Anda di halaman 1dari 3

Temu bual bersama dengan pemilik kedai mi kolok di Long Lama iaitu Encik Ho Choo Kiong.

Pelajar : Selamat pagi encik. Nama saya___________pelajar dari Smk Long Lama. Bolehkah saya bertemu bual dengan encik untuk mengumpulkan maklumat untuk menyiapkan kerja kursus yang bertajuk Mi kolok? : Selamat pagi. Boleh, apa salahnya. Silakan duduk. : Apakah gelaran atau nama yang diberi untuk kedai makan mi kolok encik ? : Sejak pembukaan kedai mi kolok ini, saya telah menetapkan nama kedai ini adalah Freindly Food Centre. : Mengapakah Encik Ho memberi nama kedai ini Freindly Food Center ?. : Saya memberi nama kedai ini Freindly Food Center supaya pelanggan yang datang ke kedai ini rasa selesa. Bersesuaian dengan nama kedai ini, layanan yang diberi kepada pelanggan mesra dan cepat. : Baiklah, bolehkah Encik Ho menceritakan latar belakang atau sejarah penubuhan, kewujudan dan permulaan kepada kedai mi kolok Encik Ho ini? : Boleh, kedai mi kolok ini telah lama didirikan di Long Lama sini. Kedai mi kolok ini telah dibuka oleh bapa saya pada sekitar tahun 1970 an. Beliau yang bertanggungjawab memulakan membuka kedai mi kolok di sini. Berbekalkan wang sebanyak 3000 ringgit dahulu, bapa saya mulakan perniagaan membuat mi kolok secara kecil-kecilan. Modal ini datang daripada ahli keluarga terdekat seperti abang bapa saya. Di peringkat awal, pembukaan kedai mi kolok ini hanya untuk menyara kehidupan keluarga. Bapa saya telah dibantu oleh emak saya dan saya sendiri dalam menguruskan kedai ini. Keadaan ekonomi yang merundum ketika itu sedikit sebanyak memberi masalah kepada kedai mi kolok ini. Oleh itu bapa saya tidak menggunakan khidmat pekerja luar untuk membantu menguruskan perniagaan mi kolok ini. Ini dapat menjimatkan kos dan tenaga. Sejak pembukaan kedai mi kolok ini, lokasinya tidak bertukar. Ini kerana bapa saya sayang dan percaya kedudukan kedai ini bersesuaian mengikut kepercayaan kami. : Nampaknya kedai mi kolok Enci Ho merupakan antara kedai awal yang dibuka di Long Lama. Menarik sungguh sejarah permulaan kedai mi kolok Encik Ho. Bolehkah saya mengetahui lebih lanjut kemajuann yang dicapai oleh kedai Encik Ho ini ?. : Boleh. Seperti yang diceritakan saya tadi, banyak halangan yang terpaksa ditempuhi oleh keluarga saya semasa memulakan perniagaan kedai mi kolok.

Encik Ho Pelajar Encik Ho

Pelajar Encik Ho

Palajar

Encik Ho

Pelajar

Encik Ho

Halangan demi halangan ini tidak membantut semangat saya bersama keluarga meneruskan perniagaan mi kolok. Peralatan untuk menyediakan mi kolok ini sangat terhad. Kami terpaksa bergantung dengan kayu api untuk memasak. Keadaan kedai yang kecil dan tidak mempunyai banyak kemudahan menyukarkan membuat mi kolok. Namun begitu, dari hari ke hari perkembangan kedai mi kolok kelaurga saya semakin maju. Kekurangan yang dihadapi dapat ditempuhi berkat usaha saya bapa dan saya mengusahakan kedai mi kolok ini. Kini kedai mi kolok kami mempunyai ruang besar yang telah diubai suai, meja dan kerusi semakin bertambah dan kemudahan lain. Pelajar : Saya semakin tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Encik Ho. Baiklah Encik Ho, soalan saya seterusnya adalah berapakah keuntungan atau pulangan bersih yang diperoleh oleh Encik dalam sebulan.? : Keuntungan kedai mi kolok saya ini tidak menentut. Ini kerana kedai saya banyak bergantung kepada permintaan penduduk di Long Lama. Kebanyakan pelanggan mi kolok saya adalah pekerja-pekerja kem pembalakan yang berdekatan. Oleh itu, keuntungan lebih jika pekerja-pekerja ini keluar membeli bekalan pada hujung bulan. Keuntungan kedai mi kolok ini juga bergantung kepada cuti sekolah. Ini kerana terdapat 2 buah sekolah rendah dan satu sekolah menengah. Pelanggan tetap kedai mi kolok ini sudah semestinya guru-guru sekolah rendah dan menengah ini. Secara purata pendapatan bulanan kedai mi kolok ini adalah 3 ribu atau 4 ribu. : Apakah kepentingan kedai mi kolok Encik Ho ini sejak ianya beroperasi dahulu lagi?. : Pada permulaan kedai mi kolok saya ini dibuka, saya masih meragui kepentingannya kepada masyarakat di Long Lama. Ini kerana masyarakat Long Lama ketika itu belum mengenali lebih dekat mengenai produk mi kolok saya. Namun begitu, dari hari ke hari mi kolok saya semakin pilihan kepada penduduk di sini. Mi kolok kedai saya sentiasa menjadi makanan sarapan pagi bagi guruguru sekolah menengah, guru sekolah rendah dan penduduk- penduduk Long Lama. Malah saya mempunyai beberapa pelanggan tetap yang menjadikan kedai mi kolok saya sebagai lokasi sarapan dan makan tengah hari. Dengan itu, saya dapat melihat kedai mi kolok saya mempunyai kepentingan tersendiri kepada penduduk di Long Lama. Lebih-lebih lagi, mereka tidak perlu pergi ke bandar seperti Miri untuk merasai mi kolok. : Nampaknya, mi kolok Encik Ho sememangnya terkenal dalam kalangan penduduk di Long Lama. Tidak syak lagi, hampir semua penduduk di Long Lama

Encik Ho

Pelajar

Encik Ho

Pelajar

mengunjungi kedai mi kolok Encik Ho. Seterunsya, apakah perancangan Encik Ho pada masa akan datang atau apakah harapan Encik Ho?. Encik Ho : Perancangan saya pada masa akan datang adalah memastikan kedai mi kolok saya ini terus diwarisi oleh anak-anak saya nanti. Saya hanya merancang untuk mempelbagaikan jenis mi kolok saya pada akan datang. Ini kerana persaingan semakin meningkat. Lebih-lebih lagi semakin banyak kedai-kedai mi atau makanan yang dijalankan. Saya tidak merancang untuk meluaskan pasaran mi kolok saya di beberapa bandar seperti Miri. Hal ini kerana, keadaan persaingan di sana sangat sengit. Seterusnya saya berharap, tradisi makanan seperti mi kolok terus menjadi pilihan dalam kalangan penduduk Long Lama. Makanan ini harus dikekalkan kerana ianya melambangkan salah satu ciri penting kebudayaan masyarakat di Sarawak. Saya berharap kajian yang dilakukan oleh saudari ___________ ini dapat membantu sedikit sebanyak mempromosikan mi kolok saya ini. Pelajar : saya mewakili pihak sekolah SMK Long Lama dan rakan-rakan sekalian mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ho kerana sudi meluangkan masa dan tenaga menyumbang input yang sangat berguna kepada kajian sejarah kami. Akhirnya kata dari kami, semoga kedai Encik Ho terus berkembang maju. : Sama-sama.

Encik Ho