Anda di halaman 1dari 17

Pendahuluan Masyarakat di Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina

, India, Orang Asli, Kadazan, Bajau, Murut dan sebagainya. Masyarakat India merupakan kaum yang ketiga terbesar .Mereka hidup dalam persekitaran budaya yang yang tersendiri yang diwarisi dari turun-temurun. Mereka dikenali sebagai kling di kalangan masyarakat tempatan. Setelah menetap di negara ini sekian lama, mereka membentuk komuniti yang tersendiri di kawasan-kawasan yang tertentu seperti di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan beberapa negeri yang lain. Ketika ini jumlah mereka dianggarkan lebih 2.5 juta orang. Aspek Bangsa (India) Bangsa India pula ada kisahnya sendiri. Perkataan India berasal dari „indus‟ yang diperoleh dari bahasa Parsi lama. Hindu adalah dari perkataan Sanskrit iaitu sindhu. Lazimnya orang India berasal dari negara India.Waktu yang sebenarnya untuk menentukan kedatangan kaum India tidak dapat dipastikan dengan jelas. Ini kerana sejak zaman Melaka lagi sudah ada catatan mengenai kedatangan kaum India ke negara ini. Namun kedatangannya ke negara ini pada masa itu adalah untuk berdagang semata-mata. Namun tidak mustahil ada sebahagian daripada mereka yang tinggal atau menetap terus di negara ini kerana sudah berkahwin dengan penduduk tempatan. Namun jumlahnya mungkin terlalu kecil sehingga diabaikan oleh ahli sejarah. Maka wujud pelbagai andaian mengenai bila tarikh terawal kedatangan kaum ini ke negara ini. Pada pandangan R.O.Winsted,orang India mula datang ke Tanah Melayu sejak kurun ke 14 lagi, mendahului daripada kaum Cina. Menurut Winsted lagi,oleh sebab kedatangan mereka dalam kelompok yang kecil,mereka tidak menggunakan bahasa Prakrit tetapi menggunakan bahasa penduduk tempatan. Imigran Tamil yang 1

Mereka ini dikatakan mempunyai kemampuan untuk memiliki suatu penguasaan naluri yang tajam terhadap nilai-nilai hidup yang terpenting. Aspek Struktur Masyarakat / Kelas Sosial Secara umumnya. Kshatriya.Sikh dari Punjab.golongan professional seperti doktor. Tanggungjawab puak ini ialah menjaga keselamatan dan keamanan dan 2 .tebu berkembang terutamanya getah. Vaisya dan Sundra. bercita-cita tinggi.Mereka juga bertugas sebagai guru. Golongan ini merupakan golongan pemimpin rohani dan pendeta. British mengambil pekerja dari India untuk mengusahakannya. Kshatriya Golongan ini menduduki hierarki yang kedua dan mereka memiliki keberanian.datang ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai jenis keturunan bukannya daripada satu keturunan sahaja sebagaimana yang fahami oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia. bakal menjadi hakim atau ketua dalam sesuatu pemerintahan dalam Negara. Antara keturunan India yang datang ke Tanah Melayu ialah Tamil dari Tamil Naidu.askar terutamanya Gurkha. Kebanyakan mereka yang datang ialah daripada pelbagai golongan Chettier. Mereka sangat disanjung tinggi oleh masyarakat dan dihormati. suka bergaduh dan menimbulkan sedikit kesusahan.Telegu dari Andra Pradesh. Mereka mempunyai bakat sejak lahir sebagai pengurus dengan kemahiran untuk memperjuangkan masalah-masalah manusia sehingga dapat membawa hasil terbaik.Tamil Chettiar dari Tamil Naidu.Malayali dari Karala/Malabar.Gujrati dari India Utara. pembahagian kasta dalam masyarakat India terbahagi kepada empat pecahan yang besar iaitu Brahmin.Apabila ladang kopi. Ini termasuk untuk membina jalan keretapi. Brahmin Brahmin adalah golongan pertama atau golongan yang menduduki tempat tertinggi dalam hierarki sistem kasta.

Kamus Dewan (1994). golongan ini turut bercucuk tanam. Golongan ini secara khusus melibatkan diri dengan perniagaan.Kepercayaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun – temurun. mereka harus mengikuti suatu masa latihan yang panjang. Sebilangan kecil daripada mereka bekerja sebagai tukang kayu. Sundra Golongan ini merupakan para pengikut yang terdiri daripada buruh kasar yang terdidik.mereka percaya bahawa sekiranya seorang makan nasi di tempat yang gelap. Jika mereka ingin memperolehi sesuatu pekerjaan. batu. Golongan ini jarang-jarang memegang jawatan sebagai ketua atau penjaga kumpulan. Aspek Kepercayaan Kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran berlakunya sesuatu.daripada golongan inilah juga lahirnya pahlawan-pahlawan. Mereka lazimnya sebagai tukang atau penghasil barang untuk keperluan manusia. 3 . Akibatnya.. dan petani. penunggu atau roh akan sama-sama menjamah makanan itu. Bagi masyarakat India. individu tadi tidak akan kenyang serta tidak akan mendapat zat daripada makanan kerana telah diserap oleh “orang kedua” tadi . Walau bagaimanapun mereka ini berupaya meningkat naik atau berjaya dalam kehidupan jika ada kesungguhan. Mereka harus bekerja keras untuk mendapatkan apa yang dikehendaki dalam kehidupan. berusaha mengumpulkan kekayaan sedaya mungkin dan menghulurkan perbelanjaan dan bantuan untuk kepentingan agama. maka hantu. Vaisya Merupakan golongan yang ketiga tingkat kasta dalam masyarakat India. Di samping itu. Secara lebih khususnya tugas lapisan kedua ini adalah belajar dan memikul senjata untuk mempertahankan negara dan rakyat.

T. Aspek Bahasa Bahasa adalah satu set simbol dan aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa zaman dahulu. Selain itu. masyarakat India khususnya yang beragama Hindu percaya bahawa pada hari-hari perayaan seperti Tahun Baru. Sebastian. Tindakan itu dikatakan akan membuatkan hidup mereka diberkati dengan kebahagiaan. iaitu ular akan masuk ke dalam rumah. K. Sejarahwan J.Masyarakat India juga percaya bahawa sekiranya pensel diasah pada kedua-dua belah. Ponggal.V. kemewahan dan segala macam kebaikan.W. Kata-kata Tamil dalam bahasa Melayu. Thirunavukkarasu. Pinjaman dari bahasa Tamil termasuk kata-kata harian seperti: 4 . Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu. Deepavali.seperti yang dinyatakan Cole (1998). mereka ditakut-takutkan dengan “kepercayaan” bahawa perbuatan mereka akan membawa kesan negatif. maka ibu dan bapa dalam keluarga berkenaan akan sentiasa bergaduh. dan A. Bagi remaja dan kanak-kanak yang suka bersiul pada waktu malam. setiap individu perlu membuka mata pada waktu subuh dan memandang apaapa objek yang dianggap suci. Onam dan Ugadi. Bahasa Tamil Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu.

gaya. perbendaharaan kata. Bahasa Malayalam telah meminjam sebilangan besar bahasa Sanskrit. 5 . bersama-sama dengan had kawasan. Bahasa Telegu Telegu tergolong dalam keluarga bahasa Dravidian dan adalah bahasa rasmi di negeri Andhra Pradesh. Sebagaimana dengan bahasabahasa India yang lain. India. kedua terbesar bahasa yang dituturi di India selepas Hindi dan satu daripada 24 bahasa rasmi kebangsaan di India.Bahasa Tamil Akka Kadai Kappal Katikam Muthu Nagara Purva Raja Bahasa Melayu Kakak Kedai Kapal Ketika Mutiara Negara Purba Raja Bahasa Malayalam Perbezaan nada suara. dan daftar. lapisan sosial. agama. komuniti. pekerjaan. pengaruh bahasa Sanskrit adalah paling ketara dalam loghat-loghat kasta tinggi dan paling kurang dalam loghat-loghat kasta paling rendah. dan taburan unsur-unsur tatabahasa dan fonologi dapat dilihat. Ia adalah bahasa Dravidian dengan nombor penutur yang terbesar di dunia.

Semasa Bersalin Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Potong Tali Pusat Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga. garam dan pinang. sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Membisikkan Nama Tuhan Sebaik sahaja bayi dilahirkan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa. serbuk kunyit.Contoh dialek masyarakat India Bahasa Melayu Baku Tamil Malayalam Telegu Apa khabar? Nalamaga irukkinrirkala? Sugamthanne? Kshemama Terima kasih Nandri Valare upagaram Dhanya vadhalu Aspek Adat Resam Sewaktu Mengandung Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Bahanbahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir. 6 . Bintang bayi ini akan menentukan mental.

Adat ini dikenali sebagai paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Di samping madu. Ikat Janji Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Membawa Bayi Pulang Ke Rumah Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga. kasta dan agama. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Kunjungan Ke Rumah Pengantin Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur. tahap pendidikan. etika dan moral. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai. beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka daripada berlaku. Perkahwinan Dalam peringkat merisik.Menyapu Madu Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. kelima. air gula juga boleh digunakan. jenis pekerjaan.Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Selain itu. sub etnik. status sosial dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. rupa paras dan latar belakang status ekonomi. sirih 7 .

Parisam Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam.berkuasa sedangkan golongan perempuan sebagai pengumpul. pottut thaalitennant thaali dan sebagainya.terdapat juga perbezaan yang ketara antara mereka. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. bunga-bungaan.pencari.Seorang isteri yang dibakar hidup bersama mayat suaminya ini dianggap sebagai perempuan 8 .lelaki akan sama tahap kematangannya dengan perempuan.pengawal.Lelaki secara fitrahnya lebih bersikap keras dan agresif jika hendak dibandingkan dengan perempuan yang lumrahnya lebih bersopan santun dan berhemah.Perempuan pula lebih cepat matang dibandingkan dengan lelaki tetapi pada satu tahap umur.Golongan lelaki dianggap sebagai pemburu. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan. Bagi wanita dan para isteri masyarakat India tidak diberi hak untuk hidup di mana isteri akan dibakar hidup-hidup apabila suaminya meninggal dunia. Aspek Jantina Menurut Butler dan Manning (1998). Penyediaan Thaali (Tirumaanggalyam) Thaali atau tirumaanggalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. buah-buahan. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali. cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan.bergantung dan memelihara.penjaga dan menunjukkan sifat-sifat seperti lemah- lembut. manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan.pinang.

Kelas Sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.Terdapat lima kelas sosial yang boleh dibeza-bezakan iaitu golongan atasan. mental dan fizikal setiap manusia.pertengahan atasan.Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang berkenaan.murid dan sekolah secara keseluruhannya. Guru adalah golongan manusia yang memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti.Guru juga harus mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu dalam satu kumpulan sahaja.yang setia.pertengahan bawahan. Inilah diantara kezaliman dari penindasan yang tidak terbatas yang dilakukan dalam masyarakat India terhadap kaum wanita. Menurut Rohand Meighan (1986). 9 .Sebaliknya.pekerja dan bawah.Oleh itu pendidik sangatlah penting untuk mereka mengetahui peranan guru.Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd Ghani (2005) menyatakan guru merupakan suatu profesion yang bertanggungjawab mendidik manusia. ii) Pengenalan Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di Negara kita akan memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Mereka berperanan membentuk sahsiah pelajar.setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas. Terhadap Guru Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional.

10 . pandangan. dan sebagainya maka akan timbul masalah dalam interaksi antara mereka.Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Bagi mereka yang datangnya dari kelas sosial atasan dan berkedudukan juga harus dilayan sama rata dengan murid lain. Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru.Oleh yang demikian.kelas sosial murid juga harus diberikan perhatian oleh guru. ialah ada golongan pelajar yang akan berasa terpinggir dan kurang dapat melibatkan diri dengan aktiviti pembelajaran bilik darjahnya. Jika perbezaan timbul di kalangan pelajar dan antara pelajar dengan guru dari segi cara mereka berkomunikasi. Jika guru tidak peka kepada kelainan ini. Murid mempunyai pandangan yang tertentu (selalunya negatif) terhadap ras yang lain dan lebih positif kepada guru yang sama ras dengan mereka.Mereka digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Guru juga membawa budaya mereka tersendiri ke dalam bilik darjah. Satu masalah yang timbul dalam bilik darjah berbilang etnik/budaya di mana pelajar dan guru tidak saling memahami antara satu sama lain. akan timbul salah faham. prejudis dan stereotaip di antara guru dengan pelajar.Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. nilai. Penggunaan bahasa Melayu standard sememangnya mesra budaya dan selaras untuk tujuan perpaduan.Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah menyebabkan berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada pelajaran. Murid yang datangnya dari kelas sosial yang rendah tidak harus dikesampingkan. Dalam bilik darjah berbilang budaya beberapa strategi boleh digunakan oleh guru untuk memastikan tiada pelajar yang berasa terpinggir lantaran ras/etnik dan budaya mereka.

telefon dan sebagainya.penulisan juga melalui penggunaan alatalat tertentu seperti komputer.Dalam masa yang sama.Guru seharusnya merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid. Terhadap Murid Murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah.Proses Sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.yang melampaui tingkahlaku manusia. Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang.Komunikasi berkesan dapat dijelmakan melalui cara bertutur. Murid mudah terpengaruh kepada tindakan guru .Hati mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik.Jantina yang berbeza juga akan memberikan kesan kepada aktiviti pembelajaran.Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana-mana jantina mesti dielakkan kerana peluang yang sama haruslah diberikan kepada setiap murid dalam menerokai aktiviti pembelajaran.Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah.Guru perlu menunjukkan teladan yang positif dan bukan sebaliknya. Kepercayaan yang diamalkan oleh murid lain tidak harus dipertikaikan sesama mereka. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina.Segala aktiviti dalam pembelajaran yang diikuti perlulah melibatkan rakan yang berlainan jantina dan bersesuaian dengan tugasan yang telah diberikan oleh guru.Aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling mempercayai ke dalam jiwa murid. 11 .tanpa mengira jantina.mereka perlulah diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina ini.penggunaan bahasa badan.

SJK(T). Pada peringkat sekolah menengah pula terdapat sekolah berasrama penuh.Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) diwujudkan bagi menyediakan Pendidikan Islam kepada murid.Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi.Keb. 12 .Harian.sekolah Jenis kebangsaan Cina pula adalah sekolah yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama manakala Sekolah Jenis kebangsaan Tamil adalah sekolah yang menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar utama. Sekolah Model Khas dan Sek. Sekolah Menengah Teknik (SMT) memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vakasional. Men. SJK(C). Men. Di peringkat sekolah rendah. Agama. Sek. Teknik. Keb. Di peringkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang bermatlamat memberi peluang kepada murid cemerlang khususnya dari kawasan luar bandar mendapatkan pendidikan pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik.kokurikulum dan sahsiah.terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan di mana sekolah yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.Men. Sek.Pada peringkat rendah terdapat SK.Terhadap Sekolah Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara.

kegiatan panitia dan unit kokurikulum. Di samping itu juga guru boleh menggunakan kaedah generatif. iii) Terdapat pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.Kaedah ini boleh membantu murid-murid 13 .Pratt.Wiles & Bondi.Murid-murid akan dapat belajar secara kerjasama dan berinteraksi dengan murid yang datangnya dari pelbagai latar budaya tersebut.1994.strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu(Saedah Siraj.rancangan pembelajaran. Sekolah perlu membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum melalui aktiviti berpersatuan.2001.Schubert.Kurikulum Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif.1986) Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai sosio budaya ini memberikan implikasi kepada kurikulum.Melalui kaedah ini murid-murid akan berbincang tentang tugasan yang diberikan.Pembelajaran koperatif akan menjadi menarik kerana murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.Antaranya seperti menggunakan kaedah koperatif yang mana ianya sesuai diaplikasikan dalam kelas yang mengandungi murid-murid dari pelbagai budaya supaya mereka belajar secara berkumpulan dan dapat berbincang secara harmonis.kandungan.Melalui kaedah ini guru boleh menggalakkan murid menjana idea-idea kritis dan kreatif yang sesuai dengan budaya yang diketengahkan.pemantauan dan penilaian kendiri. Selain itu guru boleh mengaplikasikan kaedah metakognitif iaitu dengan memberikan peluang kepada murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran.1998.

Kesimpulan Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar.Guru berperanan sebagai seorang fasilitator. bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia . Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya.Murid juga akan dapat mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenar. Seterusnya kaedah konteks luar boleh juga digunakan oleh guru dalam aktiviti pembelajaran.Ini secara langsung akan dapat memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada budaya kehidupan mereka sebagai ahli keluarga. wujud masyarakat berbilang kaum. ras. Kaedah kontekstual turut boleh diaplikasikan dalam amalan pedagogi supaya budaya yang relevan dengan murid dapat terus diterima.Ini memerlukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dilakukan di luar bilik darjah. adab resam. Kepelbagaian sosio-budaya yang diamalkan oleh masyarakat India yang terdiri 14 . Oleh itu.menyelesaikan masalah secara kreatif dan dapat membuat pertimbangan untuk meneruskan budaya yang relevan dengan kehidupan masa kini. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu.guru pula disarankan untuk melaksanakan proses penilaian supaya tidak ada murid yang tercicir dari arus pendidikan yang akhirnya akan memberi impak kepada pembangunan negara. Setelah selesai melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. etnik dan bangsa di Malaysia.masyarakat dan rakyat.

bahasa. Perbezaan tahap kecerdasan murid India juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid yang berlainan kaum haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara maju. 15 . dan sekolah.kepercayaan. Akhirnya keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia yang bermula di sekolah. Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. adat resam dan jantina memberikan implikasi terhadap guru.daripada struktur masyarakat. murid.

Pembelajaran ini memberi peluang kepada setiap murid untuk berinteraksi dan memahami pelbagai latar belakang dan budaya. Kepelbagaian ini juga menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warga negara untuk hidup bersama dan bersatu ke arah kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Justeru. bilik darjah yang mesra budaya. saya telah diberi peluang untuk memahami kepentingan menghargai kepelbagaian dalam masyarakat dan mewujudkan identiti warga negara Malaysia yang unik ini. adat resam dan jantina dalam realiti masyarakat Malaysia. bahasa.murid dan sekolah secara keseluruhannya ketika dalam pengajaran dan pembelajaran . dan suasana yang kondusif dapat menggalakkan interaksi dan integrasi di kalangan murid di dalam dan di luar bilik darjah. Natijahnya murid akan lebih menghormati kepelbagaian budaya iaitu dengan mengikis segala prasangka dan salah tanggapan terhadap budaya anggota atau etnik yang lain. kepercayaan. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman pembelajaran mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global. Ini membawa implikasi kepelbagaian sosio-budaya di dalam bilik darjah terhadap guru. Melalui tugasan ini juga. 16 . struktur masyarakat. pembelajaran mesra budaya perIu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. tugasan yang diberikan oleh Puan Pensyarah berkaitan dengan Budaya Dan Pembelajaran kali ini banyak memberi pendedahan tentang kepelbagaian kumpulan etnik dari aspek bangsa.Refleksi Budaya Dan Pembelajaran Secara keseluruhannya.

Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.Shah Alam : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.Ahmad Subki Miskon (2012).Pedagogi Asas Pendidikan Kayazano Enterprise. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.Bhd. Dr Zaid Ahmad (2006) Hubungan Etnik Di Malaysia.Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.Bibliografi Syed Ismail Syed Mustapa.Majid (2011). Kamarudin Hj Husin. Noriati A.Zuraidah A. (2009).Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Shah Alam : Oxford Fajar 17 .Rashid.Budaya dan Pembelajaran.Boon Pong Ying. Budaya dan Pembelajaran.Siti Hajar Hj Abdul Aziz (2004). Mok Soon Sang.Bhd.