Anda di halaman 1dari 4

http://cikgusazali.blogspot.

com

APLIKASI
MODUL GATEH CSL2012
Cikgu Sazali bin Ibrahim (MABM) PKP SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan
e-mel : sazali399@gmail.com Blog: http://cikgusazali.blogspot.com

KARANGAN BAHAGIAN A (BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN)


Lihat gambar di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 perkataan Isi 1 Isi 2 Isi 3 : : : Kempen Aktiviti Kebahasaan Penerbitan Bahan Bacaan

Prosedur: 1. Calon mesti menganalisis soalan dan mengenal pasti: i. ii. iii. iv. Tugasan Tema Kata kunci Transformasi isi Isi 1 : Isi 2 : Isi 3 : : : : (cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan) (bahasa kebangsaan) (cara-cara) alternatif lain: langkah/usaha (mengadakan kempen) (menganjurkan aktiviti kebahasaan) (menerbitkan bahan bacaan)

Kempen Aktiviti Kebahasaan Penerbitan Bahan Bacaan

PENDAHULUAN Akhir-akhir ini/Pada masa ini/Belakangan ini/Mutakhir/Mayapada/Marcapada isu berkaitan dengan.....................(sebutkan tema) dalam kalangan pelajar/remaja/masyarakat/belia saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Wacana Justeru, Ayat 2: Saranan semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada JUSTIFIKASI kemahuan, di situ ada jalan. Ayat 3 : TUGASAN Persoalannya, apakah...( salin tugasan soalan) dan berakhir dengan tanda tanya (?) Akhir-akhir ini, isu berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan? Ayat 1: TEMA ISI PERTAMA Rumus Ayat Topik GAPO Ayat Huraian BAKPO Ayat Contoh LAGU MANA Ayat 1 Rumus Ayat 2 Rumus Ayat 3 Pada pendapat saya + (KATA KUNCI tanpa gandaan) + yang paling utama/efektif/dominan + ialah/adalah + (ISI PERTAMA) Pada pendapat saya, cara yang paling efektif adalah dengan mengadakan kempen . Hal ini dikatakan demikian kerana + Pasifkan Isi + pelaku + impak Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mendaulatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan selaras dengan citra Bahasa Jiwa Bangsa. Contohnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema Contohnya, kempen yang diadakan seperti kempen melalui media cetak, media elektronik, media alternatif dan sebagainya yang menjurus kepada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Latar Masa Tema Sasaran Prioriti

CSL2012 MODUL GATEH SPM

http://cikgusazali.blogspot.com

Ayat Penegas YO LO KO NI ISI KEDUA Ayat Topik GAPO Ayat Huraian BAKPO Ayat Contoh LAGU MANA Ayat Penegas YO LO KO NI ISI KETIGA Ayat Topik GAPO Ayat Huraian BAKPO Ayat Contoh LAGU MANA Ayat Penegas YO LO KO NI KESIMPULAN

Rumus Ayat 4

Tegasnya, + isi pertama + tugasan Tegasnya, mengadakan kempen merupakan cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita yang paling efektif. Selain itu, + Isi Kedua yang telah ditransformasikan + juga dikenal pasti sebagai + Tugasan Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana + Pasifkan Isi + pelaku + impak Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah mampu menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Misalnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema Misalnya, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan seperti aktiviti Pertandingan Debat, Pesta Pantun, Pementasan Teater, Deklamasi Puisi dan sebagainya dapat memperkasakan aspek keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar. Jelaslah + tugasan + isi kedua Jelaslah, langkah memartabatkan bahasa kebangsaan adalah dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan. Tugasan + yang berikutnya ialah/adalah + Isi 3 Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya adalah dengan menerbitkan bahan bacaan. Hal ini bermaksud + Pasifkan Isi + pelaku + impak Hal ini bermaksud, bahan bacaan yang diterbitkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan dalam kalangan masyarakat dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai wahana untuk menyampaikan maklumat dan hiburan. Tamsilnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema Tamsilannya, bahan bacaan yang diterbitkan seperti bahan bacaan berbentuk majalah, surat khabar, bahan pandang dengar dan sebagainya dapat menarik minat masyarakat untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan harian mereka. Saya optimis + isi 3 + tugasan Saya optimis, menerbitkan bahan bacaan merupakan usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani + Tema + Harapan Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan supaya bahasa ini dapat diperkasakan di negara kita. Seruan (hafal dan ubah suai) Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

Rumus Ayat 1 Rumus Ayat 2 Rumus Ayat 3 Rumus Ayat 4

Rumus Ayat 1 Rumus Ayat 2 Rumus Ayat 3 Rumus Ayat 4

Rumus Saranan + Harapan Seruan Ayat 1 Rumus Ayat 2

Latihan: Lihat logo di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk menggalakkan masyarakat membeli barangan buatan Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Isi 1 Isi 2 Isi 3 : : : Mengadakan kempen berterusan Meningkatkan kualiti barangan Memperluas perniagaan

(Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2012 Maktab Rendah Sains MARA)

CSL2012 MODUL GATEH SPM

http://cikgusazali.blogspot.com

KARANGAN BAHAGIAN B (RESPONS TERBUKA)


Bahasa kebangsaan amat penting dalam kalangan masyarakat Malaysia sebagai alat untuk memupuk perpaduan kaum. Bincangkan cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan Mencari isi kaedah SANGAM (SAPO + GAPO + MANO) Isi 1 Isi 2 Isi 3 Isi 4 Isi 5 : : : : : Pihak kerajaan dan swasta (S) mengadakan kempen secara besar-besaran (G) di seluruh pelosok negara (M) Pihak sekolah (S) menganjurkan pelbagai aktiviti kebahasaan yang menarik (G) dalam aktiviti kokurikulum (M) Pihak kerajaan dan swasta (S) menerbitkan bahan bacaan yang bermutu tinggi (G) di pasaran negara kita (M) Masyarakat (S) menggunakan bahasa kebangsaan secara meluas (G) dalam berkomunikasi (M) Pihak Berkuasa Tempatan (S) menguatkuasakan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul (G) di setiap kawasan di bawah pentadbiran mereka (M)

PENDAHULUAN Para bijak pandai pernah menukilkan kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Kata -kata ini begitu signifikan untuk menjelaskan isu yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat tatkala ini. Apatah lagi isu ini sering diuar-uarkan dalam media cetak, media elektronik, dan media alternatif di negara kita. Apa yang pasti, bahasa kebangsaan amat penting dalam kalangan masyarakat Malaysia sebagai alat untuk memupuk perpaduan kaum. Sehubungan dengan itu, obligasi semua pihak amat diperlukan untuk mendepani isu ini kerana hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Persoalannya, apakah cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan? ISI PERTAMA Rumus Ayat Topik GAPO Ayat Huraian BAKPO Ayat Huraian Lanjut BAKPO LAGI PROVOKASI SOLUSI Ayat 5 Rumus Ayat 6 Rumus Ayat 7 Ayat 1 Rumus Ayat 2 Pada pendapat saya + (KATA KUNCI tanpa gandaan) + yang paling utama/efektif/dominan + ialah + (ISI PERTAMA) Pada pendapat saya, cara yang paling efektif ialah pihak kerajaan dan swasta mengadakan kempen secara besar-besaran di seluruh pelosok negara. Hal ini dikatakan demikian kerana + Pasifkan Isi + pelaku + impak Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mendaulatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan selaras dengan citra Bahasa Jiwa Bangsa. Lagipun, .... Lagipun, kempen yang diadakan juga dapat menyalurkan pelbagai informasi yang berguna untuk menggalakkan masyarakat menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul. Sebaliknya, ... Sebaliknya, jika kempen tidak diadakan atau pelaksanaannya sekadar hangat-hangat tahi ayam, usaha memartabatkan bahasa kebangsaan pasti jauh panggang dari api. Oleh itu, ... Oleh itu, suatu perancangan yang rapi mestilah digerakkan untuk memastikan kempen yang diadakan mencapai objektif yang disasarkan bak kata pepatah alang-alang berdakwat biar hitam, alang-alang mandi biar basah. Contohnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema Contohnya, kempen yang diadakan dalam pelbagai medium seperti kempen dalam media cetak, media elektronik, media alternatif dan sebagainya yang menjurus kepada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Tegasnya, + isi pertama + tugasan Tegasnya, pihak kerajaan dan swasta mengadakan kempen secara besar-besaran di seluruh pelosok negara merupakan cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita yang paling efektif. Selain itu, + Isi Kedua yang telah ditransformasikan + Tugasan Selain itu, pihak sekolah menganjurkan pelbagai aktiviti kebahasaan yang menarik dalam aktiviti kokurikulum juga merupakan langkah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana + Pasifkan Isi + pelaku + impak Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan.

Ayat 3 Ayat 4

Ayat Contoh LAGU MANA Ayat Penegas YO LO KO NI ISI KEDUA Ayat Topik GAPO Ayat Huraian BAKPO

Rumus Ayat 1 Rumus Ayat 2

CSL2012 MODUL GATEH SPM

http://cikgusazali.blogspot.com

Ayat Huraian Lanjut BAKPO LAGI

Ayat 3

Ayat 4 PROVOKASI SOLUSI Ayat Contoh LAGU MANA Ayat Penegas YO LO KO NI ISI KETIGA Ayat Topik GAPO Ayat Huraian BAKPO Ayat Huraian Lanjut BAKPO LAGI PROVOKASI Ayat 4 Rumus Ayat 1 Rumus Ayat 2 Ayat 3 Ayat 5 Rumus Ayat 3 Rumus Ayat 4

Tambahan pula Tambahan pula, aktiviti kebahasaan ini perlu sokongan pihak swasta dan badan bukan kerajaan supaya pelbagai program menarik ke arah memartabatkan bahasa kebangsaan dapat disertai oleh segenap lapisan masyarakat. Namun, realitinya pada hari ini... Namun, realitinya pada hari ini aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah kurang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar kerana mereka menganggap aktiviti tersebut kurang bermanfaat berbanding program yang bersifat akademik. Justeru,... Justeru, penganjuran aktiviti kebahasaan perlu lebih menarik supaya persepsi pelajar atau masyarakat terhadap aktiviti ini berubah. Misalnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema Misalnya, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan seperti aktiviti Pertandingan Debat, Pesta Pantun, Pementasan Teater, Deklamasi Puisi dan sebagainya dapat memperkasakan aspek keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar. Jelaslah + tugasan + isi kedua Jelaslah, langkah memartabatkan bahasa kebangsaan ialah pihak sekolah menganjurkan pelbagai aktiviti kebahasaan yang menarik dalam aktiviti kokurikulum. Tugasan + yang berikutnya ialah + Isi 3 Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah pihak kerajaan dan swasta menerbitkan bahan bacaan yang bermutu tinggi di pasaran negara kita. . Hal ini bermaksud + Pasifkan Isi + pelaku + impak Hal ini bermaksud, bahan bacaan yang diterbitkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan dalam kalangan masyarakat dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai wahana untuk menyampaikan maklumat dan hiburan. Dalam pada itu,... Dalam pada itu, harga bahan bacaan yang diterbitkan dalam bahasa kebangsaan mestilah tidak terlalu membebankan masyarakat sehingga masyarakat terpaksa berfikir dua kali sebelum membuat keputusan untuk membeli bahan bacaan tersebut. Cuba kita bayangkan sekiranya ... Cuba kita bayangkan sekiranya masalah harga menjadi buah mulut anggota masyarakat, sudah pasti mereka akan beralih kepada bahan bacaan yang diimport atau memadamkan terus hasrat untuk membeli bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan. Sehubungan dengan itu, ... Sehubungan dengan itu, kerajaan mestilah mengambil inisiatif untuk menggalakkan penerbitan bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan dengan memberi insentif kepada pihak penerbit agar harga bahan bacaan lebih munasabah dan mampu dibeli. Tamsilannya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema Tamsilannya, bahan bacaan yang diterbitkan seperti bahan majalah, surat khabar, bahan pandang dengar dan sebagainya dapat menarik minat masyarakat untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan harian mereka. Saya optimis + isi 3 + tugasan Saya optimis, pihak kerajaan dan swasta menerbitkan bahan bacaan yang bermutu tinggi di pasaran negara kita merupakan usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Tuntasnya, + sasaran + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani + Tema + Harapan Tuntasnya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan supaya wawasan kerajaan untuk memartabatkan bahasa ini berada pada landasan yang betul. Seruan Untuk merealisasikan hal ini, komitmen daripada semua pihak sangat diperlukan dan tidak hanya sebelah pihak, bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Selain itu, juga perancangan yang strategik mestilah dirancang dan dilaksanakan secara malar dan tidak berhenti separuh jalan seperti hangat-hangat tahi ayam!

SOLUSI

Ayat 5 Rumus Ayat 3 Rumus Ayat 4

Ayat Contoh LAGU MANA Ayat Penegas YO LO KO NI KESIMPULAN Saranan + Harapan Seruan

Rumus Ayat 1 Rumus Ayat 2

CSL2012 MODUL GATEH SPM