Anda di halaman 1dari 80

PENGENALAN SENI ALAM MELAYU

Seni Alam Melayu menerangkan tentang seni tampak masyarakat di Alam Melayu khususnya di Malaysia. Seni tampak yang dimulai dengan lukisanlukisan gua di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Kewujudan Seni Alam Melayu dibuktikan dengan penemuan-penemuan pelbagai artifak sejarah khususnya artifak seni di beberapa tapak arkeologi di seluruh negara. Artifak-artifak sejarah meliputi hasil seni seperti artifak peninggalan Zaman Logam.

Artifak zaman paleolitik

Artifak zaman logam

Selain artifak-artifak, lukisan-lukisan di gua juga merupakan manisfestasi manusia terhadap kehidupan mereka dan membuktikan bahawa manusia di zaman dahulu telah mempunyai cara untuk mengekspresi perasaan mereka seperti lukisan-lukisan gua yang terdapat di Bukit Tambun, Perak, Gua Balambangan, Sabah dan Gua Niah, Sarawak.

LUKISAN IKAN DI Gua Tambun, Ipoh (neolitik)

Lukisan manusia di Gua Badak, Lenggong, Perak (arang)

Ukiran batu di Tawau, Sabah

Pada asalnya seni tampak di Alam Melayu lahir kerana keinginan manusia untuk menghasilkan peralatan bagi memudahkan urusan atau kehidupan seharian mereka. Penghasilan peralatan seperti peralatan memburu dan pertanian telah membuktikannya.

Penghasilan patung-patung dikalangan kaum pribumi bukan untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum-kaum pribumi yang masih kuat pegangan animismenya menganggap ukiranukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi.

Dalam kalangan masyarakat Asli tempatan seperti kaum Mah Meri di Pulau Carey dan Jah Hut di Pahang, topeng adalah tunggak budaya mereka. Pelbagai jenis topeng yang terdapat dalam masyarakat Asli serta diberi nama tertentu seperti Roh, Poyang, Moyang, Bes, dan Hantu. Kaum asli ini membuat topeng untuk tujuan penyembahan dan perubatan. Topeng-topeng ini pada mulanya diukir oleh bomoh atau batin.

Kaum Jah-hut Suku kaum Jah-hut adalah suku bangsa Senoi yang mendiami negeri Pahang. terkenal dengan hasil anyaman dari mengkuang dan pandan, bertam, buluh dan rotan. juga sinonim dengan pengukiran kayu terutama penghasilan arca dan merupakan lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka.

Pengukiran kayu merupakan salah satu sumber pendapatan kaum Jah-hut. Segala ciptaan dari ukiran kayu adalah berasaskan kepada imaginasi dan mimpi yang menggambarkan kuasa baik atau jahat yang ada perkaitan dengan sistem kepercayaan dan kehidupan mereka. Setiap ukiran mempunyai pelbagai maksud dari segi kepercayaan, mistik, keagamaan, lagenda serta gambaran kehidupan mereka.

Kaum Mah Meri Mah Meri merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang tinggal di Malaysia dan tergolong di dalam kumpulan besar yang digelar orang Senoi. "Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam istilah, Mahmeri memberi maksud bersisik. Mereka juga dikenali sebagai orang laut, sesuai dengan lokasi penempatan mereka yang berhampiran dengan laut iaitu di sepanjang pantai Negeri Selangor dan Pulau Carey.

Kaum Mah Meri terkenal dengan hasil ukiran topeng kayu serta ukiran yang digunakan di dalam amalan kerohanian tradisi mereka. Kreativiti mengukir patung-patung berbentuk dewa-dewa, figura manusia, alam flora dan fauna amat menakjubkan. Ukiran kayu Mah Meri bukan dicipta untuk tujuan beribadat atau untuk disembah.

Kaum Mah Meri yang kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi. Ukiran kayu kaum Mah Meri melambangkan roh atau semangat yang wujud dan mempunyai pengaruh ke atas pelbagai aspek kehidupan mereka sama ada secara positif atau pun negatif.

PERBANDINGAN BUDAYA DAN KEPERCAYAAN

Kaum Asli Jah-hut

Budaya dan kepercayaan membuat topeng untuk tujuan penyembahan dan perubatan. ukiran kayu adalah berasaskan kepada imaginasi dan mimpi yang menggambarkan kuasa baik atau jahat yang ada perkaitan dengan sistem kepercayaan dan kehidupan mereka. Setiap ukiran mempunyai pelbagai maksud dari segi kepercayaan, mistik, keagamaan, lagenda serta gambaran kehidupan mereka.

Mah meri

ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi. Ukiran kayu kaum Mah Meri melambangkan roh atau semangat yang wujud dan mempunyai pengaruh ke atas pelbagai aspek kehidupan mereka sama ada secara positif atau pun negatif.

Kaum Sarawak

Budaya dan kepercayaan Pua kumbu menjadi kemegahan di kalangan wanita kaum Iban dan jika dilihat dengan teliti, ia turut memaparkan corak kehidupan seharian masyarakat Iban. jika seseorang itu berkeras untuk menghasilkan motif atau corak pua kumbu di luar kemampuannya, ia dipercayai akan 'memakan diri' dan kain tersebut tidak dapat dihasilkan. Maksud memakan diri itu pula adalah pembuat itu akan jatuh sakit dan ada sahaja perkara lain yang menghalangnya untuk menyiapkan tenunan tersebut. Apabila selesai setiap pua kumbu dihasilkan, penenun akan membuat sebuah tatu di tangan yang bermakna penenun tersebut adalah pakar atau telah ditauliahkan. sering digunakan dalam upacara kelahiran, perkahwinan, pengkebumian, perubatan, menyambut kepala (selepas ngayau/memenggal kepala) dan upacara bercucuk tanam.

APRESIASI KARYA

JAH HUT, MAH MERI DAN ASLI

Patung kayu ini berbentuk figura dan dalam kedudukan mencangkung seolah-olah ada sesuatu yang berlaku. Kadar banding figuranya tidak tepat. Ukiran yang digosok bersih tanpa ragam hias pada permukaannya, begitu bertenaga dengan kedudukan yang dinamik.

Terdapat ketegangan yang dinyatakan melalui kedudukan kaki yang hampir menjingkit menjadikan ukiran tersebut hampir-hampir melompat pada saat tertentu meletakkannya sebagai sebuah karya dinamik.

Figura yang tidak sama tinggi. Figura tinggi menunjukkan orang tua menadah tangannya ke langit seperti sedang berdoa. Figura kecil seperti sedang mengawasi kawasan di sekelilingnya. Dirakamkan melalui pemerhatian pengukir dalam kehidupan masyarakat orang Asli.

Topeng-topeng ini dibuat atas dasar perubatan. Moyang Perbak Topeng tidak mempunyai ragam hias jika dibandingkan dengan ragam hias topeng kedua yang lebih menyerlah. Garisan cetek yang diukir pada muka Spirit Lab Rock Mask menonjolkan karakter topeng dengan lebih meyakinkan.

Ukiran menumbuk padi dibuat tanpa menunjukkan pancaindera yang lengkap. Karya yang tidak lengkap bahagian anggota seperti tangan untuk menumbuk padi adalah satu lonjakan hebat dalam konteks kreativiti mengukir. Pengukir menggunakan teknik Gestalt iaitu pemerhati sendiri melengkapkan bentuk karya

Ukiran Menumbuk Padi dan Susah Hati menggambarkan peristiwa harian yang dilalui oleh masyarakat orang asli di penempatan mereka. Pembuatan patung bukan sahaja bagi tujuan perubatan bahkan menunjukkan kehidupan realiti.

Topeng Moyang Tanjung, Moyang Gedeng dan Moyang Kembar menggambarkan raut muka yang ganas, bertujuan menakutkan semangat penyakit jahat agar lari dari tubuh pesakit. Topeng-topeng tersebut tercetus daripada mitos dan cerita rakyat orang Mah Meri.

Biasanya ciptaan topeng meletakkan sepasang mata yang bulat bertujuan memberi ruang kepada si pemakai untuk melihat keluar topeng semasa menari. Di keliling rongga mata, biasanya dibentukkan sepasang kelopak mata yang bujur dalam pelbagai sudut seperti melintang ke atas, ke bawah dan sama rata.

Topeng diciptakan dengan geraham dan mulut yang boleh digerakkan melalui kaedah pantulan teknik bertukang yang dipelajari daripada masyarakat luar. Walaupun tidak menggunakan bahan kompleks namun sifat kreatif semulajadi mengimbau mereka menggunakan getah tiub basikal dan tali nylon membuatkan topeng tersebut lebih versatile dan mudah digerakkan

Pengukir Jah Hut mahir membentuk arca totemik (ukiran tiang yang mempunyai ukiran bertenggek di atas kepala atau belakang). Imej yang diukirkan biasanya mempunyai kepala seperti topeng dan berbadan manusia atau diselang-seli dengan bentuk binatang. Pengulangan bentuk moyang dikatakan mempunyai ikatan dengan konsep totemic.

Konsep totemic menceritakan bagaimana masyarakat orang asli menghubungkan binatang tertentu sebagai penjaga atau keturunan (saka) mereka. Menariknya, ukiran tiang ini adalah kehalusan ukirannya kerana pengukir bukan sahaja membentuk figura secara mendatar di atas permukaan kayu bahkan terdapat luakan cengkung yang dalam.

Luakan cengkung yang dalam membentuk rongga pada beberapa bahagian ukiran dan menjadikannya lebih menyerlah apabila dimandikan cahaya menerusi kaedah choruscouro. Ukiran yang menjadi benchmark ialah ukiran Bes Bunga, Bes Kemoit Terbalik dan Bes Bali. Pengukir berupaya memiuhkan benda menurut kehendaknya.

Bes Kemoit Terbalik menampakkan raut muka lucu dengan giginya yang menyeringai kerana jongang serta badannya yang berlipat seperti roda, ibarat badut lakunya. Berada dalam kedudukan bersimpuh, seolah-olah sedang mendengar nasihat atau membuat lawak.

Bes Bali mempunyai raut muka yang selamba. Bes Bunga pula mempunyai muka yang garang dengan menjeringaikan gigi taringnya yang panjang. Pengkarya menggunakan kaedah positf dan negatif iaitu rongga pada bahagian tertentu menonjolkan anggota seperti telinga, dada dan dagu.

Menunjukkan sifat bengis dengan muka yang garang serta mata, hidung dan mulut yang dipiuhkan bagi menunjukkan keadaan yang tidak disenangi.

Menunjukkan sifat muka yang bersedih walaupun taringnya panjang dengan mulut yang terbuka, namun matanya yang condong ke bawah memperlihatkan insan yang meminta simpati.

Ciptaan yang menggerunkan kerana topeng tersebut dipadankan dengan ular senduk, iaitu sejenis ular yang sangat berbisa. Mata yang memukau dipadankan dengan dua pasang taring yang tajam mengimbau kita kepada cerita sains fiksyen.

BORNEO

Topeng yang dibuat di Sarawak tidak sama dengan topeng kaum asli di Semenanjung. Kebanyakan topeng kayu dibuat oleh kaum Melanau dan Kayan. Topeng kayu diukir menurut bentuk muka manusia menggambarkan rupa yang menakutkan dengan mata yang terbeliak, hidung yang besar, lidah yang panjang dan cuping telinga yang besar.

Iban

Kayan

Kenyah

Kenyah

Kenyah

Iban

Kenyah

Kenyah

Iban

Iban

Telinga biasanya dipiuhkan bagi menampakkan kehebatan topeng dan biasanya boleh digerakkan. Topeng-topeng diwarnakan dengan warna yang seperti merah, hitam dan putih.

Masyarakat Iban pandai mengukir arca kayu berbentuk burung Kenyalang atau hornbill. Bagi kaum tersebut, ukiran burung dianggap sebagai roh pahlawan yang terdiri dari datuk dan nenek mereka yang menjadi asal usul mereka. Oleh itu, ukiran tersebut biasanya diletakkan di bahagian bumbung atau halaman rumah.

Kenyalang

Biasanya arca Kenyalang atau Kenyalong dibuat dalam pelbagai gaya dan bentuk. Tidak terdapat satu bentuk pun yang sama kerana ia mengikut lokasi serta tanggapan pengukir. Ukiran dari kawasan utara tidak sama dengan kawasan tengah negeri dan juga kawasan-kawasan lain.

Orang Ulu adalah satu kaum pribumi sarawak yang menghasilkan arca kayu figura penunggu atau Hampatung. Arca tersebut menekankan ukiran figura yang berdiri tegak, yang diukir mengikut bentuk batang kayu panjang dengan wajah muka bersahaja, biasanya memakai dastar dan juga songkok untuk menunjukkan kaitannya dengan masyarakat.

Fokus ukiran juga diberikan kepada pancaindera seperti tangan, kaki dan badan serta bahagian kepala. Arca yang dihasilkan biasanya telanjang kerana mereka ingin memaparkan bahagian anatomi badan secara terperinci. Arca dicipta untuk menjaga harta seperti penanda sempadan tanah, sawah dan kuburan.

Motif Hocker di Sarawak


Hock imej yang memberi gambaran siku bertemu lutut. Motif ini dianggap dominan dalam kalangan suku kaum Sarawak kerana berperanan dalam aspek kepercayaan. Motif ini turut menjadi tanda kematian bagi suku kaum Kayan dan Kenyah.

Motif Kalang dan Aso di Sarawak


Motif Kalang (naga) dan Aso (anjing) merupakan motif dominan bagi masyarakat Iban. Dihasilkan dalam bentuk dekoratif. Kedua-dua makhluk ini digambarkan sebagai makhluk yang suka membuat kebajikan dalam kepercayaan masyarakat Iban.

Motif di Sabah

KESIMPULAN

Seni arca, topeng dan artifak masyarakat Asli dan peribumi menggambarkan manifestasi manusia kreatif yang menyerlah di negara ini. Ia juga membuktikan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi adalah terdiri daripada kumpulan yang kreatif. Hal ini dapat dibuktikan melalui kepelbagaian hasil ciptaan seni yang dihasilkan di Alam Melayu.

BIBLIOGRAFI

Balai Seni Lukis Negara. 2008. Susurmasa. Balai Seni Lukis Negara. Kuala Lumpur

TERIMA KASIH DAUN KELADI

Anda mungkin juga menyukai