Anda di halaman 1dari 4

5.

PEMBIAKAN VEGETATIF

Pokok baru yang tumbuh daripada bahagian spesifik tumbuhan seperti batang, akar, dan daun pada pokok induk.

Terdapat beberapa contoh pembiakan vegetatif iaitu : Batang Rayap (Runner), Umbisi (Corms), Rizom, Bebawang (Bulb) dan Sulur

BATANG RAYAP: Batang rayap atau stolon adalah salah satu daripada contoh pembiakan vegetative bagi tumbuhan. Batang rayap adalah batang yang tumbuh menjalar atau mengufuk di permukaan tanah. Ia mempunyai buku dan ruas. Pada bukunya tumbuh tunas dan akar yang akan berkembang membentuk anak pokok yang baru. Akhirnya batang rayap ini akan hancur mereput dan meninggalkan anak pokok ini terasing daripada induknya. Contoh: Rumput, dan Strawberi

BEBAWANG:

SULUR: Pucuk yang tumbuh daripada mata tunas yang terdapat pada batang pokok induk. Contohnya Pokok Pisang

UMBISI: Umbisi terdiri daripada batang yang membengkak untuk menyimpan makanan. Batangnya sentiasa berada di permukaan tanah. Umbisi yang baru tumbuh di atas umbisi yang lama dan tunas akan tumbuh di tepinya. Contoh tumbuhan yang membiak dengan cara umbisi ialah sengkuang cina dan keladi.

sengkuang cina

Keladi

RIZOM: Rizom adalah batang yang tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan tanah. Batangnya kelihatan bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Pada rizom terdapat tunas-tunas yang akan berkembang menjadi batang, akar, dan daun. Contohnya halia dan teratai.

halia

Anda mungkin juga menyukai