Anda di halaman 1dari 3

Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tahun 2012 Skema Jawapan Kertas 1

Bahagian A
Pendahuluan * Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk menjayakan kempen anti rokok ini, namun masih terdapat ramai perokok yang masih mengamalkan tabiat buruk ini. Perokok menyedari tentang bahaya merokok tetapi disebabkan oleh ketagihan mereka gagal berhenti merokok. Isi-isi Penting (a) mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan * Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. * Asap rokok yang dihidu oleh perokok menyebabkan mereka sering sesak nafas dan berasa letih. * Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning. (b) mencemarkan persekitaran * Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan hanya mereka yang merokok yang mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut merasa kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih dan segar. * Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalahkesihatan yang lain seperti demam denggi. * Terdapat perokok yang kurang rasa tanggungjawab membuang puntung rokok yang masih berbara di meratarata tempat dan akhirnya mengakibatkan kebakaran. (c) Menyebabkan pembaziran * Merokok mengundang kearah pembaziran. * Harga rokok sekarang mencapai sebanyak RM 10 sekotak * Wang yang digunakan untuk membeli rokok boleh digunakan untuk membeli keperluan lain seperti bahan bacaan dan makanan Penutup Merokok boleh menyebabkan berlakunya penagihan dadah dan seterusnya gejala-gejala yang lebih serius. Seharusnya perokok hendaklah menyahut saranan kerajaan agar berhenti merokok.

Bahagian B
Soalan 1: Pendahuluan * Rakan sebaya merupakan teman rapat yang mempunyai hubungan erat dalam kehidupan seharian remaja, sesetengah remaja bergantung kepada rakan sebaya * Saya akan memastikan diri saya didampingi rakan sebaya yang mempunyai ciri-ciri rakan sebaya yang baik agar saya mendapat pengaruh yang positif Isi-isi Penting (i) Mempunyai sahsiah yang terpuji * Tidak menyinggung perasaan orang lain,mementingkan kemesraan * Bersopan santun dan berbudi bahasa * Amat penting bagi mewujudkan hubungan yang sejati (ii) Memiliki ilmu pengetahuan dan ilmu agama serta mengamalkannya * Dapat memanfaatkan ilmu agama untuk panduan hidup * Ilmu pengetahuan itu penting supaya rakan sebaya dapat menolong saya apabila menghadapi masalah dalam pelajaran * mengaplikasikan ilmu untuk memajukan diri (iii) mempunyai tahap disiplin yang tinggi * dapat mengawal tingkah laku dan asas kepada titik permulaan kejayaan kecemerlangan murid * mematuhi peraturan sekolah,mematuhi janji dan mempunyai prinsip yang kuat * mendidik diri menjadi seorang murid yang berkualiti

(iv) (v)

mengisi masa terluang dengan perkara yang memberi manfaat * melakukan hobi yang sama dapat mengeratkan hubungan persahabatan dengan rakan sebaya * menghindarkan diri dari gejala sosial yang tidak baik menerima kekurangan diri saya dan menghargai keistimewaan yang saya miliki * susah senang bersama-sama * saling menyokong antara satu sama lain

Penutup * rakan ibarat cermin diri kita-akan memperingatkan kita ketika kita melakukan kesalahan dan memberi petunjuk ketika kita menghadapi masalah

Soalan 2
Rangka Jawapan Pendahuluan * keharmonian dalam keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan anak-anak yang sihat, cerdas, dan mempunyai akhlak yang terpuji * ibu bapa merupakan teladan kepada anak-anak ketika mereka membesar * hubungan yang pincang dalam sesebuah keluarga mengakibatkan perkara yang sebaliknya Isi-isi Penting (i) ibu bapa bersikap materialistik * kesibukan ibu bapa mengejar wang ringgit menyebabkan anak-anak terabai, memberikan kemewahan, selain kebebasan kepada anak untuk melakukan perkara atas dasar percaya kepada anak * anak-anak berasa terpinggir oleh ibu bapa, mereka menghabiskan masa dengan rakan-rakan di luar rumah sehingga terjebak dalam kancah keruntuhan akhlak (ii) ibu bapa kurang menekankan soal agama dan nilai moral kepada anak-anak * lebih mementingkan akademik anak berbanding dengan pengisian rohani anak dengan ilmu agama atau nilai moral, ibu bapa sendiri tidak memberikan teladan yang baik * akibatnya , anak mempunyai pegangan hidup yang rapuh sehingga biadap dan tidak menghormati orang tua sekalipun ibu bapanya sendiri (iii) ibu bapa sibuk dengan kerjaya * tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengambil berat tentang keperluan dan masalah anak * komunikasi dua hala antara ibu bapa dengan anak kurang berkesan dan menyebabkan kasih saying sesama keluarga berkurangan (iv) ibu bapa sering bertelagah di hadapan anak * menimbulkan suasana tidak harmoni dalam keluarga dan menyebabkan anak keluar dari rumah untuk mencari ketenangan fikiran. * apabila mereka bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya yang rendah moral, maka mereka akan terjebak dengan kancah negatif (v) ibu bapa tidak suka menghadiri majlis ilmu tentang kemahiran dan tanggungjawab membina institusi keluarga yang bahagia * mengambil mudah tentang ilmu keibubapaan sehingga tidak mampu menangani masalah anak dengan berkesan Penutup * ibu bapa seharusnya memainkan peranan masing-masing secara positif agar kepincangan dalam rumah tangga tidak berlaku demi kesejahteraan dan keharmonian keluarga

Soalan 3
Rangka Jawapan Pendahuluan * Banyak usaha telah dilakukan untuk memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan masyarakat kita-antaranya ialah Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur setiap tahun * Namun, tahap pembacaan masyarakat masih kurang memuaskan-disebabkan beberapa faktor Isi-isi Penting (i) diri sendiri * Lebih suka melakukan aktiviti lain seperti hobi untuk memenuhi masa lapang seperti memancing ikan, bersukan, dan lain-lain * ada yang berminat untuk membuat aktiviti yang dapat memberikan keuntungan seperti menjahit, memasak dan sebagainya

(ii)

diri sendiri * sibuk dengan urusan masing-masing-terpaksa melakukan pelbagai perkara di rumah dan tempat kerja * tiada masa menjadikan aktiviti membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan seharian (iii) ibu bapa * tidak menyemai tabiat membaca ini dalam kalangan anak sejak kecil lagi * tidak mendedahkan aktiviti pembacaan surat khabar, buku dan majalah kepada anak-anak sehingga kebiasaan anak sehingga dewasa (iv) persaingan dengan teknologi moden dalam usaha mendapatkan maklumat * terutamanya radio,televisyen dan internet * maklumat yang diperoleh lebih cepat,muktahir dan dipersembahkan dalam audio dan visual yang menarik (v) pihak swasta * tidak gemar menganjurkan program yang dapat menyemai amalan membaca. * Lebih cenderung kepada program hiburan yang dapat menarik lebih banyak pengunjung dan memberikan keuntungan yang banyak Penutup * Masyarakat harus membuka mata terhadap amalan suka membaca supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan sekali gus melahirkan bangsa Malaysia yang maju dan bertamadun

Soalan 4
Rangka Jawapan Pendahuluan * Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), lebih 12 juta orang dijual untuk tujuan buruh dan pekerja seks setiap tahun * pemerdagangan orang antara jenayah yang tersembunyi Isi-isi Penting (i) memeterai perjanjian persefahaman antara negara dalam memerangi pemerdagangan orang (ii) bekerjasama rapat di peringkat pihak berkuasa antara negara dan perisikan (iii) semua kerajaan di dunia meluluskan undang-undang mengharamkan pemerdagangan orang (iv) meningkatkan kesedaran global mengenai pemerdagangan orang menerusi laporan dalam media massa (v) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa setiap negara mewujudkan dan melaksanakan Hak Asasi Manusia Penutup * Isu pemerdagangan orang mesti diperangi secara bersama-sama agar dapat meningkatkan hak asasi manusia

Soalan 5
Pendahuluan Penulisan merupakan bidang karya kreatif yang menuntut pemikiran kritis dan kreatif-tidak semua orang mempunyai bakat untuk menjadi penulis-namun demikian, keadaan ini bukanlah suatu yang muktamad kerana bidang penulisan masih boleh dipelajari dan diceburi oleh mereka yang berminat dengan membuat beberapa persediaaan agar menjadi penulis yang Berjaya. Isi-isi penting * mestilah mempunyai penguasaan bahasa yang baik-akan memberikan impak yang kuat terhadap hasil penulisan-seterusnya akan membangkitkan rasa seronok kepada pembaca * mengamalkan pendidikan sepanjang hayat-perlu sentiasa belajar melalui pengalaman orang lain,membuat penyelidikan, sentiasa peka terhadap isu-isu sekeliling * memiliki semangat yang kental dalam menghadapi cabaran-sentiasa bersaing dengan karya-karya penulis dalam dan luar Negara-perlu meningkatkan keupayaan diri dan tidak wajar berputus asa * mesti beridentiti-supaya dikenali oleh peminatnya-seharusnya berani menyatakan kebenaran dan mengambil tanggungjawab penuh terhadap karya penulisannya Penutup penulisan agen perubahan dan penggerak pemikiran masyarakat melalui ketajaman mata pena-penulis yang baik akan mampu menimbulkan kesan jangka masa panjang dalam jiwa pembaca melalui tulisannya

Anda mungkin juga menyukai