Anda di halaman 1dari 25

ASPEK POSITIF DAN NEGATIF INTERAKSI ANTARA TAMADUN DAN KESANNYA KEPADA TAMADUN ISLAM

Definisi Interaksi antara Tamadun Ialah hubungan, pertemuan, komunikasi antara individu, kelompok, masyarakat dan negara. Secara realiti, interaksi yang berlaku ialah antara individu dengan masyarakat yang mewakili tamadun tersebut. Interaksi antara tamadun melibatkan perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir atas sebab wujudnya semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara tamadun.

Kepentingan Interaksi
i. Bagi menjamin perkembangan dan kemajuan tamadun demi kelangsungan tamadun manusia. ii. Menyedari hakikat interaksi memberi kesan positif dan negatif. Secara damai @ ganas. iii. Apapun bentuk interaksi- setiap tamadun menerima dan menyerap unsur2 drp tamadun asing. Contoh interaksi dlm Tamadun: Tamadun Barat moden yg menyerap tradisi ilmu saintifik drpd Islam dan menimba balik unsur tamadun klasik Romawi-Yunani sehingga mencetuskan kebgnkitan Renaisance dan Enlightenment di Barat.

Interaksi itu boleh berlaku dengan berbagai cara hidup bersama atau sebelah menyebelah, perdagangan, peperangan, lawatan, penjajahan dan sebagainya. Kesan interaksi itu adalah integrasi budaya atau asimilasi. Tidak semestinya lahir daripada interaksi antara pihak yang dominan dengan pihak yang lemah, tetapi boleh berlaku dalam keadaan tidak ada sesuatu pihak yang dominan.

Jenis-Jenis Interaksi
i. Interaksi Fizikal Misalnya: Kedatangan Islam ke Alam Melayu yg disebarkan oleh orang Arab melalui perdagangan. Malah terdapat bukti wujudnya bbrp buah perkampungan atau koloni org Islam berketurunan Arab di kwsn pantai timur dan barat Sumatera spt yg tercatat dlm dokumen kerajaan China. Situasi ini menunjukkan wujudnya interaksi fizikal, iaitu dgn kewujudan bangsa drpd tamadun asing mendiami sesebuah tamadun.

ii. Interaksi Teologi atau Agama Misalnya: Interaksi antara Shinto dan Buddha menerapkan konsep nilai & moral dlm Shinto. Interaksi antara agama Hindu dan Buddha sehingga melahirkn unsur-unsur kesejajaran atau unsur kebersamaan spt konsep moksha, karma, samsara dan nirvana. Interaksi antara Islam dan Hindu sehingga melahirkan agama Sikh.

iii. Interaksi Sains dan Teknologi Misalnya: Salah satu kesan drpd interaksi tamadun ialah teknologi Cina dibawa dan diperkenalkan ke dunia Arab yg kemudiannya diperkenalkan ke dunia Eropah. Teknologi membuat kertas contoh yg paling menonjol kerana tawanan Cina telah mengajar orang Arab mengenai teknologi ini. Kemudian disebarkan dari Samarkand ke Baghdad dan Damascus, Mesir dan Maghribi dan akhirnya ke Andalusia kurun ke10M.

iv. Interaksi budaya Interaksi yg paling jelas terlihat pd mana-mana tamadun yg meliputi pelbagai aspek kehidupan spt makanan, pakaian, seni ukir, muzik dsb. Misalnya: - Org. Cina di Asia Tenggara, satu proses budaya iaitu amalgamasi (penyatuan) atau perkahwinan campur dgn penduduk tempatan (komuniti peranakan). - Proses akulturasi (pembudayaan) iaitu proses pertembungan yg membwa proses saling pinjammeminjam unsur budaya berlaku hasil interaksi antara dua kumpulan etnik spt antara orang Cina dgn org tempatan yg melibatkn aspek kebendaan spt makanan, pakain dan tingkah laku.

Faktor yg membawa interaksi


i. Geografi Misalnya: Interaksi yg berlaku di Asia Tenggara. Pengaruh Hindu-buddha serta kedatangan Islam memberi dampak yg mendalam thdp kebudayaan dan cara hidup. Keluasan dan pemisahan antara msyrkt kerana faktor geografi dpt mewujudkn interaksi antara dua budaya yg berbeza. Cthnya, tamadun India yg dibahgikn kpd India Utara dan India Selatan yg berbeza dari segi fizikal, bahasa, budaya dan amalan keagamaan. Pertembungan budaya yg dikongsi bersama telah melahirkan tamadun India.

ii. Perdagangan Tamadun yg terlibat dgn perdagangan bsifat lebih terbuka kerana memperoleh pengalaman berinteraksi dgn tamadun lain.
Misalnya: Melaka sbg pusat perdaganan (1400-1511) Interaksi antara China dgn negara Eropah melalui saluran perdagangan Jalan Sutera.

iii. Kepimpinan -pemimpin yg mendorong berlakunya interaksi positif. Misalnya: - interaksi tamadun Islam dgn Yahudi dan Kristian pada zmn Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah. Perlembagaan Madinah digubal utk memberi perlindungan antara orang Islam dan bukan Islam. - Perisitiwa keruntuhan Kesyogunan Tokugawa dan pemulihan Meiji thn 1868 telah mbwa perubahan kpd tamadun Jepun. Maharaja Meiji mperkenalkn dasar pemodenan dgn menghantar pelajar ke sebarang laut dan mengambil pakar dari negara barat utk mengajar kemahirkan kpd rakyat Jepun.

iv. Agama dan Budaya Misalnya: - Tamadun Islam di Andalusia yg mengekalkn kuasanya selama 700 thn yg mana kebanyakan penduduknya beragama Yahudi dan Kristian. - Agama Buddha diperkenalkn di China kurun pertama masehi. Menterjemah kitab-kitab agama Buddha drpd bahasa Sanskrit dan Pali ke bhs Cina.

Contoh Interaksi di Malaysia (Interaksi antara Tamadun Asia) I. Asimilasi tamadun Cina dan India Ramai org Cina biasa dgn makanan org India Ramai org Cina menjadi pengikut Satya Sai Baba yg dianggap sebagai dewa. Org Cina biasa berjumpa dgn tukang tilik India utk mengetahui tentang masa depan mrk Semakin ramai org Cina memeluk agama Buddha (agama yg berasal dari India). Di Malaysia terdapat 3 jenis kuil Buddha;

a) b) c)

Kuil yg dipengaruhi oleh Sri Lanka Kuil yg dipengaruhi oleh Jepun Kuil yg dikendalikan oleh org Cina spt Sam Poh Tong di Ipoh yg memuja dewa Laksmana Cheng Ho

II. Asimilasi Tamadun Melayu dgn India a) Penyebaran agama yg berasaskan konsep Sinkretisme iaitu penyerapan dgn kepercayaan tempatan yang asli utk membentuk satu kepercayaan baru yg saling melengkapi (penyatuan antara unsurunsur tradisi Hindu-Buddha dengan tradisi budaya Melayu).

Bukti Sinkretisme HinduBuddha di Nusantara dapat dikesan melalui penemuan arkeologi seperti kitab-kitab suci, karya sastera dan beberapa amalan yg. dipraktiskan oleh masyarakat Melayu di Nusantara. Misalnya: i. Kitab suci yg. ditemui seperti kitab agama Sang Hyang Kamahayanikam. ii. Karya Sastera Kitab Sutasoma iii. Amalan Sinkretisme Shiva-Buddha dengan kepercayaan pribumi yg. memuja Hyang atau nenek-moyang. Contohnya penyatuan ketigatiga kepercayaan ini telah melahirkan pembinaan candi-candi khasnya candi Borobudur.

b) Pengaruh politik kemunculan kerajaankerajaan HinduBuddha di Asia Tenggara sejak abad pertama Masehi di Kemboja dan di Semenanjung Tanah Melayu. Misalnya: Tanah Besar Kemboja (Kerajaan Funan) Semenanjung Tanah Melayu iaitu Langkasuka, Tambralinga, Foloan, TanTan, Kedah Tua dan Gangga Negara Kepulauan Kalimantan/Borneo iaitu kerajaan Kutai dan Poni Sumatera (kjaan Srivijaya).

Penggunaan gelaran Raja; simbol kosmos melalui konsep dewaraja. Dewaraja; raja adalah keturunan atau penitisan Dewa Shiva/Visnu bahkan juga merupakan inkarnasi Dewa BuddhaMahayana. Kepercayaan konsep Dewaraja melahirkan sistem feudalisme. Feudal Hindu difahami melalui Mandala (circle of Kings). Raja berperanan sbg tuhan dan mampu mengarahkan rakyat bila-bila masa.

Memberi 2 kesan; positif dan negatif. Kesan positif, misalnya: Perlembagaan Madinah menjalinkan hubungan positif antara masyarakat Islam dengan Kristian dan Yahudi Interaksi Tamadun India dan Cina agama Buddha disebarkan di China Interaksi Tamadun Islam dgn Tamadun Melayu tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu dan tulisan jawi menjadi tulisan ilmiah dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Interaksi Tamadun Cina dgn Tamadun Melayu membina kemahiran dalam perusahaan sutera, tembikar dan pertukangan logam.

Kesan Interaksi

1)

Kesan negatif, misalnya ; Pembunuhan beramai-ramai org Yahudi di Eropah abad ke9 dan ke18. Di lain-lain tempat (kecuali Belanda dan England) orang-orang Yahudi terus dianiaya dan kemuncaknya apabila 6 juta Yahudi dibunuh oleh Nazi dalam Perang Dunia Kedua (Hollocoust). Orang-orang Eropah Kristian percaya ketika Yahudi berkuasa, kanak-kanak Kristian disembelih, darahnya disapu pada roti dan dimakan oleh Yahudi. Persepsi Barat terhadap Yahudi masakini menerima orang Yahudi setaraf dengan mereka. Orang Yahudi diberi kerakyatan penuh malah ramai di antara mereka memegang jawatan-jawatan tinggi dan penting. Mereka memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju Eropah masa kini. Kini Barat bersekongkol dengan Israel mengecop orang Islam sebagai teroris.

2)

Perang Salib antara org Islam dan Kristian (200 thn 10971297M). Konfrontasi dengan Islam di seluruh dunia, Clash of civilization bermaksud permusuhan dengan Islam. Kenapa berlaku perubahan persepsi terhadap Yahudi tidak terhadap Islam? Mereka masih menganggap Islam adalah musuh dan antiKristian. Ingatan terhadap Perang Salib masih belum hilang
Sekiranya Barat boleh menerima Yahudi dan Judaisme, kenapa tidak Islam? Apakah pembunuhan etnik Islam seramai 200 ribu orang di Bosnia masih tidak cukup? Pada umat Islam perlulah melihat pada diri sendiri, apakah punca yang menyebabkan orang Barat masih membenci umat Islam atau Muslim?

Beberapa punca perpsepsi negatif Barat terhadap Islam


1) Orangorang Arab masih menyimpan dendam dan marah terhadap British dan Perancis yang berpura-pura membantu Arab bebas daripada kerajaan Turki, yang akhirnya negara mereka dikuasai pula oleh Perancis dan British. Setelah merdeka, negara-negara Arab enggan berbaik semula dengan Barat tetapi menerima pengaruh Komunis Russia, negara yang tidak percaya kepada tuhan.

2) Selepas Perang Dunia Kedua, Barat membantu menubuhkan sebuah negara untuk Yahudi dengan merampas tanah orang orang Palestine. Arab-Palestine (Kristian dan Islam) menjadi pelarian dan ditindas. Negara-negara Arab tidak percaya kepada Barat. Kepedihan dan keperitan menyebabkan ArabPalestine berubah kepada perang gerila dan terorisme.

3) Peranan media massa yang berat sebelah. Bantuan yang diberi oleh Barat kepada umat Islam yang menderita tidak mendapat tempat dalam media massa. Akibatnya umat Islam tidak tahu apa yang berlaku. Berita pembunuhan tentera Amerika di iraq diperbesarkan. Berita pembunuhan dan penyiksaan orang awam iraq yg dilakukan oleh Amerika tidak dihebohkan

Soalan-soalan
1) Senaraikan jenis-jenis interaksi antara tamadun? 2) Apakah faktor-faktor yang membawa interaksi? 3) Senaraikan contoh interaksi di Malaysia? 4) Berikan definisi interaksi dalam tamadun? 5) Berikan kepentingan interaksi? 6) Berikan kesan negatif interaksi? 7) Berikan kesan positif interaksi? 8) Senaraikan 3 jenis kuil Buddha di Malaysia?

SEKIAN,TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai