Anda di halaman 1dari 4

MAKTAB MELAYU TELUK BELANGA

maktab perguruan Melayu pertama bagi Negeri-Negeri Selat. Maktab ini ditubuhkan pada tahun 1878 di Teluk Belanga, Singapura. Penubuhan maktab ini bertujuan untuk melatih guru lelaki bagi sekolah-sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat sebagai kesan daripada perkembangan sekolah vernakular Melayu yang agak baik. Sebelum tertubuhnya maktab ini, satu usaha telah dibuat oleh Rev. Keasberry untuk melatih guru-guru bagi sekolah vernakular Melayu Singapura dengan peruntukan $2400 dari NegeriNegeri Selat. Dia telah menggunakan rumahnya untuk dijadikan maktab tersebut.

MAKTAB MELAYU JOHOR BAHRU


Pusat latihan guru. Tarikh penubuhan maktab ini tidak dapat dipastikan, tetapi pada tahun 1919, Maktab ini telah pun beroperasi dengan melatih seramai 10 orang guru pelatih. Rancangan untuk melatih guru dan membina bangunan baharu turut dicadangkan. Bagaimanapun hanya pada tahun 1926, Maktab ini mendapat bangunan khas di hadapan Selat Tebrau, yang kini dikenal sebagai English College, Johor Bahru. Maktab Melayu Johor Bahru sebelum itu terletak di Jalan Ayer Molek, Johor Bahru.

SEKOLAH PENGURUAN KOTA BHARU 1929

Dibuka pada 1 April 1929 dengan daya usaha dua orang guru yang dipinjam daripada NNMB untuk mengajar di SPKB. Mereka ialah Arshad bin Talib dari Melaka, lepasan Maktab Melaka dan Ujang bin Maaya dari Negeri Sembilan, lepasan SITC. Bangunan SPKB juga menempatkan sekolah dan pejabat Nazir Sekolah-sekolah Negeri Kelantan. Berbentuk sekolah latihan permulaan dan bertujuan untuk persediaan calon-calon guru yang bakal memasuki SITC. Kursus yang disediakan adalah selama setahun. Pada tahun 1929, terdapat sebanyak 25 orang pelatih di SPKB. Pada tahun 1930, sebanyak 25 orang pelatih diterima masuk ke sekolah itu. SPKB telah menyediakan subjek Bahasa Melayu, Ilmu Alam, Sejarah, Kesihatan, Ilmu Kira-kira, Anyaman, dan Perkebunan. SPKB tidak menyediakan subjek Kaedah Mengajar seperti maktab-maktab lain di Tanah Melayu.

SEKOLAH BRITISH KIRBY ENGLAND


Maktab Kirkby merupakan kolej pertama yang ditubuhkan pada tahun 1951 bagi melahirkan guru-guru terlatih untuk mengajar di sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris sekembalinya mereka ke Tanah Melayu.

Dahulunya, sebuah kem tentera British di Kirkby, England, telah digunakan untuk melatih guru yang dikenali sebagai Maktab Kirkby.

Seramai 149 guru pelatih kumpulan pertama telah dihantar ke Maktab Kirkby bagi mengikuti latihan perguruan selama dua tahun. Guru pelatih tersebut terdiri daripada 65 orang perempuan dan 84 orang lelaki yang berumur antara 19 hingga 20 tahun telah tiba di Maktab Kirkby pada 2 Januari 1952.

Maktab Kirkby merupakan kolej pertama yang ditubuhkan


pada tahun 1951 bagi melahirkan guru-guru terlatih untuk mengajar di sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris sekembalinya mereka ke Tanah