Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH KALI PERTAMA Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 8 Januari 2013 : 3.

00 4.30 petang : Bilik Mesyuarat SABK Al Madrasah Al Khairiah Al Islamiah : Haji Mohd Nasri b. Osman (Penolong Kanan Pentadbiran)

Kehadiran (Bilangan) : 37/37 1. Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menghadiri mesyuarat PBS kali pertama bagi tahun 2013. 1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan utama mesyuarat kali ini adalah untuk memberikan taklimat pelaksanaan PBS di peringkat sekolah dan memastikan program PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Tindakan : Makluman

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas 2.1 Tiada kaitan. 3. Perkara Berbangkit 3.1 Tiada kaitan. 4. Kandungan Mesyuarat: 4.1 Perlantikan Ahli Jawatankuasa PBS 2013. 4.1.1 Semua guru mata pelajaran PBS Tingkatan 1 dan 2 secara rasmi dilantik sebagai guru pentaksir Akademik. Guru kelas Tingkatan 1 dan 2 juga menjadi pentaksir bagi Non-Akademik iaitu PAJSK.

4.1.2

Pihak sekolah masih menunggu guru kaunselor untuk dilantik sebagai pentaksir Psikometrik. Buat sementara waktu dipangku oleh Cikgu Mohd Ramzi dan Ustazah Che Suraiya. Tindakan: Makluman

4.2 Pelaksanaan PBS 4.2.1 Surat makluman kepada ibu bapa telah diedarkan pada bulan Januari 2013. Tindakan :SU PBS 4.2.2 Jadual Pengoperasian PBS bagi tahun 2013 telah diedarkan semasa mesyuarat ini. Semua guru yang terlibat diharapkan dapat memberikan perhatian pada Jadual Kerja PBS supaya gerak kerja PBS berjalan lancar. Tindakan: Semua guru pentaksir dan guru kelas 4.2.3 Setiap panitia mesti mempunyai fail PBS. Fail tersebut mestilah mengandungi maklumat carta organisasi PBS, Pekeliling LPM dan JPN, surat perlantikan pentaksir, jadual pelaksanaan, dan laporan pemantauan dan penyelarasan serta maklumat profil individu guru pentaksir. Tindakan : Semua guru pentaksir & KPS 4.2.4 Pengerusi mengingatkan semua pentaksir supaya memberi peluang kepada pelajar yang diuji untuk mencapai keputusan yang terbaik. Band yang diberi mestilah wajar. Tindakan : Semua guru pentaksir & KPS 4.2.5 Semua guru pentaksir hendaklah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang telah disediakan semasa menjalankan pentaksiran. Tindakan : Semua guru pentaksir 4.2.6 Semua guru pentaksir diingatkan supaya sentiasa peka dan berhati-hati semasa memasukkan prestasi pelajar dalam SPPBS untuk mengelakkan kesilapan. Tindakan : Semua guru pentaksir & KPS 4.3 Pemantauan PBS 4.3.1 Pemantau PBS peringkat sekolah adalah terdiri daripada Penolong Kanan, Guru Kanan, Ketua Panitia dan Ketua Pentaksir Sekolah. Tindakan : Makluman

4.3.2

Semua Ketua Panitia Sekolah diminta memantau pelaksanaan PBS mata pelajaran masing-masing mulai bulan Februari untuk memastikan PBS dilaksanakan dengan adil, sahih dan mengelakkan penyelewengan. Tindakan : KPS

4.3.3

Setelah pentaksiran dilakukan, penyelarasan prestasi dilakukan di kalangan ketua pentaksir dengan pentaksir-pentaksir mata pelajaran masing-masing supaya prestasi yang diberi adalah adil dan wajar. Tindakan : KPS dan guru pentaksir

4.3.4

Pencapaian pelajar boleh dimasukkan ke dalam sistem SPPBS apabila ia dibuka semula kelak. Tindakan : Semua guru pentaksir

4.3.5 5. Hal-hal lain 5.1 Cikgu Ramzi berharap agar semua guru lain memberikan kerjasama dalam tugas melaksanakan pentaksiran Psikometrik, memandangkan beliau adalah pemangku Kaunselor sekolah. 6. Ucapan Penangguhan Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.36 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

( C W NORANIMASTURA) Setiausaha Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(HAJI KHAIROL ANNUAR B HJ MUSA) Pengetua SABK Al Madrasah Al Khairiah Al Islamiah