Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH KALI KE-2 Tarikh Masa Tempat Pengerusi :16 April 2013

: 3.00 4.30 petang : Bilik Mesyuarat SABK Al Madrasah Al Khairiah Al Islamiah : Haji Mohd Nasri b. Osman (Penolong Kanan Pentadbiran)

Kehadiran (Bilangan) : 37/37 1. Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menghadiri mesyuarat PBS kali ke-2 bagi tahun 2013. 1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan utama mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan isu-isu Pelaksanaan dan kes-kes khas PBS sekiranya ada dan mendapatkan laporan Jawatan Kuasa Pelaksana PBS, Pentaksiran Sekolah/ Pentaksiran Pusat/ Pentaksiran Psikometrik/ PAJSK/ Pogram Pembudayaan PBS (Murid/ Guru/ Ibu bapa/ Jalinan & Jaringan) Latihan/ Penataran, Penyelarasan, Pementoran, Pemantauan, dan laporan Prestasi Murid dalam SPPBS. Tindakan : Makluman

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas 2.1 Pengesahan Cikgu Mohd Ramzi b Mat Daud 2.2 Disokong oleh Ustazah Siti Rahmah bt Daud

3. Perkara Berbangkit 3.1 Sistem SPPBS telah mula dibuka pada bulan Mac yang lalu. 3.2 Sekolah telah menerima Kaunselor baru iaitu Cikgu Siti Farhana bt Elias. Tindakan: Makluman

4. Kandungan Mesyuarat: 4.1 Isu-Isu Pelaksanaan dan kes-kes khas PBS. 4.1.1 Semua guru mata pelajaran PBS Tingkatan 1 dan 2 telah dimaklumkan supaya memasukkan pencapaian prestasi murid bagi bulan Januari hingga Mac melalui notis yang telah ditampal, juga secara lisan oleh SU PBS. Kemasukan prestasi murid boleh dimasukkan ke dalam sistem sepanjang tahun mengikut keselesaan guru pentaksir. Tindakan: Guru pentaksir 4.1.2 Diharapkan semua guru pentaksir dapat menjalankan pentaksiran mengikut pemetaan matapelajaran masing-masing bagi melancarkan perjalanan pentaksiran. Tindakan: Guru pentaksir 4.1.3 Semua pelajar yang terlibat dengan sebarang pertandingan sukan dan sebagainya tidak diwajibkan melaksanakan pentaksiran. Namun ia bergantung kepada guru untuk menjalankan pentaksiran kepada pelajar terbabit mengikut kesesuaian. Tindakan: Guru pentaksir 4.1.4 Berkaitan masalah pelajar ponteng, didapati dua orang pelajar dari 2BP iaitu Nor Syafinaz dan 2BL Mohd Haikal, yang menyebabkan guru terbabit terpaksa menjalankan pentaksiran secara berasingan kepada mereka. Tindakan: Guru pentaksir dan guru kelas 4.1.5 Seorang murid Tingkatan 1BP menghidapi penyakit leukemia iaitu Aini Tasnim bt Rosli, dan beliau tidak dapat melaksanakan ujian SEGAK dan tidak dapat melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti Kokurikulum (PAJSK). Tindakan: Guru pentaksir dan guru kelas 4.1.6 Seorang lagi pelajar 1BP, Trina Tasya bt Mohd Tajudin merupakan seorang pelajar OKU penglihatan (Rabun). Namun beliau belum didaftarkan sebagai calon OKU kerana warisnya tidak mengemukakan permohonan rasmi supaya anak beliau didaftarkan sebagai calon OKU walaupun telah dimaklumkan untuk melakukan demikian. Diharap semua

guru dapat membantu pelajar tersebut semasa menjalankan aktiviti pentaksiran. Tindakan: Guru pentaksir 1BP 4.2 Laporan Jawatan Kuasa Pelaksana PBS 4.2.1 Semua guru pentaksir telah melaksanakan pentaksiran mengikut matapelajaran masing-masing. Tindakan :SU PBS 4.2.2 Ramai guru pentaksir yang telah memasukkan pencapaian prestasi ke dalam sistem SPPBS yang telah pun dibuka. Namun masih ada yang belum berbuat demikian walaupun telah dimaklumkan supaya berbuat demikian. Tindakan: Semua guru pentaksir 4.2.3 Didapati semua guru kelas telah memasukkan prestasi SEGAK ke dalam bahagian Non-Akademik di dalam sistem. Namun kelas 1AP belum dapat dimasukkan prestasi SEGAK kerana masalah guru kelas yang telah bertukar sekolah dan belum ada yang dilantik oleh guru DATA APDM. SU PBS akan mengambil tindakan yang sepatutnya. Tindakan : SU PBS dan SU Data Murid 4.2.4 Senarai murid di dalam SPPBS tidak sama dengan senarai di dalam Buku Kedatangan Murid. Diharap semua guru kelas dapat mengemaskini APDM kelas masing-masing bagi memastikan kemasukan prestasi dapat dijalankan dengan lebih efektif. APDM boleh diakses di web http://www.sekolahmalaysia.com/ dibuka secara online setiap hari. Aplikasi akan di tutup setiap hari selama 15 minit pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan. Tindakan : Semua guru kelas Tingkatan 1 dan 2 4.2.5 Semua guru pentaksir hendaklah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang telah disediakan semasa menjalankan pentaksiran dan dapat memberikan band yang terbaik kepada semua pelajar dengan sewajarnya. Tindakan : Semua guru pentaksir

4.2.6

Semua guru pentaksir diingatkan supaya sentiasa peka dan berhati-hati semasa memasukkan prestasi pelajar dalam SPPBS untuk mengelakkan kesilapan. Tindakan : Semua guru pentaksir & KPS

5. Hal-hal lain 5.1 SU PBS berharap semua guru menjalankan tugas masing-masing dengan berdedikasi dan sekiranya timbul sebarang masalah bolehlah merujuk SU PBS dan Ketua Pentaksir. Tindakan: Makluman 6. Ucapan Penangguhan Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.15 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

( C W NORANIMASTURA) Setiausaha Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(HAJI KHAIROL ANNUAR B HJ MUSA) Pengetua SABK Al Madrasah Al Khairiah Al Islamiah