Anda di halaman 1dari 3

Titipan hidayah Oleh: Yummie Marlina berada di padang yang luas sambil memerhatikan burung berkicauan, langit yang

tinggi, awan yang bergumpalan. Subhanallah,betapa indah alam ciptaanMu ya Allah terdetik dalam hati kecil Marlina. Marlina sangat gemar memerhatikan alam ciptaan Allah SWT kerana semua itu dapat mendekatkan dirinya kepada Allah swt. Dia adalah seorang gadis yang tidak bersekolah dalam sekolah aliran agama ,hanya bersekolah kebangsaan, namun hidayah Allah swt itu tidak mengira siapa gerangannya. Marlina bukan sahaja sentiasa membaca alquran dalam kehidupan seharian-harian malahan menghayati dan sedaya upaya mengamalkan suruhan Allah swt yang terkandung dalam qalamNya. Firman Allah swt: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tandatanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Ali 'Imran;ayat 190-191) Subhanallah, ayat alquran ini amat menyentuh hati Marlina. Setiap kali, dia keluar dari rumahnya ,dia akan memerhatikan apa sahaja ciptaan Allah swt di jalanan iaitu binatang-binatang kecil, langit, awan, pokokpokok. Semua itu dirasakan betapa hebatnya kuasa Allah menciptakan semua itu. Terasa kerdilnya diri ,seorang hamba yang sentiasa melakukan dosa. Matanya ditahan dari melihat perkara-perkara yang diharamkan. Jika matanya terpandang perkara-perkara yang tidak diizinkan oleh Allah swt,hatinya beristigfar. Di padang itu, Marlina kembali mengimbau kisah hidupnya 10 tahun yang lalu,ketika itu umurnya semakin menginjak dewasa. Alhamdullilah, Marlina diberi peluang untuk merasa apa yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW iaitu sebagai penternak kambing. Marlina mempunyai beberapa ekor biri-biri ketika itu dan dia yang menjaga biri-biri memandangkan ibunya bekerja di luar. Tiap-tiap petang Marlina membawa biri-biri ke padang agar biri-biri dapat menikmati rumput yang lebih segar . Disaat ini, Marlina belum mengenal apa erti Islam yang sebenar. Marlina saat itu hanyalah seorang kanak-kanak yang dibesarkan dengan ilmu yang sedikit tentang agama yang dianuti. Apa yang diketahuinya, orang yang beragama islam perlu menunaikan solat 5 waktu, berpuasa, pergi haji. Jika tidak menunaikan solat dan tidak berpuasa akan berdosa. Tapi,dia tak tahu kenapa perlu dilakukan semua itu. Jika dia solat, dia solat kerana apa yang dia pelajari orang Islam perlu solat. Ketika berada di padang, Marlina sangat gemar memerhatikan gumpalan awan dan langit yang tinggi. Ketika itu, tidak terdetik dihatinya kekuasaan Allah. Apa yang menarik pada Marlina, adalah begitu indahnya alam ini. Betapa indahnya langit yang biru dan gumpalan-gumpalan awan. Marlina mempelajari ilmu agama Islam hanya di sekolah iaitu subjek Pendidikan Islam. Ibu bapanya tidak mengajar secara formal tentang Islam. Hanya sekadar nasihat agar solat, hormat orang tua, mengaji alquran, puasa. Marlina tidak pernah membuka satu alquran terjemahan yang lengkap dimana didalamnya terkandung tentang kebesaran Allah swt, suruhan dan laranganNya, kisah-kisah para nabi dan semua aspek kehidupan.

Alhamdullilah, Marlina menerbitkan rasa syukur yang terpendam di dalam hatinya. Walaupun dia tidak dibesarkan dalam keluarga yang alim, namun hidayah Allah swt mengetuk hatinya ketika dia berumur 19 tahun. Walaupun begitu, keluarganya masih menerapkan ajaran Islam dalam membesarkan anak-anak iaitu ibu bapa Marlina memastikan Marlina dan kakaknya khatam alquran ketika berusia 13 tahun. Sebagaimana kisah-kisah muallaf yang mendapat hidayah melalui qalam Allah swt. Tidak banyak yang berbeza hidayah mengetuk hati Marlina iaitu melalui qalam terjemahan. Marlina menemui, membaca,menghayati alquran terjemahan ketika dia berumur 19 tahun. Ketika itu, Marlina menyambung pengajian di Matrikulasi. Surau adalah salah satu tempat yang sentiasa dikunjungi Marlina memandangkan aktiviti-aktiviti ceramah juga sentiasa diadakan oleh pihak pengurusan kolej bagi memastikan para pelajar mempunyai pengisian rohani yang cukup sebelum menjejak kaki ke institut pengajian tinggi. Marlina masih ingat, semakin direnung dan dihayati qalam Allah, semakin Marlina insaf betapa banyak dosa yang dilakukan dari umurnya baligh sehingga 18 tahun. Titik demi titik air mata Marlina mengalir, hidayah mengetuk hati Marlina. Marlina insaf,kembali kepada Islam yang sebenar. Alhamdullilah, Marlina sentiasa bersyukur kerana Allah swt memilih dirinya salah seorang yang menerima hidayah itu. Selepas saat itu,Marlina tidak lagi meninggalkan amalan mengaji alquran berserta terjemahan. Sehari ditinggal ibadat ini, hatinya tidak keruan. Dia terlalu merindui qalam Allah beserta ajaranajaran,nasihat-nasihat,larangan-larangan, janji Syurga, Kebesaran-kebesaran Allah swt, dan semua apa yang terkandung didalamnya. Marlina tidak sedar yang dia telah jatuh cinta pada qalam Allah swt. Apalagi pada Penciptanya iaitu Allah swt. Marlina dibesarkan dalam keluarga yang diuji dimana ibu bapa Marlina berpisah sedari dia berumur 12 tahun. Marlina menginjak dewasa tanpa kasih sayang sebenar seorang ayah. Apalagi Marlina seorang anak perempuan. Tercetus rasa cemburu apabila seringkali mendengar cerita daripada sahabat handai menceritakan betapa akrabnya mereka dengan bapa kandung mereka. Marlina hanya insan biasa. Fitrah seorang anak ingin disayangi oleh darah dagingnya. Marlina beristigfar, tidak ingin syaitan menguasai sekeping hati dimana tempat jatuh pandangan Allah swt. Kehidupan yang dilalui Marlina membuatkan dirinya berusaha mencari cinta yang abadi. Marlina sedar, cinta insan adakala menyakitkan. Marlina tersedar yang selama ini ,dirinya telah jatuh cinta pada Pencipta dirinya kerana itu dia sangat menyintai qalam Allah SWT. Satu perkara yang adakala buat dirinya lupa dan lalai, godaan syaitan untuk menyesatkan dirinya. Tidak sempurna cintanya pada Allah swt jika dirinya tidak menyintai Rasullulah SAW. Subhanallah, terima kasih Allah swt ucap Marlina di bibirnya kerana Allah swt memperingatkan Marlina melalui program-program yang diikuti, buku-buku agama yang dibaca ,tazkirah dalam tv dan tazkirah sahabat-sahabat di facebook. Meningkat umur ,Marlina sedar yang dirinya memerlukan pengdamping dirinya iaitu pasangan halal buat dirinya. Namun, Allah swt menentukan apa yang terbaik untuk dirinya. Walaupun umur Marlina semakin meningkat, Allah menentukan belum tiba masanya Marlina mendirikan rumahtangga. Marlina terus berusaha membuktikan cintanya kepada Allah swt dengan berdakwah dijalan Allah swt, bertahajjud, solat sunat taubat, solat istikarah, melakukan kebaikan ,melakukan segala suruhan Allah swt dan meninggalkan laranganNya. Marlina yakin pada janji Allah swt, insan yang baik adalah untuk orang yang baik juga. Walaupun umurnya semakin meningkat, marlina terima dan redha di atas segala ketentuan Allah swt buat dirinya kerana dia yakin ,Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik buat dirinya.

Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda sains (Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri, Universiti Selangor. Penulis adalah Exco Pembina GPTD Unisel. Lawati blog http://yummieislam.blogspot.com . EMEL:yummie_mariam@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai