari yang moden dan sistematik. Beliau juga berpendapat bahawa pendidkan merupakan asas yang paling penting sekali dalam usaha untuk membina sebuah negara yang kukuh, dan berlandaskan pandangan beliau, pelbagai usahayang dilaksanakanbagi memastikan aspek pendidikan tidak diabaikan dikalangan rakyat Jepun.

Beratus-ratus penuntut Jepun telah dihantar ke luar negeri bagi mempelajari sains, pentadbiran, dan juga teknik perindustrian barat, manakala pakar-pakar, golongan professional,serta pakar teknologi barat telah digaji oleh kerajaan Jepun untuk mengajar berbagai kemahiran kepada rakyat-rakyat Jepun. Pada tahun 1871, kementerian Pelajaran Jepun telahditubuhkan dan pada tahun 1872 pula, Jepun telah dibahagikan kepada 8 kawasan pelajaran di mana setiap kawasan akan mempunyai sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 buah sekolah rendah.

Di jepun, kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas akan menerima pelajaran wajib selama 16 bulan dan menjelang tahun 1880 terdapat hampir 28 000 buah sekolah rendah dengan jumlah murid yang hampir 2 juta. Seluruh sistem pelajaran tertakluk kepada keperluan negara yang mana menuntut rakyat menjadi warganegara yang terlatih dan penuh dengan ilmu pengetahuanserta berdisiplin, dan pada tahun 1890 perintah Diraja mengenai pendidikan telah dikeluarkan yang menyatakan mengenai kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja harus diterapkan di dalam kurikulum sekolah dan institut pengajian tinggi di Jepun.

Undang- undang
Dalam sistem perundangan pula, sistem perundangan yang moden telah dibentuk bagi mengkaji semula perjanjian yang dianggap tidak adil antara Jepun dengan kuasa barat yang ditandatangani antara tahun 1850-1860-an. Gustave Roissonade de Fontorabe dilantik sebagai penasihat Kementerian Keadilan Jepun pada tahun 1873 dan beliau ditugaskan untuk menggubal undang-undang jenayah moden yang dikuatkuasakan pada tahun 1882.

Manakala, undang-undang sivil dan perdagangan yang telah digubal, telahpun diluluskan pada tahun 1888-1889. Dan denganmemodenkan sistem perundangan, Maharaja Meijitelah pun berjaya mengatasi masalah-masalah yang timbul berikutan perjanjian berat sebelah dengan negara-negara barat.

Kesusasteraan
Seterusnya, pada waktu pemerintahan Meiji, minat dalam bidang kesusasteraan barat telah berkembang terutamanya dalam penterjemahan hasil karya tokoh barat yang terkenal seperti Homer, manakala Shakespeare dan Voltair telah mendapat sambutan yang baik, khususnya dari golongan- golongan elit dan penterjemah yang terkenal pada zaman itu ialah Oda Junichiro. Beliau telah mendapat didikan di Universiti Edinburgh, berikut ialah hasil karya yang diterjemahkan oleh beliau ; 1) Ernest Maltravers 2) The Bride of Cammermoor 3) Romeo and Juliet 4) The Last Day of Pompei

Terdapat juga karya-karya lain seperti Round The World in Eighty DaysdanA Journeyto the Moonsecara tidak langsung telah pun merangsang minat masyarakat dan secaratidak langsung memudahkan rakyat menerima segala idea, pengetahuan, sains, pemikiran, pelajaran serta kebudayaan, hasil dari negara barat. Selain itu, terdapat juga perubahan cita rasa dalam bidang kebudayaan seperti muzik, seni tari, lakonan san juga seni lukis serta drama, dan kumpulan yang bertanggungjwab memulihkan dan memperbaharui seni-seni warisan tradisional ialah kumpulanOkakura Tenshindan juga Shimomura Kanzon.

Dalam pada masa yang sama, muzik gaya Barat juga bertambahpopular dan disukai. Tarian ballroom menjadi kegilaan golongangolongan elit dan piring-piring hitam ada dijual di pasaran dan minat terhadap alat-alat muzik dan gaya muzik tradisional tidak dilupakan. Sebagai contoh,Gagakuyang merupakan muzik diraja yang hanya dimainkan di istana raja diberi keutamaan dalam sesuatu majlis rasmi dan juga upacara keagamaan, manakala instrumeninstrumen tradisional Jepun seperti Shakuhachi(seruling buluh), koto(alat muzik bertali) dansamisen(alat muzik bertalitiga) diberi nafas baru.

Pengusaha- pengusaha filem Jepun juga dapat mengutip pulangan yang lumayan hasil daripada filem yang telah dipetik dari adeganka bu ki( seni drama). Panggung wayang yang pertama di jepun dibina pada tahun 1903 dan pada akhir era Meiji, industri perfileman Jepunberkembang pesat ditambah dengan penggunaan teknologi yang moden.

Ideologi dan Keagamaan


Selain aspek kesusasteraan, aspek idealogi dan agama turut dititikberatkan dalam usaha Maharaja Meiji bagi membentuk negara Jepun yang baru. Idealogi negara sangat penting dan ianya berperanan meninggikan semangat cintakan negara atau nasionalsime. Meiji telah memperkenalkan idealogi ko ku tai yang mana prinsip ini menekankan keunggulan kerohanian masyarakatjepun . Rakyat juga diseru supaya menunjukkan taat setia sepenuhnya kepada raja dan negaradan agama Shinto Negara telah dijadikan agama rasmi di Jepun.

Ekonomi Pertanian
Langkah penting yang diambil oleh kepimpinan Meiji ialah dengan menjalan pemodenan dalam bidang pertanian dan berpendapat bahawa sebuah ekonomi moden berasaskan industri kapitalisme merupakan kunci utama kepada keselamatan dan keagungan nasionalisme. Proses ini didorong oleh beberapa faktor- negara mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat, sektor pertanian tidak dapat menampung semua penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan, kerajaan mengalami masalah kekurangan yang teruk dalam perdagangan luar negeri dan menyelesaikan masalah ini dengan menambah kuantiti dan jenis perindustrian ke negara asing.

Pihakkerajaan asing juga menyedari kelas samurai yang begitu ramai perlu diberi pekerjaan kerana pihak kerajaan tidak mampu untuk terus membayar pencen kepada mereka. Proses pemodenan ekonomi bermula dengan pembangunan sektor pertanian yangmerupakan dominasi dalam hasil jumlah pendapatan Jepun dalam tahun 1870-an dan1880-an. Sistem pembayaran cukai juga mengalami perubahan dengan menggantikancara pembayaran lama iaitu dengan menghapuskan cara pembayaran cukai denganhasil tanaman oleh petani.

Oleh sebab itu para petani perlu membayar cukai denganwang tunai iaitu sebanyak 3 peratus daripada nilai tanah sama ada hasil tuaian baikatau tidak. Penuntut dalam jurusan pertanian juga dihantar ke luar negeri dan khidmatpakar asing juga diambil untuk berkhidmat. Banyak kawasan baru telah dibuka bagimenggalakkan perkembangan tanaman komersil seperti teh, sutera dan lain-lain lagi.

Ekonomi Perindustrian
Pemimpin Meiji meletakkan asas bagi perkembangan perindustrian dengan membina industri baru yang berasaskan perdagangan. Penekanan telah diberikan dalam bidang industri pertahanan seperti pembinaan kapal, peralatan perang dan lain- lain lagi. Industri pertahanan yang terbesar dalam tempoh 1870 hingga 1880 ialah limbungan kapal tentera laut yang terletak di Yokusuka. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan menubuhkan beberapa industri pembuatan seperti kilang penggulungan sutera moden, kilang memintal kapas, kilang benang bulu kambing, kilang simen dan kilang kaca.

Kerajaan telah menyerahkan industri ini kepada beberapa syarikat Mitsui, Mitsubishi, Sumitomodan beberapa syarikat lain lagi kerana memerlukan wang untuk melengkapkan industri pertahanan. Hal yang demikian meletakkan asas bagi kewujudan penggabunganindustri yang dikuasai golongan pemodal kaya yang dikenali sebagai Zaibatsu. Kumpulan Zaibatsu berkembang menjadi konglomerat yang memainkan perananpenting dalam menukarkan Jepun kepada sebuah negara perindustrian.

Politik
Sebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui pemerintahan kerajaan Jepun, pada 3Januari 1868, beliau telah melafaz beberapa ikrar. Ia bertujuan untuk menaik tarafnegara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di barat. Ikrar Mejimengandungi lima usul iaitu :i.Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen; ii.Menggalakkan bidang pelajaran; iii. Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan; iv.Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepada orang-orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam; v. Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan perlu dihapuskan.

Pada tahun 1873, sistem fiskal telah diubahsuai. Sistem bayaran cukai secaratradisional dan rampasan harta secara paksaan telah dihapuskan. Bayaran wangsecara tunai dipraktikan dalam sebarang jenis urusniaga. Satu sistem cukai pusat yangmoden telah ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem wang yang baru. Salahsatu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal kepadasistem pemerintahan secara demokrasi. Penghapusan feudalisme memperkukuhkankedudukan kerajaan Meiji.

Ini membolehkan kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan rakyat. Pada tahun 1876, sistem feudalisme dibubarkansepenuhnya dan terbentuklah pemerintahan pusat. Pemerintah Meiji juga telah menamatkan sistem lapisan masyarakatyang sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai, petukang, petani dan pedagang.

Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan keistemewaan-keistemewaansebagai rakyat Jepun khususnya dalam lapangan ketenteraan dan pendidikan. Pada 11Februari 1886, Maharaja Meiji telah mewujudkan Perlembagaan Meiji (PerlembagaanNegeri Jepun yang pertama dan bertulis). Perlembagaan Meiji mengandungi dua buahdewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan.