Anda di halaman 1dari 2

2. Kemahiran sosial 2.1 Kemahiran interpersonal. - Memiliki sikap mesra dan mudah bergaul dengan masyarakat umum.

- Tidak bermasalah untuk berhubung dengan sesiapa (walaupun dengan individu yang tidak dikenali). - Menjadi individu yang disenangi, di segani dan dihormati.

3. Kemahiran komunikasi 3.1 Komunikasi interpersonal. - Memiliki ciri-ciri kemahiran komunikasi interpersonal yang baik iaitu mengetahui, memahami, menghargai dan menghormati. - Mampu mendengar dengan aktif dan memberikan maklum balas dengan empati. - Memiliki kemahiran berunding dengan orang lain. - Mencapai persetujuan dan membuat keputusan dengan baik.

Pendidikan Kemahiran Insaniah, dikarang oleh Marniyati Mohd. Nor, ditulis pada 31 Disember 2007, dari http://impianmarni.blogspot.com/2007/12/4-komponen-kemahiraninsaniah.html

Kemahiran interpersonal pula merujuk kepada enam ciri atau aspek. Satu daripadanya ialah penglibatan individu sebagai ahli dalam sesebuah kerja kumpulan. Ia merujuk kepada bagaimana ahli tersebut memainkan peranannya dengan betul serta memberikan sumbangan yang seharusnya diberikan. Aspek kedua ialah kebolehan individu memberikan tunjuk ajar kepada individu lain bukan sebagai ketua tetapi sebagai individu yang setara kedudukan sosialnya dengan individu yang diberikan tunjuk ajar. Selain penglibatan sebagai ahli kumpulan dan memberikan tunjuk ajar, kebolehan memimpin juga merupakan salah satu daripada kemahiran interpersonal yang disenaraikan. Kebolehan memimpin ini merangkumi kemahiran memimpin organisasi mahu pun sekadar sebuah kumpulan kecil. Selain kebolehan kepimpinan, kebolehan berunding dan menyelesaikan masalah tidak kurang pentingnya dalam kemahiran interpersonal ini. Aspek lain yang diberikan penekanan dalam kemahiran insaniah ini merupakan kemahiran pengurusan pelanggan (bagi sektor niaga) dan kemahiran bekerja dengan persekitaran budaya yang pelbagai. Penyesuaian diri dalam sistem sosial amat penting bagi memiliki kemahiran interpersonal yang cemerlang.

Pendidikan Kemahiran Insaniah, dikarang oleh Marniyati Mohd. Nor, ditulis pada 22 January 2008, dari http://impianmarni.blogspot.com/2008/01/definisi-rujukan-wikipedia.html

`Interpersonal` ialah kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh setiap mahasiswa. Interpersonal di sini membawa maksud kebolehan seseorang bekerja secara kooperatif di dalam kumpulan, termasuk kebolehan komunikasi secara verbal dan nonverbal, dapat membezakan individu dari segi emosi, motivasi, perangai dan niat, mempunyai perasaan empati serta dapat ketahui kepercayaan, ketakutan dan harapan individu lain iaitu sensitif terhadap perasaan dan emosi orang lain (Gardner,H 1983). Malah kebolehan ini sangat mustahak kepada kaunselor, guru, ahli terapi, ahli politik dan ahli agama. Oleh kerana kemahiran interpersonal mempunyai banyak maksud, pengkaji telah memilih komunikasi sebagai asas atau tunjang di dalam pengkajian ini. Ini juga berikutan daripada satu tajuk utama yang dimuatkan di dalam Mingguan Malaysia yang bertarikh 4 Mei 2003, Komunikasi yang lemah adalah masalah utama mahasiswa di Malaysia menganggur. Kenyatan ini di keluarkan berikutan masalah mahasiswa menganggur yang semakin ketara dewasa kini. Menurut Abdullah dan Ainon (2002) komunikasi yang dimaksudkan di dalam kemahiran interpersonal ialah, kemahiran mendengar, kemahiran bertanya, kemahiran berucap, kemahiran memberi maklum balas, unsur bahasa, mengubah sikap dan tingkah laku, penampilan dan komunikasi bukan lisan. Malah pernyatan ini turut disokong di dalam laporan Pembangunan Sumber 2 Manusia (2003) yang menyatakan masalah mahasiswa dewasa kini, ialah kurang

berinteraksi walaupun telah memasuki ke alam pekerjaan. Setiap mahasiswa perlu menguasai kemahiran interpersonal dengan baik kerana, Interpersonal dan kemahiran berkomunikasi adalah salah satu ciri yang terdapat di dalam kemahiran generik. Dewasa kini, negara bukan sahaja memerlukan kemahiran teknikal semata-mata, malah kemahiran generik turut dititikberatkan bagi membangun dan memajukan sesuatu pentadbiran yang diterajui. Tambahan lagi, bakal-bakal guru ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran mengggunakan teknik-teknik berkomunikasi yang penting bagi membantu mereka menjadi guru yang lebih profesional dan berkesan di dalam profesion perguruan (Abdullah dan Ainon, 2001). Menurut Lauglin (1995) di dalam The conference Board of Canada`s, perhubungan, kemahiran berkomunikasi (mendengar, membaca dan menulis), berfikir secara kritikal, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan kebolehan menguruskan pelajaran adalah kemahiran yang perlu ada di dalam akademik. Geedele dan Tootelian (1989), turut menyokong kepentingan kemahiran interpersonal dan berkomunikasi dikuasai dengan baik malah ianya turut terkandung di dalam National Association Of Colleges & Employers (1997).

Pengaplikasian Kemahiran Interpersonal Di Kalangan Pelajar Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM Skudai, dikarang oleh Azda Azlin Bt Ros, ditulis pada 8 March 2004, dari http://images.norhayatiomar.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TG6TwgooCIkAA Gn--og1/contoh%20tesis.pdf?key=norhayatiomar:journal:5&nmid=359316106

Learning center. Energizer. Eveready Battery Company, Inc. Retrieved August 1, 2006, from http://www.energizer.com/learning/default.asp