Anda di halaman 1dari 3

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

2.2

Apakah usaha yang pernah dilakukan oleh murid berkenaan untuk berkongsi pengetahuannya berkaitan dengan pantang larang/ kepercayaan kaumnya.

Guru : Arvin :

Sepanjang beberapa tahun kamu belajar di SJKC, adakah kamu faham dengan pelbagai pantang larang dan budaya orang Cina? Ya. Saya tahu bahawa orang Cina dilarang menyapu lantai pada hari pertama Tahun Baru Cina kerana ini akan membuang segala keuntungan yang ada. Saya juga mendapat angpau apabila melawat ke rumah kawan pada Tahun Baru Cina. Di samping itu, setiap murid akan mendapat limau yang dihadiahi oleh PIBG sekolah sempada Tahun Baru Cina.

Guru :

Pada pendapat kamu, apakah benda yang kamu pelajari melalui aktiviti-aktiviti sekolah yang membolehkan kamu lebih memahami kebudayaan dan kesenian tradisional orang Cina?

Arvin :

Melalui aktiviti-aktiviti sekolah seperti Karnival Tahun Baru Cina, Pertandingan Menulis Kaligrafi dan Kelab Wushu, banyak perkara yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari cara membuat tanglung dan menghayati kesenian kaligrafi. Sebagai ahli Kelab Wushu, saya rasa wushu adalah seni mempertahankan diri yang paling menarik untuk dilihat, dirasai, dan akhirnya diamalkan.

Guru : Arvin :

Adakah kawan-kawan kamu yang berbangsa lain faham dengan pantang larang orang India? Saya rasa mereka sebanyak sedikit faham juga sebab kami belajar budaya pelbagai kaum melalui mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik.

Guru :

Adakah kamu berkongsi pengetahuan kamu tentang pantang larang


1

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

atau kepercayaan orang India dengan kawan-kawan? Arvin : Ya. Kadang-kadang kawan-kawan saya akan bertanya saya tentang sejarah parayaan Deepavali. Saya akan memberitahu mereka bahawa Deepavali dirayakan sebagai tanda kegembiraan dan kemenangan kaum India atas kematian seorang raja yang disifakan sebagai jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Guru : Arvin : Apakah yang akan kamu lakukan pada hari Deepavali? Kami sekeluarga akan bangun awal iaitu sebelum matahari terbit. Saya akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Selepas itu, kami sekeluarga akan pergi ke kuil untuk menjalankan upacara sembahyang. Selepas bersembahyang, kami akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan 'Prasad' sebelum pulang ke rumah untuk menikmati juadah. Guru : Arvin : Adakah kamu menjemput kawan-kawan pergi ke rumah kamu pada hari perayaan? Tentu ada, cikgu. Saya menghidangkan pelbagai jenis makanan tradisional seperti muruku, halwa dan payasam untuk melayan mereka. Guru : Selain Deepavali, apakah pantang larang atau kepercayaan kaum India yang pernah kamu kongsi dengan kawan-kawan yang berbangsa lain di sekolah? Arvin : Ada. Saya pernah menjemput kawan-kawan ke rumah saya untuk mengahdiri jamuan perkahwinan abang saya. Mereka berasa minat melihat upacara-upacara yang dijalankan.

Guru :

Bolehkah kamu bercerita sedikit tentang pantang larang orang India semasa Perkahwinan?
2

EDU3106 Budaya Dan Pembelajaran

Arvin :

Semasa merisik, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta dalam rombongan kerana dianggap tidak sopan. Selain itu, jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu kerana agama Hindu melarang makan daging lembu.

Guru : Arvin :

Begitu rupa-rupanya. Terima kasih Arvin kerana sudi menerima temubual saya. Sama-sama, cikgu.