Anda di halaman 1dari 3

Projek Kerja Kursus

Esei : ; Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk

semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak

tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti

pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula,

pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar

(2004:79) membawa kepada maksud “… kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada.”

Burden (2004:62) pula mendefinisikan maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan,

monumen dan tapak untuk mengelak pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan…”

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui

kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan

mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan

dan pemulihan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini

kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus

menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam

ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita

bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai

semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan

pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita
bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat

bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota

masyarakat.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga,

masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti

seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-

undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika disemai

berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap

peraturan negara.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan

gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan

pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan.

Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan

sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan

berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

Rumusan
Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan dalam kedaan

harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa. Kepelbagaian kaum

di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus

memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita cintai.
Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada aspek perayaan,

makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji bangunan bersejarah yang

memberi saya pengalaman daripada segi mencari maklumat. Saya juga memperolehi

pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara

bersama mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat

dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini.

Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya.Rakyat kita hidup

denhgan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan . Bangsa Melayu, Cina ,

India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama

lain. Rakyat sentiasa mengamalkan persaan dan semangat muhibbah atau semangat

masyarakat.Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi

budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya

dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.

Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali dan

mengkaji bangunan bersejarah, saya dapat lebih menjiwai dan menyintai Negara

saya.Seperti yang disebut dalam peribahasa melayu,"Tak kenal maka tidak cinta"