Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI Tengku Hazirah binti Tengku Yahya Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.

t kerana dengan limpah kurnianya, akhirnya program ekspidisi ini berjalan dengan lancar dari bermula perjalanan sehingga sampai semula ke Institut walaupon terdapat sedikit kekangan. Ekspidisi ini memberi banyak pengalaman dan benda baharu yang telah saya pelajari. Kebanyakannya ialah apabila tiba di Taman Negara. Kami menginap di sebuah chalet. Chalet yang serba kekurangan ini mengajar saya supaya bersyukur dengan apa yang ada. Pengalaman yang paling beharga buat saya ialah apabila saya telah melihat sendiri bagaimana kehidupan orang asli di Malaysia. Bagaimana cara hidup mereka di dalam hutan ini. Kaum yang saya lawati ialah kaum batik. Ia membuatkan saya berfikir, mereka hidup dalam serba kekurangan,dengan rumah yang beratapkan nipah yang mana apabila hujan mudah untuk ditiup angin. Tetapi mereka tetap selesa dengan kehidupan sebegitu. Saya dapat tahu bahawa dalam kalangan mereka ada yang telah keluar untuk menuntut ilmu, namun mereka tidak serasi dan kembali semula ke kampung halaman. Saya juga dapat belajar dan melihat cara bagaimana untuk menghidupkan api dan menyumpit. Mengikut budaya mereka, mana-mana lelaki yang berjaya menghidupkan api, mereka telah boleh berkahwin. Ini membuka mata saya tentang bagaimana untuk mengajar murid-murid dari golongan ini untuk memperbaiki taraf hidup mereka yang tidak mahu jauh dari keluarga. Selain daripada itu, dengan memberi baju-baju yang masih elok sebagai sumbangan, ia mendidik saya supaya bersedekah. Selain itu, saya juga dapat melihat gajah dan seladang secara dekat dan realiti. Sebelum ini saya tidak pernah melihat seladang dan menyentuhnya. Pada saya ini merupakan pengalaman yang paling berharga. Melalui lawatan ini, banyak input yang saya dapat. Antaranya, saya mengetahui bahawa gajah-gajah ini kian pupus jika tidak dilindungi. Akibat ketamakan manusia yang sanggup mencuri gading gajah. Saya juga mengetahui bagaimana untuk menangkap gajah-gajah yang liar tanpa mencederakan mereka bukan kerja yang mudah dan memerlukan kepakaran dan kesabaran yang tinggi untuk mengawal gajah-gajah tersebut. Akhir sekali, saya berasa sangat gembira dan seronok dalam ekspidisi ini yang membawa saya meneroka kehidupan flora dan fauna serta masyarakat di Malaysia. Saya berharap program seperti ini akan sentiasa diadakan sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pensyarah dan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai