Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENDAHULUAN BIG merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar PISMP. BIG diperuntukan tiga kredit bersamaan 120 jam interaksi. Semua pelajar wajib lulus BIG. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang sepanjang enam semester tempoh pengajian di bawah kelolaan dan kendalian HEP BPG/IPG. Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini bertujuan

memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insane guru yang unggul.

Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insane guru adalah Pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mempu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenai diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kea rah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, ... pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

2.0 MATLAMAT Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

3.0 OBJEKTIF KURIKULUM BIG Program BIG ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar : Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai etika dan akhlak keguruan. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual) dan sosial. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

Anda mungkin juga menyukai