Anda di halaman 1dari 17

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

BIODATA

Nama Umur Jantina Tarikh lahir Agama Darjah Sekolah Hobi

: Arvin A/L Kannusamy : 12 tahun : Lelaki : 29.10.2000 : Hindu : 6U

(Nama dalam Bahasa Cina)

: SJKC Chung Hwa 3, Perai : Bermain badminton dan membaca buku cerita

2.1

Dari aspek sosio-emosi, apakah pandangan murid terhadap aspek penggunaan bahasa ibundanya semasa murid berinteraksi
1

dengan rakan sebayanya dari kaum yang berlainan.

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

Guru : Arvin : Guru : Arvin : Guru : Arvin :

Selamat pagi, Arvin. Selamat pagi, cikgu. Arvin, bolehkah cikgu bertanya beberapa soalan kepada Arvin? Boleh, cikgu. Silakan. Mengapakah kamu memilih untuk belajar di SJKC tetapi bukan SJKT? Ini adalah kerana ibu bapa saya menginginkan saya belajar bahasa Mandarin yang lebih luas penggunaannya berbanding dengan bahasa Tamil. Ibu bapa saya juga lebih suka dengan sistem pendidikan di SJKC dan mereka berasa guru di SJKC lebih komited, berdedikasi dan sentiasa menitikberatkan kemajuan serta prestasi murid.

Guru : Arvin : Guru : Arvin :

Apakah perasaan kamu belajar di SJKC? Saya berasa gembira belajar di SJKC. Mengapakah kamu berpendapat demikian? Ini adalah kerana guru di sekolah ini baik. Saya juga dapat berkawan dengan rakan yang berbilang kaum.

Guru : Arvin :

Adakah kamu menghadapi masalah untuk bergaul dan berkawan dengan murid-murid dalam kelas yang kebanyakannya kaum Cina? Mula-mulanya, saya bergaul dengan rakan menggunakan Bahasa Inggeris bercampur dengan Bahasa Mandarin. Tetapi sekarang saya dapat bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih. Saya tidak dapat menggunakan bahasa ibunda saya untuk bergaul dengan mereka kerana mereka tidak boleh berbahasa Tamil.

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

Guru : sekolah? Arvin :

Maksudnya, kamu tidak menggunakan bahasa ibunda kamu di Ada juga. Kadang kala saya akan bertutur dalam bahasa Tamil dengan kawan yang berbangsa India.

Guru : Arvin :

Bagaimana pula dengan kawan yang berbangsa Melayu? Apakah bahasa yang kamu guna semasa bergaul dengan mereka? Mengapa? Kami menggunakan bahasa Mandarin. Ini adalah kerana bertutur dalam bahasa Mandarin telah menjadi kebiasaan kami di sekolah.

Guru : Arvin :

Pada pendapat kamu, penguasaan bahasa Mandarin kamu lebih baik atau penguasaan bahasa Tamil? Dari segi pertuturan, saya dapat bertutur dalam bahasa Tamil dengan lebih baik kerana saya menggunakan bahasa ini sejak kecil lagi. Saya bertutur dalam bahasa Tamil dengan ibu bapa saya. Tetapi dari segi penulisan pula, penguasaan bahasa Mandarin saya adalah lebih baik kerana saya dapat membaca dan menulis dalam Bahasa Cina tetapi tidak dapat membaca dan menulis dalam bahasa Tamil.

Guru : Arvin :

Apakah pendapat kamu tentang orang India yang tidak boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Tamil? Saya berasa agak sedih juga tentang kejadian ini tetapi adalah susah bagi saya untuk belajar menulis dan membaca dalam Bahasa Tamil sekarang. Lagipun, peluang penggunaan bahasa Tamil di negara ini dan luar negara adalah terhad. Ibu bapa saya bercadang untuk mengajar saya tulisan Tamil selepas peperiksaan UPSR nanti.

2.2

Apakah usaha yang pernah dilakukan oleh murid berkenaan untuk berkongsi pengetahuannya berkaitan dengan pantang larang/ kepercayaan kaumnya.
3

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

Guru : Arvin :

Sepanjang beberapa tahun kamu belajar di SJKC, adakah kamu faham dengan pelbagai pantang larang dan budaya orang Cina? Ya. Saya tahu bahawa orang Cina dilarang menyapu lantai pada hari pertama Tahun Baru Cina kerana ini akan membuang segala keuntungan yang ada. Saya juga mendapat angpau apabila melawat ke rumah kawan pada Tahun Baru Cina. Di samping itu, setiap murid akan mendapat limau yang dihadiahi oleh PIBG sekolah sempada Tahun Baru Cina.

Guru :

Pada pendapat kamu, apakah benda yang kamu pelajari melalui aktiviti-aktiviti sekolah yang membolehkan kamu lebih memahami kebudayaan dan kesenian tradisional orang Cina?

Arvin :

Melalui aktiviti-aktiviti sekolah seperti Karnival Tahun Baru Cina, Pertandingan Menulis Kaligrafi dan Kelab Wushu, banyak perkara yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari cara membuat tanglung dan menghayati kesenian kaligrafi. Sebagai ahli Kelab Wushu, saya rasa wushu adalah seni mempertahankan diri yang paling menarik untuk dilihat, dirasai, dan akhirnya diamalkan.

Guru : Arvin :

Adakah kawan-kawan kamu yang berbangsa lain faham dengan pantang larang orang India? Saya rasa mereka sebanyak sedikit faham juga sebab kami belajar budaya pelbagai kaum melalui mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik.

Guru : Arvin :

Adakah kamu berkongsi pengetahuan kamu tentang pantang larang atau kepercayaan orang India dengan kawan-kawan? Ya. Kadang-kadang kawan-kawan saya akan bertanya saya tentang

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

sejarah parayaan Deepavali. Saya akan memberitahu mereka bahawa Deepavali dirayakan sebagai tanda kegembiraan dan kemenangan kaum India atas kematian seorang raja yang disifakan sebagai jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Guru : Arvin : Apakah yang akan kamu lakukan pada hari Deepavali? Kami sekeluarga akan bangun awal iaitu sebelum matahari terbit. Saya akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Selepas itu, kami sekeluarga akan pergi ke kuil untuk menjalankan upacara sembahyang. Selepas bersembahyang, kami akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan 'Prasad' sebelum pulang ke rumah untuk menikmati juadah. Guru : Arvin : Adakah kamu menjemput kawan-kawan pergi ke rumah kamu pada hari perayaan? Tentu ada, cikgu. Saya menghidangkan pelbagai jenis makanan tradisional seperti muruku, halwa dan payasam untuk melayan mereka. Guru : Selain Deepavali, apakah pantang larang atau kepercayaan kaum India yang pernah kamu kongsi dengan kawan-kawan yang berbangsa lain di sekolah? Arvin : Ada. Saya pernah menjemput kawan-kawan ke rumah saya untuk mengahdiri jamuan perkahwinan abang saya. Mereka berasa minat melihat upacara-upacara yang dijalankan.

Guru : Arvin :

Bolehkah kamu bercerita sedikit tentang pantang larang orang India semasa Perkahwinan? Semasa merisik, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta dalam

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

rombongan kerana dianggap tidak sopan. Selain itu, jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu kerana agama Hindu melarang makan daging lembu. Guru : Arvin : Begitu rupa-rupanya. Terima kasih Arvin kerana sudi menerima temubual saya. Sama-sama, cikgu.

Sesi Temu Bual Di Bilik Darjah 6U, SJKC Chung Hwa 3

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

2.3

Senaraikan

lima

usaha

anda

untuk

mengatasi

masalah

pemahaman penggunaan bahasa ibunda murid berkenaan oleh rakan sebayanya.


7

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

Pengenalan Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia. Kebanyakkan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme dan Kristian serta berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakkannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas. Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Kepelbagaian kaum ini juga mengundang kepada kepelbagaian dan keunikan budaya yang terdapat di negara ini.Kurikulum sekolah yang dibentuk dalam sistem pendidikan di negara kita adalah berorientasikan Malaysia bagi tujuan memupuk nilai-nilai kemalaysian. Justeru, sekolah sebagai sebuah institusi memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

Usaha Untuk Mengatasi Masalah Pemahaman Penggunaan Bahasa Ibunda Murid India Oleh Rakan Sebayanya

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

Pada masa kini, bukan sahaja kaum Cina yang menghantar anak-anak mereka ke SJKC. Malahan, kaum-kaum lain juga telah memilih untuk menghatar anak-anak mereka ke SJKC untuk mempelajari Bahasa Mandarin. Oleh itu, muridmurid di SJKC terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, India, Siam dan lain-lain. Untuk mengatasi masalah pemahaman penggunaan bahasa ibunda murid India berkenaan oleh rakan sebayanya, seseorang guru harus terlebih dahulu memahami sedikit sebanyak tentang Bahasa Tamil. Tamil ( tami) merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam keluarga bahasa Dravidian. Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil di India selatan dan Sri Lanka, bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di negara lain. Sebagai salah satu di antara bilangan kecil bahasa klasik yang tinggal di dunia, bahasa Tamil mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar dilunturkan sejak lebih dua alaf. Tulisan bahasa Tamil memang sedikit perubahannya sepanjang tempoh tersebut. Kesannya, kesusasteraan klasik banyak diterapkan dalam pertuturan harian seperti kesusasteraan moden. Murid-murid sekolah Tamil, contohnya, masih diajar aksara-aksara Tamil melalui kaedah tticdi, kaedah rima abjad yang direka kira-kira pada abad pertama Masihi. Usaha-usaha untuk mengatasi masalah pemahaman penggunaan bahasa ibunda murid berkenaan oleh rakan sebayanya adalah seperti berikut: 1. Menggalakkan murid-murid belajar bahasa Tamil. Walaupun bahasa Tamil biasa digunakan oleh orang India, sebagai seorang anak Malaysia adalah wajar untuk belajar bahasa ini kerana keunikan negara kita yang berbilang kaum. Sebagai contoh, ramai orang India di Ipoh pandai bercakap dalam bahasa Kantonis. Ada juga orang Melayu yang pandai bertutur dalam bahasa Hokkien. Tetapi, jarang orang Cina atau orang Melayu yang pandai bertutur dalam bahasa Tamil. Oleh itu, saya akan menggalakkan murid-murid dalam kelas belajar bahasa Tamil daripada Arvin.

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

2.

Menggalakkan penggunaan bahasa Tamil dalam kelas. Apabila murid-murid telah belajar bahasa Tamil daripada Arvin, saya akan menggalakkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut dalam kelas. Ini dapat dilakukan dengan bercampur bahasa Tamil semasa memberikan arahan kepada murid untuk melakukan sesuatu.

3.

Membuat kepelbagaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru mesti kreatif semasa menjalankan P&P dalam kelas dengan merancang pelbagai aktiviti yang menarik untuk menarik minat murid untuk belajar. Dalam proses P&P, saya akan bertanya kepada Arvin tentang sebutan beberapa perkataan dalam bahasa Tamil dan meminta murid-murid mengikut sebutan tersebut. Murid-murid akan berasa seronok semasa P&P di samping dapat mempelajari sesuatu bahasa baru.

4.

Menggalakkan murid-murid mendengar lagu India. Semasa P&P Muzik dijalankan, seseorang guru boleh memberi murid-murid dengar lagu India selain lagu Cina dan Melayu. Guru juga boleh menggalakkan murid-murid untuk cuba menyanyi lagu-lagu tersebut. Ini sedikit sebanyak dapat meninggikan penguasaan murid dalam bahasa tersebut. Guru juga boleh meminta Arvin menjelaskan maksud lirik lagu supaya murid-murid faham dengan apa yang dinyanyikan.

5.

Sensitif dengan tabiat dan perangai pelbagai bangsa dan penyataan yang dinyatakan dalam kelas. Seseorang guru perlu menjaga sensitiviti sesuatu kaum contohnya tidak menyatakan hitam seperti orang India kerana hal ini akan membuatkan orang India protes dan perpaduan kaum akan musnah. Ini juga akan menimbulkan pandangan negatif murid-murid terhadap orang India yang menyebabkan mereka tidak berminat untuk belajar bahasa Tamil. Guru yang cemerlang
10

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

akan melahirkan pelajar yang cemerlang apabila melahirkan nilai-nilai kasih sayang dan nilai moral yang baik dalam diri pelajar. 6. Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu etnik. Di Malaysia, guru perlu mengetahui bagaimana kedatangan sesuatu kaum di Malaysia seperti Cina, India dan Melayu atau kaum-kaum lain yang berkaitan dengan sejarah, latar belakang, budaya, cara hidup kaum tersebut. Selaian itu, seseorang guru haruslah memahami setiap budaya pelajar yang wujud di dalam sesebuah sekolah supaya dapat menyatukan pelajar yang pelbagai budaya di dalam sesebuah bilik darjah dan mengelakkan berlakunya perkauman di dalam bilik darjah. Walaupun seseorang pelajar itu lain agama atau kaum tetapi guru perlu memberikan perhatian yang sama rata buat semua pelajarnya tanpa mengira latar belakang. Di samping itu, seseorang guru mestilah mendalami budaya etnik sendiri. Dengan kelebihan yang ada, kita boleh menceritakan kepada pelajar kelebihan-kelebihan etnik kita dan akan dapat menambah pengetahuan mereka. 7. Gunakan teknik belajar bekerjasama dan kerja berkumpulan untuk memperkenalkan bangsa dan integrasi kaum di dalam sekolah dan kelas. Dengan adanya aktiviti kerja berkumpulan, mereka dapat mengenali dengan lebih dekat lagi rakan-rakan mereka yang dari pelbagai kaum.

Kesimpulan Pada masa kini, pelajar di SJKC bukan sahaja terdiri daripada murid Cina tetapi terdiri daripada berbilang kaum. Keadaan ini sama juga di SK di mana terdapat juga murid Cina dan India. Oleh itu, ramai orang Melayu dan orang India yang boleh bertutur dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Tetapi jarang ada orang Melayu dan orang Cina yang boleh bertutur dalam Bahasa Tamil. Adakah ini

11

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

disebabkan penggunaannya tidak meluas dan menyebabkan jarang ada orang yang berminat untuk belajarnya? Sebagai seorang anak Malaysia, saya rasa adalah patut bagi kita untuk menguasai ketiga-tiga bahasa kaum utama di negara ini, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bagi sesebuah kelas yang terdiri daripada murid yang berbilang kaum, adalah merupakan satu peluang yang baik bagi murid-murid untuk belajar pelbagai bahasa dan budaya. Sebagai contoh, Arvin yang merupakan murid India di SJKC memang jarang mempunyai peluang untuk bertutur dalam bahasa Tamil dengan rakan sebayanya kerana rakan-rakannya tidak boleh bertutur dalam bahasa tersebut. Sebagai seorang guru, kita boleh mengambil peluang ini untuk menggalakkan murid-murid belajar bahasa Tamil daripada kawan-kawan India. Ini akan membolehkan murid-murid menggunakan bahasa Tamil semasa bertutur dengan kawan yang berbangsa India. Tugas seorang guru bukan sahaja mendidik dan melaksanakan

tanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebanar terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah yang mana pada suasana kini pelajar yang wujud adalah datang dari pelbagai latar budaya antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi kelurga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal, tingkah laku dan sosial. Secara kesimpulannya, keplabagaian pelajar, gaya pembelajaran, dan budaya meruapakan 3 aspek penting serta secara tidak lansung menjadi cabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru perlu kreatif serta peka dengan ketiga-tiga aspek perubahan ini kerana ia akan berubah dari zaman ke zaman mengikut peredaran masa. Guru yang berjaya merealisasikan perkara-perkara ini merupakan guru yang berkesan dan cemerlang. Kepekaan guru terhadap kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua

12

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukan kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya.

2.4

Dengan merujuk kepada 2 sumber rujukan melalui internet, bincangkan langkah-langkah pengajaran pembelajaran yang anda akan jalankan untuk menyampaikan pengetahuan tentang pantang larang/ kepercayaan murid berkenaan.

Sebagai seorang guru, saya sering menerapkan pengetahuan tentang pantang larang atau kepercayaan yang berlainan kaum di dalam bilik darjah. Selain
13

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

itu, seorang guru perlu sentiasa mengingatkan murid-muridnya bahawa semua pantang larang dan kepercayaan mempunyai erti sendiri yang akan memberi manfaat dalam hidup masing-masing. Kita perlu hormat-menghormati antara satu sama lain dan sanggup menerima pantang larang dan kepercayaan berlainan kaum. Pengimplementasian Satu Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Mesra Budaya Tahun Tarikh Masa Bilangan murid Matapelajaran Tema Tajuk : : : : : : : 6 3 September 2012 8.30am 9.30am 22 orang Pendidikan Sivik 4. Kenali Budaya Malaysia (a) Kenali dan apresiasi kekayaan budaya Malaysia Murid-murid pernah melihat atau menghadiri upacara perkahwinan orang Cina, Melayu dan India. i. Menjelaskan kepelbagaian warisan budaya Malaysia. iv. Hidup bersama dalam masyarakat pelbagai kaum. v. Menghargai kepelbagaian warisan budaya Malaysia. vii. Menghormati amalan budaya kaum lain. Objektif : Di akhir pembelajaran, murid-murid dapat: Kognitif: Menerangkan kepentingan adat dan pantang larang pelbagai kaum. Afektif: Mengenalpasti amalan adat dan pantang larang pelbagai kaum. Psikomotor: Membina sebuah buku skrap yang mengandungi adat dan pantang pelbagai kaum di Malaysia. Nilai murni : Kerjasama, toleransi, hormat-menghormati
14

Pengalaman lepas : Hasil pembelajaran :

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

Kecerdasan pelbagai: Bahan bantu mengajar:

Interpersonal, intrapersonal, visual audiotori Laptop, projektor, pen marker, kertas mahjong, kad manila dan keratan gambar.

Langkah (Masa)

Isi Pelajaran
Pelbagai kaum di Malaysia.

Aktiviti P&P
1. Guru menunjukkan gambar pelbagai kaum di Malaysia.

Catatan
Kecerdasaan pelbagai: Interpersonal

Set induksi (5 minit)

2. Murid-murid menyatakan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia dan agama yang dinanuti oleh mereka. BBM: Gambar 2. Murid-murid menyatakan kaum yang pelbagai kaum terdapat dalam kelas. (Lampiran A) Pantang larang dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia. 1. Guru memaparkan beberapa helaian gambar menggunakan projektor mengenai: i) perkahwinan pelbagai kaum. ii) adat menyambut kelahiran bayi pelbagai kaum. iii) adat kematian pelbagai kaum. 2. Pelajar memerhatikan gambar yang dipaparkan oleh guru. 3. Guru bertanya kepada murid-murid apa yang mereka faham tentang adat resam pelbagai kaum. 4. Guru menjelaskan pantang larang dan adat resam pelbagai kaum. 5. Pelajar mengemukakan soalan jika terdapat sebarang ketidakfahaman. Kecerdasan Pelbagai - interpersonal BBM: Gambar adat resam pelbagai kaum (Lampiran B)

Pencetusan Idea (15 minit)

15

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

Pantang larang dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia.


Penstrukturan Idea (20 minit)

1. Guru membahagikan pelajar-pelajar ke dalam empat kumpulan iaitu Kumpulan A, B, C dan D.

Kecerdasan pelbagai: Intrapersonal

2. Setiap kumpulan akan mendapat edaran Nilai murni: jadual pantang larang pelbagai kaum. Kerjasama, toleransi 3. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang tentang pantang larang BBM: pelbagai kaum dan mengisi jadual Kad manila tersebut. (Lampiran C)

Kepentingan perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia. Penilaian (15 minit)

1. Murid-murid mengekalkan kumpulan tadi. 2. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang dan melengkapkan peta minda tentang kepentingan perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia. 3. Ketua kumpulan akan keluar untuk bentang. 4. Murid-murid diberi peluang untuk menyatakan pendapat masing-masing.

Kecerdasan pelbagai: Intrapersonal BBM: Kertas mahjong (Lampiran D)

Penutup (5 minit)

Menghormati dan menghargai adat dan pantang larang pelbagai kaum.

1. Guru menerangkan kepentingan adat dan pantang larang sesuatu kaum. 2. Guru menerapkan sikap hormatmenghormati antara murid. 3. Guru meminta murid mencari maklumat mengenai pantang larang pelbagai kaum dan membina buku skrap.

Nilai: Hormatmenghormati

Rumusan Kesimpulannya, adalah tanggungjawab setiap rakyat untuk mengenali dan mempelajari kepelbagaian budaya dalam negara kita. Apa yang penting adalah setiap rakyat perlu memahami serta menerima kepelbagaian budaya ini secara hati
16

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

terbuka. Selain itu, sistem pendidikan merupakan titik permulaan kepada pemahaman kepelbagaian budaya. Oleh itu, ianya penting dalam pendidikan untuk diajar dengan betul mengenai kepelbagaian budaya. Sekiranya pemilihan strategi serta kaedah penyampaian adalah sesuai, maka pembelajaran akan menjadi lebih bermakna kepada murid. Ini akan meningkatkan pemahaman murid dan seterusnya membuka jalan ke arah perpaduan. Tambahan pula, penekanan perlu diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh kepada kepelbagaian kebolehan dan budaya murid.

17