Anda di halaman 1dari 15

http://allibani-gurutajweed.blogspot.com/2011/08/qiraat-riwayat-dan-tariq.

html/

Guru Tajweed Syatibi " 'ILMU TAJWEED ALQURAN, SATU SEMAKAN " Wednesday, 10 August 2011 03. QIRAAT, RIWAYAT, TARIQ DAN SANAD Saya menyebut secara khusus nama Imam Syatibi dalam penulisan saya ini adalah kerana ianya menjadi tujuan utama saya iaitu mengutarakan Hukum-Hukum Tajweed sebagaimana yang disebut sendiri oleh Imam Syatibi atau pandangan-pandangan yang bersumberkan darinya walau pun dalam beberapa bab saya mempunyai pandangan saya sendiri. Saya melihat antara kecelaruan Hukum Tajweed adalah kerana Ilmu Tajweed yang diajar di mana sahaja secara umumnya tidak bersumberkan dari Imam Syatibi sedangkan majoriti rakyat dalam negara ini membaca mengikut Tariq Syatibi. Antara yang paling ketara ialah berkaitan dengan Hukum Panjang Pendek dan juga Hukum Tebal Nipis. Oleh itu terlebih dahulu saya ingin menyebut secara ringkas kedudukan Imam Syatibi dalam Ilmu pembacaan AlQuran ini. Bacaan AlQuran yang diamalkan di seluruh dunia pada hari ini sebagaimana yang dicatat oleh kebanyakan pengumpul Ilmu Qiraat adalah bersumberkan dari lapan orang Sahabat selepas RasuluLLAH SallaLLAHU alayhi wasallam (selepas ini diringkaskan dengan SAW). Mereka adalah AmirulMu'minin Sayyidina Umar AlKhattab, AmirulMu'minin Sayyidina Uthman bin Affan, AmirulMu'minin Sayyidina Ali bin Abi Talib, Zayd bin Thabit, Ubayy bin Ka ab, Abdullah bin Masud, Abu Musa AlAsyari dan AbudDarda' RadhiyaLLAHU anhum ajmain. Ulama merumuskan bacaan yang sahih ialah sekiranya menepati tiga syarat, iaitulah pertamanya Sanad yang sah, keduanya bertepatan dengan kaedah nahu Arab dan ketiganya ejaannya menepati Resam Uthmani. Maka terhasillah tujuh QIRAAT (disebut Qiraat Tujuh2) atau sepuluh qiraat (Qiraat Sepuluh3) yang mana salah satunya ialah Qiraat Asim. Nama penuhnya ialah Abu Bakr Asim bin AbinNajud (ada yang menambah bin Bahdalah) AlAsadi AlKufi. Beliau meninggal pada tahun 127 hijrah. Beliau merupakan seorang Tabi in dan ada meriwayatkan hadith. Jadi Asim adalah salah seorang Imam Qiraat samada Qiraat Tujuh atau Qiraat Sepuluh, dan Qiraatnya dipanggil Qiraat Asim. Imam Asim menerima bacaan dari tiga orang guru. Pertamanya Abu AbdurRahman Abdullah bin Habib AsSulami, keduanya Abu Maryam Zirr bin Hubaisy dan ketiganya Abu Amru Saad bin Ilyas AsySyaybani. Ketiga-tiga mereka ini mengambil bacaan dari Abdullah bin Masud radhiyaLLAHU anhu (selepas ini akan diringkaskan dengan RA). AsSulami dan Zirr mengambil bacaan juga dari Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali radhiaLLU anhuma. Manakala AsSulami berguru lagi dengan Zayd bin Thabit dan Ubay bin Ka ab radhiaLLU anhuma. AlJazari (AbulKhayr Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf AlJazari, meninggal 833 hijrah) menghimpun dan merumuskan bahawa Imam Asim membawa 128 tariq bacaan dari RasuluLLAH melalui guru-gurunya tadi yang diperturunkan ke bawah melalui dua orang muridnya iaitu Abu Bakr Syu bah bin Iyasy dan Abu Umar Hafs bin Sulaiman AlKufi.

Kedua-dua mereka ini diistilahkan sebagai perawi, dengan kata lain mereka meriwayatkan bacaan Imam Asim. RIWAYAT adalah periwayat bacaan dari Imam yang tidak semestinya murid langsung dari Imam tersebut. Periwayat bacaan selepas Rawi diistilahkan sebagai TARIQ. Terdapat beberapa peringkat Tariq. Dari Imam Asim, Syubah membawa tujuh puluh enam tariq manakala Hafs membawa lima puluh dua tariq, mengikut apa yang dikumpulkan oleh AlJazari4. Di sana mungkin terdapat banyak lagi tariq-tariq lain yang dibaca oleh Imam Asim melalui TariqTariq yang lain seperti Tariq Makki bin Abi Talib5 bagi Bacaan Hafs. Lima puluh dua tariq Hafs diperturun ke bawah melalui Abu Muhammad Ubayd bin AsSabah bin Subayh (dua puluh empat tariq) dan Abu Hafs Amru bin AsSabah bin Subayh (dua puluh lapan tariq). Jadi Ubayd dan Amru diistilahkan sebagai Tariq juga. Dari Ubayd, bacaan diperturun pula kepada AlUsynani, tetapi tidak dinisbahkan apa-apa tariq kepadanya. Melalui AlUsynani, bacaan Ubayd diperturunkan kepada AbulHasan Ali bin Muhammad AlHasyimi (sepuluh tariq) dan Abu Tahir AbdulWajid bin Abi Hasyim (empat belas tariq). Jadi AlHasyimi dan Abu Tahir juga disebut Tariq. Terdapat lima orang membawa bacaan dari AlHasyimi, iaitulah AbulHasan Tahir bin AbdulMunim bin Ghalbun (empat tariq), AbdusSalam (dua tariq), AlKaruzaini (dua tariq), AlBalkhi (satu tariq) dan AsSuzanjardi (satu tariq). Dari empat tariq yang dibawa oleh Ibnu Ghalbun, satu dinisbahkan kepadanya sendiri, satu kepada Abu Amru Uthman bin Said AdDani, satu kepada AbulHasan Ali bin Ballimah dan satu lagi kepada AbulQasim AlQasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad ArRuayni AlAndalusi AsySyatibi (meninggal 590 hijrah). Ini bererti dari hampir 1000 tariq yang bersumber dari RasuluLLAH dan 128 tariq melalui Imam Asim manakala lima puluh dua tariq dibawa oleh Hafs, hanya satu tariq dibawa oleh Syatibi. Secara spesifik tiada satu tariq pun dinisbahkan kepada AlJazari dari mana-mana Imam Qiraat. Dengan kata lain AlJazari tidak mempunyai tariqnya sendiri. Beliau hanya mengumpul tariq-tariq dari kitab terdahulu termasuk Tariq Syatibi sebagaimana juga Abu Ubayd AlQasim bin Salam, Syihabuddin AlQastallani dan lain-lain lagi yang mengusahakan pengumpulan. Usaha pengumpulan yang dilakukan oleh AlJazari adalah berasaskan kepada lebih kurang empat puluh buah kitab bermula (mengikut turutan masa) dari KitabusSab ah karangan Abu Bakr Ahmad bin Musa bin Mujahid yang meninggal pada tahun 324 hijrah dan yang terakhir ialah kitab AlBustan karangan IbnulJundi yang meninggal tahun 769 hijrah. Kesemua nama-nama tariq dinisbahkan kepada pengarangpengarang kitab tersebut. Imam AlJazari hanya menghadkan kepada dua Rawi bagi setiap Imam, dua Tariq bagi setiap Rawi dan dua Tariq pula bagi setiap Tariq tersebut dan selepas itu beliau tidak menghadkannya lagi. Perlu difahami bahawa dalam satu Tariq terdapat beberapa tariq-tariq lain pula yang di bawahnya. Sebab itu saya istilahkan sebagai peringkat Tariq. Ini bermakna bagi setiap Imam terdapat dua Rawi dan empat Tariq pada peringkat pertama dan lapan Tariq bagi peringkat kedua. Sekiranya terdapat tariq-tariq lain yang tidak melalui tariq yang telah dihadkan olehnya, tidak akan dimasukkan ke dalam kitabnya walau pun ianya terdapat dalam kitab 'pemilik' tariq tersebut bagi bacaan Imam-Imam yang lain. Jadi dari sepuluh Imam Qiraat yang dihimpunkan, terdapat dua puluh Rawi, empat puluh Tariq peringkat pertama dan lapan puluh Tariq peringkat kedua. Dalam sususan AlJazari, kedudukan Imam Syatibi jauh lebih terkemudian dari Tariq peringkat keduanya yang akan saya terangkan nanti dalam sanadnya. Jadi sebenarnya secara spesifik tidak terdapat Tariq AlJazari. Setiap tariq membawa variasi bacaan yang berlainan, dan tiada satu variasi bacaan

pun yang dinisbahkan kepada AlJazari. Kalau boleh disebut Tariq AlJazari maka Tariq Syatibi juga merupakan sebahagian dari Tariq AlJazari kerana Tariq Syatibi juga merupakan salah satu tariq yang dikumpul dan dirumuskan dalam kitabnya AnNasyru dan juga dalam matannya TayyibatunNasyri. Tariq Syatibi pula dirumuskan dalam matannya bernama AlHirzulAmani waWajhutTahani yang dinamakan juga sebagai Matan AsySyatibi. SANAD pula adalah sandaran. Iaitu bacaan yang bersandar secara tali-menali sampai ke RasuluLLAH hingga ke Lawh Mahfudz. Sanad Imam Syatibi bagi bacaan kita sekarang yang disebut dengan Bacaan Tariq Syatibi adalah seperti berikut : Imam Syatibi (590H) mengambil bacaan dari AbulHasan Ali bin Muhammad bin Huzil (564H), mengambil bacaan dari Abu Dawud Sulaiman bin Najah (496H), mengambil bacaan dari Abu Amru Uthman bin Said AdDani (444H), mengambil bacaan dari AbulHasan Tahir bin AbdulMunim bin Ghalbun (399H), mengambil bacaan dari AbulHasan Ali bin Muhammad AlHasyimi (368H); yang merupakan salah seorang Tariq peringkat kedua bagi Imam Asim dalam susunan AlJazari. AlHasyimi mengambil bacaan dari Abul Abbas Ahmad bin Sahl AlUsynani (307), mengambil bacaan dari Abu Muhammad Ubayd bin AsSabah (235H); yang merupakan salah seorang Tariq peringkat pertama bagi Imam Asim dalam susunan AlJazari. Ubayd mengambil bacaan dari Abu Umar Hafs bin Sulayman AlAsadi (180H); yang merupakan Rawi kedua bagi Imam Asim (selepas Syu'bah). Hafs mangambil bacaan dari Abu Bakr Asim bin AbinNajud AlKufi (127H); salah seorang Imam Qiraat. Imam Asim mengambil bacaan dari Abu AbdurRahman Abdullah bin Habib AsSulami (73H), mengambil bacaan dari AbulHasan Ali bin Abi Talib KarramaLLAHU Wajhah AmirulMu'minin; mengambil bacaan dari AbulQasim Muhammad bin Abdullah SAW ARRASUL; mengambil bacaan dari Jibril AlayhisSalam, mengambil bacaan dari Lawh Mahfudz, dari ALLAH Subhanahu WaTa ala. Oleh itu bacaan kita bersumberkan dari Sayyidina Ali yang merupakan seorang sahabat dari lapan orang yang saya sebutkan di awal tadi. Rumusan dalam bab yang dibincangkan ini ialah; dalam Qiraat Tujuh terdapat empat belas Riwayat, dalam Qiraat Sepuluh terdapat dua puluh Riwayat dan hampir 1000 Tariq. Bacaan yang ramai di kalangan kita amalkan sekarang adalah bacaan Imam Asim, Riwayat Hafs melalui Tariq Syatibi. Adalah tidak memadai jika disebut Tariq Syatibi sahaja kerana ia berkemungkinan yang dimaksudkan bukan bacaan Imam Asim atau bukan Riwayat Hafs. Juga tidak memadai jika disebut Bacaan Imam Asim sahaja kerana berkemungkinan yang dimaksudkan ialah Riwayat lain atau Tariq lain. Begitu jugalah tidak memadai dengan hanya menyebut bacaan Riwayat Hafs sahaja kerana terdapat lima puluh dua tariq di bawahnya. Adalah baik juga jika saya sebutkan bahawa Mushaf AlQuran yang banyak digunakan sekarang adalah Mushaf yang ditulis atau dicetak dan ditanda mengikut Bacaan Imam Asim, Riwayat Hafs memalui Tariq Syatibi. Dengan lain perkataan, seseorang itu boleh membaca Qiraat Asim, Riwayat Hafs, Tariq Syatibi dengan sempurna dengan berpandukan tanda-tanda bacaan dalam mushaf tersebut. Oleh yang demikian jika seseorang itu berhasrat untuk membaca Qiraat lain, atau bacaan Asim riwayat lain atau pun bacaan Asim Riwayat Hafs tetapi Tariq lain, maka ia perlu

mengetahui hukum-hukum Tajweed bacaan tersebut sebelum boleh menggunakan Mushaf sekarang sebagai bacaannya kerana tanda-tanda bacaannya berbeza. Dengan lain perkataan, jika pihak pencetak mushaf AlQuran ingin supaya AlQuran boleh dibaca menurut Qiraat lain, atau Riwayat lain atau pun Tariq lain, maka perlulah dicetak mushaf-mushaf lain dengan tanda-tanda yang memenuhi disiplin Hukum-Hukum Tajweed bacaan tersebut. Setakat yang saya tahu, terdapat empat jenis mushaf yang dicetak mengikut khat bacaan asalnya; pertamanya mushaf untuk Bacaan Imam Asim, Riwayat Hafs Tariq Syatibi (paling banyak), keduanya Bacaan Imam Nafi, Riwayat Qalun (saya tidak pasti Tariqnya kerana belum lihat mushaf tersebut [cetakan Libya]), ketiganya Bacaan Imam Nafi, Riwayat Warsy Tariq Syatibi dan keempatnya Bacaan Imam Abu Amru, Riwayat AdDuri Tariq Syatibi (Mushaf Afrika). Di samping itu terdapat juga mushaf-mushaf Bacaan lain yang diseragamkan jenis khat dan jenis tandanya seperti Mushaf bacaan Imam Hamzah, Imam Abu Amru, Imam Nafi dan beberapa lagi. Terdapat juga Mushaf Tajweed iaitu yang ditanda Qiraat lain di bahagian tepi muka surat yang berasaskan Bacaan Asim Riwayat Hafs. Terdapat beberapa penulisan yang saya jumpai yang menyebut panduan bagi membaca mengikut selain dari Tariq AsySyatibi, tetapi tidak menyebut secara khusus Tariq manakah sebenarnya yang dimaksudkan. Ada yang menyebut secara am Tariq AlJazari. Ianya sangat tidak tepat berdasarkan hujah yang saya kemukakan di atas, tambahan pula terdapat terdapat lima puluh satu Tariq lagi selain dari Syatibi yang dikumpulkan oleh AlJazari yang kesemuanya tidak bersamaan antara satu sama lain

http://nayie.blogspot.com/2009/03/tokoh-tokoh-imam-tajwid.html

Monday, March 9, 2009


Tokoh-tokoh Imam Tajwid
i) Imam Asim Bacaan al-Quran berasaskan kepada pengambilan daripada guru atau disebut sebagai Talaqqi. setiap muslim mestilah mengetahui bahawa al-Quran yang dibaca pada hari ini adalah hasil daripada sistem Talaqqi yang telah dipraktikkan sejak zaman berzaman. Antara mereka yang terlibat dengan sistem ini adalah Imam Asim. Beliau ialah Asim bin Abi al-Najud al-Kufi. Nama bapanya ialah Abdullah dan digelar Abu al-Najud. Manakala ibunya ialah Bahdalah dan Asim juga dikenali sebagai Asim bin Bahdalah. Asim digelar dengan Abu Bakar al-Asadi al-Kufi. Merupakan salah seorang ulama qurra yang seramai tujuh orang. Seorang tabiin dan telah meriwayatkan daripada Abi Ramthah Riraah al-Tamimi dan al-Harith bin Hassan al-Bakri yang kedua-duanya merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. Imam Asim merupakan seorang ulama yang diakui keilmuannya sehingga kepada beliaulah segala ilmu al-Quran terkumpul pada zamannya di Bandar Kufah selepas Abu Abdul Rahman al-Sulami. Manusia pada zamannya mengembara dari segala pelusuk dunia untuk menuntut ilmu daripadanya. Pada Imam Asim terkumpul kefasihan dan ilmu Tajwid, ketekunan dan ketelitian. Daripadanya telah diriwayatkan ilmu Qiraat oleh Hafs bin Sulaiman, Abu Bakar Syubah bin Ayash dan kedua-duanya merupakan muridnya yang termasyhur. Begitu juga murid-muridnya yang lain iaitu Abban bin Taghlab, Hammad bin Salamah, Sulaiman bin Mihran al-Amash, Abu al-Munzir Sallam bin Sulaiman, Sahl bin Syuib, Syaiban bin Muawiyah dan ramai lagi. Imam Asim meninggal dunia pada pengakhiran tahun 127H. Kelebihan-kelebihannya Imam Asim merupakan seorang Qurra amat yang tekenal dan mahir dengan segala ilmu al-Quran. Merupakan seorang yang mempunyai suara yang amat merdu apabila membaca al-Quran. Berkata Syubah: Aku masuk kepada Asim, dan beliau dalam keadaan hampir meninggal. Aku mendengar beliau mengulang-ulang ayat Beliau membacanya dengan amat sempurna seumpama bacaannya di dalam solat, kerana Tajwid di dalam pembacaan al-Quran adalah menjadi tabiat dan

kebiasaannya. Sumbangan-sumbangannya Sumbangan Imam Asim dalam perkembangan ilmu al-Quran dapat dilihat melalui ramainya murid-murid yang menuntut ilmu ilmu al-Quran daripada beliau. Antara mereka ialah Imam Hafs dan juga Imam Syubah. Melalui perawi Imam Hafs bacaan Imam Asim telah berkembang dengan begitu luas ke serata dunia umat Islam. Selain daripada itu, Imam al-Syatibi juga telah melakukan pemilihan bacaan dalam riwayat Imam Hafs dan ini lebih melebarluaskan bacaan Imam Asim. ii) Imam Hafs Sumbangan Imam Hafs dalam bacaan al-Quran adalah begitu besar. Kebanyakan umat Islam di dunia pada hari ni membaca al-Quran dan mencetaknya adalah mengikut riwayat Hafs. Beliau ialah Abu Umar Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah bin Abi Daud alAsadi al-Kufi al-Bazzaz. Riwayat Hidup dan Menuntut Ilmu Hafs dilahirkan pada tahun 90H. Beliau mengambil ilmu Qiraat daripada Asim yang merupakan ayah tirinya secara talaqqi. Berkata al-Dani: Hafs mengambil Qiraat daripada Asim secara tilawah (bacaan). Beliau pergi ke Baghdad dan mengajar serta membacakannya kepada manusia. Kemudian menetap beberapa waktu di Mekah turut mengajar dan membacakan kepada manusia. Kelebihan-kelebihannya Berkata Yahya bin Main: Riwayat yang sahih daripada bacaan Asim adalah riwayat Abi Umar Hafs bin Sulaiman. Berkata Abu Hisham al-Rifai: Hafs merupakan murid Asim yang paling alim dengan qiraat Asim, Beliau lebih rajih dan sahih daripada Syubah pada Dabt alHuruf (meletakkan baris huruf-huruf al-Quran) Sumbangan-sumbangannya Hafs merupakan seorang ulama yang masyhur di dalam bidang Qiraat al-Quran. Ulama-ulama terdahulu berperanan besar di dalam menyebarkan ilmu agama Allah s.w.t. Begitu juga Hafs turut mempunyai ramai muridnya sebagai bukti ketinggian ilmu dan sumbangannya kepada masyarakat Islam. Sumbangannya melalui majlis-majlis ilmu, muzakarah, pengajaran dan sebagainya. Sehinggalah ilmu Qiraat ini berkembang sampai ke hari ini.

Pada hari ini kebanyakan umat Islam menggunakan bacaan al-Quran mengikut riwayat Hafs. Ini menunjukkan terdapat keistemewaan dalam riwayat ini berbanding dengan riwayat-ruwayat lain. Antara keistemewaan riwayat ini ialah:

1. Sanad Imam Hafs bersambung dengan gurunya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. 2. Perawi-perawi sanad Imam Hafs adalah di kalangan ulama yang muktabar dan dihormati pada zaman mereka. 3. Khilaf yang terdapat pada bacaan Imam Hafs adalah sedikit jika dibandingkan dengan riwayat-riwayat lain seperti terdapat hanya satu Imalah, satu Tashil, satu al-Raum atau al-Isymam, empat tempat Saktah dan lain-lain.

iii) Imam Al-Syatibi Nama al-Syatibi masyhur dan sering didengar sama ada dalam disiplin ilmu Tajwid atau ilmu Usul. Tetapi yang dimaksudkan disini ialah Imam al-Syatibi yangterkenal di dalam displin ilmu Qiraat atau Tajwid. Sumbangan besar Imam al-Syatibi dalam penyebaran ilmu al-Quran ialah melalui kitabnya Hirzu al-Amani wa Wajhu al-Tahani. Nama al-Syatibiy r.a ialah al-Qasim bin Fierruh bin Khalaf bin Ahmad al-Ruaini al-Syatibiy al-Andalusi. Ia mempunyai dua gelaran iaitu Abu Muhamad dan Abu al-Qasim. Riwayat Hidup, Zaman Kemunculan dan Menuntut Ilmu Al-Syatibiy dilahirkan di Syatibah iaitu satu kota yang mempunyai benteng yang kukuh di timur Andalus. Ia terletak 56 kilometer dari kota Balansiyah. Penama ini dilahirkan di akhir tahun 538 Hijrah dan ahli sejarah yang menulis berkaitannya mengatakan bahawa ia adalah seorang buta. Tahun kelahiran dan wafat Shatibiy ialah antara 538 hingga 590 Hijrah. Dalam tempoh tersebut banyak kejadian penting berlaku antaranya ialah jatuh dan naiknya sesebuah kerajaan.beliau hidup dalam dua suasana berbeza iaitu Andalus dan Mesir. Selain itu beliau juga amat menyukai ulama dan berusaha untuk mendampingi mereka. Di samping itu beliau juga menggalakkan ulama menulis dan mengarang. Dengan itu lahirlah ulama yang masyhur antaranya ialah Abu Bakar bin Tufail (meninggal pada tahun 581 Hijrah), Abu Wahid bin Rasyad (meninggal pada tahun 595 Hijrah). Tindakan yang dilakukannya juga telah memberi nafas baru kepada perkembangan majlismajlis ilmu di Andalus dan Maghrib dalam semua ilmu, khususnya Ulum al- Quran, Fekah dan Usul.

Beliau meninggal selepas solat Asar pada hari Ahad iaitu 28 Jamadil Akhir 590 Hijrah dan dikebumikan pada hari Isnin. Sembahyang jenazahnya diimamkan oleh Abu Ishaq yang dikenali dengan al-Iraqi. Beliau ialah Imam Jami Mesir ketika itu. Usia al-Syatibiy ketika wafatnya ialah 52 tahun. Keperibadian, Kelebihan dan Sumbangannya al-Syatibiy mempunyai keperibadian yang tinggi sesuai dengan kedudukannya sebagai guru al-Quran dan tempat rujukan di Mesir dan dunia Islam. Antara keperibadian dan kelebihannya yang dapat dikutip melalui penulisannya dan pujian ulama sezamannya adalah seperti berikut:(i) Ikhlas Ramai dikalangan ulama memujinya dengan sifat ikhlasnya dalam perkataan dan perbuatan sehinggalah ia tersenarai dalam sejarah Islam. Diriwayatkan bahawa beliau pernah berkata: Tidak ada seseorang yang membaca syairku ini melainkan Allah s.w.t. akan memberi manfaat kepadanya lantaran aku menyusunnya kerana Allah s.w.t. dan ikhlas dalam penulisan tersebut. (ii) Mempunyai Ingatan yang Kuat Al-Syatibiy menguasai beberapa ilmu. Faktor penguasaan ilmu tersebut kerana beliau memiliki daya hafazan yang kuat dan ingatan yang mantap. Daya ingatannya yang kuat membuatkannya mengatasi kawan-kawan dan setiap ilmu yang dipelajari dapat dikuasainya dengan baik. (iii) Sifat Wara Mengenai sifat wara al-Syatibiy, Abu Syamah telah berkata, guru kami Abu al-Hassan Ali bin Mohamad al-Sakhawi r.a. telah memberitahu kepada kami, bahawa sebab perpindahan al-Syatibiy ke Mesir ialah kerana ia diarah memegang jawatan sebagai penceramah di Syatibah. Beliau menolak tawaran tersebut dengan berhujah beliau akan ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji. (iv) Sifat Sabar Al-Syatibiy telah diuji dengan ujian hilang penglihatan. Namun beliau tetap bersabar dengan mementingkan keredhaan Allah s.w.t. Meskipun tidak dapat melihat dengan mata tetapi penglihatan beliau begitu jauh dalam urusan ilmu dan agama. Sifat sabar al-Syatibiy juga dapat dilihat ketika beliau mengalami kesakitan, beliau tidak mengadu dan meronta kesakitan. (v) Beradab dengan Ulama Antara paparan yang dilihat mengenai sifat beradab al-Syatibiy bersama ulama ialah adabnya bersama Imam Abi Amru al-Dani pengarang kitab alTaisir. Al-Syatibiy telah mengarang dan mengolah matan qiraatnya Hirzu al-Amani bersumber dari Kitab al-Taisir ini. Meskipun al-Syatibiy telah mengolah dengan amat baik matannya itu dan diakui oleh ulama namun

beliau tidak melihat dirinya mengatasi Abi Amru dan beliau juga melihat matannya juga tidak mengatasi al-Taisir. (vi) Sifat Mulia Al-Syatibiy r.a. mengadakan majlis pengajian selepas sembahyang subuh hinggalah ke solat zohor. Sepanjang tempoh tersebut beliau mengajar dan mendengar bacaan pelajarnya. Antara sikap beliau ialah melarang keras pelajarnya bercakap disamping hal-hal yang tidak ada kaitan dengan ilmu. Keperibadian Imam al-Syatibi Ketika berada di Kaherah, al-Qadi al-Fadil telah meminta al-Syatibiy mengajar alQuran di sekolahnya yang bernama al-Fadhiliyah. Bintang al-Syatibiy bersinar di Kaherah dan Mesir keseluruhannya. Beliau menjadi guru al-Quran di Mesir dan diatur oleh semua pihak. Pelajar-pelajarnya datang dari setiap pelusok Mesir dan negara Islam lain untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam khususnya Qiraat Tujuh. Al-Syatibiy amat mengambil berat tentang Qiraat Tujuh dan pengajarannya lebih tertumpu kepada pelajaran Qiraat Tujuh. Kepintaran al-Syatibiy dan kelebihan yang dimilikinya adalah menjadikan alSyatibiy tempat rujukan ulama dalam ilmu qiraat di Mesir. Sebelum al-Syatibiy mengarang syairnya Hirzu al-Amaniy dalam Qiraat Tujuh. Pentadbikan Bacaan Khusus Hafs Toriq Al-Syatibi Wajib ke atas semua yang membaca al-Quran dengan riwayat Hafs daripada Asim dengan toriq al-Syatibiyyah untuk memastikan bacaannya menepati beberapa perkara yang akan diterangkan. Ini adalah supaya tidak berlaku percampuran antara toriq-toriq yang lain. Jika percampuran ini berlaku, ia merupakan suatu keaiban di sisi ulama Qurra. Di antara perkara-perkara utama di dalam bacaan riwayat Hafs toriq al-Sytibiyyah: 1. Al-Takbir ( lafaz Allahu Akbar) lafaz al-Takbir tidak ada pada akhir surah al-Dhuha sehinggalah ke akhir mushaf (akhir al-Quran) mengikut toriq ini. 2. Dipanjangkan al-Mad al-Munfasil dengan kadar empat atau lima harkat. Panjang yang paling utama dan afdal ialah empat harkat. 3. Dipanjangkan al-Mad al-Muttasil dengan kadar empat atau lima harkat. Panjang yang paling utama dan afdal ialah empat harkat. 4. Diidghamkan Nun Sakinah dan tanwin pada huruf lam dan ra tanpa dengung. 5. Imam Hafs tidak akan melakukan Saktah kecuali pada empat tempat yang akan diterangkan kelak.

6. Diizharkan nun selepas daripada wau pada lafaz (( ))dan (( )) ketika dibaca secara wasal dengan kalimah selepas daripadanya. Tiada idgham di antara nun dan wau pada kalimah (( )) Surah Yasin: 2 dan pada kalimah (( )) . Surah al-Qalam: 1 7. Harus pada kalimah (( )) Surah al-Insan: 4, ketika waqaf dibaca dengan dua wajah: a) Hazaf (membuang) iaitu membuang huruf alif yang terakhir dan waqaf pada kalimah ini dengan sukun huruf lam. b) Isbat (menetapkan) huruf alif. Akan tetapi ketika wasal dibaca secara hazaf sahaja. 8. Harus pada kalimah (( )) dan kalimah (( )) pada firman Allah Taala: Surah al-Rum: 54. Dibaca dengan dua wajah iaitu dengan baris atas huruf dhad atau baris hadapan. Kedua-dua wajah ini adalah sahih dan dibaca melalui toriq Hafs daripada Asim dengan toriq al-Syatibiyyah. Baris atas adalah kebih baik daripada baris hadapan 9. Harus pada kalimah (( )) pada firman Allah Taala Surah al-Naml:36 ketika diwaqafkan dua wajah iaitu: Dengan mengisbatkan (menetapkan) ya atau menghazafkannya (membuang atau menghilangkannya). Iaitu dengan mewaqafkan pada nun sakinah atau al-Raum. Bentuk atau wajah yang pertama lebih utama untuk dibaca. Jika dibaca secara wasal, maka dengan mengisbatkan huruf ya berbaris atas. 10. Harus pada kalimah (( )) dua wajah iaitu dengan Tafkhim dan alTarqiq. Pada firman Allah Taala Surah al-Syuara : 63. Bacaan secara Tarqiq lebih utama. 11. Dipanjangkan huruf Ain pada pembukaan dua surah iaitu surah Maryam (( )) dan Surah al-Syura (( )) dengan kadar empat atau enam harkat secara harus. Panjang kadar enam harkat adalah lebih utama. 12. Disaktah pada kalimah-kalimah berikut: (( ))surah al-Kahfi: 1, ()) surah Yasin: 52, (( )) surah al-Qiyamah: 27 dan (( )) surah alMutaffifin: 14. 13. Harus pada kalimah (( )) pada firman Allah Taala Surah Yusuf : 11 dibaca dengan dua wajah, iaitu: (a) Al-Isymam, iaitu mengisyaratkan dengan mulut akan bentuk baris

hadapan ketika menyebut huruf nun yang bersabdu. Dimana hanya akan diketahui oleh orang yang boleh melihat dan tidak bagi orang yang buta. (b) Al-Ikhtilas, iaitu ikhtilas merupakan baris hadapan ketika menyebut huruf nun. Dimana kekalnya dua pertiga sebutan dan hilang satu pertiga. Untuk menyempurnakan al-Ikhtilas, dibukakan idgham. AlIkhtilas ini adalah lebih baik bagi bacaan ayat al-Quran tersebut. 14. Wajib idgham ba kepada mim Idgham Mutajanisain. Pada kalimah Surah Hud: 42. 15. Wajib idgham tha kepada zal Idgham Mutajanisain di dalam firman Allah Taala (( )) Surah al-Araf: 176. 16. Harus dibaca dengan dua wajah pada bab kalimah (( )) iaitu di dua tempat di dalam Surah al-Anam, kalimah di dua tempat di dalam Surah Yunus dan (( )) pada Surah Yunus dan al-Naml. Wajah-wajah tersebut ialah: (a) Dibaca dengan Ibdalkannya dengan alif bersama dengan al-Isyba (Mad Lazim Kalimi Muthaqqal). (b) Dibaca dengan tashilkannya di antara hamzah dan alif bersama dipendekkan sebanyak dua harkat. 17. Dibaca (( )) : Surah al-Ghasyiah: 22 dengan huruf sod. 18. Harus pada kalimah (( )) Surah al-Qamar: 37 dibaca dengan dua wajah iaitu dengan huruf sod dan sin. Bacaan yang lebih utama ialah dengan sod. 19. Dibaca kalimah (( )) Surah al-Baqarah: 245 dan kalimah (( ))Surah al-Araf : 69 dengan huruf sin. 20. Harus pada kalimah (( )) (( )) dua wajah iaitu: (a) Al-Izhar bersama dengan Saktah Latifah tanpa bernafas pada huruf Ha(( ))dan inilah yang paling baik. (b) Dibaca dengan Idgham. Harus waqaf pada kalimah (( )) waqaf yang sempurna dengan mengambil nafas. Ini kerana ia adalah permulaan ayat dan waqaf pada permulaan ayat merupakan sunnah secara mutlak.

21. Hukum kalimah menjadi Idgham Kamil apabila dihilangkan sifat al-Istila bagi huruf qaf dan disebut dengan huruf kaf yang bertashdid (bersabdu) tashdid yang sempurna. Dan ia menjadi Idgham Naqis dengan mengekalkan sifat al-Istila padanya iaitu pada kalimah (( )) daripada firman Allah Taala di dalam Surah al-Mursilat: 20 22. Bacaan Hafs daripada Asim daripada semua turuqnya pada kalimah )) di dalam firman Allah Taala di dalam Surah Hud: 41 Adalah secara Imalah huruf alif selepas ra secara Imalah Kubra. Tiada bagi Hafs pada kalimah yang mengandungi huruf ra' dibaca dengan Imalah kecuali pada ayat ini. 23. Dibaca secara Tashil mengikut riwayat Hafs daripada Asim pada semua turuqnya satu wajah sahaja iaitu pada huruf hamzah kedua di antara hamzah dan alif pada kalimah (( ))pada firman Allah Taala di dalam Surah Fussilat: 44 Posted by Pak Long at 11:40 PM

http://qariqariah.blogspot.com/2009/11/pengenalan-ilmu-tajwid-dan-periwayatan.html

Pengenalan Ilmu Tajwid dan periwayatan yang digunakan di Malaysia


Ilmu Tajwid dari segi bahasa ialah mengelokkan sesuatu atau mendatangkan sesuatu yang baik. Sementara dari segi Istilah pula ialah sesuatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf al-Quran dengan betul. Sesetengah ulamak mentakrifkan tajwid sebagai memberi huruf akan haknya daripada sifat-sifat yang lazim baginya, serta keperluan dari segi hukum yang terbit dari sifat-sifat tersebut. (Saudi, 1990. ms:121). Ini bermaksud menunaikan hak huruf dan apa yang sepatutnya bagi sesuatu huruf al-Quran seperti menunaikan apa yang sepatutnya bagi makhraj sesuatu huruf, sifat-sifatnya (ciricirinya), dengungnya, panjangnya (mad), tebal atau tipisnya sebutan sesuatu huruf dan lain-lain hal yang bersabit dengan ilmu tajwid. Ada yang mentakrifkan sebagail ilmu yang menerangkan hukum-hukum serta kaedah-kaedah yang mesti diamalkan semasa membaca al-Quran dengan menepati apa yang diterima daripada Rasulullah s.a.w. Al-Quran yang kita warisi dari Rasulullah s.a.w tidak dibaca dengan satu cara sahaja, tetapi ia harus dibaca dengan beberapa cara mengikut riwayat Qiraat yang diambil dari Rasulullah s.a.w . Ini kerana Rasulullah s.a.w membenarkan para sahabat membaca al-Quran mengikut Lahjah (loghat/dialek) mereka sendiri, yang mana mereka semua adalah berbahasa arab sama seperti bahasa al-Quran yang diturunkan. Maka wujudlah di kalangan para sahabat , pembacaan al-Quran yang berbeza tetapi kesemuanya diakui sah oleh Rasulullah s.a.w melalui hadith baginda yang berbunyi :
.

Ertinya : Jibril a.s membaca kepada aku al-Quran dengan satu cara sahaja, maka aku berulangulang meminta supaya ditambah bacaan lain, dan jibril pun menambahya sehinggalah lengkap 7 perbezaan bacaan (Hadis ke 4607 Sahih al- Bukhari) Di Malaysia, pembacaan al-Quran pada masa sekarang adalah mengikut Rasm Uthmani, yang telah ditulis dan dibukukan semasa pemerintahan Saidina Othman bin Affan r.a. Sementara bacaannya adalah mengikut riwayat Hafs bin Sulaiman melalui Toriq Asy-Syatibiyyah dan ianya diambil dari Qiraat Imam Asim. Imam Asim adalah seorang pelopor mazhab Qiraat yang tujuh daripada sepuluh. Nama beliau ialah Asim bin Abi an-Najud al-Asadi al-Kufi, Syeikh Qurradi Kufah selepas Abu Abd Rahman as-Sulami. Beliau adalah seorang Tabien yang hampir dengan para sahabat dan berkesempatan bertemu dengan ramai di kalangan mereka ( sahabat) semasa hayatnya. Beliau seorang yang fasih serta mahir dalam bacaan al-Quran, memiliki suara yang lunak, sedap dan disegani, apabila beliau membaca al-Quran hingga dikatakan beliau manusia yang paling baik suaranya dalam bacaan al-Quran.

Bersambung sanad (salasilah) bacaan al-Qurannya kepada Rasulullah s.a.w hanya diselangi oleh dua orang perantaraan sahaja sepertimana gambarajah di bawah : Beliau wafat setelah meninggalkan warisan yang tidak ternilai bagi seluruh umat islam pada penghujung tahun 127 hijrah dan dikebumikan di Kufah. Diriwayatkan dari Abdullah bin Ahmad bin Hambal: Aku pernah bertanya bapaku : Qiraat manakah yang lebih kamu sukai ? Jawab Imam Ahmad (w: 241H): Qiraat penduduk Madinah. Jika tiada, maka Qiraat Imam Asim. Beliau mempunyai anak murid yang terlalu ramai tetapi yang paling mashyur hanya dua orang sahaja iaitu : i)Abu Bakar Syubah bin Abbas ii)Abu Umar Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi yang menjadi periwayatan pembacaan al-Quran penduduk Islam di Malaysia. Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah bin Abi Daud al-Asadi al- Kufi, terkenal dengan gelaran Abu Umar merupakan anak murid dan juga anak tiri kepada Imam Asim. Beliau telah mengambil bacaan al-Quran terus dari gurunya Asim secara talaqqi dan Musyafahah. Beliau amat terkenal dengan ketelitian dan ketepatan bacaan dan hafalan al-Qurannya. Beliau belajar sehingga menjadi seorang yang sangat mahir melebihi rakannya yang bernama syubah. Ramai di kalangan ulamak mengakui ketokohan beliau dalam bacaan al-Quran. Oleh sebab itu beliau lebih mashyur dan terkenal di segenap pelusuk Negara menjadikan ramai manusia datang belajar dengannya. Bersambung sanad (salasilah) bacaan al-Quran kepada Rasululllah melalui gurunya Imam Asim seperti berikut : Hafs <= Asim <= As- Sulami <= Ali <= Rasulullah s.a.w Gambarajah : Kedudukan bersambung sanad dari gurunya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Oleh kerana Hafs telah melahirkan ramai anak-anak murid, maka bacaan riwayat Hafs ini telah tersebar luas ke seluruh Negara Islam, pada waktu itu hingga ke hari ini terutama sekali negara-negara sebelah Asia. Beliau wafat pada tahun 180 Hijrah. Selepas kewafatan Imam Hafs wujud pula Toriq (aliran bacaan) yang berbagai-bagai seperti aliran Asy-Syatibiah dan aliran Al-Jazariah. Kita di Malaysia membaca al-Quran mengikut Rasm Uthamani dan kaedah bacaan mengikut riwayat Hafs melalui Toriq Asy-Syatibiah. Imam Asy-Syatibiah, nama sebenarnya ialah Al-Qasim bin Fiyyurah bin Khalf bin Ahmad Asy- Syatibi Ar-Ruaini Al-Andalusi. Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Syatibah di Andalus. Beliau adalah imam yang terkemuka dalam meriwayatkan Qiraat yang tujuh melalui kitabnya yang terkenal iaitu Hizrul Amani wa Wajhut Tahani atau lebih dikenali dengan Matan Asy-Asyatibiah. Beliau mempelajari al-Quran dan Qiraat dari gurunya di Syatibah iaitu Abi Abdullah Muhammad bin Abil As Al-Nafari. Imam As-Syatibi adalah seorang yang mendalam pengetahuannya dalam bidang-bidang ilmu islam dan Bahasa Arab. Selain daripada ingatan beliau yang kuat dan akal yang tajam, beliau juga mempunyai akhlak yang tinggi dan mulia, tidak memandang dunia, takut kepada hukum Allah. Beliau merupakan seorang yang mahir dalam semua Qiraat, namun apa yang beliau riwayatkan daripada bacaan Imam Asim adalah lebih mashyur dan diterima oleh semua berbanding dengan yang lain. Bacaan oleh beliau daripada riwayat Hafs dari Qiraat Asim dari

aliran Asy-Syatibiah telah menjadi bacaan yang utama yang diamalkan oleh sebahagian besar umat islam sehingga ke hari ini termasuklah negara kita Malaysia. Dari keterangan di atas, jelas terbukti bahawa sesuatu bacaan itu mempunyai bacaan yang sah datangnya dari Rasulullah s.a.w. Walaupun terdapat perbezaan bacaan, tetapi apa yang lebih penting ialah perbezaan itu mestilah mempunyai sandaran yang kuat dan sah dalam pengambilannya.

Anda mungkin juga menyukai