Anda di halaman 1dari 5

~Hadirnya cinta(sambungan)~

Amina dan Yati membonceng motosikal lama milik Yati peninggalan arwah ayahnya menuju ke Pekan Wakaf Che Yeh. Yatilah yang sentiasa menjadi peneman setia Amina kemana sahaja arah yang ingin dituju Amina. "Aku harap,aku dapatlah sambung belajar tempat yang aku nak pergi",kata Yati pada Amina. "InsyaAllah.Kau dapatnya belajar tempat yang kau mohon. Result kau,kan gempak. Lainlah macam aku ni. Tengok nasib je lah ",Balas Amina. "Kau ,pasti dapat tempat yang elok juga sebab, keputusan SPM kau pun,elok juga", getus Yati. "Amin",sampuk Amina dengan nada yang rendah. Sesampai di kedai komputer yang menyediakan perkhidmatan internet, Amina dan Yati mengambil tempat sebelah menyebelah. "Alhamdullilah. Aku dapat sambung belajar di Matrikulasi Kedah ",jerit Amina riang. "Kau,macam mana Yati",tanya Amina kepada Yati. "Aku tak dapatlah pergi oversea. Tapi aku cuba buat rayuan. Aku cuma dapat pergi asasi UM", balas Yati dengan nada yang sedih. "Alhamdullilah. Kalau jangan bersedih lah. Aku gembira untuk kau,sebab akhirnya kita dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan tak perlu nak nyusahkan ibu bapa kita untuk belanja sekolah kita lagi", kata Amina memberikan kata-kata motivasi buat Yati yang tengah bersedih dengan keputusan yang baru diperolehinya. Barulah terukir sedikit senyuman dibibir Yati. Mereka bergegas keluar dari kedai komputer dan pulang ke rumah masing-masing untuk memaklumkan keputusan yang baru diketahui kepada keluarga mereka. Amina mencari-cari dan memanggil ibunya setelah menjejakkan kaki di perkarangan rumah. "Assalamu'alaikum,mak. Mak!Ooo.. Mak! ",Panggil Amina.

"Wa'alaikumussalam. Iya Amina", Jawab Mak cik Zainab menjawab panggilan anaknya. "Apa yang kecok-kecoh ni sayang", Tanya Mak cik Zainab kepada Amina. "Mak, Amina dapat sambung belajar di Matrikulasi Kedah. Semua perbelanjaan di sana,akan ditanggung oleh pihak kerajaan. Kita cuma perlu membayar yuran pendahuluan sahaja sebanyak RM500", Beritahu Amina kepada emaknya. "Alhamdullilah. Akhirnya dapat juga kau sambung belajar,Amina. Abah kau pasti gembira mendengar berita ini", Kata Mak cik Zainab dengan nada kegembiraan. Kelihatan seri kegembiraan dalam keluarga Amina dengan berita yang baru diperolehi itu. Kelihatan kegembiraan terpancar di wajah Mak cik Zainab dengan berita yang disampaikan oleh Amina sebentar tadi. Dalam sekelip mata, Mak cik Zainab hilang dari pandangan mata Amina. Mak cik Zainab ingin segera menyampaikan berita gembira kepada suaminya yang berada di kebun tebu yang tidak jauh dari rumah mereka. "Bang,bang!Ooo..bang!",Panggil makcik Zainab. Kat mana pula orang tua ni. ",getus mak cik Zainab dalam hatinya. "Iya,maknya. Saya disini", Balas Pak cik Rahim. "Apa yang penting sangat ni,sampai awak mencari saya ke sini? Dah balik Amina?", Tanya Pak Rahim kepada isterinya. "Saya datang sini,nak bagitau berita tentang Amina lah ni",Jawab Mak cik Zainab dengan nada kepenatan. "Amina dapat sambung belajar di Matrikulasi. Dia akan daftar pada hujung minggu depan. Jadi kita kena buatlah persiapan mana yang patut untuk Amina", Sambung Mak cik Zainab. "Alhamdullilah. Baguslah tu. Awak buatlah persiapan mana yang patut. Saya nak panggilkan Tok Imam dan orang kampung untuk solat hajat dan baca Yassin bagi keselamatan Amina ,semoga selamat perjalanan dan belajar dengan cemerlang di sana", Kata Pak Rahim.

"Baiklah,bang",Jawab Mak cik Zainab. Mak cik Zainab amat kenal dengan suaminya. Kakak Amina yang sedang belajar di Asasi UM juga diadakan solat hajat sebelum anaknya itu berangkat ke sana. Amina sangat senang melihat kegembiraan kedua orang tuanya. Malamnya,Amina menunaikan dua rakaat solat syukur di atas kurniaan Allah kepadanya. Walaupun keputusan yang diperolehi tidak segempak kawan-kawan lain,yang dapat melanjutkan pelajaran ke Oversea, namun dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah kepadanya. Selepas menunaikan solat Insyak, Amina sempat membaca surah al-Mulk sebagai amalan tambahan pada hari itu sebelum dia melelapkan mata. Pada ayat terakhir bacaan, Amina dapat melihat susuk tubuh ibunya mendekati dirinya. Selepas menghabiskan ayat terakhir, ibunya merenung Amina dengan kasih sayang. Ibu Amina duduk di birai katil sambil memerhatikan Amina yang sedang melipat telekung sembahyang. Selesai melipat telekung,Amina duduk bersebelahan ibunya. "Ibu,kenapa saya lihat wajah ibu sayu sahaja. Ibu janganlah bersedih. Amina janji,tiap-tiap kali cuti,Amina akan pulang ke kampung", kata Amina kepada ibunya. "Amina, ibu mana tak sedih terpaksa berpisah dengan anak kesayangannya. Ibu tak pernah berpisah dengan Amina sebelum ini. Ibu harap Amina jaga diri,jangan lupakan ibu dan ayah di kampung", jawab ibunya dengan nada yang sayu. Amina cuba menahan sebak di dada. Di tahan air mata yang bila-bila masa hanya tunggu gugur sahaja. "Ibu, Amina akan sentiasa jaga diri dan ingat pada mak,ayah ,kakak dan keluarga kita di kampung", jawab Amina dengan dada yang sebak. "Jangan tinggal solat dan mengaji alquran", sambung ibu Amina. "Mak ada hadiah yang tak seberapa untuk diberikan kepada Amina", Mak cik Zainab menghulurkan bungkusan yang dibalut kemas kepada Amina. "Terima kasih mak. Mak dah banyak beri hadiah pada Amina. Mak tak perlu beri apaapa pada Amina. Amina tak nak nyusahkan mak dan ayah lagi",Amina menyambut pemberian maknya dengan lemah.

"Mak ikhlas,hadiahkan utk Amina. Lagipun Amina dah lama minta dengan mak untuk belikan .Jadi mak hadiahkan buat Amina",Jawab ibunya. Selepas maknya meninggalkan Amina seorang diri,Amina membuka perlahan-lahan dan dengan cermat bungkusan yang diberikan maknya sebentar tadi. Mengalir air mata amina yang ditahan sejak dari tadi. Tak sanggup rasanya,untuk mengalirkan air mata di hadapan ibunya. Dia tidak mahu menambah kesedihan ibunya. Rupa-rupanya, ibunya senyap-senyap pergi ke pekan pagi semalam,sematamata untuk membelikan telekung solat buat dirinya. Sudah lama, Amina meminta emaknya membelikan telekung solat baru buat dirinya. Telekung lamanya telah lusuh. Memandangkan kekurangan duit, mak cik Zainab tidak dapat memenuhi permintaan anaknya. Amina memahami masalah kewangan ibu bapanya. Amina tidak pernah memaksa ibu bapanya memenuhi keinginannya. Mak cik Zainab sudah lama menabung duit jualan kelapa dan sayur untuk membeli telekung buat Amina. Amina tahu emaknya,suka menabung tapi satu perkara yang Amina tidak tahu iaitu emaknya menggunakan sebahagian duit tabungan itu untuk membeli telekung buatnya. Malam sudah lewat. Amina tidak ingin mengganggu ibunya. Ibunya pasti sudah penat setelah seharian menguruskan rumah dan menolong abahnya berkebun. Amina sempat menghubungi kakaknya, Hafsah yang sedang menuntut di Asasi UM untuk memaklumkan berita gembira itu menggunakan telefon bimbit yang dihadiahkan oleh kakaknya pada hari jadinya tahun lepas. "Hello.Assalamu'alaikum,Haf. Apa khabar?Mak, ayah dan adik sihat-sihat saja",Tanya Amina kepada kakaknya. "Wa'alaikumussalam. Kakak sihat saja. Adik kakak,buat apa belum tidur malammalam ni", Jawab Hafsah dengan nada gembira mendapat panggilan adiknya. Hafsah sangat menyayngi dan mengambil berat akan Amina kerana Amina satu-satu adik beradiknya. "Cuba teka. Kenapa saya telefon,kakak malam macam ni", seloroh Amina. "Pasti ada perkara penting. Kalau tak,pasti adik tak call kak,malam-malam ni kan",seloroh Hafsah dengan adiknya.

Amina jarang-jarang menelefon kakaknya. Dia tak ingin menyusahkan ibu dan ayahnya untuk membelikan top up telefon bimbitnya. Kebiasaanya,Hafsah yang akan menghubungi Amina . Amina tidak ingin lagi menimbulkan tanda tanya kepada kakaknya;" Amina dapat sambung belajar kat kolej Matrikulasi Kedah !",bagitau Amina dengan nada gembira dan separa menjerit kegembiraan. "Alhamdullilah",balas Hafsah. "Nanti belajar rajin-rajin. Kalau ada rezeki, datang sambung belajar tempat kakak pula buat degree",sambung Hafsah. "Terima kasih,kak." Jawab Amina. Amina tahu,kakaknya adalah salah seorang pembakar semangatnya untuk belajar memburu cita-cita. Kakaknya sentiasa memberikan kata perangsang buat dirinya untuk belajar lebih tinggi dan mengharumkan nama keluarga. Akhirnya Amina terus terlelap selepas berborak dengan kakaknya dalam talian telefon. SAMBUNGAN

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda dalam sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri,Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD Unisel. Lawati blog , http://yummieislam.blogspot.com .EMEL:yummie_mariam@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai