Anda di halaman 1dari 1

Keselamatan Penggunaan Alat Elektrik Saban tahun kemalangan yang berpunca dari elektrik direkod.

Di United

Kingdom misalnya sebanyak 1,000 kemalangan yang melibatkan elektrik dilaporkan. Biasanya kemalangan ini melibatkan kontak secara langsung manusia dengan alatan elektrik yang terdedah contohnya menyentuh kabel elektrik yang luka. Kemalangan yang melibatkan elektrik ini berlaku apabila seorang individu tidak menitikberatkan prinsip asas keselamatan elektrik. Berdasarkan statistik di Malaysia, jumlah kebakaran semakin meningkat iaitu sebanyak 84 kes berbanding tahun sebelumnya iaitu 99 kes. Peningkatan tersebut disebabkan oleh kegagalan peralatan elektrik untuk berfungsi dengan sempurna, kecuaian pengendalian elektrik dan pemilik bangunan masih menggunakan sistem pendawaian lama. Tenaga elektrik mampu mendatangkan kecederaan walaupun voltan yang dihasilkan adalah rendah iaitu lebih kurang pada kadaran 50V. Oleh yang

demikian, pendedahan pengetahuan berkaitan dengan aspek keselamatan bagi penggunaan alat elektrik amatlah penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan yang tidak diingini.