Anda di halaman 1dari 12

Permainan Tradisional di Malaysia

Permainan Tradisional Masyarakat Melayu


Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Permainan Batu Seremban

Pengenalan Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Permainan Gasing

Pengenalan Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Cara Bermain Permainan Gasing

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Permainan sepak Raga

Pengenalan Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. uh dunia Cara Bermain Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Permainan Wau

Pengenalan Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.

Congkak
Pengenalan

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Cara-cara Bermain Congkak

a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.

(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan. (c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu. (d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian. (e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masingmasing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masingmasing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah

Hamzi Bin Jamil Zakqwan Bin Masheryadi

6 Jaya 2013

KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL


Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada permainan tradisional yang terdapat di negara kita. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan permainan tradisional di Malaysia. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PERENGGAN PENDAHULUAN (5 Ayat) [Ayat Rangsangan(AR) Definisi Umum] Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi pada zaman nenek moyang kita sejak dahulu lagi. [Ayat Contoh (AC)] Antara contoh permainan tradisional yang masih dimainkan kini ialah permainan gasing, wau dan congkak. [AR-Isu] Namun, peredaran zaman yang kian berubah telah menyaksikan bahawa permainan tradisional ini makin dipinggirkan oleh generasi muda kini. [AR Persoalan] Mengapakah hal sedemikian berlaku? Siapakah yang perlu melestarikan permainan tradisional ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas? [Ayat Arahan(AA)] Oleh itu, kepentingan permainan tradisional ini perlu diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia agar permainan ini tetap terlestari sampai bilabila.

PERENGGAN ISI 1 Warisan Budaya Malaysia (5 Ayat) [Ayat Topik (AT)] Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya. [Ayat Huraian (AH)Mengapa?] Hal ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. [AH-Jika] Sekiranya permainan tradisional ini tidak dipertahankan sudah tentu generasi muda tidak mengenali budaya warisan mereka. [AH-Kesan] Impaknya, generasi muda sudah tentu tidak akan mengenali permainan congkak, sepak raga, wau malah mereka begitu berbangga dengan permainan moden yang begitu pesat membanjiri pasaran kini. [Ayat Penyimpul (AP)] Jelaslah, permainan tradisional ini sangat penting kerana permainan ini merupakan warisan turun-temurun yang perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang. PERENGGAN ISI 2 Sebagai hiburan (5 Ayat) [AT] Sudah Terang Lagi Bersuluh, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat hiburan untuk mengisi masa lapang. [AH-Mengapa] Permainan tradisional dapat menghiburkan seseorang kerana permainan ini menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan. [AC] Sebagai contoh, permainan congkak yang memerlukan dua orang untuk memainkannya dan begitu juga permainan sepak raga yang perlu dimainkan secara berkumpulan. [AH-Kesan] Secara tidak langsung, permainan tradisional ini dapat mengurangkan stress seseorang malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang. [AP] Tegasnya, permainan tradisional bukan sahaja dapat menghiburkan seseorang malah mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. PERENGGAN ISI 3 Sebagai Produk Pelancongan (5 Ayat) [AT] Kepentingan seterusnya ialah permainan tradisional dapat dijadikan suatu produk pelancongan yang menguntungkan negara. [AH-Mengapa] Pada kebiasaannya, pelancong luar yang datang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di Malaysia. [AC] Sebagai contoh, permainan wau ataupun layang-layang yang kini telah mendapat tempat di persada antarabangsa. [AH-Kesan] Secara eksplisitnya, permainan tradisional ini dapat menarik pelancong asing dan berlakunya aliran masuk mata wang asing ke dalam negara. [AP] Izharlah bahawa permainan tradisional membawa signifikan yang ketara dalam sektor pelancongan di Malaysia.

PERENGGAN PENUTUP Sebagai hiburan [Rumusan] Sebagai intiha, permainan tradisional banyak memberikan kepentingan kepada rakyat mahupun negara. [Pendapat] Sesungguhnya, permainan ini perlulah dilestarikan untuk dijadikan alat penghubung silaturahim antara generasi dulu dan kini. [Cadangan] Sebagai rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi seharusnya berganding bahu bagai Aur Dengan Tebing dalam mengekalkan permainan tradisional ini. [Harapan] Walaupun kini permainan moden bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan telah menguasai jiwa golongan muda namun, permainan tradisional tetap di hati kerana Tak Kenal Maka Tak Cinta.