Anda di halaman 1dari 8

Bhg.

Pengurusan Sumber Manusia Visi Menjadi tonggak kementerian dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang efisien, kompeten dan berintegriti

Misi Memastikan perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan efektif ke arah melahirkan anggota Kementerian yang profesional, kompeten, berintergriti, berdaya saing dan berakhlak mulia.

Objektif Memberikan perkhidmatan sokongan yang cekap dan berkesan melalui pembentukan struktur perjawatan Kementerian yang optima, pelaksanaan pengurusan personel yang cekap dan teratur, pengurusan prestasi dan tatatertib yang efisien dan menyediakan peluang kepada pegawai dan kakitangan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kemajuan kerjaya melalui latihan komprehensif.

Cawangan Perancangan Tenaga Manusia / Pembangunan Organisasi

Objektif Untuk memastikan Kementerian Belia dan Sukan dan agensi-agensi di bawahnya mempunyai struktur organisasi yang sesuai dan jumlah perjawatan yang mencukupi. Cawangan ini juga menyediakan perancangan perjawatan yang tersusun supaya Kementerian ini menjadi sebuah organisasi yang cekap dan berkesan.

Fungsi dan Peranan Perancangan strategik dan kajian peranan, program dan aktiviti KBS. Merancang struktur organisasi KBS.

Mengkaji keperluan dan pewujudan jawatan baru. Mengkaji pemansuhan dan penggredan semula jawatan. Menyelaras dan memantau Pelaksanaan Pangkalan Data Personel berdasarkan HRMIS di seluruh agensi di KBS. Pengemaskinian Maklumat Perjawatan melalui Sistem Pengurusan Sumber Manusia (SPSM). Pengauditan Sumber Manusia.

Piagam Pelanggan Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang profesional bagi memastikan Kementerian mempunyai struktur organisasi yang sesuai dengan perjawatan yang mencukupi. Kami juga menyediakan tenaga sumber manusia yang terancang bagi membolehkan Kementerian ini menjadi sebuah organisasi yang cekap dan berkesan. Untuk itu kami berjanji: Memproses permohonan kemukakan kepada penyusunan semula yang lengkap dan Awam (JPA) untuk

Jabatan

Perkhidmatan

pertimbangan dalam tempoh enam puluh hari (60) hari waktu bekerja. Mengedarkan kelulusan Waran Perjawatan dari Perbendaharaan Malaysia kepada Pelanggan dalam masa tiga (3) hari waktu bekerja. Memberi maklumat perjawatan yang dipohon lengkap oleh pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.

Cawangan Perkhidmatan

Objektif Untuk memberi dan melaksanakan urusan perkhidmatan dan pengurusan personel yang cekap dan teratur berdasarkan prinsip-prinsip perkhidmatan serta peraturan-peraturan yang ditetapkan

Fungsi dan Peranan Merancang dan menyelaras urusan pengambilan dan pengisian daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi jawatan Bukan Gunasama. Merancang dan menyelaras urusan pengambilan, pelantikan dan penawaran jawatan bagi kakitangan di bawah bidang kuasa Kementerian. Menyelaras pelantikan secara pertukaran sementara dan pinjaman. Merancang pengisian dan penempatan bagi jawatan guna sama dan kader. Menyelaras urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Kemasukan ke Jawatan Berpencen. Menyelaras semua urusan dan permohonan pelbagai jenis cuti dan elaun-elaun pemohon yang berkelayakan. Menyelaras urusan pinjaman perumahan, kemudahan perubatan dan urusan pencen.

Piagam Pelanggan Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang profesional, cekap serta mesra di dalam melaksanakan urusan perkhidmatan dan pengurusan personel berlandaskan prinsip-prinsip perkhidmatan serta peraturan-peraturan yang ditetapkan. Untuk itu kami berjanji: Memastikan semua urusan perkhidmatan yang diterima diproses selewat-lewatnya dalam tempoh lima (5) hari bekerja sebelum

dipanjangkan ke agensi luar yang berkenaan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan lain-lain. Memastikan semua urusan perkhidmatan yang memerlukan kelulusan daripada Ketua Jabatan diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. Memastikan semua urusan perkhidmatan yang melibatkan tatacara kewangan dikemukakan ke Cawangan Kewangan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

Cawangan Pembangunan Sumber

Objektif Untuk merancang, menyelaras, mengurus dan melaksana program latihan / kursus / peperiksaan bagi memberi dan meningkatkan pengetahuan dan kecekapan dalam melaksanakan tugas pegawai dan kakitangan Kementerian.

Fungsi dan Peranan Menyediakan Pelan Latihan Sumber Manusia peringkat kementerian; Merancang, mengenalpasti dan menyelaras program latihan di dalam dan luar negeri; Membangunkan kokurikulum dan program latihan; Mengendali, menyelaras dan menyelia Peperiksaan Perkhidmatan dan Jabatan; Mengendali, menyelia dan menyelaras Penilaian Tahap Kecekapan (PTK); Mengendali Kursus Induksi Umum dan Khusus; Menguruskan Tabung Skim Biasiswa Sukan Persekutuan; Melaksanakan penyelidikan dan kajian serta Perancangan Strategik Pengurusan Sumber Manusia.

Piagam Pelanggan Kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji untuk melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan, terlatih dan kompeten melalui perancangan program latihan / kursus yang komprehensif, pelaksanaan peperiksaan yang mantap dan pengurusan skim biasiswa yang cepat dan efisien. Untuk itu kami berjanji: Memastikan tawaran mengikuti kursus/latihan kepada pegawai-pegawai dan anggota kementerian dikemukan selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum kursus; Memastikan permohonan mengikuti kursus/latihan akan diproses

selewat-lewatnya satu (1) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima; Memastikan perjalanan urusan Peperiksaan Perkhidmatan/Peperiksaan KPSL dan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dilaksanakan sepenuhnya bermula dari tarikh permohonan lengkap diterima sehingga ke pengeluaran keputusan dalam tempoh enam (6) bulan; Memastikan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan ditawarkan kepada pemohon yang layak, enam (6) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima dan diproses.

Cawangan Pengurusan Prestasi Dan Tatatertib

Objektif Untuk melahirkan anggota Kementerian Belia dan Sukan yang berkualiti, kompeten, berdisiplin dan berintegriti melalui pengurusan prestasi dan tatatertib yang efisien bagi mencapai objektif bahagian.

Fungsi dan Peranan Mengurus, menyelaras dan memantau prestasi anggota KBS dan Urus Setia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) bagi Pergerakan Gaji, Anjakan Gaji dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Mengurus, menyelaras dan memantau hal ehwal tatatertib, pengisytiharan harta anggota KBS dan Surat Aku Janji. Mengurus dan menyelaras Urusan Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan anggota KBS. Mengurus, menyelaras dan Urus Setia Jawatankuasa Keutuhan

Pengurusan (JKP), Jawatankuasa Tadbir Urus dan pengukuhan Pelan Integriti Nasional di peringkat Kementerian. Mengurus, menyelaras dan Urus Setia Majlis Bersama Jabatan di peringkat Kementerian.

Mengurus dan menyelaras pencalonan Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran Persekutuan dan Negeri. Mengurus dan menyelaras urusan Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan. Menyelaras dan melaksanakan Program Pendekatan Islam Hadhari.

Piagam Pelanggan Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan yang mesra, cekap dan profesional dalam melahirkan anggota Kementerian Belia dan Sukan yang berkualiti, kompeten, berdisiplin dan berintegriti tinggi melalui pengurusan prestasi dan tatatertib yang efisien bagi mencapai objektif Bahagian. Untuk itu kami berjanji: Mengurus Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup penerimaan borang LNPT lengkap. Mengurus kenaikan pangkat pegawai selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh pegawai yang memangku lulus syarat-syarat untuk kenaikan pangkat tertakluk kepada kekosongan jawatan yang ada. Mengurus laporan kes tatatertib biasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan laporan salah laku dan pelanggaran disiplin dari ketua jabatan.

Unit Pengurusan Psikologi

Objektif Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi Melalui: Aplikasi Penilaian Personel - Pelaksanaan Psikometrik (Ujian Psikologi) berdasarkan keperluan semasa kementerian/ jabatan. Aplikasi Pembangunan - Perlaksanaan program dan aktiviti (pengurusan stress/ perubahan sikap/

pengurusan emosi/ gangguan seksual) ke arah pembangunan personel. Aplikasi Penyelidikan - Perlaksanaan penyelidikan untuk mendapatkan maklumat tentang punca dan kaitan dengan isu yang dikaj secara lebih komprehensif. Aplikasi Intervensi - Perlaksanaan perkhidmatan dan program dengan mewujudkan satu kaedah pengurusan bersepadu dan tersusun kepda pegawai yang

memerlukan bantuan dan bimbingan.

Fungsi Menyampaikan input psikologikal dan kaunseling kepada seluruh kementerian, jabatan, bahagian dan unit. Menguruskan perjalanan program psikologikal dan kaunseling dalam bentuk seminar/ bengkel/ forum/ kursus. Memberikan perkhidmatan kaunseling. Menjalankan ujian psikologi dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Teknologi JPA. Pengendalian gangguan seksual di tempat kerja

Piagam Pelanggan Memastikan permohonan mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling diproses daripada tarikh permohonan diterima dalam masa 10 hari berkerja. Memastikan laporan sesi/ujian psikologi disediakan selepas sesuatu sesi/ujian diduduki tertakluk kepada bekerja. Memastikan klien walk-in akan dilayan dengan segera dalam tempoh 5 minit Memastikan perkhidmatan kaunseling diberikan secara sistematik dan beretika mengikut Piawaian Amalan Kaunseling sepanjang tahun jenis ujian dalam masa 3 hari

Memastikan kualiti perkhidmatan psikologi berada pada tahap skor purata sekurang-kurangnya pada skala lima (5) daripada skala tujuh (7) sepanjang tahun.

* Sumber dari : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Tarikh Kemaskini: 23/08/2011

Anda mungkin juga menyukai