Anda di halaman 1dari 2

Panel 3 1. Bolehkan anda menerangkan lebih lanjut tentang pengaruh keluarga kepada perkembangan kognitif kanak-kanak?

Sebenarnya, adik beradik juga akan mempengaruhi perkembangan kognitif kanakkanak. Jika seseorang itu mempunyai seorang abang yang rajin belajar, dia juga akan terikut-ikut dengan sifat baik ini. Jika abangnya merupakan seseorang yang malas, maka abang tersebut akan mengajak adiknya untuk bermain. Secara langung, abang tersebut akan memberi impak yang besar terhadap perkembangan kognitif adiknya.

2. Rakan sebaya merupakan antara satu daripada faktor yang akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Bagaimana pula dengan seseorang kanak-kanak yang tidak mempunyai rakan? Jika keadaan ini berlaku ke atas seseorang kanak-kanak, ia adalah satu perkara yang amat tidak baik dan harus dipandang serius. Kenapa saya berpandangan demikian? Sejak dulu lagi, manusia memang hidup secara bermasyarakat. Seseorang yang tidak dapat bergaul dengan masyarakat akan menyebabkan perkembangannya terbantut. Jika ibu bapa mendapati anak-anak tergolong dalam golongan ini, mereka seharusnya membawa anak-anak ini ke kawasan yang boleh berlakunya interaksi dengan sosial seperti taman atau tapak permainan supaya anak-anak ini dapat mengubah sikap.

3. Guru memainkan peranan penting dalam proses membantu kanak-kanak memperkembangkan kemahiran kognitif. Bolehkan anda memberikan satu situasi yang lebih jelas tentang ulasan tersebut? Terdapat guru yang tidak mengambil berat tentang tahap kebolehan murid-murid yang menyuruh murid-murid membuat kerja rumah yang melebihi batasan mereka. Cara ini sebenarnya tidak membantu langsung untuk membantu murid-murid memperkembangkan kebolehan mereka. Keadaan yang sebaliknya berkemungkinan berlaku iaitu murid-murid kehilangan minat untuk belajar.

4. Golongan kanak-kanak dikatakan bahawa mudah dipengaruhi oleh media massa. Kenapa dan bagaimana hal ini mempengaruhi perkembangan kanak-kanak?

Kanak-kanak memang mudah terikut-ikut dengan watak-watak yang terdapat dalam rancangan televisyen terutamanya watak-watak karton. Jika watak karton yang sering dilihat adalah watak yang sering membantu orang lain seperti Doraemon, maka kanak-kank golongan ini berkemungkinan juga akan mengamalkan sifat murni tersebut.

5. Bolehkah saya meminta anda untuk menerangkan lebih lanjut tentang pengaruh kebudayaan masyarakat terhadap perkembangan kanak-kanak? Budaya mayarakat memang akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Jika kanak-kanak berlahir di masyarakat yang mementingkan pelajaran, maka kanakkanak ini akan mendapat didikan sejak awal lagi. oleh itu, golongan ini pasti mempunyai perkembangan kognitif yang lebih baik daripada yang lain.

6. Adakah lagi faktor-faktor lain yang akan memberi pengaruh terhadap perkembangan kanak-kanak selain daripada faktor-faktor yang disebutkan tadi? Satu lagi faktor yang tidak disebutkan tadi ialah taraf sosio-ekonomi. Jika kanakkanak itu dilahirkan di keluarga yang disanjung tinggi maka dia akan dihormati oleh masyarakat. Kanak-kanak ini akan mempunyai semangat yang lebih tinggi untuk memperkembangankan kebolehan diri dan lebih mudah untuk mendapat bantuan orang lain. Golongan ini pastilah akan mempunyai perkembangan yang lebih baik daripada kanka-kanak yang lain.

Anda mungkin juga menyukai