Anda di halaman 1dari 35

OLAHRAGA ACARA BALINGAN

DISEDIAKAN OLEH

MAHADI BIN TAHA


MOHD AZWAN BIN ZAINUDDIN

NAMA PENSYARAH : EN.HAMZAH BIN SARIMUN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN INSTITUT PERGURUAN BAHASA ANTARABANGSA (IPBA)

Lontar Peluru Lempar Cakera Baling Tukul Besi Merejam Lembing

ALAT-ALAT RASMI
ALAT
WANITA REMAJA/JUNIOR / SENIOR

LELAKI REMAJA

LELAKI JUNIOR

LELAKI SENIOR

PELURU

4 KG

5 KG

6 KG

7.26 KG

CAKERA
TUKUL BESI LEMBING

1 KG
4 KG 600 GR

1.5 KG
5 KG 700 GR

1.75 KG
6 KG 800 GR

2 KG
7.26 KG 800 GR

KAWASAN BALINGAN

LEMPAR CAKERA / BALING TUKUL BESI

LONTAR PELURU

MEREJAM LEMBING

PERATURAN ASAS
PENGGUNAAN SARUNG TANGAN TIDAK DIBENARKAN

KECUALI ACARA BALING TUKUL BESI.


BAGI ACARA BALING TUKUL BESI, SARUNG TANGAN

HENDAKLAH LICIN DIKEDUA-DUA BELAH DEPAN DAN BELAKANG,DAN HUJUNG JARI SELAIN DARIPADA IBU JARI, HENDAKLAH TERDEDAH.
GUNAKAN TALI PINGGANG KULIT UNTUK MENGELAKKAN

KECEDERAAN TULANG BELAKANG.

PERATURAN SELEPAS BALINGAN


TIDAK BOLEH MELEPASI PADA GARISAN DI HADAPAN

DALAM BULATAN
SETELAH ALATAN MENYENTUH TANAH,PESERTA TIDAK BOLEH

KELUAR DARI BULATAN-HADAPAN


PESERTA TIDAK BOLEH MENINGGALKAN KAWASAN

BULATAN/LARI LANDAS SEBELUM ALAT MENCECAH BUMI.


SELEPAS BALINGAN,ALAT HENDAKLAH DIBAWA KEMBALI DAN

DILETAKKAN DEKAT BULATAN/LARI LANDAS. KEMUDIAN, BERSEDIA UNTUK LONTARAN BERIKUTNYA.

FASA-FASA LONTARAN
FASA PEGANGAN (ALATAN)
LAKUAN SEDIA LARI LANDAS (MEREJAM LEMBING) LUNGSURAN (PELURU) ROTASI / PUSINGAN (CAKERA & TUKUL BESI) FASA LONTARAN/BALINGAN FASA IKUT LAJAK

LONTAR PELURU (GAYA LONTARAN)


- GAYA BERDIRI - GAYA MELUNGSUR SELANGKAH

- GAYA PERRY O BRIEN

FASA LONTARAN PELURU


FASA PEGANGAN FASA SEDIA FASA LUNGSURAN FASA LONTARAN FASA IKUT LAJAK

FASA PEGANGAN
CARA MEMEGANG ALATAN ADALAH BERBEZA

BERDASARKAN ACARA.
CONTOH : LONTAR PELURU

- pegang dengan 5 jari - pegang dengan 3 jari - peluru dipegang dengan 3 jari tengah dan disokong oleh ibu jari dan jari kelinking

FASA SEDIA
BERDIRI DIKAWASAN LONTARAN PELURU DILETAKKAN DI ANTARA (LEHER & BAWAH TELINGA)

BERSENTUHAN
LENGAN TANGAN DIANGKAT HAMPIR MENDATAR DAN SIKU

DIKELUARKAN.
SEBELUM MELAKUKAN LONTARAN,TAHAN NAFAS DAN

TUMPUKAN PERHATIAN PADA BALINGAN.


BERSEDIA MELAKUKAN BALINGAN

FASA LUNGSURAN
TIADA LUNGSURAN BAGI GAYA LONTAR BERDIRI BAGI GAYA LUNGSUR SELANGKAH

- berat badan pada kaki kiri, kaki kanan digerakkan di bahagian tengah bulatan.
BAGI GAYA PERRY OBRIEN

- badan dalam keadaan condong. - kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri dihayunkan kehadapan seterusnya tendang kaki ke belakang. - kaki kanan mengelunsur ke tengah bulatan.

FASA LONTARAN
ALATAN HENDAKLAH DILONTARKAN DARI BAHU

SEBELAH TANGAN SAHAJA.


ALATAN YANG DILONTAR,TIDAK BOLEH DIRENDAHKAN. ANGGARAN LONTARAN DILAKUKAN PADA KEDUDUKAN

TANGAN ANTARA 40-43 DARJAH.


ALATAN HENDAKLAH DILONTARKAN TERUS KE

KAWASAN YANG TELAH DITETAPKAN.

FASA IKUT LAJAK


BERLAKU SELEPAS MELAKUKAN LONTARAN

FUNGSI UTAMA ADALAH BAGI MENGELAKKAN

KECEDERAAN.
KEGUNAANNYA UNTUK MENAMBAHKAN JARAK

BALINGAN.

GAYA LONTARAN (LEMPAR CAKERA)


TERDAPAT 2 JENIS GAYA LONTARAN

- GAYA BERDIRI
- GAYA ROTASI/BERPUSING

FASA LONTARAN (LEMPAR CAKERA)


Fasa Persediaan
Fasa Hayunan Awalan Badan Fasa Rotasi atau Berpusing Fasa Pelemparan Fasa Ikut Lajak dan Pemulihan

FASA PERSEDIAAN (ROTASI)


Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan Kawasan berdiri membelakangkan kawasan

pendaratan cakera.
Teknik memegang cakera adalah seperti untuk gaya

berdiri. Kaki berjarak seluas bidang bahu

FASA HAYUNAN AWAL BADAN


Badan direndahkan semasa melakukan hayunan

awalan.
Hayunan dilakukan seperti yang diterangkan dalam

gaya berdiri.
Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas julatnya

mengikut hayunan tangan yang memegang cakera

FASA ROTASI & BERPUSING


Apabila selesai hayunan terakhir, tubuh badan dikilaskan ke kiri

dengan berpaksi atas bebola kaki kiri.


Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan

jam sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan.


Selesai sahaja langkah ini, kaki kiri pula melangkah ke belakang

disusuli pusingan badan sambil peserta berpaksi di atas bebola kaki kanan.
Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah (selesai

tindakan berpusing), kaki kanan terus bergerak ke depan diikuti pusingan badan

FASA PELEMPARAN
Apabila selesai melakukan rotasi, tangan yang memegang cakera

hendaklah dihayun sampai ke aras bahu.


Peserta akan merasasi implimen logam cakera itu semakin

menekan di atas ruas jari. Pada ketika inilah cakera itu dilempar dengan tangan yang lurus dan jari-jari memutar cakera mengikut arah jam (clockwise) sebagai tindakan terakhir dalam melepaskan cakera.
Pastikan kedua-dua belah kaki membantu pelemparan dengan

menolak kuat ke atas tanah

FASA IKUT LAJAK & PEMULIHAN


Selepas cakera dilempar, tangan yang melempar itu

akan terus bergerak menyilang badan di aras leher dan kemudian membengkok di akhir pergerakannya.
Pada masa yang sama, kaki kanan akan ke

depan bulatan dan kaki kiri terangkat ke belakang.


Sambil mengimbangkan badannya, peserta terus

memerhati cakera hingga ia mendarat.

MEREJAM LEMBING

ALATAN
Maklumat Alatan Bahan Buatan

: Kayu / Besi / Logam Campuran Bahagian Lembing : Kepala (panjang), pegangan (grip), hujung/ekor (tajam)

Berat Lembing: 800g (kategori lelaki terbuka), 700g (kategori lelaki bwh 18 thn) 600g (perempuan)
Ukuran Bahagian Lembing: Kepala : 25cm -33cm Pegangan : 15cm 16cm (lelaki) 14cm 15cm (perempuan/lelaki bawah 18tahun)

FASA PERSEDIAAN
Fokus kepada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan

menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Teknik Pegangan Gaya Amerika Lembing dipegang di antara ibu jari danjari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain. Gaya Pegangan U Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

FASA LARI LANDAS


Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala. Tingkatkan kelajuan bagi mewujudkan daya pecut secara terkawal Langkah terakhir lebih besar daripada langkah langkah sebelumnya

dimana kedudukan badan sedikit menyeget.

Pada 3 hingga 4 langkah terakhir, kedudukan tangan yang memegang

lembing diluruskan kebelakang untuk mendapatkan momentum rejaman.

Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan

larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman

FASA REJAMAN
Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki kelembing

untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ketanah, kilaskan

badan ke sisi.

Kilaskan badan ke sisi dan belakang denganmenggunakan

tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang

Lembing ditarik kehadapan untuk melancarkan lembing.

Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman

FASA IKUT LAJAK


Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara

yang perlu diberiperhatian ialah:

Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapake hadapan dan mendarat dengan

sebelah kaki

Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi. Rendahkan badan bagi

mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan

Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan

bulatan

BALING TUKUL BESI

ALATAN
Buah tukul : Besi atau logam Garis pusat minimum : 110 mm untuk lelaki dan 95 mm untuk perempuan. Untuk kejohanan peringkat antarabangsa yang diiktirafkan berat bola ini ialah

7.26 kg : Lelaki Terbuka 5.45 kg : Wanita Terbuka


Dawai Dawai hendaklah terbentuk daripada seutas dawai keluli yang tidak bersambung dan tidak

kurang daripada 3 mm garis pusatnya. Dawai tersebut boleh digelungkan di kedua-dua hujungnya untuk tujuan menyambungkannya dengan bahagian tukul yang lain.

Pemegang Ia berbentuk tiga segi tiga dua sama atau sektor yang berbentuk bulatan dan tidak boleh meregang ketika dibaling. Sambungannya kepada dawai diperbuat sedemikian rupa adalah supaya tidak tergelincir atau berputar dalam cecincin tersebut atau pada dawainya yang boleh menambahkan panjang keseluruhan tukul.
Pemegang berbentuk lurus atau melengkok dengan lebar maksimum dalamnya 130 mm dan ukuran panjang dalamnya 110 mm.
Kekuatan minimum untuk pemegang terputus ialah 80 kn iaitu 800 kgf.

FASA BALINGAN TUKUL BESI


FASA PERSEDIAAN
FASA PUTARAN FASA ROTASI / PUSINGAN FASA BALINGAN

FASA PERSEDIAAN
Peringkat pertama dalam perlakuan membaling tukul besi

selepas seseorang itu bersedia ialah memegang tukul besi.

Peserta hendaklah mendapatkan pegangan yang selesa dan betul

pada bahagian pemegang yang disediakan. Untuk memulakan pegangan, peserta hendaklah berada pada kedudukan sedia di dalam bulatan balingan. lontaran berhampiran garisan belakang, dengan membelakangkan arah balingan. Akhir sekali, tumpukan perhatian dan konsentrasi pada tukul besi dan kawasan balingan.

Kedudukan statik yang mula-mula biasanya di belakang bulatan

FASA PUTARAN
Putaran yang dimaksudkan dalam acara baling tukul besi ialah pergerakan peserta

memutarkan tukul besi beberapa kali bagi mendapatkan kedudukan dan masa yang sesuai dan selesa untuk membuat balingan. Putaran juga dilakukan bagi mendaptkan rentak dan kelajuan awal sebelum mebuat balingan. menempatkan tukul besi yang selesa dalam pegangan tangannya pada kedudukan dibelakang kaki. pegangan tangan yang selesa. Tangan hendaklah diluruskan di hadapan tubuhnya sendiri.

Untuk melakukan putaran dengan cara yang betul, pertamanya, peserta mestilah

Kemudian, tukul besi diputarkan melintasi bahagia hadapan tubuh badan, dengan

Langkah yang seterusnya, peserta mestilah membengkokkan lengan untuk

mengembalikan tukul besi ke belakang kepalanya. Semasa dalam putaran, tukul akan bergerak meninggi ke sebelah kirinya dan menurun ke sebelah kanannya. Tukul besi haruslah mencapai kedudukan tertinggi pada bahagian belakang badan dan terendah di hadapannya. Tubuh badan digerakkan mengikut pergerakan putaran tukul bagi mendapatkan momentum yang betul.

FASA ROTASI/PUSINGAN
Setelah melakukan putaran dan kelajuannya semakin meningkat, kini

bersedia untuk melakukan putaran atau pusingan badan pula.

Jika dalam peringkat putaran, penekanan diberikan pada pergerakan

lengan bersama tukul. Di fasa rotasi, penekanan semasa memusing ialah pada kedudukan kaki dan badan peserta yang harus digerakkan besama putaran lengan dengan keseimbangan badan terus dikekalkan. memusing adalah pada badan bagi mengawal semasa berpusing.

Perlu diingat iaitu penahanan (pivot) adalah pada kaki, manakala Untuk melakukan pergerakan ini, pusingan badan harus dilakukan

mengikut rentak dan pergerakan dan gerakan tukul besi yang dipegang. Selain itu, peserta harus mengekalkan berat badan pada sebelah kiri, manakala tukul bergerak ke arah kaki kanan. Pada pusingan yang terakhir peserta sudah bersedia untuk membuat balingan.

FASA BALINGAN
Peringkat pergerakan dalam acara membaling tukul besi ialah

melepaskan tukul besi daripada pegangan tangan sebagai membuat lontaran, ke dalam kawasan pendaratan yang disediakan. dengan kelajuan pusingan berada di peringkat maksimum.

Balingan dibuat selepas peserta melepasi pusingan badan terakhir Kemudian, kaki kiri peserta debengkokkan sedikit sebagai persediaan

untuk balingan. Selain itu, peserta juga harus memasukkan tekanan tambahan pada tukul dengan bantuan kaki, pinggang, dada dan tangan sebagai persediaan akhirnya membuat balingan.

Untuk melakukan balingan, peserta haruslah mengikut arah yang

dikehendaki dengan melepaskan balingan pada pusingan badan dan tangan pada kelajuan yang paling maksimum. Akhir sekali, peserta mestilah memastikan keseimbangan badan terjamin tanpa menyebabkan pergerakan menjadi batal.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai